Resepi Tradisional, Moden & Terkini

Resepi Kuih Ketayap (Ikut Citarasa Anda)

Pada kali ini kita bawakan resepi kuih ketayap untuk anda semua! Kuih ketayap boleh didapati di pasar-pasar malam. Tetapi, adakah ianya menepati citarasa anda?

Jika tidak, anda bolehlah mencuba resepi ini sendiri di rumah. Boleh juga tambah dan kurangkan bahan-bahan mengikut citarasa kita yang tersendiri.

Resepi kuih ketayap ini telah dikongsikan oleh Wirawati Negara di laman sosial Facebook miliknya. Tanpa melengahkan masa lagi, mari kita lihat resepi ini!

Resepi Kuih Ketayap

kuih ketayap
image via Facebook

Bahan – bahannya:

  • 2 cawan tepung gandum

  • 1 biji telur

  • 2 sudu minyak masak / minyak jagung

  • Secubit garam

  • 5 helai daun pandan (dikisar dengan air)

  • Sedikit pewarna hijau

Inti kelapa:

  • 1/2 biji kelapa parut (ambil putih sahaja)
  • 8 sdb gula merah

  • 2 sdb gula pasir

  • Secubit garam

  • Sedikit air

  • Sehelai daun pandan disimpul

Cara- cara penyediaannya:

Inti Kelapa:

  1. Masak gula sehingga larut. Kemudian, masukkan kelapa parut, garam.
  2. Biar kering sedikit. Biarkan sejuk.

Kulit:

  1. Blend kesemua bahan. Bancuhan agak-agak, jangan terlalu cair dan terlalu pekat.
  2. Gunakan kuali leper (seeloknya non stick). Sapukan kuali dengan sedikit minyak.
  3. Gunakan senduk bulat, sendukkan adunan ke dalam kuali.
  4. Kemusian lenggangkan kuali, biarkan sekejap. Tidak perlu terbalikkan, angkat dan sedia untuk diletakkan inti kelapa.

Resepi – resepi lain yang menarik:

Ada pelbagai lagi resepi lain yang anda boleh cuba dan menambah idea masakan anda! Jangan lupa untuk tekan butang share dan kongsikan resepi ini!

About Our Content Creators

Lorem ipsum dolor sit amet, consectetur adipiscing elit. Integer semper commodo tristique. Donec in dolor a odio semper convallis et ac ex. Aenean at elit non arcu tincidunt laoreet.

We may earn a commission if you click on the links within this article. Learn more.

More…!