Resepi Tradisional, Moden & Terkini

Resepi Kuih Lopes (Mudah Dan Sedap)

Resepi kali ini merupakan sebuah resepi kuih yang kerap dihidangkan sebagai hidangan minum petang. Kuih lopes adalah sejenis kuih yang berasaskan pulut. Ianya dimasak bersama santan dan kemudian dibentuk lazimnya menjadi bentuk 3 segi. Kemudian ia digaul bersama kelapa parut yang telah dicampur dengam secubit garam. 

Kuih lopes ini muah ditemui digerai gerai tepi jalan atau dipasar malam. Paling popular dijual di Bazar Ramadan. Tapi kali ini Madam akan kongsikan resepi kuih lopes bagi anda yang ingin mencuba sendiri resepi ini.

Resepi Kuih Lopes (Mudah Dan Sedap)
Bahan-bahan

  • 2 cawan beras pulut (cuci bersih, rendam sekurang-kurangnya sejam) 
  • 1 cawan santan pekat
  • 1/2 sudu teh garam
  • 1 sudu teh emulco pandan
  • Sedikit air

Kaedah

  • Panaskan pengukus, sediakan bekas yang sesuai.
  • Campur pulut, garam,santan dan emeluco pandan. 
  • Masukkan kedalam loyang dan tambahkan air hingga pulut tenggelam.
  • Kukus sehingga pulut masak, kemudian kacau dan kukus emula hingga ia benar-benar masak dan cukup lembut.
  • Apabila telah masak dan lembut, keluarkan serta sejuk suam-suam.
  • Bentukkan kepada bentuk 3 segi.
  • Gaulkan ia bersama kelapa parut berwarna putih yang telah digaul dengan secubit garam. 

Kuah  Gula Melaka

Bahan-bahan

  • 3 keping gula melaka saiz sederhana
  • 4 cawan air
  • Sedikit gula putih (pilihan)
  • 2 helai daun pandan
  • 2 sudu tepung jagung (dibancuh bersama sedikit air)

Kaedah 

  • Masak atas api sederhana hingga gula pasir , gula melaka bersama daun pandan hingga mengelegak.
  • Tambahkan air tepung jagung, kacau hingga sebati.
  • Curah keatas kuih lopes sebelum dihidangkan.

Semasa menambah air didalam pulut sebelum dikukus, pastikan ia hanya sekadar tenggelam sahaja. Jangan terlebih air kerana ia akan menyebabkan pulut terlalu lembik dan tidak sedap serta sukar dibentuk. Garam ditambah didalam kelapa sebenarnya bertujuan untuk menaikkan rasa lemak kelapa. Manakala kelapa digunakan mestilah kelapa parut berwarna putih kerana ia lebih sesuai dimakan mentah dan lebih manis rasanya.

Baiklah jika anda ingin mencabar kemampuan diri dalam dunia masakan, anda harus cuba resepi ini. Terutama bagi pulut, kerana ia memerlukan latihan yang kerap agar anda dapat menghasilkan pulut yang sedap. Oleh itu selamat mencuba!

Resepi Lain Yang Menarik

Terima kasih kerana melayari laman web kami. Disini kami mempunyai pelbagai lagi resepi-resepi yang menjadi perkongsian dan terbukti menjadi. Jadi sudilah melihat koleksi resepi kami ya.


About Our Content Creators

Lorem ipsum dolor sit amet, consectetur adipiscing elit. Integer semper commodo tristique. Donec in dolor a odio semper convallis et ac ex. Aenean at elit non arcu tincidunt laoreet.

We may earn a commission if you click on the links within this article. Learn more.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

More…!