Resepi Tradisional, Moden & Terkini

Koleksi 10 Resepi Sandwich Yang Sedap Dan Senang Disediakan

author name

Sandwich adalah  makanan yang diperbuat daripada dua keping oti yang akan diisi dengan daging, sayuran, keju atau perasa makanan atau sos sehingga rasanya menjadi lebih enak. Ianya dikatakan berasal dari England dan dicipta secara tidak sengaja apabila seorang ahli perniagaan yang kaki judi enggan meninggalkan meja judi walaupun telah tiba waktu makan ketika itu. Beliau telah meminta tukang masak untuk meletakkan semua daging dan sayut didalam 2 keping roti semua mudah untuk beliau makan. Sejak dari itu bermulalah sejarah sandwich yang makin hari dipelbagaikan dengan bermacam jenis roti dan juga inti.

Perkongsian kali ini akanmembawa kepada anda 10 resepi sandwich yang sangat mudah disediakan. Oleh kerana ada 2 jenis sandwich yang kita biasa dapat iaitu sandwich sejuk dan sandwich bakar, maka kami akan kongsikan resepi sandwich sejuk dulu yang lazimnya sesuai dibawa bekal ke pejabat atau pun ketika dalam perjalanan.

1)Resepi Sandwich Sardin Oskol

Resepi yang pertama ialah resepi berikut yang merupakan antara sandwich paling lama wujud dinegara kita ini iaiti sandwich sardin. Dinamakan oskol kerana ia telah wujud dinegara kita sebelum tahun 70an lagi.Berikut adalah bahan bahan yang diperlukan

Bahan-Bahan

  • 1 tin sardin saiz kecil
  • 1 biji limau kasturi
  • 2 labu bawang besar 
  • 5 tangkai cili padi di hiris – Jika suka pedas 
  • 1 biji timun – di kupas dan hiris nipis
  • Mentega
  • ½ buku roti 
  • 1/4 sudu teh – lada sulah 
  • 1 sudu besar minyak masak
  • garam secukupnya
  • Buka tin sardin, sejatkan kuah dan pisahkan tulang sardin dengan isi. 
  • Hancurkan ikan sardin menggunakan garfu.
  • Kupas bawang besar dan cincang dadu. 
  • Hiris cili api
  • Perah 2 biji limau kasturi
  • Kemudian masukkan bawang, cili dan asam limau kasturi sedikit demi sedikit .
  • Tambah sedikit garam.
  • Ambil sekeping roti, sapukan butter hingga rata.
  • Sapu inti menyeluruh kepingan roti tadi.
  • Letakkan hirisan cili api dan timun.
  • Tutup dengan sekeping lain roti (sapu dahulu dengan butter)
  • Potong 2 atau 4 jika anda suka.
  • Lapik dengan paper cup dan simpan didalam bekas yang sesuai.
  • Siap!

2) Resepi Sandwich Tuna Original

Resepi seterusnya ialah sandwich tuna yang sangat popular seluruh dunia, walaupun tuna bukan ikan tempatan namun kerna kii isinya ada dijual didalam tin, maka amat mudah untuk ia disediakan. Ini adalah resepi original tanpa menambah banyak bahan, berikut adalah bahan-bahan yang diperlukan.

Bahan-bahan 

  • Satu buku roti keping 
  • Satu tin ketulan tuna 
  • Bawang holland (potong dadu)
  • Mayonis
  • Tomato (hiris) 
  • Timun Jepun (hiris)
  • Serbuk black pepper (pilihan)
  • Butter
  • Buang minyak dalam tuna, hancur kan tuna, apabila hancur campur kan dengan mayonis dan black pepper. Ketepikan.
  • Sapu kan butter atau mayonis pada kepingan roti.
  • Letakkan inti tuna.
  • Tambahkan hirisan timun dan tomato.
  • Kemudian tekupkan dengan roti. 
  • Sediakan untuk dipotong, namun ulang proses jika anda ingin sandwich yang tebal.
  • Lapik sandwich dengan paper cup atau jamah begitu saja.
  • Siap!

3) Resepi Sandwich Special Tuna Pedas

Manakala resepi seterusnya ialah resepi sandwich special tuna pedasl. Ianya adalah sandwich tuna yang ditambahn dengan hirisan cili api bangla yang amat pedas, bila masa ia digigit akan terasa kepedasannya. Berikut adalah bahan yang diperlukan.

Bahan utama

  • 2 buku roti (apa-apa jenama)
  • 1 tin tuna in water 
  • 1 tin tuna pedas
  • 1 biji bawang holland (potong dadu)
  • 7 biji cili api merah ( hiris nipis-nipis)
  • Tomato sebiji (buang isi dan potong dadu)
  • 2 biji limau kasturi (ambil jusnya)
  • 3 sudu besar mayonis (anggar jangan terlalu cair intinya)
  • Butter dan mayonis (sebagai sapuan)
  • Salad
  • Tomato
  • Mula-mula bersihkan sayur-sayuran dan toskan. Ketepikan.
  • Kemudian sapu butter pada roti, selang selikan dengan mayonis.
  • Keluarkan isi ikan tuna dan lenyekkan guna garfu atau apa-apa alat yang sesuai.
  • Tambahkan mayonis dan gaul agar ia sebati.
  • Taburkan bahan-bahan yang telah dipotong dadu dan dihiris tadi.
  • Masukkan asam limau dan garam secukup rasa, perasakan.
  • Akhir sekali masukkan mayonis, sedikit demi sedikit agar ia tidak terlalu basah.
  • Siap, ketepikan.
  • Sediakan kepingan pertama, letakkan satu sudu inti sandwich, letakkan hirisan tomato, tutup dengan kepingan roti kedua. 
  • Sapukan mayonis dibahagian belakang roti tersebut, dan letakkan satu sudu lagi inti sandwich.
  • Kemudian letakkan sehelai daun salad diatasnya.
  • Tutup dengan kepingan roti ketiga.
  • Atur kemas dan mula mengerat roti kepada 2 bahagian menggunakan pisau roti yang jenis bergerigi.
  • Letakkan didalam kertas ‘paper cup’ jika suka, jika tidak pun tidak mengapa.
  • Ulang sehingga habis.
  • Siap.

4) Resepi Sandwich Peanut butter Jelly

Resepi seterusnya ialah sandwich peanut butter jelly , ia sesuai untuk dihidangkan kepada kanak kanak kerana rasanya manis. Sandwich ini juga sesuai untuk disediakan di majlis hari jadi kanak kanak atau majlis kecil kecilan,berikut adalah bahan-bahan yang diperlukan.

  • Peanut butter
  • Jem strawberi
  • Roti sandwich
  • Sapukan peanut butter dan jem diatas roti dan tangkupkan keduanya.
  • Potong kepada dia bahagian.
  • Siap!

5) Resepi Sandwich Telur 

Resepi berikut adalah cara – cara menyediakan sandwich telur, satu lagi sandwich paling popular seantero dunia kerana ia amat mudah untuk disediakan. Sandwich ini menggunakan telur rebus bersama mayonis dan juga sedkit lada sulah, berikut adalah cara-cara menyediakan ia.

Bahan utama

  • Roti (apa-apa jenama)
  • 3 biji telur rebus
  • 3 sudu besar mayonis
  • 1/2 sudu teh garam
  • Timun jepun di dadu
  • Buah tomato buah isi dan potong dadu 
  • 1 sudu teh serbuk lada sulah
  • Butter 
  • Mayonis 
  • Salad
  • Tomato (hiris bulat kepada 6-7 kepingan)
  • Mula-mula bersihkan sayur-sayuran dan toskan. Ketepikan.
  • Kemudian sapu butter pada roti, selang selikan dengan mayonis.
  • Kupas kulit telur rebus dan lenyekkan guna garfu atau apa-apa alat yang sesuai.
  • Tambahkan mayonis dan gaul agar ia sebati.
  • Taburkan bahan-bahan yang telah dipotong dadu tadi.
  • Masukkan garam dan serbuk lada sulah, cuba rasa untuk anggarkan rasa masin.
  • Gaul semua  bahan hingga mesra dan sebati.
  • Sediakan kepingan pertama, letakkan satu sudu inti sandwich, letakkan hirisan tomato, tutup dengan kepingan roti kedua. 
  • Sapukan mayonis dibahagian belakang roti tersebut, dan letakkan satu sudu lagi inti sandwich.
  • Kemudian letakkan sehelai daun salad diatasnya.
  • Tutup dengan kepingan roti ketiga.
  • Atur kemas dan mula mengerat roti kepada 2 bahagian menggunakan pisau roti yang jenis bergerigi.
  • Letakkan didalam kertas ‘paper cup’ jika suka, jika tidak pun tidak mengapa.
  • Ulang sehingga habis.
  • Siap.

6) Resepi Sandwich Ayam Crispy

Resepi berikut merupakan sejenis sandwich yang mulai viral sejak kebelakangan ini, ia diinpirsaikan daripada zinger burger KFC kerana ia menggunakan kepingan ayam yang digoreng garing. Kemudian ia diisi dengan sayur-sayuran dan sos sebelum diapit dengan 2 keping roti.

Bahan-bahan

  • Roti keping
  • 2 keping isi ayam (bahagian dada)
  • Tepung segera ayam
  • Minyak masak untuk goreng tenggelam

Bahan-bahan Salad Sandwich

  • Tomato, timun dan apa-apa sayur kegemaran seperti daun salad / lettuce
  • Mayonis/Sos Thousand Island
  • Keju keping (Cheese)

Penyediaan Sandwich Ayam 

  • Salut isi ayam dengan tepung goreng ayam.
  • Goreng dengan minyak panas sehingga masak.
  • Ketepikan dan sejukkan.
  • Sapu permukaan roti dengan mayonis atau butter
  • Lapikkan dengan cheese,salad dan tomato
  • Letakkan isi ayam yang telah digoreng.
  • Tutup dengan sekeping lagi roti.
  • Siap!

7) Resepi Sandwich Creamy Scramble Egg

Seterusnya ialah resepi sandwich dengan telur hancur yang berkrim, selain daripada menggunakan telur rebus penggunaan telur hancur juga tidak kurang enaknya. Namun telur hancur yang disediakan perlulah dibuat lembab dengan cara elakkan di’over cook’. Baiklah berikut adalah bahan-bahan yang diperlukan.

Bahan-bahan

  • 2 biji telur
  • Secubit garam
  • Susu
  • Mayonis
  • Hiasan
  • Salad/Timun
  • Tomato

Kaedah

  • Mula-mula pecahkan telur dan tambahkan garam, mayonis dan sesuatu susu.
  • Panaskan kuali dan tambah 1 sudu butter
  • Apabila butter telah cair, masukkan telur dan terus kacau agar ia tidak keras.
  • Tutup api sebelum telur menjadi terlalu masak
  • Sejukkan sebelum digunakan.

Penyediaan sandwich 

  • Sapukan roti dengan butter atau mayonis
  • Letakkan helaian daun salad atau hirisan timun
  • Tambahkan hirisan  tomato jika suka.
  • Tutup dengan sekeping roti 
  • Petang roti dan kemudian dengan pisau bergerigi belah dibahagian tengah.
  • Sedia untuk dihidangkan.

8) Resepi Sandwich Crab Mayo

Seterusnya resepi sandwich seafood yang amat jarang disediakan namun popular juga dikalangan peminat sandwich kerana ia menggunakan ‘crab stick’, iaitu sejenis makanan beku yang diperbuat dar isi ikan yang berperisa ketam. Digemari oleh peminat makanan ‘seafood’ baiklah berikut adalah bahan-bahan yang diperlukan.

Bahan-bahan 

  • 400gm Crabstick
  • 2 biji bawang besar (potong dadu)
  • 200gm mayones
  • Sedikit lada sulah/lada hitam

Bahan lain

  • Roti
  • Kepingan keju
  • Mayones
  • Salad Romania
  • Timun jepun (hiris bulat)
  • Tomato (hiris bulat)

Kaedah

  • Celur seketika crabstick dan dicincang.
  • Kemudian masukkan kesemua bahan, bawang besar, mayones dan lada sulah. 
  • Gaul sebati.
  • Ambil roti sandwic dan lapiskan dengan kepingan keju, mayones, salad romania, inti crabstick, timun dan tomato.
  • Sedia dan enak  dinikmati bersama kopi panas.

9) Resepi Sandwich Viral

Resepi berikut merupakan antara resepi sandwich yang mula viral ketika lambakan resepi sandwich berlaku beberapa tahun kebelakangan ini. Ia menggabungkan beberapa jenis inti dan lapisan rotinya juga adalah 3 keping tidak seperti roti sandwich biasa. Bagi anda yang sedang mencari idea, berikut adalah bahan-bahan yang diperlukan.

Bahan-bahan

  • Roti putih sandwich
  • Tuna dalam air
  • Cili api hiris nipis
  • Bawang potong dadu
  • Mayo
  • Garam dan lada sulah
  • Sosej
  • Cheese slice
  • Sayur salad
  • Tomato 
  • Mula-mula sapukan roti dengan butter atau mayonis
  • Pada kepingan pertama, sapu bahan inti tuna pedas
  • Tambah sayur dan tomato
  • Pada kepingan kedua tambahan sosej yang telah direbus dan juga kepingan cheese
  • Tutup dengan kepingan roti yang ketiga.
  • Potong dan sedia untuk dihidang.

10) Resepi Sandwich Sedap

Sebagai penutup koleksi kali ini , sandwich berikut merupakan kombinasi beberapa jenis inti yang difikirkan sesuai. Resepi ini fleksibel kerana anda juga mengubahsuai kandungan mengikut selera anda. Berikut adalah bahan-bahan yang diperlukan.

Bahan-bahan

  • Roti sandwich
  • Tuna in oil
  • Telur hancur
  • Bawang dadu
  • Cili api
  • Mayonis
  • Salad mak tam
  • Tomato
  • Lobak merah (pilihan)
  • Cheese slice
  • Mula-mula sapu roti dengan mayonis atau butter
  • Keluarkan tuna dari tin dan tapiskan ia, masukkan kedalam bekas
  • Campur tuna dengan mayonis dan asam limau atau lemon.
  • Tambah sedikit garam atau serbuk lada sulah.
  • Tambahkan bawang dadu
  • Gaul sebati, ketepikan.
  • Campurkan telur, susu dan mayonis
  • Goreng dan kacau agar ia menjadi telur hancur
  • Tutup api sebelum ia kering.
  • Ketepikan

Penyediaan sandwich sedap.

  • Ambil roti yang telah disapu butter tadi.
  • Lapisan pertama letakkan inti tuna lapiskan dengan salad dan hirisan timun
  • Tutup dengan roti kedua.
  • Diatas roti tersebut, ratakan telur hancur dan letakkan sosej.
  • Tambahkan kepingan cheese jika suka,
  • Tutup lapisan ketiga
  • Siap
  • Boleh potong serong atau hidang begitu sahaja.

Diharap koleksi yang telah menghimpunkan 10 resepi sandwich sejuk ini dapat memberii anda idea dalam menyediakan hidangan untuk keluarga anda. Khususnya peminat sandwich atau makanan berasaskan roti seumpamanya. Dalam menyediakan sandwich sebenranya tidak ada had, mengapitkan dua keping roti dengan baki ikan goreng semalam juga sandwich. Oleh itu jangan takut untuk mencuba dan gunakan koleksi yang telak kami sediakan sebagai rujukan anda. Oh ya jangan lupa kongsikan ya agar dapat dimanafaat orang lain!

Resepi – resepi lain yang menarik

Terima kasih kerana berkunjung ke laman kami. Selain daripada koleksi ini, ada pelbagai variasi koleksi yang anda boleh cuba. Jangan lupa juga untuk kongsikan koleksi ini bersama rakan anda ya.

About Our Content Creators

Lorem ipsum dolor sit amet, consectetur adipiscing elit. Integer semper commodo tristique. Donec in dolor a odio semper convallis et ac ex. Aenean at elit non arcu tincidunt laoreet.

We may earn a commission if you click on the links within this article. Learn more.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *