Resepi Tradisional, Moden & Terkini

Koleksi 10 Resepi Nasi Goreng Ringkas Tapi Padu

“Nasi goreng sudahlah terpuji seantero dunia seluruh negeri”, begitulah bait bait lirik lagu klasik nasi goreng yang sangat terkenal. Namun ianya memang benar, nasi goreng terkenal diseluruh dunia. Dimana-mana sahaja negara terutama di sebelah Asia, nasi goreng senantiasa mendapat permintaan. Nasi goreng adalah sejenis masakan yang menggunakan nasi sejuk atau baki nasi semalam. Kemudian ia digoreng dengan pelbagai jenis rencah yang menghasilkan rasa yang sedap.

Perkongsian kali ini akan membawa kepada anda koleksi resepi nasi goreng yang paling ringkas dan mudah untuk disediakan. Berikut adalah 10 resepi nasi goreng yang boleh anda cuba sendiri.

1 ) Resepi Nasi Goreng Tomyam

Nasi goreng ini menggunakan kiub tomyam sebagai penambah perisanya. Bahan- bahan seperti serai dan daun limau purut adalah satu kemestian Bagi menghasilkan nasi goreng tomyam ini. Berikut adalah bahan yang diperlukan untuk anda cuba sendiri resepi ini.

Bahan utama

  • 3 cawan nasi putih
  • 1 ketul kiub tomyam
  • Bahan tumbuk dan tumis
  • 1 labu bawang besar 
  • 2 ulas bawang putih
  • 7 ulas cili api
  • 1 ½ sudu teh garam
  • 1 sudu makan cili kisar

Bahan hiris

  • 2 batang serai sederhana
  • 2 helai daun limau purut
  • Bahan rencah
  • 15 ekor udang saiz besar (buang kulit dan tinggalkan ekor sahaja)
  • 4 ekor sotong besar (bersihkan dan hiris bulat)
  • Kacang panjang dan lobak merah ( hiris bulat)
  • 3 sudu makan minyak untuk menumis

Kaedah 

  • Mula-mula sediakan kuali dengan saiz yang sesuai.
  • Tumiskan bahan tumbuk dan tumis yang telah disediakan. 
  • Kemudian masukkan kuib tomyam.
  • Hancurkan kiub tersebut dan kacau rata.
  • Apabila ia telah garing, masukkan serai dulu.
  • Pastikan ia sebati, masukkan dahulu rencah sotong.
  • Biarkan sotong sebati dulu, baru masukkan udang.
  • Masukkan rencah sayur pula.
  • Masukkan nasi dan gaul rata, pastikan goreng dengan api yang besar.
  • Gaul laju-laju sehingga nasi goreng benar-benar panas.
  • Masukkan daun limau purut sejurus itu.
  • Dan gaul serta goreng hingga semua bahan sebati.
  • Siap.

2) Resepi Nasi Goreng Belacan

Nasi goreng ini amat sesuai bagi peminat masakan kampung kerana ia menggunakan belacan sebagai bahan utama, bagi anda yang ingin mencuba sendiri resepi ini berikut adalah bahan yang diperlukan.

Bahan utama

  • 2 – 3 cawan nasi sejuk
  • Bahan-bahan tumbuk
  • 10 batang cili api
  • 3 ulas bawang merah
  • 2 ulas bawang putih
  • ½ genggam ikan bilis
  • ½ inci belacan
  • Garam 2 sudu teh
  • Serbuk perasa 1 sudu teh
  • Sayuran pilihan anda

Kaedah

  • Tumbuk bahan cili api dengan garam dan serbuk perasa hingga lumat.
  • Tambah pula bahan-bahan tumbuk yang lain.
  • Tumiskan bahan yang telah ditumbuk lumat, masak sehingga garing.
  • Masukkan bahan rencah, pecahkan telur. Sebelum telur masak, masukkan nasi pula.
  • Goreng dengan api yang besar. Masukkan kicap manis jika anda suka.
  • Siap.

3) Resepi Nasi Goreng Seafood

Jika anda peminat makanan laut anda bolehlah mencuba resepi ini. Gunakan bahan yang segar kerana ia akan mempengaruhi rasa nasi goreng ini. Bagi anda yang ingin mencuba sendiri resepi ini berikut adalah bahan yang diperlukan.

Bahan utama

  • Nasi sejuk 3 cawan

Bahan-bahan tumbuk 

  • Cili api 5 ulas/cili merah 2 batang
  • 2 ulas bawang putih
  • 1 sudu teh garam dan sedikit serbuk perasa.

Bahan rencah

  • Udang saiz besar 10 ekor ( buang kulit$
  • Sotong saiz besar 3 ekor ( potong bulat)
  • Filet ketam 4 batang (hiris)
  • Sayur lobak merah (potong dadu)
  • Jagung (frozen)
  • Telur 1 biji.

Kaedah

  • Mula-mula ramas nasi sejuk agar ia berderai,ketepikan.
  • Kemudian tumis bahan-bahan tumbuk.
  • Apabila ia telah naik bau,masukkan sotong.
  • Apabila sotong telah mulai kering, masukkan udang dan ketam pula.
  • Selepas itu masukkan sayur-sayuran.
  • Apabila sayur telah mulai masak,pecahkan telur.
  • Sebelum telur mulai kering, masukkan nasi dan kacau segera.
  • Goreng dengan api yang besar dan kacau dengan laju.
  • Tutup api apabila anda telah puas hati dengan rupa nasi goreng tersebut.
  • Siap.

4 )Resepi Nasi Goreng Cinta

Nasi goreng ini menggunakan bahan seperti jagung dan sosej. Ianya todak pedas dan amat sesuai bagi anak-anak atau mereka yang tidak makan pedas. Bagi anda yang ingin mencuba sendiri resepi ini berikut adalah bahan yang diperlukan.

Bahan-bahan 

  • Tiga cawan nasi sejuk.
  • Bahan-bahan tumbuk.
  • Dua ulas bawang putih.
  • Satu sudu udang kering (rendam sahulu)
  • 5 ulas cili api
  • 1 sudu garam dan sedikit sebuk perasa.

Bahan rencah

  • Sosej 
  • Udang (pIlihan)
  • Isi ayam (pilihan)
  • Jagung manis
  • Lobak merah (potong dadu)
  • Telur (pilihan)

Kaedah.

  • Mula-mula tumiskan bahan-bahan tumbuk.
  • Selepas itu masukkan Rencah Sosej dan juga sayur sayuran.
  • Apabila sayur mulai layu, pecahkan telur.
  • Sebelum telur mulai garing masukkan nasi.
  • Goreng dengan api yang besar dan kacau dengan laju.
  • Apabila nasi mulai garing, tutup api.
  • Siap.

5) Resepi Nasi Goreng Kampung

Ini adalah antara menu paling digemari bila kekedai menjual tomyam. Nasi goreng kampung dibuat menggunakan ikan bilis,cili api dan juga kangkung. Ianya amat sedap dan tahap pedasnya dipengaruhi oleh jenis cili yang digunakan. Berikut adalah bahan yang diperlukan untuk anda cuba sendiri resepi ini.

Bahan-bahan 

  • Nasi sejuk 2-3 cawan

Bahan-bahan tumbuk

  • 5 ulas cili kering (gunting dan rendam dengan panas)
  • Setengah biji bawang besar
  • Dua ulas bawang putih
  • Segenggam ikan bilis
  • Garam 1 sudu

Bahan perencah

  • Ikan bilis yang telah digoreng.
  • Sedikit sayur kangkung (bersihkan dan potong kecil)

Kaedah

  • Mula-mula tumis bahan-bahan yang telah ditumbuk.
  • Kemudian tunggu sehingga ia garing.
  • Selepas itu masukkan sayur kangkung yang telah di bersihkan.
  • Masak sehingga sayur layu
  • Kemudian baru pecahkan telur. Sebelum telur kering masukkan nasi dan gaul dengan laju.
  • Sentiasa gunakan api yang besar agar nasi goreng anda masak dengan betul.
  • Siap untuk dihidang.

6) Resepi Nasi Goreng Cili Api

Jika nasi goreng kampung tidak cukup pedas, anda patut cuba nasi goreng ini. Nasi goreng ini bukan sahaja menggunakan cili api tumbuk tetapi juga dihiris agar dapat menrasai kepedasan cili api, jika anda cukup berani mencuba berikut adalah bahan yang diperlukan.

Bahan-bahan

  • 3 cawan nasi sejuk ( digaul sehingga ia berderai)

Bahan-bahan tumbuk

  • ½ labu bawang besar
  • 2 ulas bawang putih
  • Segenggam ikan bilis
  • Segenggam cili api

Bahan rencah

  • Kacang panjang potong bulat
  • Lobak merah potong dadu ( pilihan )
  • 10 batang cili api (hiris nipis)
  • Telur 2 biji
  • Kicap manis (pilihan)

Kaedah 

  • Mula-mula tumbuk kasar semua bahan, termasuk 1 ½ sudu teh garam dan ¼ sudu teh serbuk perasa.
  • Panaskan kuali, tumiskan bahan tumbuk.
  • Apabila telah garing, masukkan bahan rencah kecuali telur dan cili potong.
  • Gaul semua bahan sebati.
  • Baru pecahkan telur, dan biarkan ia tanpa dikacau.
  • Baru masukkan nasi sejuk dan gaul sebati.
  • Goreng dengan api yang besar dan gaul laju-laju.
  • Akhir sekali masukkan cili api yang telah dipotong.
  • Goreng lagi nasi sehingga ia benar-benar masak dan panas.
  • Siap!

7) Resepi Nasi Goreng Udang Kering

Ini adalah satu lagi resepi nasi goreng tidak pedas. Tetapi rasanya amat sedap kerana ia menggunakan udang kering yang harum apabila ditumis. Bagi anda yang ingin mencuba sendiri resepi ini berikut adalah bahan yang diperlukan.

Bahan-bahan

  • Nasi sejuk 2-3 cawan

Bahan tumbuk

  • 1 ulas bawang merah
  • 2 ulas bawang putih
  • 5 tangkai cili api
  • 1 sudu besar udang kering
  • 1 sudu kecil garam
  • Sedikit serbuk perasa
  • 1/2 batang lobak merah (potong dadu)
  • Sedikit kacang panjang (potong dadu)
  • 1 biji telur ayam

Kaedah

  • Tumiskan bahan-bahan tumbuk.
  • Kemudian masukkan sayur-sayuran.
  • Pecahkan telur dan biarkan seketika.
  • Masukkan nasi dan goreng dengan api besar.
  • Kacau sentiasa dan dengan laju.
  • Hiaskan dengan udang kering yang digoreng jika suka.
  • Siap.

8) Resepi Nasi Goreng Sardin

Bagi peminat sardin dalam tin, anda juga boleh menggunakan ia sebgaai bahan utama didalam nasi goreng kali ini, berikut adalah bahan dan cara  yang diperlukan untuk menyediakan nasi goreng ini.

Bahan-bahan

  • 2 cawan nasi putih

Bahan-bahan tumbuk

  • Bawang besar ½ biji
  • Bawang putih 2 ulas
  • Cili api segenggam/2 sudu besar cili kisar
  • 1 sudu teh garam dan sedikit serbuk perasa.

Bahan Rencah

  • Kacang panjang dipotong kecil 1 mangkuk kecil
  • Lobak merah dipotong dadu 1 mangkuk kecil
  • Isi ikan sardin dalam tin (tin kecil)
  • 1 biji telur

Kaedah

  • Panaskan minyak dalam kuali.
  • Tumis bahan tumbuk hingga kekuningan dan naik bau.
  • Masukkan isi sardin dan kacau agar sebati.
  • Masukkan sayur pula.
  • Akhir sekali masukkan telur dan biarkan tanpa dikacau.
  • Segera masukkan nasi dan kacau serta gaul sebati.
  • Tambah kicap jika suka.
  • Tutup api dan sedia untuk dihidangkan.
  • Siap!

9) Resepi Nasi Goreng Hijau

Nasi goreng ini, menggunakan cili hijau dan cili api hijau sebgai bahan utama. Dengan cara itu nasi goreng ini akan nampak bukan sahaja lebih menarik tetapi juga amat sedap, bagi peminat nasi goreng anda harus mencubanya kerana ia juga amat mudah.

Bahan-bahan

  • 4 cawan nasi sejuk 
  • 2 biji telur 
  • 1 gengam ikan bilis – digoreng

Bahan Tumbuk

  • 3 ulas bawang putih
  • 4 ulas bawang merah
  • 6 biji cili hijau
  • 4 biji cili padi hijau
  • 1 inci belacan
  • Sedikit garam dan serbuk perasa.

Kaedah

  • Panaskan minyak, dan tumiskan bahan yang tumbuk sehingga naik bau dan garing.
  • Kemudian tambahkan telur jika anda suka.
  • Biarkan ia seketika kemudian masukkan nasi dan gireng dnegan api yang besar.
  • Goreng lebih lama dan kacau dengan laju agar nasi goreng lebih sedap dan tahan lama.
  • Hidangkan bersama ikan bilis apabila nasi benar-benar telah masak
  • Siap!

10) Resepi Nasi Goreng Cili Kering 

Resepi terakhir dalam koleksi kali ini adalah resepi nasi goreng paling sempoi, kerana bahan-bahannya mudah ditemui. Tetapi nasi goreng cili kering masih antara yang terbaik dan tersedap untuk disediakan. Berikut adalah bahan yang diperlukan untuk anda cuba sendiri resepi ini.

Bahan-bahan 

  • 2 – 3 cawan nasi sejuk

Bahan-bahan tumbuk

  • 10 batang cili kering
  • 3 ulas bawang merah
  • 2 ulas bawang putih
  • ½ genggam ikan bilis
  • ½ inci belacan
  • Garam 2 sudu teh
  • Serbuk perasa 1 sudu teh

Rencah

  • 5 batang kacang buncis (potong bulat)
  • ½ batang lobak merah (potong dadu)

Kaedah

  • Tumbuk bahan cili kering dengan garam dan serbuk perasa hingga lumat. Ketepikan.
  • Sekarang tumbuk pula bahan-bahan tumbuk yang lain.
  • Tumiskan cili kering yang telah ditumbuk lumat, kemudian masukkan bahan tumbuk lain.
  • Masukkan bahan rencah, pecahkan telur. Sebelum telur masak, masukkan nasi pula.
  • Goreng dengan api yang besar. Masukkan kicap manis jika anda suka.
  • Goreng lama dan kacau selalu, ini untuk memastikan nasi tadi benar-benar garing, ini juga tips agar nasi goreng lebuh sedap dan lambat basi.

Resepi-resepi nasi goreng diatas telah dicuba sendiri oleh penulis dan ia sememangnya sedap dan menjadi. Antara petua nasi goreng yang sedap ialah menggunakan api yang besar ketika menggoreng. Selain dari itu,walaupun bahan rencah boleh dikisar pilihlah untuk tumbuk bahan rencah kerana ia lebih sedap.

Itulah antara tips yang dapat dikongsikan kali ini. Diharap anda akan mencuba resepi-resepi tadi dan jangan lupa kongsikan resepi ini  juga ya. Selamat mencuba!

About Our Content Creators

Lorem ipsum dolor sit amet, consectetur adipiscing elit. Integer semper commodo tristique. Donec in dolor a odio semper convallis et ac ex. Aenean at elit non arcu tincidunt laoreet.

We may earn a commission if you click on the links within this article. Learn more.

More…!