Koleksi 10 Resepi Sambal Tumis Mudah Je Boleh Cuba Sendiri

Sambal tumis adalah sejenis masakan bersambal diaman bahan-bahan yang digunakan ialah seperti cili kering yang te;ah direbus, bawang merah atau bawang besar berserta belacan. Lazimnya ia dihidang bersama nasi lemak,telur rebus dan hirisan timun. Sambal tumis mempunyai banyak versi diantaranya versi pekat, cair mahu pun kering. Selain daripada dimakan bersama nasi lemak ia juga sedap dimakan bersama nasi putih dan ulam ulaman. Sambal tumis biasanya mengguna kan ikan bilis sebagai bahan utama nya namun begitu selain daripada ikan bilis, udang,sotong basah, sotong kering malah petai dan jering juga adalah di antara bahan-bahan yang sering digunakan bersama di dalam sambal tumis ini. 

Perkongsian kali ini akan membawa kepada anda 10 resepi sambal tumis yang mudah, sedap dan popular dikalangan masyrakat kita yang telah berjaya kami himpunkan dalam koleksi kali ini. Berikut adalah resepi-resepinya

1) Resepi Sambal Tumis Telur Burung Pipit

Resepi sambal tumis ini sangat sedap kerana ianya ditambah dengan terung pipit. Terung ini mempunyai rupa yang bulat dan kecil,selalunya ia nya dijadikan ulam. berikut adalah bahan-bahan yang diperlukan yang boleh anda dapati di kedai yang berdekatan

Bahan-Bahan

200g ikan bilis

2 cawan terung pipit, dibuang tangkai dan bersihkan

1/2 biji bawang besar, hiris nipis

2-3 senduk besar minyak

Garam dan gula secukup rasa

Bahan kisar 

  • 10-15 biji cili kering, dibuang biji dan rebus
  • 4 ulas bawang merah
  • Belacan sedikit

Kaedah 

  • Panaskan minyak,tumiskan bahan-bahan kisar sehingga naik minyak.
  • Tambahkan asam keping dan bawang besar yang dihiris bulat.
  • Apabila cili mulai garing, tambahkan sedikit air.
  • Masukkan garam,serbuk dan gula.
  • Kacau rata kemudian tambahkan terung pipit dan ikan bilis.
  • Gaul semua bahan sehingga sebati dan tutup api apabila  sambal mulai pekat.
  • Tutup api.
  • Siap.

2)Resepi Sambal Tumis Kerang Amatur

Resepi seterusnya ialah sambal tumis yang menggunakan kerang sebagai bahan utamanya. Kebiasaannya sambal ini dihidang bersama nasi lemak namun begitu ia juga sedap dimakan bersama nasi putih. Berikut adalah bahan-bahan yang diperlukan.

Resepi ini dikongsikan oleh PutRa FairuZairiy FZ serta banyak likes dan komen positif telah didapati di Facebook

Bahan – bahan:

  • 2 kg kerang (dicuci, direbus dan isinya dikopek)
  • 2 biji bawang besar
  • 4 sdb cili boh/kering
  • Sedikit air asam jawa
  • 2 sdb gula merah/melaka
  • Minyak masak
  • Garam

Cara – cara memasak:

  • Kisarkan bawang besar dan cili kering. (Boleh juga ditumbuk didalam lesung batu)
  • Panaskan minyak, tumiskan bawang dan cili kering sehingga pecah minyak.
  • Masukkan air asam jawa, gula merah dan garam.
  • Akhir sekali, masukkan kerang dan kacau rata.
  • Siap!

3)Resepi Sambal Tumis Udang Petai

Resepi berikut merupakan sambal tumis yang paling digemari oleh pelbagai lapisan masyarakat. Sambal tumis udang bersama petai merupakan kegemaran ramai kerana kenakan petai apatah lagi yang digabung bersama udang. Yang pasti ia mempunyai peminat itu sendiri, berikut adalah bahan yang diperlukan

Bahan utama

  • 20 ekor udang saiz besar, gunting bahagian tajam dikepala dan ekor,cuci, toskan dan tambahkan garam,serbuk kunyit dan sedikit gula.
  • 4 papan petai, ambil isinya

Bahan kisar

  • 1 bawang besar saiz kecil (atau 4 ulas bawang merah)
  • 1 sudu besar udang kering/ikan bilis 
  • 1 inci belacan

Bahan hiris dan tumis

  • 1 labu bawang besar saiz besar (hiris bulat)
  • 4 cawan cili kering yg telah dikisar (gunting,rebus dan bilas hingga hilang bijinya)
  • 1 keping asam keping saiz kecil
  • Garam, gula dan serbuk perasa secukup rasa.
  • Air anggaran secawan.

Kaedah

  • Pertama, tumiskan bahan yang telah dikisar dan biarkan ia naik bau.
  • Kemudian tumiskan cili kering,asam keping dan bawang yang telah dihiris tadi.
  • Biarkan hingga cili naik minyak, kacau selalu agar ia tidak hangit.
  • Kemudian masukkan air sedikit demi sedikit agar tidak terlalu cair.
  • Masak lagi agar cili benar-benar garing, masukkan garam,gula dan serbuk perasa secukupnya.
  • Masukkan udang dan petai dan gaul agar sebati, tambah air jika perlu.
  • Masak lagi agar sambal dan udang benar-benar serasi.
  • Tutup api apabila semua bahan mulai sebati.
  • Siap.

4)Resepi Sambal Tumis Kerang Ringkas

Resepi seterusnya ini masih lagi menggunakan kerang sebagai bahan utamanya namun ia mempunyai sedikit perbezaan di dalam kandungan bahannya dimana ia mempunyai tambahan udang kering yang memberi rasa yang sedikit berbeza. Berikut adalah bahan yang digunakan yang boleh anda dapati di kedai berdekatan.

Bahan utama

  • 1 kg kerang (bersihkan, celur dan kopek isinya)

Bahan kisar

  • 1 bawang besar saiz kecil (atau 4 ulas bawang merah)
  • 1 sudu besar udang kering/bilis 
  • 1 inci belacan

Bahan hiris dan tumis

  • 1 labu bawang besar saiz besar (hiris bulat)
  • 4 cawan cili kering yg telah dikisar (gunting,rebus dan bilas hingga hilang bijinya)
  • 1 keping asam keping saiz kecil
  • Garam, gula dan serbuk perasa secukup rasa.
  • Air anggaran secawan.

Kaedah

  • Pertama, tumiskan bahan yang telah dikisar dan biarkan ia naik bau.
  • Kemudian tumiskan cili kering,asam keping dan bawang yang telah dihiris tadi.
  • Biarkan hingga cili naik minyak, kacau selalu agar ia tidak hangit.
  • Kemudian masukkan air sedikit demi sedikit agar tidak terlalu cair.
  • Masak lagi agar cili benar-benar garing, masukkan garam,gula dan serbuk perasa secukupnya.
  • Masukkan isi kerang dan gaul agar sebati, tambah air jika perlu.
  • Masak lagi agar sambal dan kerang benar-benar serasi.
  • Tutup api apabila semua bahan mulai sebati.
  • Siap.

5)Resepi Sambal Tumis Telur

Resepi berikut merupakan resepi sambal tumis yang menggunakan telur burung Puyuh sebagai bahan utamanya. Sambal ini sangat sedap dan mempunyai peminat yang tersendiri bahan-bahannya juga mudah disediakan dan boleh didapati berikut adalah cara-cara nya. Resepi ini dikongsikan oleh Ida Zairi dan telah mendapat banyak perkongsian di media sosial.

Bahan – bahan:

  • 24 biji telur puyuh (rebus dan kopek kulitya dan goreng dalam minyak)
  • 1 sudu kecil asam jawa extra
  • 2 senduk cili kisar
  • 1 biji bawang besar, hiris bulat
  • Garam dan gula secukup rasa

Bahan Kisar:

  • 4 ulas bawang merah
  • 2 ulas bawang putih
  • Secubit belacan (tidak wajib)

Cara penyediaannya:

  • Telur digoreng hingga kuning sedikit, angkat dan toskan.
  • Panaskan minyak dalam kuali, tumis bahan kisar hingga wangi, masukkan cili kisar & masak hingga keluar minyak, guna api sederhana dan kacau sentiasa.
  • Masukkan air asam jawa dan tambah garam & gula secukup rasa. Jka suka boleh masukkan serbuk perasa sikit. Masak hingga pekat.
  • Tambah bawang besar dan telur puyuh yang sudah digoreng. Gaul rata, biar hingga bawang layu.
  • Rasa dan jika rasanya ok bolehlah padamkan api dan hidang.

6)Resepi Sambal Tumis Sotong Petai

Seterusnya resepi yang mudah dan sedap ini telah dikongsikan oleh Jas Miza di laman Facebooknya. Sambal tumis sotong biasa ditemui atau dimasak namun kali ini ia digabungkan bersama petai. Walaupun petai amat jarang dimasak bersama sotong namun ianya tidak kurang lazatnya, berikut adalah bahan-bahan yang diperlukan

Bahan – bahan:

  • Cili kering*
  • Belacan*
  • Bawang besar*
  • Bawang putih*
  • Petai
  • Sotong
  • Ajinamoto
  • Garam
  • Air asam jawa
  • P/s: Blend bahan yang bertanda *.

Cara penyediaannya:

  • Panaskan minyak dan masukkan cili yang telah diblend sehingga pecah minyak.
  • Masukkan gula, ajinamoto, garam dan air asam jawa.
  • Kemudian, masukkan sotong dan petai.
  • Kacau dan tunggu sekitar 3-4 minit dan masukkan bawang besar.
  • Tutup api dan siap!

7)Resepi Sambal Tumis Sotong

Seterusnya resipi sambal tumis sotong namun kali ini tidak menggunakan sebarang bahan tambahan lain kecuali bawang. Namun bagi anda yang baru mencuba untuk masak boleh jadi anda boleh mencuba resepi ini, berikut adalah bahan-bahan nya

Bahan utama

  • Sotong ½ kilo,bersihkan dahulu.
  • Perapkan dengan garam,gula dan serbuk kunyit.

Bahan – bahan A

  • Cili kering satu periuk kecil digunting dan dibuang biji. ( Guna 50% cili pedas dan 50% cili tidak pedas)
  • Bawang besar sebelah dipotong dadu
  • Minyak masak  2 sudu besar.
  • Kisarkan semua  bahan-bahan  A. Ketepikan.

Bahan-bahan B

  • Bawang besar sebelah
  • Belacan setengah inci
  • Kisarkan bahan-bahan B. Ketepikan

Bahan hiris

  • 1-2 biji bawang besar dihiris bulat.

Bahan perasa

  • Gula 2 sudu besar
  • Asam keping sekeping
  • Garam dan serbuk perasa secukupnya.

Kaedah

  • Kisar cili kering bersama minyak, bawang yang dipotong dan air secukupnya,ini adalah petua supaya cili lebih halus. Ketepikan.
  • Seterusnya kisar bahan-bahan kisar.
  • Tumiskan bahan kisaran ini, sehingga naik bau.
  • Masukkan bahan hiris,goreng keduanya sehingga bawang mula layu.
  • Masukkan cili kering kisar. Gaul rata kesemua bahan dan masak sehingga cili naik minyak. Tambah minyak masak jika perlu.
  • Masak dengan api sederhana. Kacau selalu supaya cili tidak hangit.
  • Apabila cili telah naik minyak, masukkan sedikit dan masukkan asam keping sekali.
  • Masukkan garam, serbuk perasa, serbuk kunyit dan gula.
  • Masak sehingga warna cili menjadi cantik merah kehitaman. Barulah masukkan sotong. Sotong tidak perlu dimasukkan awal kerana ia akan keras. Sambal tumis ini tidak perlu ditambah air kerana sotong akan mengeluarkan airnya sendiri.

8)Resepi Sambal Tumis Nasi Lemak

Jika menyediakan nasi lemak amat penting untuk menyediakan sambal tumis yang sedap. Sambal tumis untuk nasi lemak biasanya lebih kering dan tidak terlalu berkuah  kerana ianya lebih mudah untuk dibungkus. Berikut adalah bahan yang diperlukan yang boleh anda cuba sendiri.

Bahan – bahan utama

  • Cili kering satu periuk kecil digunting dan dibuang biji. ( Guna 50% cili pedas dan 50% cili tidak pedas)
  • Bawang besar sebelah dipotong dadu
  • Minyak masak  2 sudu besar

Bahan-bahan kisar

  • Bawang besar sebelah
  • Belacan setengah inci
  • Ikan bilis segenggam

Bahan hiris

  • 1-2 biji bawang besar dihiris bulat.

Bahan perasa

  • Gula 2 sudu besar
  • Asam keping sekeping
  • Garam dan serbuk perasa secukupnya.

Kaedah

  • Mula-mula gunting cili kering dalam penapis, tujuannya supaya mudah untuk buang bijinya.
  • Kemudian rebus cili supaya kembang dan lembut. Basuh dibawah air mengalir supaya biji mudah dikeluarkan. Jangan lupa letak penapis dibawahnya, supaya biji cili tidak memenuhi singki.
  • Kisar cili kering bersama minyak, bawang yang dipotong dan air secukupnya,ini adalah petua supaya cili lebih halus. Ketepikan.
  • Seterusnya kisar bahan-bahan kisar, tapiskan untuk asingkan airnya.
  • Tumiskan bahan kisaran ini, sehingga naik bau.
  • Masukkan bahan hiris,goreng keduanya sehingga bawang mula layu.
  • Masukkan cili kering kisar. Gaul rata kesemua bahan dan masak sehingga cili naik minyak. Tambah minyak masak jika perlu.
  • Masak dengan api sederhana. Kacau selalu supaya cili tidak hangit.
  • Apabila cili telah naik minyak, masukkan baki air dari bahan kisaran tadi. Tambah air jika perlu. Masukkan asam keping sekali.
  • Masukkan garam, serbuk perasa dan gula.
  • Masak sehingga warna cili menjadi cantik merah kehitaman. Boleh masukkan ikan bilis jika mahu. Gunakan ikan bilis jenis besar-besar.  Madam tidak tambah ikan bilis kerana ikan bilis telah dikisar sekali.

9)Resepi Sambal Tumis Jering Ikan Bilis

Resepi seterusnya ini lain dari lain kerana ia menggunakan jering tua bersama ikan bilis. Sambal tumis ini sangat sedap kerana apabila anda menggigit jering ia akan rasa seperti kacang dan rasa lemak-lemak, berikut adalah bahan yang diperlukan. 

Bahan-bahan

  • 1 piring kecil jering tua
  • Segenggam ikan bilis (siap kopek)
  • Segenggam cili kering (gunting dan rebus)
  • 5 ulas bawang merah
  • 1 biji bawang besar (hiris bulat)
  • ½ inci belacan
  • Asam keping 1 keping
  • Garam dan gula secukup rasa

Kaedah

  • Bersihkan jering, kopek kulitnya dan kikis biji dalamnya. Potong kecil seperi batang mancis, rendam dalam 10 minit kemudian goreng sehingga garing. Ketepikan.
  • Bersihkan cili kering dan kisar bersama bawang merah dan belacan.
  • Tumis cili yang telah dikisar, apabila telah naik minyak masukkan bawang besar yang telah dihiris bulat.
  • Kemudian masukkan sedikit air jika ia terlalu pekat.
  • Tambahkan asam keping.
  • Masak lagi sehingga ia naik minyak sekali lagi.
  • Tambahkan garam,gula dan serbuk perasa.
  • Masukkan juga ikan bilis.
  • Kemudian tambah jering yang telah digoreng garing.
  • Gaul sehingga sebati.
  • Jika terlalu pekat tambahkan sedikit air.
  • Gaul sebati dan siap!

10)Resepi Sambal Tumis Tempoyak Terung Pipit

Resepi terakhir di dalam koleksi ini ialah sambal tumis tempoyak bersama terung pipit. Ianya amat sesuai bagi peminat masakan kampung dan bahan-bahannya juga amat mudah untuk didapati. Ia adalah gabungan sambal tumis dengan tempoyak,berikut adalah bahan-bahan dan cara-cara yang diperlukan untuk menyediakan sambal tumis ini.

Bahan-bahan

  • Terung pipit(1 mangkuk kecil/2 genggam)
  • 2 genggam ikan bilis
  • 1biji bawang besar (hiris bulat)

Bahan kisar

  • 3 ulas bawang merah
  • 4 ulas bawang putih (pilihan)
  • Cili kering yang dikisar 3 sudu besar
  • Minyak utk menumis
  • 1 cawan air
  • 2 sudu besar tempoyak
  • Asam keping (jika perlu)
  • Garam,serbuk perasa dan gula secukup rasa.

Kaedah

  • Terung direndam dengan sedikit air suam.
  • Panaskan minyak dan tumis bahan kisar sehingga naik minyak.
  • Tambahkan bawang besar yang telah dihiris bulat.
  • Masukkan sekali asam keping jika anda suka.
  • Apabila cili telah garing, tambahkan garam,serbuk perasa dan gula.
  • Akhir sekali masukkan ikan bilis berserta terung pipit.
  • Tambah sedikit air dan biarkan sambal pekat.
  • Siap.

Itulah dia 10 resepi sambal tumis yang berjaya kami kumpulkan di dalam koleksi kali ini. Ianya amat sesuai bagi anda yang suka masakan pedas seperti sambal tumis ini. Selain dimakan bersama nasi lemak sambal tumis juga amat sedap dinikmati bersama nasi putih yang panas juga bersama hirisan ulam-ulaman. Jangan lupa kongsikan koleksi ini agar dapat dimanafaatkan orang lain juga. Selamat mencuba!

Resepi – resepi lain yang menarik

Terima kasih kerana berkunjung ke laman kami. Selain daripada koleksi ini, ada pelbagai variasi koleksi yang anda boleh cuba. Jangan lupa juga untuk kongsikan koleksi ini bersama rakan anda ya.

Koleksi 10 Resepi Nasi Lemak

Koleksi 10 Resepi Berasaskan Madu

Koleksi 10 Resepi Sambal Belacan

Total
0
Shares
Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *