kuih-nekbat

Resepi Kuih Nekbat (Kuih Tradisional!)

Kuih Nekbat merupakan kuih tradisional yang berasal daripada pantai timur. Ianya diperbuat daripada tepung jagung dan diletakkan kedalam air sira yang manis.

Kuih Nekbat jarang didapati di tempat selain pantai timur, dan sekiranya anda ingin mencuba rasa kuih ini, pasti sukar kerana ketiadaannya. Oleh itu, kami bawakan khas kepada anda resepi Kuih Nekbat supaya anda boleh menyediakannya sendiri.

Resepi ini telah dikongsikan oleh Gee Nur Fauziah di laman Facebook beliau. Mari kita lihat!

Resepi Kuih Nekbat

kuih-nekbat
image via Facebook

Bahan – bahan:

Nekbat:

  • 500g tepung beras (1 bungkus)
  • 12 biji telur ayam

Bahan sira:

  • Air secukupnya
  • 500 gm gula
  • 5 helai daun pandan

Cara – cara memasak:

Goreng tepung beras tanpa minyak (sangai) dalam kuali atas api sederhana hingga kering. Tutup api dan biarkan ia sejuk.

  1. Pukul telur hingga kembang dan ringan berbuih. Taburkan tepung yang telah disangai ke dalam adunan telur sedikit demi sedikit sambil dikacau.
  2. Panaskan acuan dan oleskan acuan dengan minyak. Tuangkan adunan ke dalam acuan dan bakar hingga kekuningan. Suhu 180° c guna api atas dan bawah ye.
  3. Untuk siranya, masukkan dua gelas air dan 10 sudu besar gula ke dalam periuk. Bila air gula sudah mendidih masukkan daun pandan dan kemudian masukkan 10 biji nekbat. Hidangkan.

Tips:

  • 10 sudu gula untuk 10 biji nekbat
  •  Boleh gunakan acuan bahulu untuk buat nekbat.

Resepi – resepi lain yang menarik:

Terdapat pelbagai lagi resepi yang anda boleh cuba. Jadi apa tunggu lagi, jom kita cuba! Jangan lupa kongsikan resepi ini bersama yang tersayang!

Total
0
Shares
Previous Article
air-jagung

Resepi Air Jagung Puaka (Confirm Power!)

Next Article
lai-chi-kang

Resepi Air Lai Chi Kang Homemade (Menggunakan Periuk Noxxa)