Resepi Tradisional, Moden & Terkini

KUIH ROS / Loyang

author name

📄

KUIH ROS

Bahan-bahan:

2 bungkus tepung beras – 1 bungkus 500gm
3 cawan gula
1 biji telur
1 biji kelapa – di perah sehingga 3x setiap perahan
diasing-asingkan
Air – jika perlu di tambah
Sedikit esen ros
Secubit garam
Sedikit air kapur
Sedikit pewarna merah jambu – jika suka

Cara:

1. Tepung beras, gula, telur dan perahan santan
pertama di gaul sebati.

2. Jika adunan agak pekat campurkan perahan santan berikutnya tapi jangan di letakkan semua, letakkan sedikit demi sedikit.

3. Gaul hingga sebati, kemudian tapis.

4. Panaskan minyak dan rendam acuan kuih goyang ke dalam kuali yang telah di isi minyak. Gunakan api sederhana.

5. Bila minyak dah panas, acuan pun dah panas,
celupkan acuan ke dalam adunan.

6. Goyang-goyangkan acuan hingga kuih tertanggal dari acuan. Jika kuih agak tebal, tambahkan sedikit lagi air santan.

7. Setelah kuih kuning keemasan angkat dan toskan minyaknya atas redai.

8. Bila dah sejuk segera simpan ke dalam bekas kedap udara.

Selamat mencuba..
Jangan lupa share..

KALAU NAK SHARE,SILA KOMEN “SHARE”
(Supaya fanpage lebih aktif di News Feed Anda) TQ ^^

kredit resepi : tidak dapat dikesan,jika ini resepi anda mohon jasa baik untuk pm page,untuk admin masukkan nama anda sebagai kredit resepi..terima kasih

About Our Content Creators

Lorem ipsum dolor sit amet, consectetur adipiscing elit. Integer semper commodo tristique. Donec in dolor a odio semper convallis et ac ex. Aenean at elit non arcu tincidunt laoreet.

We may earn a commission if you click on the links within this article. Learn more.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *