Resepi Tradisional, Moden & Terkini

25 Koleksi Resepi Sup Dan Kuah Rebus Paling Senang

Koleksi kali ini akan menghimpunkan 25 resepi yang berasaskan sup dan juga kuah rebus. Kuah rebus yang dimaksudkan ini ialah seperti kuah singgang, rebus tempoyak dimana masakan ini tidak menggunakan minyak yang banyak dan santan. Ia mempunyai rasa yang lebih ringan dan amat sesuai dihidangkan kepada kanak-kanak, wanita berpantang atau orang yang baru pulih dari sakit.

Berikut adalah resepi-resepi yang telah dicuba dan sememangnya menjadi. Jom lihat resepi-resepi berikut,

1)Resepi Sup Gear Box

Resepi-Sup-Gear-Box
Image via Facebook

Resepi ini telah dikongsikan oleh Tengku RosElyza Raja Muhammad dan mendapat banyak shares dan likes di Facebook beliau. Masakan ini menggunakan daging yang dipanggil gear box, amat popular direstoran ia juga boleh dimasak dirumah sendiri. Berikut adalah bahan yang diperlukan.

Bahan – bahan:

  • 1kg gearbox
  • 1kg daging
  • 1 mangkuk Cili kering (kisar)
  • 2 sudu tepung jagung (bancuh air)
  • 3sdb sos cili
  • 1 tin kecil tomato puree
  • 3sdb sos tiram
  • Lobak merah (potong panjang)
  • Kentang (belah 4)
  • 1 tin kacang peas
  • Ketumbar, jintan manis, lada hitam, kulit kayu manis, bunga cengkih, buah pelaga, bunga lawang (kisar halus) @ ambil isi dalam sup bunjut
  • Bunga lawang/ kayu manis
  • 3 labu bawang merah besar (kisar)
  • 5ulas bawang putih (kisar)
  • Halia (kisar)
  • Serai (ketuk)
  • Sup bunjut (3 bunjut)
  • Kiub pati lembu @ ayam @ ikan bilis
  • Garam secukup rasa

Cara – cara memasak:

  • Rebus daging atau gearbox bersam halia hiris atau serai sehingga dagingnya empuk dan ketepikan.
  • Panaskan minyak dan tumis bawang putih, bawang merah, halia dan serbuk jintan yang telah dikisar.
  • Apabila minyak sudah pecah, masukkan rempah 4 sekawan.
  • Seterusnya, masukkan tomato puree, gaul sebati, masukkan cili kisar, sos tiram atau sos cili. Masak sehingga betul-betul pecah minyak dan aroma tumisan sudah naik.
  • Selesai menumis, masukkan kentang dan lobak merah. Masak sehingga empuk dan masukkan air rebusan daging berserta daging dan gearbox dan masak sehingga mendidih.
  • Akhir sekali, masukkan tepung jagung dan garam secukup rasa.
  • Apabila sudah cukup rasa masukkan kacang peas dan gaul rata.
  • Siap!

2)  Resepi Sup Ayam Special

Masakan ini agak istimewa walaupun ia hanya sup ayam. Ini kerana ia menggunakan beberapa bahan yang lain daripada yang lain seperti menggunakan rempah beriani daun pasrli dan pati ayam. Jika anda ingin mencuba resepi ini berikut adalah bahan-bahannya.

Bahan-bahan

  • 6 ketul ayam (bahagian rusuk)
  • 1 batang daun parsli (dihiris)
  • 3 biji kentang (dikupas kulit dan dibelah lapan)
  • 1 batang daun saderi (dihiris)
  • 2 sudu besar bawang goreng
  • 500 ml air
  • 1 kiub pati ayam knor
  • 1 sudu kecil rempah beryani
  • 2 sudu kecil rempah sup
  • garam dan gula secukup rasa

Bahan kisar

  • 5 biji bawang merah
  • 4 ulas bawang putih
  • 1 halia (sebesar ibu jari)

Kaedah 

  • Ayam dipotong kecil-kecil dan diketepikan.
  • Tumiskan bahan-bahan kisar. Masukkan rempah sup dan rempah beryani.
  • Kemudian masukkan ayam dan kacau perlahan-lahan. Tuangkan air, garam serta gula, kentang dan kiub knor. Tutup periuk berkenaan dan biarkan mendidih seketika sehingga kentang empuk.
  • Akhir sekali masukkan daun parsli dan tutup api. Taburkan bawang goreng dan daun saderi ketika hendak dihidangkan.

3) Resepi Sup Daging

Resepi Sup Daging
Image via Facebook

Resepi yang sangat popular terutamanya di hari raya korban. Sup daging ini dikongsikan oleh Azizah Daud dan mendapat banyak shares dan likes di Facebook. Jika anda mencari idea untuk masak sup daging berikut adalah bahan-bahan yang diperlukan.

Bahan – bahan:

  • Daging dan tulang (rebus shingga empuk dan lembut)
  • 1 paket bebola daging ramly
  • 4 paket sup bunjut tulang
  • 5 helai daun pandan

Bahan tumis:

  • 1 labu bawang putih (tumbuk pecah)
  • 10 biji bawang merah kecil (mayang)
  • 6 inci halia (ketuk pecah)
  • 3 inci lengkuas (ketuk pecah)
  • 1 sudu teh lada hitam (pecah kasar)

Cara – cara memasak:

  • Tumis rempah 4 sekawan yang ada dalam sup bunjut tulang dan masukkan bahan tumisan sehingga perang dan naik bau.
  • Masukkan air rebusan tulang dan daging tadi.
  • Angkat daging dan potong nipis ikut citarasa masing-masing.
  • Masukkan bebola daging, garam, gula dan serbuk perasa secukup rasa.
  • Siap!

4) Sup Tauhu Jepun Cendawan Butang

Sup Tauhu Jepun Cendawan Butang
Image via Facebook

Resepi ini telah dikongsikan oleh Puan Ida dan mendapat banyak perkongsian di media sosial. Sup tauhu Jepun Cendawan butang ini amat sesuai untuk orang yang gemar masakan cina. Masakan amat sedap dan sesuai bagi orang yang tidak berselera untuk makan.

Bahan – bahan:

  • 2 tiub tauhu jepun (potong 8 setiap satu)
  • 2 ulas bawang putih (diketuk)
  • 1 liter air
  • 1 tsb sos tiram
  • 1 kiub ayam
  • Sayur-sayuran dan cendawan butang
  • 2 biji telur ayam (kacau seperti telur dadar)
  • Sedikit tepung jagung dicampur air
  • Garam

Cara – cara memasak:

  • Goreng kedua-dua belah tauhu jepun. Jangan sehingga pecah. Ketepikan.
  • Tumis bawang putih dan masukkan air, sos tiram, kiub ayam dan sayur-sayuran serta cendawan butang.
  • Kemudian, masukkan telur dan kacau.
  • Masukkan tauhu jepun yang telah digoreng.
  • Masukkan air tepung jagung untuk pekatkan kuah.
  • Perasakan dengan garam.
  • Hidang dan tabur bawang goreng dan daun sup.

5)Resepi Sup Telur dan Cendawan

Resepi Sup Telur dan Cendawan
Image via Facebook

Satu lagi resepi sup yang menggunakan telur dan cendawan. Resepi ini dikongsikan oleh Joha Hassan II dan mendapat banyak komen positif. Sedap,ringkas dan mudah disediakan berikut adalah bahan yang diperlukan.

Bahan – bahan:

  • 5 biji telur (rebus berasingan)
  • 1/2 biji bawang besar (hiris)
  • 1 biji bawang putih (hiris)
  • 1 cili merah (hiris)
  • 1 cili hijau (hiris)
  • Air atau stok ayam
  • 1 paket tauhu kering
  • 2 biji kentang (potong dadu)
  • 1 paket cendawan enoki (siat kecil)
  • 1 sudu besar bawang merah goreng
  • Garam secukup rasa
  • 2 tangkai daun sup (potong halus)
  • Minyak sedikit untuk menumis

Cara – cara memasak:

  • Panaskan minyak sedikit di dalam periuk dan tumis bahan-bahan yang telah dihiris.
  • Apabila sudah naik bau dan lembut, masukkan air atau stok ayam.
  • Selepas itu, masukkan kentang dan biarkan sehingga empuk.
  • Selepas itu, masukkan tauhu-tauhu kering dan cendawan.
  • Kemudian, masukkan telur yang sudah direbus secara berasingan dan daun sup.
  • Tutupkan api dan gaulkan supnya secara perlahan.
  • Sajikan panas-panas bersama dengan bawang merah goreng.

6)Resepi Sup Ketam

sup-ketam
Image via Facebook

Resepi ini telah dikongsikan oleh Mai Ridzuan di laman Facebook milik beliau. Sup ketam ini Amat dikenali sebagai suk yang sangat sesuai dihidangkan kepada pesakit demam tinggi. Berikut adalah bahan yang diperlukan.

Bahan – bahan:

  • 5/3 ekor ketam-belah dua dan bersihkan
  • Air (sukatan mengikut Jumlah yang diinginkan)
  • 5 ulas bawang merah
  • 4 ulas bawang putih
  • sedikit serbuk lada hitam
  • sedikit garam (secukup rasa)
  • Sedikit perasa maggi secukup rasa 
  • 2 sudu besar tepung jagung-bancuh dengan sedikit air
  • 1 biji telur
  • 1 inch halia
  • Lobak merah
  • Ubi kentang
  • Daun bawang/sup/cili potong untuk menghidang

Cara – cara memasak:

  • Panaskan sedikit minyak dan tumis bawang merah, bawang putih dan halia sehingga kuning. 
  • Kemudian masukkan air dan bancuhan tepung jagung.
  • Bila dah menggelegak, masukkan kentang/lobak merak masak hingga empuk.
  • Masukkan ketam pula.
  • Pelahankn api renih sup supaya isi ketam sebati dengan kuah.
  • Tambahkan garam, serbuk lada hitam and perasa secukup rasa.
  • Kemudian pecahkan telur dan kacau cepat-cepat .
  • Tutup api dan sedia untuk dihidangkan dengan daun bawang/ daun sup/cili potong

7)Resepi Sup Cendawan Isi Ayam

sup-cendawan-isi-ayam
Image via Facebook

Resepi ini dikongsikan oleh Sharifah Nur Atiqah dan mendapat banyak perkongsian di media sosial. Satu lagi sup yang popular iaitu sup cendawan menggunakan isi ayam dan ia amat sedap. Mudah disediakan berikut adalah bahan yang diperlukan.

Bahan – bahan:

  • Cendawan butang 2-3 genggam dipotong halus
  • Susu segar 700ml
  • Air 300ml
  • Isi ayam potong halus (jika suka)
  • Cheddar cheese sesuka hati
  • Tepung jagung 2 sudu besar
  • Bawang holland 1 biji dipotong halus
  • Bawang putih 2 biji dipotong halus
  • Serbuk lada hitam 1 sudu kecil
  • Oregano, parsley, basil (Italian herbs)

Cara – cara memasak:

  • Tumis bawang holland dan bawang putih
  • Masukkan susu dan air
  • Masukkan cendawan dan isi ayam
  • Masukkan cheddar cheese
  • Masukkan tepung jagung
  • Kacau sampai mendidih. Tengok kepekatan jika nak cair, tambah air. Jika nak pekat tambah cheese/tepung jagung
  • Masukkan garam dan sesuaikan rasa.
  • Tabur lada hitam serta italian herbs tu.
  • Siap!

8)Resepi Sup Cendawan & Garlic Bread

sup-cendawan-dan-garlic-bread
Image via Facebook

Seterusnya ialah resepi sup Cendawan bersama roti kali.  Resepi kali ini telah dikongsikan oleh Izrin Hariri dan ramai telah kongsikan resepi ini di Facebook. Rasanya roti ini dijual di restoran masakan Barat tetapi anda juga boleh membuatnya sendiri, berikut adalah bahan yang diperlukan.

Bahan – bahan:

Sup Cendawan

  • 5 biji cendawan butang (fresh) saya potong kecil-kecil
  • Separuh bawang holland (dadu kecil), 
  • 2 ulas bawang putih (minced/potong halus), 
  • Butter 2 sudu (untuk menumis), 
  • Susu segar,
  • Tepung jagung (dibancuh air sejuk)
  • Garam dan daun parsley flakes (pilihan)
  • Croutons
  • Roti sekeping
  • Butter

Garlic Bread

  • Butter suhu bilik,
  • Parsley flakes
  • Minced garlic (bawang putih hancur)
  • Roti

Langkah – langkah:

Sup Cendawan

  • Tumis bawang holland sehingga naik bau dengan butter.
  • Masukkan cendawan dan tumis sehingga layu.
  • Masukkan bawang putih dan tumis semua. 
  • Tuang susu segar ke dalam pot dan kacau. (Sukatan susu adalah bergantung pada kuantiti yang anda inginkan)
  • Masukkan air bancuhan tepung jagung dalam sup dan tengok tekstur sup kalau cair, tambah lagi air bancuhan tepung jagung sampai likat.
  • Perasa dengan garam. Tunggu sehingga sup mendidih untuk butter betul-betul bercampur dengan sup.

Croutons:

  • Sapu butter atas lapisan roti. 
  • Potong kecik-kecik
  • Sapu lapisan tray dengan butter 
  • Toast dalam oven (150 celcius – 15 min) atau sehingga warna keperangan.
  • *croutons boleh juga dimakan sengan salad. Kalau nak letak seasoning sebelum toast pun boleh (garlic powder ke atau apa – apa)

Garlic Bread

  • Campur butter dengan bawang putih yang telah dihancur.
  • Sapu atas roti. 
  • Bakar dalam oven guna suhu di atas dan bawah

9) Resepi Sup Ikan Merah

Terusnya satu lagi resepi sup yang sangat popular dan digemari ramai. Suk ikan merah ini amat sesuai dihidangkan terutamanya kepada wanita yang baru melahirkan. Cara membuatnya juga sangat ringkas, berikut adalah bahan yang diperlukan.

Bahan-Bahan

  • 1 kg ikan merah
  • 4 cawan air
  • Minyak untuk menumis
  • Daun sup/daun bawang dan bawang goreng (sebagai hiasan)

Bahan tumbuk/kisar

  • 1 sudu besar lada sulah/putih
  • 1/2 inci halia
  • 3 ulas bawang putih
  • 5 biji bawang merah

Bahan Tumis

  • 1 batang kayu manis 
  • 1 kuntum bunga lawang
  • 2 biji buah pelaga
  • 1 ulas bawang putih-hiris
  • 2 biji bawang merah-hiris

Kaedah

  • Ikan di siang,potong , cuci dan toskan.
  • Tumbuk lada putih hingga lumat dan tumbuk bahan-bahan lain sehingga lumat.
  • Panaskan minyak dan tumiskan bahan -bahan tumis.
  • Masukkan bahan-bahan  tumbuk tadi dan tumis sehingga naik bau.
  • Masukkan air, biarkan mendidih.
  • Kemudian masukkan ikan dan kacau rata.
  • Tambah air lagi jika perlu.
  • Masukkan garam dan perasakan.
  • Sekiranya dah cukup rasa, matikan api dan angkat. 
  • Taburkan bawang goreng dan daun sup/bawang. 
  • Sedia utk di hidangkan.

10) Resepi Sup Tulang Lembu

sup-tulang-lembu
Image via Facebook

Berikut merupakan sebuah resepi yang biasanya didapati di restoran sahaja. Ianya selalu mendapat permintaan walaupun ianya agak mahal. Kini anda boleh cuba sendiri dirumah, menggunakan resepi yang dikongsikan oleh Ayu Mashruddin di Facebook yang telah mendapat banyak perkongsian.

Bahan – bahan:

  • Tulang (anggaran 2kg – 2.5kg) direbus dalam pressure cooker selama 45 minit
  • Halia
  • Bawang merah
  • Sup bunjut Adabi utk sup tulang : 2

Bahan untuk tumis darat:

  • Rempah Tumis : 1 pack
  • Bawang merah : hiris
  • Bawang putih : hiris
  • Halia : hiris
  • Cili merah : hiris
  • 1 pack kecil Rempah Sup Adabi
  • 1 pack kecil Rempah Kurma Adabi
  • Batang Daun Sup

Cara – cara memasak:

  • Selepas 45 minit direbus, masukkan bahan tumis kedalam periuk pressure cooker.
  • Tambahkan garam dan lada hitam.
  • Tambahkan lobak dan kenyang dan masak sehingga empuk.
  • Masukkan hirisan tomato.
  • Masukkan daun sup dan daun bawang.
  • Siap!

11)  Resepi Sup Ayam Jernih

Seterusnya sup ayam jernih ini adalah satu lagi rezeki ringkas yang amat mudah untuk disediakan terutamanya bagi orang yang sibuk dan tidak punya banyak masa untuk masak. Sup ayam jernih ini tidak pedas oleh itu yang sesuai untuk pelbagai lapisan umur.

Bahan-bahan 

  • Setengah ekor ayam
  • Bawang besar ½ labu
  • Bawang putih 2 ulas 
  • Halia satu inci
  • Kentang 2 biji dipotong empat
  • Daun sup ½ ikat 
  • Daun bawang ½ ikat
  • 1 sudu kecil serbuk lada putih

Kaedah

  • Bersihkan ayam dan potong kecil. Kisar bawang besar bawang putih dan halia tadi.. 
  • Bersihkan kentang dan belah empat. 
  • Tumiskan bahan-bahan kisah dan tunggu sehingga naik bau. 
  • Masukkan air satu jug kecil. Masukkan kentang segara supaya ia cepat empuk. 
  • Tunggu kuah menggelegak kemudian baru masukkan ayam yang telah diletakkan garam. Gaul hingga semuanya sebati.
  • Tambah air jika perlu. 
  • Tunggu hingga mengelegak dan kentang empuk baru masukkan serbuk lada putih,  garam dan serbuk perasa secukupnya. Tutupkan api.
  • Hidangkan bersama daun sup,daun bawang dan bawang goreng jika anda suka.
  • Siap

12) Resepi Sup Tulang Thai

sup-tulang-thai
image via Facebook

Satu lagi resepi sup yang sangat popular dan dijual di restoran atau di kedai masakan Thailand. Resepi ini dikongsikan oleh Zarina Mohd Dalim II dan banyak perkongsian serta likes telah diperoleh di media sosial.

Bahan – bahan:

  • 1kg tulang dan daging lembu (rebus)
  • 1 btg saderi (hiris)
  • 3 helai daun limau purut( buang urat tgh, sbb x nak kuah jdi pahit)
  • 1 labu bawang Holland (hiris)
  • 1 btg serai (ketuk)
  • 1 btg lobak (potong ikut suka)
  • 3 biji kentang (potong)
  • 2 biji tomato (belah 4)
  • Cili padi (ikut nak ltk berapa)
  • Bunga lawang, kayu manis dan buah pelaga

Bahan Tumbuk:

  • Bawang Putih
  • Bawang Merah
  • Halia
  • Lada hitam
  • Ketumbar
  • Jintan manis
  • Daun ketumbar
  • Lime juice

Cara – cara memasak:

Rebus 1kg tulang dan daging sehingga empuk.

  • Panaskan minyak, tumiskan bahan tumbuk dan masukkan 2sdb rempah sup, masak sehingga naik bau.
  • Kemudian masukkan bahan tumis tadi kedalam air rebusan tulang,masukkan 3 sekawan, masukkan lobak, kentang, serai, daun saderi, cili api, bawang Holland.
  • Biarkan mendidih sehingga kentang dan lobak empuk.
  • Kemudian masukkan tomato, dan garam secukup rasa.
  • Siap! Boleh tabur dgn daun ketumbar dan perahan lime juice.

13)Resepi Kuah Bakso

kuah-bakso
image via Facebook

Seterusnya adalah sejenis resepi yang biasanya dijadikan sebagai bahan utama dalam masakan Indonesia iaitu bakso.Resepi ini dikongsikan oleh Iqlima Abu Bakar dan mendapat banyak komen positif serta likes di media sosial. Anda yang ingin mencubanya berikut adalah bahan yang diperlukan.

Bahan – bahan:

  • 1 biji bawang merah besar
  • 7 biji bawang putih
  • 2 biji buah keras
  • 1 inci halia
  • Nota: kisarkan kesemua bahan di atas
  • Tulang lembu
  • Bakso (beli yang siap)
  • Fishball
  • Tauhu kering

Hiasan:

  • Daun bawang
  • Bawang goreng
  • Sambal lada (buat macam belacan pun boleh)

Langkah – langkah memasak:

  • Rebus tulang sampai empuk, kemudian tumiskan bahan kisar, tuang dalam air rebusan tulang.
  • Perlahankan api, tunggu sup masak.
  • Jangan lupa perasakan sup dengan garam dan gula.
  • Apabila dah siap boleh letak bakso, fishball dan tauhu kering.
  • Boleh dihidangkan dengan mee bakso/meehoon/meekuning/dan lain lain.

14) Resepi Sup Ayam Nenek Kam

sup ayam nenek kam
Imej via Facebook

Makan sup ayam dengan sambal kicap atau sambal belacan lagi sedap jika anda sukakan rasa pedas. Masukkan kentang, carrot dan sayur-sayuran menambah kesedapannya. Sila cubakan resepi sup ayam nenek kam yang dikongsikan oleh Jamaliah Ishak di laman Facebook.

Bahan-bahan :

  • Ayam dipotong 12,
  • Bawang merah diblend,
  • Bawang putih diblend,
  • Halia seinci ibu jari diblend,
  • Rempah sup ½ paket Adabi,
  • Daun sup,
  • Carrot/kentang (jika suka).
  • (Kuantiti bahan 1 hingga 5 ikut anda ingin masak untuk berapa orang makan. Agak-agak sendiri ya).

Cara-cara :

  • Mula-mula masakkan air dalam periuk hingga mendidih ikut berapa banyak ayam.
  • Sambil tunggu air mendidih, blend bawang merah, bawang putih dan halia.
  • Apabila air sudah mendidih, masukkan 4 sekawan.
  • Kemudian masukkan bahan blend tadi.
  • Masukkan perencah sup ayam. Masakkan kuah sekejap.
  • Kemudian masukkan ayam. Masak sehingga ayam empuk.
  • Jika sudah hampir masak, masukkan daun sup dan daun bawang.
  • Siap.

15) Resepi Ikan Sardin Singgang

Berikut adalah satu lagi resepi yang berasaskan sup tetapi oleh kerana bahannya berbeza ia mempunyai rasa yang sangat berbeza. Namun begitu ia amat sedap dan digemari ramai terutama kalangan orang dewasa. Berikut adalah bahan yang diperlukan.

Bahan-bahan

  • 2 Ikan kembung/sardin segar

Bahan tumbuk

  • 2 biji bawang merah 
  • 1 inci halia
  • 1 inci kunyit 
  •  10 ulas cili api
  • Sedikit lada hitam (pilihan)

Bahan lain

  • 1 keping asam keping
  • 5 batang bendi
  • 1 biji tomato belah 4
  • Air

Kaedah

  • Mula-mula masukkan bahan yang telah ditumbuk kedalam periuk pilihan hati.
  • Masukkan air dan asam keping.
  • Ketika kuah mulai mengelegak, masukkan ikan dan bendi.
  • Apabila mengelegak betul, baru masukkan garam dan serbuk perasa.
  • Akhir sekali masukkan buah tomato yang dipotong empat tadi.
  • Siap.

16) Masak Tempoyak Ikan Patin 

Masakan ini sangat popular di negeri Pahang, masak Tempoyak ikan Patin. Masakan ini diperbuat daripada Tempoyak dan direbus bersama cili api dan juga ikan Patin. Rasanyatang ringan dan sedap itu menjadi kegemaran orang, berikut adalah bahan yang perlukan.

Bahan bahan

  • 1 ekor ikan patin saiz sederhana
  • 2 senduk kecil tempoyak
  • 4 cawan air – agak agak pekat kuah disukai
  • 1 biji cili merah – optional untuk bagi kuah merah jer
  • Segenggam cili padi merah – ikut pedas disukai
  • 1 sudu serbuk kunyit
  • Secekak daun kesum
  • Sekeping asam keping
  • Sedikit garam, serbuk perasa dan gula

Kaedah

  • Mula-mula bersihkan ikan patin dan rendam didalam air berisi garam dan asam jawa untuk mengurangkan bau hanyir.
  • Kisar cili merah dan cili padi hingga halus.
  • Kemudian masukkan tempoyak dan gaul rata.
  • Masukkan air pada aras yang diingini.
  • Tambahkan serbuk kunyit dan juga asam keping jika suka.
  • Buka api dan biar kuah mengelegak.
  • Selepas itu, baru masukkan ikan dan daun kesum.
  • Akhir sekali masukkan garam, serbuk perasa dan sedikit gula.
  • Masak hingga kuah mengelegak untuk kali kedua.
  • Tutup api.
  • Siap untuk dihidangkan.

17) Resepi Ketam Rebus Ketuk Serai

Seterusnya resepi sup yang menggunakan ketam, ketam rebus ketuk serai ini Adalah seperti suka yang menggunakan ketam dan juga serai, rasanya sama sedap terutama bagi anda yang gemar makanan laut. Berikut adalah bahan-bahan yang diperlukan.

Bahan-bahan

  • 2 ekor ketam- belah dua
  • 2 batang serai- diketuk
  • 5 ulas bawang putih diketuk
  • Air- dalam 1 1/2 – 2 gelas
  • Garam- dalam 1/2 sudu kecil
  • Gula- dalam 1 1/2 sudu kecil ( pilihan)

Kaedah 

  • Masukkan ketam ke dalam periuk.
  • Masukkan serai, bawang putih, garam dan gula.
  • Masukkan air.
  • Rebus hingga menggelegak dan ketam masak.
  • Siap.

18) Resepi Sotong Singgang

Resepi ini menggunakan Sotong sebagai bahan utama nya. Ianya amat budak di sediakan mudah disediakan dan amat sedap. Sesuai bagi anda yang selalu sibuk untuk masak, berikut adalah bahan yang diperlukan.

Bahan-bahan

  • 250 gram sotong (dibasuh bersih dan toskan)
  • 2 batang serai (diketuk/dititik)
  • 3 ulas bawang merah (dihiris)
  • 3 ulas bawang putih (dihiris)
  • 4-5 hiris halia
  • 1 keping asam gelugur/asam keping
  • 1 biji cili merah (kalau nak pedas)
  • Garam dan serbuk perasa secukupnya
  • Air secukupnya

Kaedah 

  • Didihkan air secukupnya dalam periuk (cukup untuk kuah).
  • Masukkan semua bahan-bahan seperti serai, bawang, halia, asam keping dan cili. 
  • Apabila kuah mendidih, masukkan sotong dan biarkan masak sehingga lembut. 
  • Perasakan dengan garam dan serbuk perasa secukupnya. Padamkan api.
  • Siap.

19) Resepi Asam Rebus Ikan Selar

Masakan ini amat  senang disediakan dan digemari ramai orang. Asam rebus ikan selar ini mempunyai rasa seperti asam pedas tetapi ia tidak ditumis dan kandungan cilinya juga hanya sedikit. Berikut adalah bahan yang diperlukan.

Bahan utama

  • Ikan selar 1 ekor, sederhana besar.

Bahan-bahan kisar

  • Segenggam cili kering yang telah direbus hingga kembang.
  • Sebiji  bawang besar saiz sederhana
  • 2 ulas bawang putih
  • 1 inci halia
  • 1 inci belacan
  • Bahan-bahan perasa
  • Asam keping sekeping saiz besar.
  • Garam 1 ½ sudu kecil
  • Serbuk perasa ½ sudu kecil
  • Bahan-bahan rencah
  • Setangkai daun kesum
  • 5 batang bendi
  • Sebiji tomato.
  • Cili api (pilihan)

Kaedah

  • Cuci ikan,potong beberapa bahagian ( pilihan) dan perapkan dengan garam  dan serbuk kunyit.
  • Ketepikan.
  • Sediakan periuk,masukkan bahan-bahan kisar.
  • Masukkan asam keping, tujuannya agar kuah cukup masamnya.
  • Bila kuah mulai mengelegak, masukkan ikan.
  • Biar seketika baru masukkan bendi tomato, daun kesum dan cili api beberapa batang ( jika suka lebih pedas)
  • Tambahkan garam dan serbuk perasa. Biar bendi empuk sedikit, barulah tutup api. Sekarang bolehlah dihidangkan.

20)Resepi Asam Rebus Tempoyak

Seterusnya resepi asam rebus tempoyak Masakan ini juga tidak menggunakan sebarang minyak dan cara membuat dan juga amat ringkas. Jika anda ingin mencubanya berikut adalah bahan-bahan yang anda perlu dapatkan di kedai berdekatan.

Bahan utama

  • Ikan patin seekor sederhana atau apa-apa jenis ikan pilihan anda

Bahan – bahan kisar

  • Segenggam cili api
  • 2 sudu besar tempoyak
  • Air secukupnya
  • Rencah
  • Sayur terung telunjuk 5 batang
  • Asam keping sekeping ( jika suka lebih masam)
  • Daun kesum ( pilihan)
  • Perasa
  • Garam dan serbuk perasa secukupnya.
  • Serbuk kunyit.

Kaedah

  • Bersihkan ikan dan perasakan dengan garam dan kunyit.
  • Masukkan bahan-bahan kisar kedalam periuk. Tambahkan serbuk kunyit agar warnanya lebih cantik. Tambahkan juga air dan asam keping jika perlu.
  • Tunggu kuah mengelegak, baru masukkan terung dan daun kesum. Tunggu sebentar,baru masukkan ikan.
  • Tunggu terung empuk dan ikan masak sebelum tutup api.
  • Jangan lupa tambah garam dan serbuk perasa.

21) Resepi Asam Rebus Batang Keladi

Satu lagi resepi masakan kampung yang menggunakan batang kata keladi. Asam Asam rebus batang keladi ini amat mudah untuk disediaka juga amat sedap. Bagi anda yang menggemari masakan kampung dan masakan ringkas berikut adalah bahan-bahan yang diperlukan.

Bahan-bahan

  • Semangkuk sayur keladi – disiang,direbus dengan garam dan asam keping. Toskan dan ketepikan.
  • 10 tangkai cili kering
  • 1 biji bawang besar
  • 2 ulas bawang putih
  • Segenggam ikan bilis
  • 1 keping asam keping saiz besar
  • Garam
  • Perasa
  • Gula
  • Daun kesom 1 genggam

Kaedah

  • Mula-mula kisar cili kering, bawang merah dan bawang putih
  • Masukkan sayur keladi tadi dalam periuk
  • Masukkan bahan kisar ke dalam periuk yang ada sayur keladi tu
  • Masukkan air secukup,garam, serbuk perasa, gula, ikan bilis, hirisan bawang merah dan daun kesom
  • Masak hingga mendidih
  • Padam kan api dan sedia untuk dihidang dengan nasi panas.

22) Resepi Sotong Masak Serai

sotong masak serai
Imej via Facebook

Mari cuba buat sotong masak serai. Para penggemar seafood patut cuba resepi ini. Resepi dikongsikan oleh Chinta Damia‎ di laman Facebook, ia amat mudah disediakan dan bagi anda yang ingin mencubanya berikut adalah bahan yang diperlukan

Bahan-bahan :

  • Sotong 5-7 ekor,
  • Santan,
  • Bawang merah* (4 biji),
  • Halia* (sebesar ibu jari),
  • Bawang putih* (1 ulas),
  • Serai (diketuk),
  • Bawang besar (dipotong wedges),
  • Gula,
  • Garam,
  • Ajinomoto,
  • Lada besar hijau,
  • Tumbuk@blend bahan bertanda*.

Cara-cara :

  • Masukkan santan ke dalam periuk.
  • Kemudian masukkan bahan yang ditumbuk. Biarkan santan mendidih.
  • Setelah santan mendidih masukkan serai, sotong, bawang besar yang dipotong wedges, sedikit garam, gula dan ajinomoto untuk perasakan.
  • Akhir sekali masukkan lada hijau untuk rasa pedas-pedas sedikit.

23)Resepi Rasam

Seterusnya adalah resepi Rasam iaitu sejenis masakan India yang telah mula diterima oleh pelbagai lapisan masyarakat di negara kita ini. Rasam diperbuat daripada pelbagai jenis rempah ratus dan dia mempunyai rasa yang masam tetapi amat sedap dan berkhasiat. Bagi anda yang ingin mencuba resepi ini berikut adalah bahan-bahan yang diperlukan.

