Resepi Tradisional, Moden & Terkini

Koleksi 10 Resepi Nasi Lemak Sedap Dan Unik Paling Femes

Nasi lemak merupakan makanan tradisional di Malaysia, ianya digemari oleh pelbagai lapisan masyarakat tidak mengira umur, jantina malah bangsa juga. Kepelbagaian kaum dinegara kita ini turut sama mengemari masakan enak ini. Secara asasnya nasi lemak adalah beras yang dimasak bersama santan, daun pandan dan ditambah sedikit garam bagi menaikkan rasanya. Kemudian ianya dihidang dengan sambal tumis yang sedap dan pedas, hirisan timun, telur rebus dan juga ikan bilis dan kacang yang digoreng.

Lazimnya nasi lemak dibungkus didalam daun pisang dan dijadikan bekal sarapan pagi. Namun sesuai peredaran zaman, nasi lemak kini telah melalui satu era revlousi dengan kepelbagian campuran mengikut daya pemikiran kreatif masyrakat zaman kini.

Koleksi kali ini akan menghimpunkan kepada anda 10 resepi nasi lemak yang pelbagai namun masih sedap dan unik. Anda pasti suka akan resepi-resepi berikut.

1. Resepi Nasi Lemak Halba

Resepi ini menggunakan rempah halba sebagai bahan tambahannya. Halba adalah sejenis rempah yang biasa digunakan didalam pembuatan nasi dagang. Berikut adalah bahan-bahan yang diperlkan.

Bahan-bahannya

  • 2 cawan beras
  • 1 cawan santan+1 cawan air
  • 1 sudu kecil halba
  • sedikit halia (diketuk)
  • 1 ikat daun pandan
  • sedikit garam
  • sedikit gula
  • sedikit minyak
  • Sambal Tumis
  • 1 genggam ikan bilis
  • sedikit belacan
  • 3 biji bawang merah
  • 1/4 biji bawang besar
  • 2 sudu besar cili kisar
  • garam
  • gula
  • sedikit air asam jawa
  • Telur rebus
  • Timun
  • Ikan bilis goreng
  • Basuh beras dan masak nasi seperti biasa,  masukkan semua bahan-bahan untuk nasi lemak dan  sukatan santan untuk masak nasi ni boleh ikut sukatan air pada periuk nasi masing-masing ya.
  • Goreng ikan bilis hingga garing, ketepikan
  • Panaskan sedikit minyak dan tumis cili kisar bersama bahan yang diblender tadi, tumis hingga betul garing, baru masukkan air asam jawa dan belacan. Kacau selalu.
  • Selepas itu masukkan bawang besar yang telah dihiris kasar dan ikan bilis goreng tadi, sesuaikan rasa, masukkan garam dan gula,
  • Sedia untuk dihidangkan bersama nasi lemak,

2. Resepi Nasi Lemak Ayam Berempah

Seterusnya ialah resepi nasi lemak yang dihidang bersama ayam berempah. Masakan ini sentiasa mendapat permintaan terutama jika dikedai mahupun direstoan. Keenakan ayam goreng berempah yang dimakan bersama nasi lemak, memberi kelazatan tidak terhingga.

  • 4 cawan beras biasa – dibasuhkan dan ditoskan
  • 2 cawan santan + 4 cawan air 
  • 2 helai daun pandan – disiat dan disimpul
  • 1 inci halia – ditumbuk hingga pecah 
  • Minyak masak 1 sudu besar
  • Garam dan gula secukup rasa
  • Beras dibasuh bersih dan ditoskan.
  • Gaul dengan garam,gula dan minyak masak. Ketepikan sebentar. 
  • Campurkan 2 cawan santan bersama air 4 cawan.
  • Masakkan nasi menggunakan rice cooker seperti biasa.
  • Selepas nasi masak, karih menggunakan senduk agar santan dan bahan-bahan sebati dan wangi.

Ayam Berempah 

  • Halia
  • Lengkuas
  • Serai
  • Lada kering anggaran 5 batang (gunting dan rendam)
  • 1biji telur
  • 2 sudu besar tepung jagung
  • 2 sudu besar rempah kari
  • 1 sudu besar serbuk ketumbar
  • 1 sudu besar serbuk jintan halus
  • 1 sudu besar serbuk jintan kasar 
  • 1 sudu besar  garam halus
  • Daun kari 2 pelepah
  • Kelapa parut
  • 1 ekor ayam saiz sederhana (potong 16)
  • Bersihkan ayam dan tos.
  • Perapkan ayam dengan semua bahan iaitu bahan kering dan bahan kisar.
  • Goreng menggunakan minyak yang banyak.
  • Goreng sehingga masak dan garing.
  • Angkat dan toskan minyak.
  • Sedia untuk dihidangkan.

3. Nasi Lemak Sambal Sotong

Resepi seterusnya ialah nasi lemak sambal sotong. Nasi lemak ini sama seperti nasi lemak biasa tetapi sambal tumis ditukar dengan sambal sotong. Bagi penggemar sotong, anda boleh mencuba resepi ini di rumah.Jom kita lihat cara membuatnya.

Resepi Nasi Lemak

  • 4 cawan beras biasa – dibasuhkan dan ditoskan
  • 2 cawan santan + 4 cawan air 
  • 2 helai daun pandan – disiat dan disimpul
  • 1 inci halia – ditumbuk hingga pecah 
  • Minyak masak 1 sudu besar
  • Garam dan gula secukup rasa
  • Beras dibasuh bersih dan ditoskan.
  • Gaul dengan garam,gula dan minyak masak. Ketepikan sebentar. 
  • Campurkan 2 cawan santan bersama air 4 cawan.
  • Masakkan nasi menggunakan rice cooker seperti biasa.
  • Selepas nasi masak, karih menggunakan senduk agar santan dan bahan-bahan sebati dan wangi.

Resepi Sambal Sotong

  • 1/2 kg sotong (bersihkan, potong bulat dan perasakan dengan garam,kunyit dan sedikit gula)
  • 1 bawang besar saiz kecil (atau 4 ulas bawang merah)
  • 1 sudu besar udang kering/ikan bilis 
  • 1 inci belacan
  • 1 labu bawang besar saiz besar (hiris bulat)
  • 4 cawan cili kering yg telah dikisar (gunting,rebus dan bilas hingga hilang bijinya)
  • 1 keping asam keping saiz kecil
  • Garam, gula dan serbuk perasa secukup rasa.
  • Air anggaran secawan.
  • Pertama, tumiskan bahan yang telah dikisar dan biarkan ia naik bau.
  • Kemudian tumiskan cili kering,asam keping dan bawang yang telah dihiris tadi.
  • Biarkan hingga cili naik minyak, kacau selalu agar ia tidak hangit.
  • Kemudian masukkan air sedikit demi sedikit agar tidak terlalu cair.
  • Masak lagi agar cili benar-benar garing, masukkan sedikit serbuk kunyit bersama garam,gula dan serbuk perasa secukupnya.
  • Masukkan sotong dan gaul agar sebati, tidak perlu tambah air kerana sotong akan keluarkan airnya sendiri.
  • Tutup api apabila semua bahan mulai sebati.
  • Siap.

4. Resepi Nasi Lemak Pandan

Seterusnya resepi nasi lemak pandan yang harum dan wangi ini.Ia mempunyai kelainan sedikit kerana nasi yang dimasak bercampur dengan pandan dan membuatkan ianya mempunyai aroma yang pasti mengoda selera. Mari kita lihat resepinya.

Bahan-bahannya:

  • 5 cawan beras biasa – dibasuhkan dan ditoskan
  • 2 cawan santan + 4 cawan air 
  • 1 sudu kecil pewarna hijau
  • 10 helai daun pandan – kisar dengan air 1 cawan air
  • 2 helai daun pandan – disiat dan disimpul
  • Minyak masak 1 sudu besar
  • Garam dan gula secukup rasa
  • Beras dibasuh bersih dan ditoskan.
  • Gaul dengan garam,gula dan minyak masak. Ketepikan sebentar. 
  • Daun pandan dibersihkan dan dipotong kecil. Masukkan dalam mesin pengisar bersama 1 cawan air dan kisar kemudian tapis dan diambil airnya. Ketepikan.
  • Campurkan 2 cawan santan bersama air pandan, air dan pewarna hijau.
  • Masakkan nasi menggunakan rice cooker seperti biasa.
  • Selepas nasi masak, karih menggunakan senduk agar santan dan bahan-bahan sebati dan wangi.
  • Sediakan dihidangkan bersama menu sampingan lain.

5. Resepi Nasi Lemak Ayam Goreng Berempah

Resepi seterusnya ialah nasi lemak ayam goreng berempah. Di luar, harga seketul ayam goreng berempah mungkin mencecah lebih dari RM5. Namun, nasi lemak ayam goreng berempah boleh dibuat sendiri di rumah dengan modal yang sedikit dan kuantiti yang lebih banyak. Jom kita lihat resepinya. Resepi ini dikongsikan oleh Nor Maizatul Mai dan mendapat banyak perkongsian di media sosial.

Bahan – bahan:

  • 2 1/2 cawan beras
  • 1 kotak santan (200ml)
  • 4 helai daun pandan (blender ambil airnya)
  • 3 ulas bawang merah (mayang halus)
  • 2 inci halia (hiris nipis)
  • 1 helai daun pandan (diikat)
  • sedikit pewarna hijau (optional)
  • sedikit garam
  • secawan ikan bilis
  • cili kering kisar
  • sedikit belacan
  • air asam jawa
  • 6 ulas bawang merah
  • 2 ulas bawang putih
  • Sedikit halia
  • Sedikit santan
  • garam serta gula secukupnya

Ayam Goreng Berempah:

  • 2 inci halia*
  • 3 batang serai*
  • 2 biji bawang besar*
  • 1 senduk cili giling
  • garam dan gula secukup rasa
  • sedikit serbuk kunyit
  • 1. Basuh beras dan toskan. Masukkan santan, air daun pandan, halia, bawang merah serta sikit garam. Jangan lupa letak simpulan daun pandan sekali. Tambah air secukupnya.
  • 2. Pindahkan ke dalam rice cooker. Masak seperti nasi biasa.
  • Sambal bilis:
  • 1.Blender bawang merah,putih, halia, 6 ekor ikan bilis dan sedikit air.
  • 2. Tumis bahan blender dengan minyak masak.
  • 3. Kemudian masuk cili kisar dan belacan. Kacau sehingga pecah minyak.
  • 4. Masukkan air asam jawa,gula melaka,gula,garam secukupnya dan masukkan ikan bilis. Lepas tu baru masukkan sedikit santan dan simpulan daun pandan.
  • 5. Pastikan sambal bilis kita naik minyak barulah tutup api.
  • 6. Dah siap boleh hidang dengan nasi.

Ayam Goreng Berempah:

  • 1. Ayam dipotong serta dibersihkan.
  • 2. Bahan yang bertanda* diblender hingga halus.
  • 3. Masukkan kedalam bekas yang berisi ayam tadi, masukkan cili kisar, serbuk kunyit serta garam dan gula.
  • 4. Perapkan dahulu sebelum digoreng.

6. Resepi Nasi Lemak  Niaga

Resepi seterusnya ialah nasi lemak niaga. Dahulu harganya hanya 50 sen satu, tetapi sekarang mungkin telah naik mendadak. Namun, saiz dan rasanya tetap sama seperti dulu. Jom kita lihat cara menghasilkan sendiri yang mungkin boleh membantu anda untuk menghasilkan nasi lemak yang sedap pada kos yang rendah.

Bahan utama

  • 3 cawan beras (beras 10 % hancur)

Bahan-bahan lain

  • Santan 1 peket kecil/ satu kotak kecil
  • 2 helai daun pandan disimpul
  • ½ inci halia diketuk
  • 1 sudu kecil garam
  • 1 sudu makan gula
  • 1 sudu minyak masak
  • Air secukupnya
  • Basuhkan beras seperti biasa.
  • Letakkan daun pandan, halia, minyak masak, garam dan gula.
  • Sukat santan bersama air. Caranya sukat santan secawan terlebih dahulu,tuang dalam periuk nasi. Kemudian selebihnya ialah air. Jumlah keseluruhan cecair ialah 5 cawan.
  • Masak nasi seperti biasa. Jika menggunakan pressure cooker tekan ‘high pressure’ untuk 6 minit.
  • Bila nasi telah masak, kacau nasi guna gafru dahulu. Ini supaya santan dan semua bahan digaul sebati dulu.

7. Resepi Nasi Lemak Kunyit

Resepi seterusnya agak unik kerana ia menggunakan serbuk kunyit bagi menaikkan rasa dan aromanya. Manakala bahan-bahan yang digunakan ialah sama seperti nasi lemak biasa, berikut adalah bahan yang diperlukan

  • 4 pot beras
  • 1 cawan santan
  • 1/2 sudu teh serbuk kunyit
  • 1 inci halia diketuk
  • 2 ulas bawang merah – dimayang halus
  • 3 kuntum bunga cengkih
  • 2 helai daun pandan – disimpul
  • Air secukupnya
  • 1 sudu teh garam
  • Masukkan semua bahan kedalam periuk elektrik, tekan cook, on plug, biar sehingga masak.
  • Sedia dihidang bersama bahan nasi lemak yang lain.
  • 1 cawan ikan bilis dicuci bersih dan ditoskan
  • 1 cawan santan
  • 2 biji besar bawang merah – dikisar
  • 1 biji bawang besar holland – dimayang halus
  • 1cm halia – dikisar
  • 1 ulas bawang putih – dikisar
  • 1 hirisan lengkuas – dikisar
  • 2 sudu makan pes cili
  • 1 keping asam keping
  • Garam secukup rasa
  • Gula melaka atau nissan secukupnya
  • Sedikit bahan perasa
  • Sedikit belacan
  • Minyak untuk menumis
  • Tumis bawang besar yang dimayang hingga layu.
  • Masukkan bahan kisar, pes cili dan santan, kacau hingga naik minyak.
  • Masukkan ikan bilis, garam, gula melaka, asam keping, belacan dan sedikit perasa. Kacau hingga kuah pekat dan berkilat.
  • Angkat dan sedia untuk dihidang bersama nasi lemak.
  • Telur rebus
  • 1 batang timun jepun – dihiris serong

8. Resepi Nasi Lemak Tanpa Santan

Resepi seterusnya ialah nasi lemak tanpa santan. Nasi lemak tanpa santan ini merupakan alternatif baru bagi orang yang tidak suka makan santan iaitu santan dalam nasi lemak akan diganti dengan marjerin. Jom kita lihat kaedah yang digunakan untuk membuat nasi lemak ini.

Bahan -bahan

  • Beras 2 cawan
  • Marjerin 2 sudu besar
  • Daun pandan (sehelai d simpul)
  • Air (ikut sukatan beras)
  • Halia
  • Halba

Kaedah

  • Panaskan periuk, masukkan marjerin
  • Tumiskan daun pandan,halia dan halba
  • Gaul sebati kemudian masukkan beras yang telah dibersihkan.
  • Tambahkan air mengikut sukatan (sukatan beras + 2)
  • Akhir sekali masukkan garam dan sedikit gula.
  • Siap

Resepi sambal bilis.

  • Ikan bilis 
  • Cili kering (rebus dan kisar bersama bawang besar dan belacan)
  • Tuang minyak dalam kuali, tumis cili sampai hilang bau. 
  • Masukkan gula dan garam, kacau sebati. 
  • Masukkan air asam jawa. 
  • Bila dan sebati masukkan ikan bilis.. 
  • Kacau rata.
  • Siap 

9. Resepi Nasi Lemak Strawberi

 Resepi seterusnya ialah nasi lemak strawberi yang sangat popular diCameron Highland. Kita semua tahu di Malaysia, hanya di Cameron Highland strawberi banyak ditemui lantaran itu tidak hairanlah pelbagai jensi masakan berasaskannyaboleh ditemui disana, termasuk lah nasi lemak strawberi ini. Berikut adalah bahan-bahan yang diperlukan.

Bahan-bahan

  • 3 cawan beras
  • 1 kotak santan
  • 5 biji strawberi (kisar dan ambil airnya)
  • Garam dan gula secukup rasa
  • Minyak 1 sudu besar
  • Daun pandan
  • Halia 1/2 inci

Kaedah

  • Mula bersihkan beras dan letakkan didalam periuk nasi.
  • Tambah santan dan air strawberi ( cukupkan 5 cawan)
  • Tambahkan garam,gula,minyak,daun pandan (simpulkan) dan halia yang telah dipecahkan.
  • Masak seperti biasa.
  • Siap!

10. Resepi Nasi lemak Bunga Telang/Kelantan

Resepi terakhir dalam koleksi ini ialah nasi lemak bunga telang, yang biasanya digunakan dalam pembuatan nasi kerabu. Namun begitu sebenarnya ia juga sesuai jika dijadikan nasi lemak. Sebenarnya ia tidak mempunyai banyak beza dari segi rasa, kerana bunga telang tidak mempunyai bau mahupun rasa ia digunakan untuk menaikkan warna biru menjadikan ia nampak lebih menarik. Berikut adalah bahan-bahan yang diperlukan.

Bahan-bahan

  • 3 cawan beras
  • 1 peket kecik santan 
  • Segenggam bunga telang  (rebus untuk dapatkan airnya)
  • Daun pandan
  • Halba
  • Garam dan gula secukup rasa
  • Minyak 1 sudu besar 
  • Bersihkan beras dan letak didalam periuk nasi.
  • Tambahkan santan dan air rebusan bunga telang (cukupkan menjadi 5 cawan)
  • Kemudian tambah garam,gula,minyak masak, minyak dan daun pandan.
  • Masak nasi seperti biasa.
  • Hidangkan nasi lemak bersama sambal tumis, telur rebus,hirisan timun dan juga ikan bilis dan kacang goreng.
  • Siap!

Itulah dia 10 resepi nasi lemak yang boleh anda cuba sendiri bagi merasai kepelbagaian rasa nasi lemak yang terdapat dinegara kita ini. Di milinea baru ini tidak lah sukar untuk menyediakan nasi lemak berbanding dulu kerana zaman dahulu meraka perlulah memanjat pokok kelapa demi mendapatkan kelapa yang menghasilkan santan. Jadi nasi lemak bukanlah sesuatu yang murah zaman lalu, walaupun zaman sekarang ia boleh didapati diaman-mana sahaja. Namun sekali sekala seeronok juga jika  mask sendiri kan? Selamat mencuba!

Resepi – resepi lain yang menarik

Terima kasih kerana berkunjung ke laman kami. Selain daripada koleksi ini, ada pelbagai variasi koleksi yang anda boleh cuba. Jangan lupa juga untuk kongsikan koleksi ini bersama rakan anda ya.

About Our Content Creators

Lorem ipsum dolor sit amet, consectetur adipiscing elit. Integer semper commodo tristique. Donec in dolor a odio semper convallis et ac ex. Aenean at elit non arcu tincidunt laoreet.

We may earn a commission if you click on the links within this article. Learn more.

More…!