Resepi Tradisional, Moden & Terkini

Resepi Kuih Lompat Tikam (Kuih Tradisional Pantai Timur)

author name

📄

Kuih lompat tikam ini adalah kuih tradisional di Malaysia di bahagian pantai timur seperti Kelantan, Pahang dan Terengganu. Susah juga untuk dapatkan di kawansan selain yang di atas.

Jika anda berminat dengan resepi ini, bolehlah anda mencuba resepi ini sendiri di rumah. Pastinya sedap dan boleh dihidangkan semasa waktu makan petang bersama dengan keluarga anda.

Resepi kuih tradisional lompat tikam ini telah pun dikongsikan oleh Wani Suhaimi di akaun Facebook miliknya. Tanpa melengahkan masa lagi, mari kita lihat resepi ini dengan lebih lanjut.

Resepi Kuih Lompat Tikam

image via Facebook

Bahan – bahan:

Lapisan Hijau:

  • 2 cawan tpg beras
  • 3 cawan air
  • 1 cawan air daun pandan atau pewarna hijau
  • 1/2 sk garam
  • 1 sk air kapur

Lapisan Putih:

  • 1 senduk tepung beras atau tepung pulut
  • 2 cawan santan
  • 1/2 cawan air
  • 1/2 sk garam

Pulut Merah:

  • 1 cawan pulut (rendam 1 jam)
  • 1/2 cawan air
  • 1/2 sk garam
  • 2 sb gula
  • Pewarna merah

Gula Melaka:

  • 2 keping nisan atau gula melaka
  • 4 sb gula
  • 1 cawan air

Cara penyediaannya:

Lapisan Hijau:

  1. Gaul rata lapisan hiju dalam mangkuk dan tapis kecairannya apabila angkat senduk ianya tidak mengalir laju dan tidak melekar pada senduk.
  2. Masak dan kacau secara berterusan sehingga adunan menggelegak dan pekat.
  3. Kemudian, kecilkan api dan tutup periuk dan biarkan selama 5 minit. Selepas itu, buka periuk terus kacau dan ulang sehingga adunan berlikat seta mengelembung.
  4. Tutup api dan masukkan ke dalam bekas dan sejukkan dalam 3 jam supaya adunan menjadi keras dan senang untuk di potong.

Pulut Merah:

  1. Panaskan periuk pengukus dan kukus beras pulut selama 10-15 minit hingga naik wap.
  2. Tutup api dan angkat masukkan ke dalam mangkuk.
  3. Kemudian, tuangkan air yang telah dicampur dengan garam dan gula.
  4. Kukus semula dalam 10 minit sehingga naik wap. Angkat dan sejukkan.

Gula Melaka:

  1. Nasak nisan dan gula sehingga hancur kemudian sejukkan.

Lapisan Putih:

  1. Masukkan semua bahan dan kacau atas dapur menggunakan api perlahan sehingga pekat.

Cara menghidang:

  1. Potong lapisan hijau dan masukkan ke dalam pinggan.
  2. Masukkan sedikit pulut, kemudian sendukkan lapisan putih ke atasnya.
  3. Akhir sekali, tuangkan gula merah.
  4. Siap!

Resepi – resepi lain yang menarik:

Mudah kan resepi ini? Jangan risau, ada pelbagai lagi resepi yang kami sertakan di bawah dan anda boleh cuba. Oh, dan jangan lupa juga untuk kongsikan resepi ini!

About Our Content Creators

Lorem ipsum dolor sit amet, consectetur adipiscing elit. Integer semper commodo tristique. Donec in dolor a odio semper convallis et ac ex. Aenean at elit non arcu tincidunt laoreet.

We may earn a commission if you click on the links within this article. Learn more.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *