Resepi Tradisional, Moden & Terkini

Resepi Kuih Buah Peria Manis Sesuai Dihidangkan Semasa Minum Petang

author name

📄

Kuih Buah Peria diambil daripada bentuknya yang bergerigi dan bertekstur seakan buah peria. Walaupun namanya kuih buah peria, rasanya amat manis dan sangat berbeza dengan buah peria. Selalunya, ianya akan diberi inti seperti kacang merah. Selain inti kacang merah, kuih buah peria ini juga boleh dihidangkan dengan inti kelapa manis. Inti ini bergantung kepada anda, oleh itu bolehlah anda menyediakan inti mengikut selera anda.

Kuih buah peria selalunya berwarna hijau dan warna itu diambil daripada daun pandan. Namun, untuk menjadikannya lebih konvensional, anda boleh menggunakan perwarna hijau dan warna lain. Kuih buah peria juga berasaskan tepung pulut dan rasanya chewy apabila dikunyah. Kuih buah peria mudah untuk disediakan dan menggunakan teknik kukus. Jom kita tengok resepi ini!

Resepi ini dikongsikan oleh Airuz Zuria dan mendapat banyak shares di media sosial.

Resepi Kuih Buah Peria

kuih peria
Image via Facebook

Bahan – bahan:

  • 250g tepung pulut
  • 1 sudu besar tepung gandum
  • 1/2 cawan santan kotak
  • 1/2 cawan air masak
  • Secubit garam
  • Pewarna
  • Inti (pes kacang merah)

Cara – cara memasak:

  1. Campur semua bahan jadikan doh.
  2. Warnakan.
  3. Bahagikan doh 30g setiap satu.
  4. Leperkan doh dan letak inti (1 sudu besar dibentukkan memanjang).
  5. Bentukkan jadi seperti buah peria, lorekkan dengan belakang garfu.
  6. Alas kuih dengan daun pisang / plastik.
  7. Kukus kuih selama 8 min sahaja dengan api yang sederhana (kalau lama nanti kembang dan hilang jalur).
  8. Setelah masak, sapu permukaan kuih dgn sedikit minyak.

Resepi – resepi lain yang menarik:

Anda inginkan resepi yang lain? Ada beberapa lagi resepi yang anda boleh cuba dan hidangkan kepada yang tersayang. Jangan lupa untuk cuba, tangkap gambar dan hantarkan ke media sosial pilihan anda. Selain itu, pastikan anda kongsikan resepi ini bersama rakan – rakan anda!

About Our Content Creators

Lorem ipsum dolor sit amet, consectetur adipiscing elit. Integer semper commodo tristique. Donec in dolor a odio semper convallis et ac ex. Aenean at elit non arcu tincidunt laoreet.

We may earn a commission if you click on the links within this article. Learn more.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *