Resepi Tradisional, Moden & Terkini

Resepi Kuey Teow Ladna (Sedap Kecur Air Liur!)

Kuey Teow Ladna merupakan hidangan kuey teow yang dimasak bersama kicap, dihidangkan bersama kuah yang pekat likat memikat bersama makanan laut pilihan anda.

Kali ini kami bawakan resepi kuey teow ladna khas buat anda semua. Ianya mudah untuk disediakan, tidak renyah dan lazat. Kuey teow ladna juga pasti digemari oleh semua!

Resepi kali ini telah dikongsikan oleh Novelis Afieyza Isahak dan mendapat banyak perkongsian di media sosial.

Resepi Kuey Teow Ladna

image via Facebook

Bahan – bahan:

  1. Kicap pekat secukupnya (untuk digaul bersama kuey teow)
  2. 1 bungkus kuey teow
  3. 2 ulas bawang putih | ketuk
  4. 4 biji cili padi | ketuk
  5. 1 ketul kiub ayam
  6. Sotong/ udang/ayam secukupnya
  7. Sawi, lobak, putik jagung, bunga kobis (sawi asingkan batang)
  8. 1 sudu besar sos tiram
  9. 2 sudu kecil tepung jagung (tambahkan air untuk pekatkan kuah)
  10. Air secukupnya

Cara – cara memasak:

  1. Gaul kuew teow dengan sedikit kicap. Panaskan minyak sedikit dalam kuali, masukkan kuey teow gorengkan sekejap anggaran 2 minit.
  2. Angkat dan masukkan dalam pinggan. Kacau sebati. Asingkan.
  3. Tumis bawang putih dan cili api sampai naik bau.
  4. Kemudian masukkan kiub ayam, sos tiram, lobak, putik jagung, bunga kobis, ayam, batang sawi dan sotong. Kemudian masukkan air secukupnya. Biarkan mendidih.
  5. Masukkan garam, sawi dan udang.Kemudian masukkan bancuhan tepung jagung, biarkan sedikit pekat.
  6. Setelah siap, tuangkan ke atas kuey teow tadi.

Resepi – resepi lain yang menarik:

Ingin mencuba lagi resepi lain? Di sini kami sertakan beberapa lagi resepi yang boleh anda cuba. Confirm menjadi punya! Jangan lupa juga untuk kongsikan resepi ini!

About Our Content Creators

Lorem ipsum dolor sit amet, consectetur adipiscing elit. Integer semper commodo tristique. Donec in dolor a odio semper convallis et ac ex. Aenean at elit non arcu tincidunt laoreet.

We may earn a commission if you click on the links within this article. Learn more.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

More…!