Bahan-bahan

Tumbuk

  • ½ labu bawang besar
  • 2 ulas bawang putih
  • ½ inci halia
  • Sedikit lada hitam
  • Sedikit jintan manis
  • Sedikit jintan putih

Bahan hiris dan tumis

  • Cili kering
  • Biji sawi
  • Jintan manis
  • Bawang besar (potong baji)
  • Bawang putih (hiris)
  • 10 biji halba
  • 2 tangkai daun kari

Bahan lain

  • 1 sudu asam jawa (diramas dan ambil airnya)
  • Air secukupnya
  • Garam dan serbuk perasa.
  • 1 sudu teh serbuk kunyit.

Kaedah 

  • Dalam periuk panas tambahkan minyak masak dan tumis bahan kisar sehingga naik bau. 
  • Kemudian tumis pula bahan hiris hingga semua bahan serasi.
  • Tambahkan serbuk kunyit juga.
  • Masukkan air asam jawa dan tambah dengan air kosong 1 jug kecil.
  • Biarkan mendidih dan tambahkan garam dan serbuk perasa secukupnya.
  • Siap!

24)Resepi Sup Kaki Ayam

Resepi berikut adalah sebuah resepi sup yang  mudah dan sedap. Sup kaki ayam ini amat mudah disediakan dan ia terkenal dengan kandungan kolagen yang tinggi dan amat sesuai untuk kaum wanita. Bagi anda yang ingin mencuba resepi ringkas ini berikut adalah bahan-bahan yang diperlukan.

Bahan-bahan

  • 10 kaki ayam ( bersihkan dan potong dua jika suka)

Bahan kisar

  • 7 biji bawang merah kecil
  • 5 biji bawang putih 
  • ½” halia mengikut rasa

Bahan lain

  • Daun Sup 
  • 4 Biji Kentang (belah 4)
  • 1 sudu serbuk rempah kurma/sup

Kaedah

  • Mula-mula rebus kaki ayam sehingga ia empuk.
  • Selepas itu masukkan kentang pula.
  • Masak kedua ini sehingga ia sebati dan empuk.
  • Dalam kuali lain, tumiskan semua bahan tumbuk.
  • Kemudian masukkan rempah sup.
  • Apabila telah sebati, masukkan kedalam periuk berisi kaki ayam dan kentang tadi.
  • Selepas itu baru tambahkan garam dan serbuk perasa secukupnya.
  • Masukkan hirisan daun sup dan taburan bawang goreng sebelum dihidangkan.
  • Siap.

25) Resepi Sup Sayur Petola

Resepi Berikut merupakan sejenis resepi sup sayur-sayur yang mudah untuk disediakan dan juga amat sedap. Sup sayur Petola dibuat menggunakan sayurletola dan juga air rebusan ikan bilis. Masakan ini amat sedap dan mudah untuk disediakan, berikut adalah bahan yang diperlukan.

Bahan bahan:

  • 1 batang petola (bersihkan dan hiris)

Bahan tumbuk 

  • 3 ulas bawang merah 
  • 3 ulas bawang putih 
  • 1/2 sudu lada sulah 
  • 4 ulas cili api
  • 1 sudu teh biji lada sulah
  • Sedikit ikan bilis 

Bahan lain

  • Minyak
  • Garam dan serbuk perasa secukupnya 

Kaedah

  • Panaskan minyak dan tumis bahan tumbuk dan biarkan hingga garinb betul.
  • Masukkan air secukupnya dan masak sehingga kuah hampir mendidih.
  • Kemudian masukkan sayur petola.
  • Biarkan kuah mendidih.
  • Akhir sekali masukkan garam dan serbuk perasa secukupnya.
  • Tutup api bila sayur telah empuk.
  • Siap!

Itulah dia 25 resepi yang dihimpunkan di dalam koleksi kali ini. Masakan ini amat sesuai dan mudah untuk di sediakan terutama bagi anda yang selalu kesibukan bekerja.Masakan ini juga adalah kategori masakan sihat kerana dia tidak menggunakan banyak minyak dan juga tidak menggunakan santan. Masakan yang direbus kebanyakannya menggunakan ayam, ikan ,sayur malah daging. Semoga dapat dimanfaatkan oleh anda dan jangan lupa kongsikan, selamat mencuba!

About Our Content Creators

Lorem ipsum dolor sit amet, consectetur adipiscing elit. Integer semper commodo tristique. Donec in dolor a odio semper convallis et ac ex. Aenean at elit non arcu tincidunt laoreet.

We may earn a commission if you click on the links within this article. Learn more.

More…!