Resepi Tradisional, Moden & Terkini

Resepi Kuih Bom ( Menu Minum Petang)

author name

📄

Resepi kali ini merupakan sebuah resepi yang kerap dihidang sebagai menu untuk minum pagi,petang atau sebgaia hidangan didalam majlis-majlis kenduri kendara. Kuih ini adalah kuih tradisional orang Melayu, jadi ia mudah ditemui digerai-gerai yang menjual kuih muih dan nasi lemak. 

Kuih bom atau kuih bijan diperbuat daripada tepung pulut. Ia kemudian diisi inti samada inti kelapa, kacang merah atau kacang hijau. Selepas itu ia akan disalut dngan biji bijan. Kuih ini adalah kategori kuih yang digoreng namun ia sangat sedap. Baiklah kali ini Madam akan kongsikan resepi kuih bom ini , berikut adalah bahan-bahan yang diperlukan didalam resepi in

Resepi Kuih Bom ( Menu Minum Petang)
Bahan-bahan Kulit Kuih Bom

  • 1 paket tepung pulut cap 3 gajah (500 gm)
  • 2 sudu makan tepung gandum
  • secubit garam
  • 2 sudu makan gula pasir
  • 1 cawan air (boleh dikurangkan ikut kesesuaian)

Kaedah

  • Dalam mangkuk atau basin, masukkan gula pasir, garam dan air (masukkan air sedikit demi sedikit untuk memastikan adunan tak terlebih air) kacau dengan sudu hingga gula dan garam hancur.
  • Kemudian masukkan tepung pulut dan tepung gandum,
  • Uli hingga menjadi doh

Bahan-bahan Inti Kacang


  • 500 gm kacang hijau @ kacang merah
  • Seketul gula melaka
  • Gula pasir secukupnya (anggaran untuk manisnya)
  • 1 sudu kecil garam
  • 1 sudu besar tepung gandum
  • Sehelai daun pandan

Kaedah 

  • Rebus kacang hijau bersama daun pandan hingga empuk, masukkan gula melaka, gula pasir, garam dan tepung gandum. 
  • Kacau hingga kering sedikit.
  • Sejukkan inti, kemudian kepal mengikut saiz pilihan anda.
  • Bahan hiasan 
  • Bijan secukupnya.

Kaedah penyediaan kuih bom.

  • Ambil doh kuih bom tadi, leper diatas tapak tangan dan. Masukkan inti kacang yang telah dibuat tadi.
  • Bulatkan ia menjadi bebola.
  • Golekkan diatas bijan yang telah disediakan didalam pinggan atau bekas yang sesuai, pastikan semua bahagian diliputi bijan.
  • Goreng dengan minyak sederhana panas hingga ia berwarna keemasan dan terapung.Tos sebelum dihidangkan.
  • Siap.

Kuih bom dinamakan begitu kerana jika tersalah cara ia akan meletup bila digoreng. Untuk mengelakkan kuih bom ini meletup ketika digoreng, pastikan anda menambah sedikit gula didalam adunan kulit kuih ini. Dan untuk intinya , rendamkan kacang hijau semalaman agar ia cepat empuk. Tepung pula ditambah agar ia lebih mudah untuk dikepal. Manakala jika anda tidak suka pada rasa yang manis anda boleh anggarkan sendiri sukatan gula mengikut citarasa anda.

Oleh itu Madam harap anda akan sudi memcuba resepi ini, kerana ia mempunyai rasa yang kenyal apabila digigit, tambahan inti kacang hijau itu membuat ia lebih sedap, oleh itu selamat mencuba!

Resepi Menarik Lain

Selain resepi ini, kami juga menulis resepi lain yang mendapat perkongsian ramai. Sila baca dan cubakan. Jangan lupa like dan share resepi ini ya. Terima kasih telah berkunjung ke laman web kami.

About Our Content Creators

Lorem ipsum dolor sit amet, consectetur adipiscing elit. Integer semper commodo tristique. Donec in dolor a odio semper convallis et ac ex. Aenean at elit non arcu tincidunt laoreet.

We may earn a commission if you click on the links within this article. Learn more.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *