Resepi Tradisional, Moden & Terkini

Resepi Kuih Burger Malaysia (Mengamit Kenangan)

Resepi kali ini merupakan sebuah resepi kuih yang amat popular. Burger malaysia dibuat menggunakan doh donat, tetapi ia dibentuk menjadi bulat seperti burger. Kemudian ia dibelah dan diisi dengan sambal ikan bilis. Perkongsian kali ini Akan membawa cara-cara dan bahan yang diperlukan untuk membuat burger Malaysia. Anda boleh mendapati bahan-bahan ini di kedai yang berdekatan atau di pasar raya. Berikut adalah bahan-bahan yang diperlukan

Resepi Kuih Burger Malaysia 

Bahan-bahan

A

  • 1 1/2 cawan air suam
  • 1 paket yis
  • 2 sudu besar gula pasir

B

  • 4 1/2 cawan tepung gandum
  • 2 sudu besar butter/marjerin 
  • 2 sudu besar susu pekat manis
  • 1 sudu teh garam

Kaedah 

  • Mula sediakan bahan A dahulu, biarkan seketika sehingga ia naik dan berbuih.
  • Satukan bahan-bahan B.
  • Uli kedua bahan ini sehingba ia sebati dan tidak melekat ditangan anda.
  • Rehatkan doh dalam masa 30 min.
  • Kemudian tumbuk doh dan uli sekali lagi sehingga ia menjadi elastik.
  • Bahagikan doh dan bulatkan ia, tekan sedikit agar ia leper.
  • Kemudian rehatkan sekali lagi hingga kembang.
  • Dengan minyak yang sederhana goreng sehingga ia kekuningan.
  • Apabila telah masak, toskan minyak dan sedia untuk diisi inti.
  • Siap.

Resepi Sambal Bilis

Bahan-bahan

  • 2 genggam ikan bilis (goreng)
  • 1 biji bawang besar (hiris)
  • 1 1/2 sudu besar gula
  • Sedikit garam
  • Serbuk perasa secukupnya 
  • 1/2 cawan air
  • 1 1/2 senduk minyak masak utk menumis

Bahan kisar

  • 10-12 tangkai cili kering
  • ½ biji bawang besar

Kaedah 

  • Mula-mula goreng ikan bilis dan ketepikan.
  • Kemudian tumis bahan kisar.
  • Tambah oula bawang besaryang telah dihiris.
  • Apabila telah garing, masukkan sedikit air dan gula.
  • Masakkan sehingga naik minyak.
  • Akhir sekali masukkan ikan bilis yang telah digoreng tadi.
  • Siap.

Penyediaan burger malaysia.

  • Belah burger malaysia dan isikan inti sambal tumis ikan bilis tadi.
  • Tambahkan salad atau hirisan timun
  • Siap.

Jika anda tidak mahu menggunakan sambal ikan bilis anda juga boleh menggunakan sambal sardin sebagai isian di dalamnya. Selain daripada menggorengnya terus anda juga boleh menyediakannya dan membekukan ia. Sesuai sebagai minum petang harap anda sudi mencuba resepi ini, semoga berjaya ya!

Resepi – resepi lain yang menarik

Terima kasih kerana berkunjung ke laman kami. Selain daripada resepi ini, ada pelbagai variasi resepi yang anda boleh cuba. Jangan lupa juga untuk kongsikan resepi ini bersama rakan anda ya.

About Our Content Creators

Lorem ipsum dolor sit amet, consectetur adipiscing elit. Integer semper commodo tristique. Donec in dolor a odio semper convallis et ac ex. Aenean at elit non arcu tincidunt laoreet.

We may earn a commission if you click on the links within this article. Learn more.

More…!