Kuih Badak Berendam

Kuih badak berendam ni kalau bukan bulan puasa memang susah nak cari. Kalau rasa nak makan.. kita google jer lah.. buat sendiri.. puas makan sebab dapat banyak….so nanti boleh cuba yer.

pemilik resepi : ‎Chek Kuna Ahmad‎
Group : Masak Apa Hari Ni (MAHN)

Cara-Cara

– Inti kelapa. Air, gula melaka…gula pasir..daun pandan.. masak sehingga mendidih.
– Masukkan kelapa parut. Kacau rata. Masukkan sedikit tepung gandum. Kacau sebati sehingga kental dan kering.
– Tutup api..biarkan sejuk.
– Doh adunan. 2 cawan tepung pulut campur dengan 2 sudu tepung gandum.
– Bancuh dengan perahan air daun pandan. Uli sehingga adunan tidak melekat ditangan.
– Ambil inti kelapa. Bulatkan sebesar biji guli. Ambik sedikit adunan tepung besar sedikit dari adunan inti. Bulatkan kemudian leperkan..masukkan inti kelapa.. tutupkan dan bulat bulatkan. Buat sehingga adunan abis.
– Sediakan periuk…masukkan air dan daun pandan yg disimpulkan. Biar air mendidih. Masukkan adunan yang dibulatkan tadi. Masak sehingga kuih terapung. Kaedah masaknya sama seperti buah melaka. Angkat dan toskan.
– Sediakan periuk lain. Masukkan santan kelapa.. daun pandan.. 2 sudu tepung jagung.. sedikit garam & gula. Masakkan sehingga kuah mendidih & pekat. Angkat dari dapur.
– Masukkan kuih tadi ke dalam kuah santan. Kacau rata. Siap untuk dihidangkan.

Kuih badak berendam siap untuk dimakan.

Kuih badak berendam sedia dihidang.

Total
0
Shares
Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *