Resepi Tradisional, Moden & Terkini

Koleksi 10 Resepi Rendang Sedap Enak Dan Padu

author name

Rendang merupakan sejenis masakan yang dimasak menggunakan santan, kerisik ,bawang merah, bawang putih, halia dan serai. Ia mempunyai beberapa variasi dan menggunakan beberapa jenis daging seperti ayam,daging lembu, kerang malah sotong dan ketam juga boleh dibuat rendang.

Masakan rendang ini pada satu masa dahulu disediakan hanya ketika meraikan majlis atau hari yang istimewa seperti hari raya mahupun perkahwinan. Namun kali ini kita akan kongsikan kepada anda 10 resepi rendang yang mudah untuk disediakan dan pasti memikat hati.

1)Resepi Rendang Ayam Melimpah

Kali ini kami bawakan resepi rendang ayam melimpah yang telah dikongsikan oleh Dura Ibrahim dalam laman Facebook beliau. Ianya menggunakan beberapa bahan yang berbeza berbanding tentang ayam lain, berikut adalah bahan-bahan yang diperlukan.

Bahan – bahan:

  • 1 ekor ayam
  • Sekilo santan
  • 1 plastik kecik kerisik
  • Minyak untuk menumis
  • 1 keping asam keping
  • Garam secukup rasa
  • Gula secukup rasa
  • Aji secukup rasa
  • 20 tangkai cili kering (nak pedas boleh lebihkan)*
  • 5 biji bawang merah besar*
  • 5 biji bawang putih*
  • 2 inci kunyit hidup*
  • 4 batang serai*
  • 3 inci halia*
  • 3 inci lengkuas (ketuk)
  • 2 sudu kecik biji ketumbar*
  • 2 sudu kecik jintan manis dan putih*
  • 2 sudu besar lada hitam*
  • yang bertanda (*) perlu dikisar ye.

Cara – cara memasak:

  • Tumis bahan yang dikisar tadi.
  • Apabila bahan tadi dah naik bau dan pecah minyak, masukkan ayam
  • Masukkan kerisik
  • Apabila dah semua bahan dah bersatu, masukkan sekilo santan ke dalam kuali tadi..
  • Terus masak dengan api kecil sehingga pekat dan pecah minyak. Kemudian perasakan dengan garam dan gula secukup rasa.
  • Apabila kuah dah kering sdikit bolehlah ditutup api.
  • Baru taburkan daun kunyit.

2 ) Resepi Rendang Minang Daging

Antaran bahan utama yang sedap digunakan sebagai bahan didalam rendang ialah daging. Resepi rendang kali ini tidak menggunakan kerisik oleh itu ia amat mudah untuk disediakan. Berikut adalah bahan-bahan yang diperlukan.

Bahan-bahan

  • Daging 300g (Rebus empuk)

Bahan-bahan kisar

  • 2 batang serai
  • 2 ulas bawang putih
  • ½ halia
  • 10-15 batang cili api
  • 2 sudu besar cili kisar 

Bahan aroma

  • 1 batang serai (tumbuk pecah)
  • Daun kunyit (kering)
  • Daun limau purut( kering)

Bahan lain

  • Santan (beku/kotak)
  • Asam keping (sekeping)
  • Garam
  • Serbuk perasa

Kaedah

  • Mula-mula sediakan kuali.
  • Masukkan bahan kisar.
  • Kemudian masukkan serai yang telah ditumbuk pecah.
  • Masukkan air dalam anggaran 1 mangkuk kecil bersama 1 asam keping.
  • Selepas itu masukkan santan beku/cair (anggaran 300ml)
  • Biarkan santan cair dan kuah mulai mengelegak.
  • Baru masukkan daging yang telah direbus empuk.
  • Kacau-kacau sehingga sebati.
  • Masukkan garam dan serbuk perasa (pilihan)
  • Apabila kuah mulai pekat, masukkan daun kunyit dan daun limau purut.
  • Terus masak sehingga rendang naik minyak.
  • Siap!

3) Resepi Rendang Udang Daun Kunyit 

Antara bahan utama yang sedap dijadikan rendang ialah udang. Walaupun udang tidak boleh dimasak lama, ia masih sedap dimasak sebagai rendang. Hanya bezanya usang di masuk apabila rendang telah mulai pecah minyak,berikut adala bahan-bahan yang diperlukan.

Bahan-bahan

  • 300 gm udang galah
  • 500 ml santan pekat
  • 15 ml minyak
  • 5 helai daun kunyit – dihiris halus
  • 1 batang serai p- ditumbuk pecah 
  • Sedikit asam keping
  • Garam dan gula secukupnya

Bahan kisar

  • 10 tangkai cili kering 
  • 8 ulas bawang merah 
  • 4 ulas bawang putih 
  • 5 sm kunyit hidup (serbuk kunyit)
  • 3 sm lengkuas (pilihan)
  • 2 batang serai 

Kaedah

  • Kemudian, tumiskan semua bahan kisar hingga pecah minyak.
  • Seterusnya, masukkan santan, asam keping, serai, gula dan garam secukup rasa.
  • Biarkan hingga mendidih dan sedikit pekat, baru masukkan udang dan daun kunyit yang telah dihiris.
  • Teruskan masak sehingga udang masak.
  • Siap!

4) Resepi Rendang Ketam 

Berikut adalah satu lagi rendang yang unik dan jarang ditemui. Rendang ketam, walaupun seperti udang ianya tidak boleh dimasak terlalu lama. Ia masih sesuai dijadikan rendang. Caranya ialah menambah ketam ketika rendang telah mulai pekat. Berikut adalah bahan-bahan yang diperlukan. 

Bahan-bahan

  • 2 ekor ketam (dibersihkan) 

Bahan kisar 

  • 3-5 biji Bawang merah
  • 3-5 ulas Bawang putih
  • 1 inci Halia
  • Segenggam Cili kering/ Cili Api

Bahan lain

  • 2 batang serai dititik
  • 1-2 helai daun kunyit dihiris 
  • 2-3 kotak santan atau santan 1kg
  • Kerisik
  • Gula, garam, asam jawa/asam keping(ikut kesesuaian)

Kaedah 

  • Tumiskan serai dan bahan kisar. 
  • Masukkan ketam, kacau seketika
  • Masukkan santan dan kerisik
  • Perasakan
  • Masukkan daun kunyit
  • Kacau hingga kuah pekat
  • Siap.

5) Resepi Rendang Sotong

Berikut ialah resepi rendang sotong. Cara terbaik untuk menjadi sotong sebagai bahan utama didalam rendang ialah dengan mengukus sotong terlebih dahulu. Ini kerana sotong akan mengeluarkan airnya sendiri dan dikhuatiri akan menyebabkan rendang menjadi terlalu cair. Berikut adalah bahan-bahan yang diperlukan.

Bahan utama

  • Sotong
  • Santan

Bahan kisar dan tumis

  • Bawang besar
  • Bawang putih
  • Halia.
  • Lengkuas
  • Kunyit hidup
  • Serai
  • Cili api
  • Rempah 3 sekawan(biji ketumbar, jintan manis, jintan kasar)

Kaedah

  • Mula-mula bersihkan sotong dan biarkan tanpa dipotong.
  • Kisar semua bahan kecuali bahan rempah 3 sekawan.
  • Apabila ia telah naik bau, masukkan santan dan sedikit air jika terlalu pekat.
  • Masukkan kerisik, garam dan serbuk secukup rasa.
  • Masak sehingga kuah menjadi pekat.
  • Akhir sekali masukkan sotong dan biarkan ia pekat baru tutup api.
  • Siap!

6) Resepi Rendang Daging Hitam

daging-masak-hitam
image via Facebook

Resepi ini dikongsikan oleh Azian Buaian Kuntum dan mendapat banyak perkongsian di laman Facebook beliau. Ianya biasa dihidangkan ketika dalam majlis perkahwinan. Menjadi hidangan yang menarik terutama jika anda yang menyediakan sendiri, berikut adalah bahan-bahan yang diperlukan. 

Bahan – bahan:

Bahan Utama:

  • Daging lembu (1 – 1.5 kg)

Bahan Tumis:

  • Dua/Tiga cawan minyak masak untuk menumis
  • 1 biji bawang merah Besar
  • 6 ulas bawang putih
  • 1~2 inci halia
  • 4 kuntum bunga lawang
  • 4 kuntum bunga cengkih
  • 2 inci kulit kayu manis
  • Buah pelaga
  • Bahan disangai dan dikisar kering:
  • 2 sudu ketumbar
  • 2 sudu jintan manis
  • 3 sudu jintan putih
  • 10 biji lada hitam

Kuah:

  • 1~2 biji bawang besar merah (dikisar)
  • 6~8 bawang putih (dikisar)
  • 1 mangkuk cili kering pedas (dikisar)
  • 2 inci gula melaka merah
  • 3/4 sudu kerisek
  • 1 cawan kicap lemak manis
  • Sedikit perasa
  • 3 cawan santan pekat
  • 2 biji bawang besar (dibelah empat) dan cili besar hijau (untuk dimasukkan sebelum tutup api)

Cara – cara memasak:

  • Daging dipotong agak nipis atau mengikut kepada citarasa anda. Jangan tebal dan besar sangat, nanti lambat masak.
  • Daging tersebut dibasuh dan toskan.
  • Panaskan minyak masak.
  • Masukkan kayu manis sekejap sebelum masukkan bahan tumis. Kacau sampai garing dan kekuningan.
  • Kemudian masukkan bawang putih dan merah yang telah dikisar dan kacau hingga wangi sehingga pecah minyak menjadi jadi warna jernih.
  • Masukkan cili kering kisar dan kacau sebentar hingga masak dan garing dan pecah minyak, masukkan santan 1kg dan gula melaka/gula merah yg ditumbuk kecil2. kacau sampai hancur gula. Masukkan daging yg telah dibasuh dan tos tadi.
  • Kacau paste tu bersama daging sampai pekat dan hati masak.
  • Masukkan sedikit kicap, bawang/cili potong jika suka, 2~4 sudu kerisik dan secukup rasa.
  • Kacau, biar kuah memekat sikit baru sedap.
  • Siap Daging Masak Hitam, bolehlah dihidang. Lauk ini enak dimakan dengan apa sahaja termasuk nasi beriani, pulut, nasi minyak dll.

7) Resepi Ayam Rendang Pulau Pinang

Rendang berikut amat menarik, ini kerana ianya tidak menggunakan sebarang santan mahupun kerisik. Namun rasanya amat sedap terutama jika dihidangkan bersama nasi panas atau nasi minyak. Bagi anda yang ingin mencuba berikut adalah bahan-bahan yang diperlukan.

Bahan utama

  • Ayam setengah ekor  dipotong sederhana

Bahan A (ditumbuk)

  • Bawang besar saiz sederhana 1 labu.
  • Bawang putih 2 ulas
  • Halia seinci
  • Lada hitam 1 sudu kecil

Bahan B ( Perap)

  • Cili kering 1 periuk kecil digunting , direbus dan dikisar.
  • Cuka 1 sudu besar
  • Kicap manis secukupnya ( ikut hitam)

Bahan B (Tumis)

  • Bawang besar 2 biji dibelah empat
  • Bawang putih 2 ulas dihiris nipis
  • Daun kari 2 pelepah disisir
  • Serai 2 btg diketuk

Kaedah

  • Perapkan ayam dengan bahan A dan B , biarkan 30minit.
  • Panaskan kuali, letak minyak 1 senduk. Tunggu minyak panas.
  • Tumis bahan-bahan C hingga naik bau.
  • Kemudian masukkan ayam yg telah diperap tadi
  • Masukkan 1/2 cawan air
  • Renehkan hingga pekat dan pecah minyak, baru tambahkan garam dan sedikit ajinomoto.

8) Resepi Rendang Kerang Pucuk Paku

Satu pagi resepi menarik kerana ia menggunakan kerang sebagai bahan utama. Tambahan pula rendang ini menggunakan pucuk paku. Ia memberi rasa yabg sangat lain tp amat sedap. Berikut adalah bahan-bahan yang diperlukan.

Bahan utama

  • Kerang sekilo (celur dan kopek isinya)
  • Seikat pucuk paku (bersih dan siangkan)

Bahan A (potong kecil dan kisar)

  • Segenggam cili kering (gunting dan rebus)
  • Segenggam cili api
  • ½ labu bawang besar/ 3 ulas bawang merah
  • 2 ulas bawang putih 
  • ½ inci halia
  • 2 batang serai 
  • Bahan lain
  • 2 batang serai (tumbuk untuk pecahkan ia)
  • Santan pekat 500ml
  • Asam keping sekeping 

Kaedah

  • Masukkan bahan-bahan yang telah dikisar kedalam kuali.
  • Masukkan serai yang telah ditumbuk pecah.
  • Masukkan santan, asam keping dan tambahkan air dalam anggaran secawan.
  • Biarkan ia mereneh hingga pekat dan tambahkan garam,serbuk perasa dan sedikit gula.
  • Apabila kuah makin pekat, masukkan kerang bersama pucuk paku yang telah dibersihkan tadi.
  • Masak hingga semuanya sebati dan naik minyak.
  • Siap.

9) Resepi Rendang Hitam

rendang-hitam
image via Facebook

Resepi ini dikongsikan oleh Cik Izah dan mendapat banyak perkongsian di Facebook beliau. Ianya juga antara yang menjadi kegemaran ramai. Sesuai dimakan bersama ketupat dan lemang malah sedap juga dimakan bersama nasi panas, berikut adalah bahan-bahan yang diperlukan.

Bahan – bahan:

  • 4 sekawan (bunga cengkih, bunga lawang, buah pelaga dan kayu manis)
  • Bawang Merah 15 biji ( saya pakai bawang merah besar )
  • Bawang putih 1 labu
  • Bawang Besar 2 biji
  • Halia Seketul besar
  • Serai 20 batang ( kuantiti yang banyak lagi sedap )
  • Cili kering ( agak2 jela korang suke pedas letak banyak )
  • Kerisik
  • Santan kepala 2 biji ( saya blander je malas perah )
  • Kicap pekat & cair
  • Daun kunyit
  • Daging (direbus bersama kicap, halia ketuk dan bawang putih ketuk)
  • Bawang merah 10 biji (dimayang)

Bahan kisar:

  • Bawang merah 5 biji @ 3 biji
  • Serai
  • Halia
  • Bawang putih
  • Bawang besar 2 biji
  • Cili kering (dipotong halus, digoreng tanpa minyak, dikisar kering, campurkan bersama minyak selepas itu)

Cara – cara memasak:

  • Panaskan minyak, masukkan 4 sekawan, bawang merah yang dimayang. Tumis sehingga bawang nampak kekuningan dan garing.
  • Masukkan bahan yang dikisar. Tumis sehingga naik bau.
  • Apabila sudah kering sedikit, masukkan santan. Tumis sehingga santan pecah minyak.
  • Masukkan cili kering yang dikisar dan dicampur minyak tadi.
  • Masukkan kicap pekat dan cair sedikit.
  • Masukkan kerisik.
  • Masak sampai rendang betul – betul kering.
  • Akhir sekali, masukkan daging dengan daun kunyit serta garam secukup rasa.

10) Resepi Rendang Udang Galah

Resepi ini telah dikongsikan oleh Lenna Md Din, ia merupakan rendang yang menggunakan udang galah sebagai bahan utamanya. Bagi anda yang tidak pernah mencuba,anda haruslah mencubanya. Berikut adalah bahan-bahan yang diperlukan.

Bahan – bahan:

  • 15 ekor udang – bersih & toskan
  • 3 btg serai*
  • 2 biji bwg besar*
  • 3 ulas bwg putih”
  • 1 inci halia*
  • 20 biji cili api*
  • 6 tgkai cili kering*
  • 3 helai daun kunyit – hiris ikut suka
  • Setengah sudu mkn srbuk kunyit
  • Setengah kilo santan
  • 1 kpg asam gelugor
  • Garam
  • Perasa – pilihan
  • 2 sd mkn kerisik
  • Setengah cawan air
  • Minyak untuk menumis

Langkah – langkah memasak:

  • Kisarkan bahan yang bertanda (*)
  • Tumiskan bahan tersebut sehingga pecah minyak.
  • Masukkan kunyit.
  • Masukkan santan dan air. Kacau sehingga naik minyak.
  • Masukkan garam, perasa dan asam keping.
  • Masukkan udang dan daun kunyit.
  • Kacau sehingga pekat.
  • Siap!

Itulah dia 10 resepi rendang yang dapat kami kongsikan didalam koleksi kali ini. Sesuai dijadikan hidangan dihari raya atau ketika majlis kenduri kendara. Rendang juga mempunyai beberapa versi, ada yang tidak menggunakan santan, ada yang amat ringkas, ada juga yang menggunakan pelbagai jenis rempah ratus.

Sebenarnya masih banyak lagi variasi rendang yang terdapat didalam website kami ini. Diharap anda akan kongsikan koleksi ini bersama rakan-rakan anda ye. Selamat mencuba!

About Our Content Creators

Lorem ipsum dolor sit amet, consectetur adipiscing elit. Integer semper commodo tristique. Donec in dolor a odio semper convallis et ac ex. Aenean at elit non arcu tincidunt laoreet.

We may earn a commission if you click on the links within this article. Learn more.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *