Resepi Tradisional, Moden & Terkini

Resepi Kuah Bakso (Mudah dan Menyelerakan)

author name

📄 ,

Bakso merupakan hidangan yang berasal daripada indonesia yang membawa maksud bebola daging. Ianya juga boleh membawa maksud satu hidangan bebola daging yang lengkap bersama kuahnya.

Kali ini, kami sediakan kepada anda resepi kuah bakso yang mudah untuk disediakan. Anda boleh juga makan bakso ini bersama dengan mee ataupun mihun, terpulang kepada citarasa anda.

Resepi ini dikongsikan oleh Iqlima Abu Bakar dan mendapat banyak komen positif serta likes di media sosial.

Resepi Kuah Bakso

kuah-bakso
image via Facebook

Bahan – bahan:

  • 1 biji bawang merah besar
  • 7 biji bawang putih
  • 2 biji buah keras
  • 1 inci halia

Nota: kisarkan kesemua bahan di atas

  • Tulang lembu
  • Bakso (beli yang siap)
  • Fishball
  • Tauhu kering

Hiasan:

  • Daun bawang
  • Bawang goreng
  • Sambal lada (buat macam belacan pun boleh)

Langkah – langkah memasak:

  • Rebus tulang sampai empuk, kemudian tumiskan bahan kisar, tuang dalam air rebusan tulang.
  • Perlahankan api, tunggu sup masak.
  • Jangan lupa perasakan sup dengan garam dan gula.
  • Apabila dah siap boleh letak bakso, fishball dan tauhu kering.
  • Boleh dihidangkan dengan mee bakso/meehoon/meekuning/dan lain lain.

Resepi – resepi lain yang menarik:

Mudah kan resepi ini? Jangan risau, ada pelbagai lagi resepi yang kami sertakan di bawah dan anda boleh cuba. Oh, dan jangan lupa juga untuk kongsikan resepi ini!

About Our Content Creators

Lorem ipsum dolor sit amet, consectetur adipiscing elit. Integer semper commodo tristique. Donec in dolor a odio semper convallis et ac ex. Aenean at elit non arcu tincidunt laoreet.

We may earn a commission if you click on the links within this article. Learn more.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *