kuey-teow-kerang

Resepi Kuey Teow Kerang (Lazat Mengenyangkan!)

Hi Semua! Hari ini kami bawakan resepi istimewa buat anda semua iaitu resepi kuey teow kerang. Resepi ini amat lazat dan mengenyangkan kerana perencahnya banyak serta carbohydrate yang cukup.

Kuey teow kerang ini juga tidak memakan masa yang lama. Oleh itu, sesiapa sahaja boleh menyediakannya. Ianya juga sesuai untuk dimakan pada waktu sarapan.

Resepi ini dikongsikan oleh Arieza Rieza dan mendapat banyak perkongsian di media sosial.

Resepi Kuey Teow Kerang

kuey-teow-kerang
image via Facebook

Bahan – bahan:

  • Kuey teow sebungkus
  • Bawang putih ditumbuk kasar.
  • Cili kisar
  • Sos tomato
  • Kicap mee
  • Kicap manis
  • Sos tiram
  • Kerang siap direbus n dikopek
  • Tauge
  • Kucai
  • Garam perasa

Cara – cara memasak:

  • Panaskan minyak, tumis bawang putih sehingga wangi.
  • Kemudian. masukkan cili kisar. Tunggu sehingga masak.
  • Kemudian masukkan semua bahan – bahan kecuali kuey teow. tauge dan kucai.
  • Kacau – kacau sehingga rasa semua ok.
  • Lebihkan sedikit garam sebab kuey teownya tawar..
  • Kemudian masukkan kuey teow, kucai dan tauge.
  • Kacau – kacau sehingga sebati semua.
  • Kalau tak gelap boleh masukkan lagi kicap manis.

Resepi – resepi lain yang boleh dicuba:

Ha senang kan resepi kali ini. Selain daripada resepi ini, ada variasi jenis resepi yang anda boleh cuba. Jangan lupa juga untuk kongsikan resepi ini bersama rakan anda!

Total
0
Shares
Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *