Koleksi 25 Resepi Nasi Paling Digemari

nasi kak wok

Koleksi kali ini menghimpunkan 25 resepi nasi. Di antara resepi nasi yang ada di sini ialah nasi arab, nasi beriani, nasi hujan panas ,nasi lemak dan juga nasi goreng.

Dalam koleksi ini resepi-resepi yang kita kongsikan ini adalah resepi yang telah di cuba dan betul-betul menjadi. Jadi bagi anda yang mencari idea masakan berasaskan nasi ,di sini anda boleh temui pelbagai jenis resepi. Mari lihat antara resepi-resepi yang kita kongsikan di sini.

1)Resepi Nasi Arab Kabsah

nasi-kabsah-arab
image via Facebook

Berikut adalah resepi nasi arab yang boleh mendapat tempat di kalangan masyarakat kita. Resepi ini telah dikongsikan oleh Emma Wan Noordin dan mendapat banyak shares dan likes di Facebook beliau. Jom kita lihat bahan-bahannya.

Bahan – bahan:

Nasi Arab:

  • 3 cawan beras basmati
  • 4 sudu besar myk sapi
  • 3 1/4 cawan air
  • 1 inci halia dimayang
  • 1 biji bwg besar didadu
  • 1 batang kulit kayu manis
  • 2 kuntum bunga lawang
  • 3 ulas buah pelaga
  • 1 batang lobak disagat
  • 1 biji tomato didadu
  • 2 sudu tomato puri
  • 1 sudu makan serbuk kunyit
  • 1 sudu makan serbuk cili
  • 2 biji cili merah
  • 1 biji cili benggala merah
  • 1/4 cawan kismas
  • Sedikit pewarna kuning dan oren
  • Gula serta garam
  • 1 ulas kiub ayam

Dikisar:

  • 1 sudu makan bunga cengkih*
  • 1 sudu makan lada hitam*
  • 1 sudu makan jintan manis*
  • 1 sudu makan jintan putih*
  • 2 sudu makan ketumbar biji*
  • 1 sudu makan buah pelaga*

Ayam:

  • 1 ekor ayam dibelah dua
  • 250 ml yogurt
  • 2 sudu bsr madu
  • Sedikit garam
  • Sedikit serbuk safron

Sos Sambal Arab:

  • 1 biji tomato
  • 5 biji cili hijau besar
  • 1 tangkai batang ketumbar
  • Sedikit gula dan garam
  • Sedikit perahan limau nipis/lemon

Cara – cara memasak:

Nasi Arab:

  • Panaskan minyak. Tumis kayu manis, buah pelaga serta bunga lawang. Tambah juga bawang putih, halia dan bawang besar. Tumis sehingga naik bau.
  • Letak tomato,tomato puri serta bahan kisar*. Goreng sebentar. Kemudian tambahkan kiub ayam, kismis, lobak parut, garam serta gula. Kacau rata.
  • Tambah beras. Kacau perlahan. Masak nasi sehingga masak.
  • Apabila nasi sudah masak, titiskan beberapa titisan pewarna oren dan kuning (atau serbuk safron). Tutup periuk dengan penutup periuk. Apabila nak dihidangkan barulah dikacau nasi dengan menggunakan garpu.

Ayam:

  • Satukan ayam bersama bahan dan perap selama satu ke dua jam.
  • Kemudian, bolehlah digoreng.
  • Sos Sambal Arab:
  • Kisarkan kesemua bahan.
  • Jangan terlalu hancur.
  • Siap!

2 )Resepi Nasi Lemak Sambal Sotong

Seterusnya ialah resepi nasi lemak sambal Sotong, nasi lemak merupakan antara menu yang menjadi pilihan sarapan pagi masyarakat kita. Nasi lemak sambal sotong ini antara yang menjadi kegemaran, Oleh itu bagi anda yang ingin mencuba sendiri berikut adalah bahan-bahan yang diperlukan.

Resepi Nasi Lemak

Bahan-bahan

  • 4 cawan beras biasa – dibasuhkan dan ditoskan
  • 2 cawan santan + 4 cawan air 
  • 2 helai daun pandan – disiat dan disimpul
  • 1 inci halia – ditumbuk hingga pecah 
  • Minyak masak 1 sudu besar
  • Garam dan gula secukup rasa

Kaedah 

  • Beras dibasuh bersih dan ditoskan.
  • Gaul dengan garam,gula dan minyak masak. Ketepikan sebentar. 
  • Campurkan 2 cawan santan bersama air 4 cawan.
  • Masakkan nasi menggunakan rice cooker seperti biasa.
  • Selepas nasi masak, karih menggunakan senduk agar santan dan bahan-bahan sebati dan wangi.

Resepi Sambal Sotong

Bahan utama

  • 1/2 kg sotong (bersihkan, potong bulat dan perasakan dengan garam,kunyit dan sedikit gula)

Bahan kisar

  • 1 bawang besar saiz kecil (atau 4 ulas bawang merah)
  • 1 sudu besar udang kering/ikan bilis 
  • 1 inci belacan

Bahan hiris dan tumis

  • 1 labu bawang besar saiz besar (hiris bulat)
  • 4 cawan cili kering yg telah dikisar (gunting,rebus dan bilas hingga hilang bijinya)
  • 1 keping asam keping saiz kecil
  • Garam, gula dan serbuk perasa secukup rasa.
  • Air anggaran secawan.

Kaedah

  • Pertama, tumiskan bahan yang telah dikisar dan biarkan ia naik bau.
  • Kemudian tumiskan cili kering,asam keping dan bawang yang telah dihiris tadi.
  • Biarkan hingga cili naik minyak, kacau selalu agar ia tidak hangit.
  • Kemudian masukkan air sedikit demi sedikit agar tidak terlalu cair.
  • Masak lagi agar cili benar-benar garing, masukkan sedikit serbuk kunyit bersama garam,gula dan serbuk perasa secukupnya.
  • Masukkan sotong dan gaul agar sebati, tidak perlu tambah air kerana sotong akan keluarkan airnya sendiri.
  • Tutup api apabila semua bahan mulai sebati.
  • Siap.

3 ) Resepi Nasi Goreng Sambal Telur

Resepi berikut adalah resepi nasi goreng, resepi ini amat mudah disediakan. Ia dibuat menggunakan nasi sejuk dan juga sambal telur kemudian ia digoreng, beberapa bahan ditambah bagi menaikkan rasanya. Berikut adalah bahan-bahan yang diperlukan.

Bahan utama

  • Nasi sejuk 3-4 cawan

Bahan-bahan

  • 10 ulas cili api
  • 1 biji bawang merah saiz sederhana
  • 1 ulas bawang putih saiz sederhana
  • 1/2 genggam ikan bilis yang dibasuh cuci bersih
  • Sayur pilihan ( ikut citarasa)
  • Sedikit garam dan serbuk perasa

Bahan Sambal Telur 

  • 2 sudu cili kisar
  • 2 biji telur 
  • Garam,serbuk perasa dan gula secukup rasa.

Kaedah

  • Tumiskan cili kisar hingga garing.
  • Selepas itu masukkan garam dan gula secukup rasa.
  • Akhir sekali pecahkan telur dan kacau hingga menjadi telur pecah.
  • Kaedah penyediaan nasi goreng sambal telur
  • Mula-mula tumbuk ikan bilis,cili api,bawang merah dan bawang putih.
  • Tumbuk separuh lumat.
  • Potong kecil atau dadukan sayur,ketepikan.
  • Dengan anggaran minyak ½ senduk didalam kuali, panaskan dan sedia untuk menumis bahan yang telah ditumbuk tadi.
  • Tumiskan sehingga sedikit garing, masukkan garam dan serbuk perasa gaul sebati.
  • Selepas itu apabila sedikit garing, masukkan sayur.
  • Gaul hingga sebati dan masukkan nasi pula.
  • Gaul sebati akhir sekali masukkan sambal telur yang telah disediakan awal.
  • Dengan api yang besar goreng nasi dan gaul laju-laju agar nasi benar-benar serasi dan masak dengan sempurna.
  • Kemudian dengan api yang kecil, goreng lama sedikit dan gaul agar tahan lebih lama.
  • Siap

4 )Resepi Nasi Goreng Bakibaki

Seterusnya adalah resepi nasi goreng yang menggunakan baki lauk semalam. Resepi ini amat mudah untuk disediakan dan ianya sesuai untuk dimakan terutama diwaktu bersahur atau ketika anda kehabisan idea untuk masak sarapan pagi. Berikut adalah cara-cara untuk menyediakan nasi goreng baki-baki.

Bahan-bahan

  • 10 ulas cili api
  • 1 biji bawang merah saiz sederhana
  • 1 ulas bawang putih saiz sederhana
  • 1/2 sudu teh belacan (jika suka)
  • 1/2 genggam ikan bilis yang dibasuh cuci bersih
  • Semangkuk kecil lauk semalam berserta isinya
  • Sayur pilihan ( ikut citarasa)
  • Sedikit garam gula serbuk perasa
  • Kicap
  • Nasi sejuk anggaran 3-4 cawan 

Kaedah

  • Mula-mula tumbuk ikan bilis,cili api,bawang merah dan bawang putih.
  • Tumbuk separuh lumat.
  • Racikkan isi ikan atau ayam atau apa sahaja lauk semalam.
  • Potong kecil atau dadukan sayur,ketepikan.
  • Dengan anggaran minyak ½ senduk didalam kuali, panaskan dan sedia untuk menumis bahan yang telah ditumbuk tadi.
  • Tumiskan sehingga sedikit garing, masukkan garam dan gaul sebati.
  • Kemudian pecahkan telur dan masukkan baki lauk semalam.
  • Selepas itu apabila sedikit garing, masukkan sayur.
  • Gaul hingga sebati dan masukkan nasi pula.
  • Dengan api yang besar goreng nasi dan gaul laju-laju agar nasi benar-benar serasi dan masak dengan sempurna.
  • Kemudian dengan api yang kecil, goreng dan gaul agar tahan lebih lama.

5 Resepi Nasi Beriani Kambing

nasi-beriani-kambing
image via Facebook

Resepi ini dikongsikan oleh Mas Salleh dan telah mendapat ribuan perkongsian di Facebook milik beliau. Resepi ini amat sesuai dihidangkan terutama ketika meraikan rumah terbuka atau ketika mengadakan majlis keraian di rumah anda. Berikut adalah bahan yang diperlukan.

Bahan – bahan:

  • 3 pot kecik beras basmati – direndam selama setengah jam.
  • 500 gram daging kambing
  • Rempah 4 sekawan
  • Satu labu bawang holand-cincang kasar
  • 5 ulas bawang putih-cincang kasar
  • Satu sudu besar minyak sapi
  • Satu sudu besar minyak
  • 3 pokok daun ketumbar
  • 2 sudu besar rempah beriani
  • Garam,gula melaka dan secukup rasa
  • Air 4 dan 1/2 bahagian pot yang sama untuk sukat beras

Cara – cara memasak:

  • Panaskan minyak dan minyak sapi.
  • Tumiskan empat sekawan.
  • Masukkan bawang putih dan bawang holland.
  • Masakkan hingga wangi dan masukkan daun ketumbar.
  • Seterusnya, masukkan rempah beriani dan kacau sehingga pecah minyak.
  • Masukkan daging kambing dan perasakan bersama garam, gula melaka dan perasa.
  • Tunggu sehingga daging masak.

Nasi beriani:

  • Toskan air beras yang telah direndam tadi dan masukkan kedalam periuk nasi.
  • Masukkan daging kambing yang telah dimasak.
  • Masukkan air dan masak seperti biasa.
  • Apabila nasi sudah masak, titiskan sedikit pewarna kuning.
  • Dalam 10 minit, kacau perlahan menggunakan garfu.

6) Resepi Nasi Lemak Pandan

Seterusnya ialah resepi nasi lemak pandan, ini merupakan salah satu inovasi nasi lemak yang biasa kita temui. Namun nasi lemak pandan punyai bau pandan yang lebih kuat. Bagi anda yang ingin mencuba berikut adalah bahan-bahan yang diperlukan.

Bahan-bahannya:

  • 5 cawan beras biasa – dibasuhkan dan ditoskan
  • 2 cawan santan + 4 cawan air 
  • 1 sudu kecil pewarna hijau
  • 10 helai daun pandan – kisar dengan air 1 cawan air
  • 2 helai daun pandan – disiat dan disimpul
  • Minyak masak 1 sudu besar
  • Garam dan gula secukup rasa

Kaedah 

  • Beras dibasuh bersih dan ditoskan.
  • Gaul dengan garam,gula dan minyak masak. Ketepikan sebentar. 
  • Daun pandan dibersihkan dan dipotong kecil. Masukkan dalam mesin pengisar bersama 1 cawan air dan kisar kemudian tapis dan diambil airnya. Ketepikan.
  • Campurkan 2 cawan santan bersama air pandan, air dan pewarna hijau.
  • Masakkan nasi menggunakan rice cooker seperti biasa.
  • Selepas nasi masak, karih menggunakan senduk agar santan dan bahan-bahan sebati dan wangi.
  • Sediakan dihidangkan bersama menu sampingan lain.

7) Resepi Nasi Beriani Gam

nasi-beriani-gam
image via Facebook


Seterusnya ialah resepi nasi beriani, nasi ini biasanya didapati di dalam majlis keraian. Namun bagi anda yang ingin mencuba resepi ini yang telah dikongsikan oleh Sue Syafieqa Balqis ini, dimana ia telah mendapat banyak perkongsian di media sosial, bolehlah merujuk bahan-bahan dan cara yang diperlukan dalam penyediaan resepi nasi beriani gam ini.

Bahan – bahan:

  • 3 cawan beras moghul faiza
  • Ayam separuh potong sederhana
  • 1 senduk rempah beriani mak siti
  • 4 cawan air (guna cawan yg sama sukat beras)
  • Bawang merah dan putih dihiris
  • Sedikit 4 sekawan (kayu manis, bunga lawang, biji pelaga, bunga cengkih)
  • Sedikit daun pudina
  • 1 biji tomato di potong 4
  • 1 sudu minyak sapi
  • Setengah senduk minyak masak

Cara – cara memasak:

  • Panaskan minyak masak dan minyak sapi.
  • Masukkan bawang yang telah dihiris bersama 4 sekawan dan ditumis sehingga naik bau.
  • Masukkan rempah beriani yang sudah dibancuh sedikit bersama air dan tumis dehingga naik minyak.
  • Apabila rencah sudah pecah minyak, masukkan 3 sudu kecil garam dan perasa dan masukkan 1 cawan air.
  • Apabila sudah didih masukkan ayam dan kacau.
  • Tutupkan masakan supaya ayam cepat masak dan selepas ayam sudah masak, masukkan daun pudina dan tomato di atas ayam.
  • Masukkan beras yang sudah dibasuh lalu masukkan air 3 cawan rata.
  • Tutupkan masakan dan biarkan mendidih sehingga kering.
  • Apabila sudah kering, kecilkan api dan titikkan pewarna kuning di atas nasi.
  • Jangan kacau terus, tutupkan biar nasi betul – betul kering. Apabila sudah kering, gaulkan.
  • Siap!

8 ) Resepi Nasi Arab

nasi-arab
image via Facebook

Seterusnya resepi yang dikongsikan ini ialah resepi nasi arab. Resepi ini dikongsikan oleh Rani Genga dan mendapat banyak perkongsian di media sosial. Nasi arab mulai popular sejak akhir-akhir ini di tanah air kita, bagi anda yang ingin menyedianya sendiri di rumah berikut adalah bahan-bahan yang diperlukan.

Bahan – bahan:

Nasi Arab:

  • Nasi 2 cawan
  • Serbuk garam masala 1 sdb
  • Serbuk kurma 1 sdk
  • Beras basmati rendam 1/2 jam dan ditoskan
  • Bawang kecil or bawang ros 10 biji dihiris mayang
  • Bawang putih 5 ulas dihiris mayang
  • Bay leaf

Ayam:

  • Rebuskan ayam dengan halia sehingga setengah masak
  • Untuk 5 ketul ayam:
  • 1 sdb serbuk cili kering
  • 1 sdk serbuk ketumbar
  • 1 sdk serbuk jintan putih
  • 1 sdb perahan limau nipis
  • Pewarna merah
  • Garam dan perasa

Salad:

Dipotong dadu:

  • Bawang
  • Tomato
  • Timun
  • Perasa

Sos:

Dikisar:

  • Lada besar
  • Cili api
  • Bawang putih
  • Garam dan perasa
  • 1 sdk jus limau nipis

Langkah – langkah memasak:

Nasi Arab:

  • Panaskan wok dan letakkan minyak sapi.
  • Apabila minyak sapi sudah panas, masukkan bawang dan bawang putih yang dihiris.
  • Tunggu sehingga warna bawang itu berubah kepada keperangan.
  • Masukkan serbuk gram masa dan serbuk kurma kemudian gaul seketika.
  • Masukkan beras yang ditos tadi dan gaulkan.
  • Letakkan garam dan pati ayam secukup rasa.
  • Apabila sudah kering, masukkan kedalam periuk nasi dan biarkan ianya masak.

Ayam:

  • Perapkan ayam bersama bahan diatas.
  • Gunakan ketuhar untuk membakar ayam yang telah diperap selama 1 jam pada 200C selama 15 minit.
  • Griskan dengan minyak sapi sedikit.

9 ) Resepi Nasi Kerabu

Resepi seterusnya ialah resepi nasi Kerabu, ianya sangat popular di sebelah pantai timur tanah air kita. Nasi kerabu dibuat daripada pelbagai jenis ulam ulaman dan dimakan bersama budu, sambal dan beberapa bahan lain. Anda juga boleh menyedianya sendiri di rumah, berikut adalah bahan diperlukan.

Bahan-bahan

Nasi Biru

  • 1 cawan nasi
  • 8 bunga telang (atau pewarna biru 2-3 titis)
  • Garam dan gula secukup rasa.

Sambal Ikan

  • Seekor ikan pelaling, rebus dan keluarkan isinya
  • Kelapa parut sebelah
  • 1/2 sudu kecil garam
  • 1 sudu kecil gula
  • 4 bawang merah
  • 1 cm halia, dikupas
  • 1/4 sudu kecil serbuk lada putih

Sambal cili

  • 3 biji cili kering, direndam dengan air panas untuk melembutkan
  • 4 bawang merah, dikupas
  • 300 ml santan
  • 1 keping asam keping
  • 1 batang serai
  • 1/2 sudu kecil gula
  • 1/2 sudu kecil garam
  • 1 sudu kecil sos ikan bilis

Cara memasak nasi biru

  • Cuci beras dan rendam bersama bunga telang atau pewarna biru.
  • Tambahkan garam dan gula sedikit, masak seperti biasa.

Cara memasak sambal ikan

  • Goreng kering kelapa parut di dalam kuali hingga kekuningan.
  • Tumbuk halia dan bawang merah, masukkan kelapa parut dan bahan-bahan lainnya, tumbuk hingga gaul dengan baik. Siap ketepikan.

Cara memasak sambal cili

  • Kisar cili bersama bawang hingga halus.
  • Kemudian masak ia bersama santan, asam keping dan serai.
  • Masak dengan cara reneh hingga naik minyak,tambahkan gula garam dan sos ikan.
  • Siap, ketepikan.

10 ) Resepi Nasi Ayam Thai

image via Facebook

Resepi ini dikongsikan oleh Nur Haziqah dan telah mendapat banyak perkongsian di media sosial. Resepi Nasi Ayam Thai merupakan resepi yang diambil daripada negara Thailand. Dari segi bahan yang digunakan ia tidak mempunyai banyak perbezaan berbanding nasi ayam yang biasa kita temui di negara kita, kecuali beberapa bahan. Jika anda ingin mencubanya berikut adalah bahan-bahan yang diperlukan.

Bahan – bahan:

Ayam:

  • Ayam
  • 1 kiub ayam
  • Daun ketumbar
  • 5 ulas bawang putih
  • Sedikit bawang holland
  • 2 inch halia
  • Garam dan gula
  • Air untuk merebus

Nasi:

  • Beras yang sudah dibasuh bersih
  • Air rebusan ayam sekali halia, bawang dan daun ketumbar.
  • Ayam yang direbus

Sos:

  • Sos thai
  • 10 tangkai cili padi dipotong halus
  • Bawang putih – tumbuk hancur
  • Daun ketumbar
  • 2 sb kicap manis
  • Perahan limau kasturi
  • Sedikit air rebusan ayam
  • Garam ( jika perlu )

Langkah – langkah memasak:

Ayam:

  • Campur ke semua bahan di atas dan rebus sehingga ayam masak.
  • Air kena banyak sebab air tersebut hendak digunakan untuk memasak nasi dan sup.

Nasi:

  • Masak nasi ikut sukatan harian. Cuma gantikan air biasa dengan air rebusan ayam tadi.
  • Ayam yang direbus tadi letak atas beras dan masak sekali.

Sos:

Gaul semua bahan dan siap!

11)Resepi Nasi Goreng Telur Masin 

Seterusnya resepi yang dikongsikan ialah nasi goreng telur masin. Nasi goreng adalah antara menu yang paling digemari oleh orang kita. Ini kerana ia mudah disediakan dan juga amat sedap. Sebagai panduan untuk anda yang ingin mencubanya berikut adalah bahan-bahan yang diperlukan.

Bahan-bahan

  • 2 biji telur masin
  • 2 cawan nasi sejuk
  • 2 ulas bawang putih
  • 3 sudu besar minyak masak
  • 1 sudu besar mentega
  • Beberapa ekor udang segar atau isi ayam
  • 1/2 cawan daun bawang – di potong pendek
  • 2 biji cili padi – sila tambah jika suka pedas

Kaedah

  • Mula-mula rebus telur masin, kupas dan hancurkannya dengan garfu.
  • Panaskan kuali, masukkan 2 sudu minyak masak dan bawang putih dan kacau hingga wangi. Masukkan nasi dan kacau sebentar. Angkat dan masukkan kedalam pinggan. Ketepikan seketika.
  • Masukkan lagi 1 sudu besar minyak masak di dalam kuali tadi, goreng udang/ayam hingga kekuningan. Ketepikan seketika di pinggir kuali.
  • Perlahankan api dapur, masukkan mentega (tidak perlu tunggu hingga mentega cair sepenuhnya) dan masukkan telur masin yang di hancurkan tadi. 
  • Masak hingga telur agak berbuih, masukkan juga cili padi.
  • Kacau udang/ayam di dalam telur masin yang berbuih tadi seketika dan kuatkan api dapur. Masukkan kembali nasi yang di goreng sebentar tadi, daun bawang dan kacau seketika.
  • Perasakan dengan lada sulah dan jika kurang masin boleh juga di tambah sedikit garam. 
  • Siap untuk dihidangkan.

12 ) Resepi Nasi Goreng Cina

nasi goreng cina
Imej via Facebook

Resepi nasi goreng cina ini telah dikongsikan oleh Emanorsalha Zakaria di laman sosial Facebook miliknya dan telah mendapat banyak perkongsian di laman sosial tersebut. Mari kita lihat resepi ini, agar anda dapat menyediakan ka sendiri. Berikut adalah bahan yang diperlukan.

Bahan – bahan:

  • 4 cawan nasi putih
  • 3 ulas bwg ros (kecil)*
  • 1 ulas bwg merah besar*
  • 5 ulas bwg putih*
  • 3 biji cili api hijau*
  • Isi ayam
  • Sotong
  • 1 sdk Lada putih
  • Cili merah
  • Carrot
  • Sawi
  • 3 biji telur
  • 1 sudu minyak bijan

Cara penyediaannya:

  • Tumbuk bahan yg bertanda *.
  • Panaskan minyak, goreng telur kacau-kacau. Kemudian, angkat dan asignkan dahulu.
  • Tumis bahan-bahan yang bertanda *. Apabila sudah garing masukkan ayam, sotong, carrot, cili merah, dan lada putih.
  • Masukkan garam, kemudian masukkan nasi dan gaul rata.
  • Kemudian, masukkan sawi dan telur tadi.
  • Sebelum tutup api, tuanfkan minyak bijian dan gaul rata.
  • Sedia dihidang!

13) Resepi Nasi Ulam

image via Facebook

Resepi nasi ulam ini telah dikongsikan oleh Rosmanita Fsi di akaun Facebook miliknya. Nasi ulam adalah makanan yang sangat berkhasiat kerana nasinya mempunyai pelbagai jenis ulam. Bagi anda yang mencari idea dan suka mencuba resepi baru berikut adalah bahan-bahan yang diperlukan.

Bahan – bahan:

Bahan utama:

  • Nasi

Bahan hirisan:

  • Ulam-ulaman (apa sahaja jenis ulam)

Bahan tumbuk:

  • Ikan masin (Digoreng)
  • Belacan
  • Halia
  • Serai
  • Bawang mer
  • Ikan tongkol (Digoreng)
  • Lengkuas
  • Lada hitam
  • Cabai hidup (Cili merah)

Perasa tambahan:

  • Kerisik
  • Garam pink himalayan(jika perlu saja)

Cara – cara penyediaannya:

  • Sebatikan semua bahan-bahan dan ikut citarasa masing-masing suka banyak ulam atau suka masin. Asalkan sedap.

14) Resepi Nasi Goreng Cili Kering

Satu lagi resepi nasi goreng yang sangat mudah untuk di sedia kan. Nasi goreng cili kering menggunakan bahan yang boleh didapati di dalam rumah. Namun begitu walaupun ia ringkas ianya amat sedap. Berikut adalah bahan yang diperlukan bagi anda yang ingin mencuba sendiri resepi ini.

Bahan-bahan

  • 2 – 3 cawan nasi sejuk

Bahan-bahan tumbuk

  • 10 batang cili kering
  • 3 ulas bawang merah
  • 2 ulas bawang putih
  • ½ genggam ikan bilis
  • ½ inci belacan
  • Garam 2 sudu teh
  • Serbuk perasa 1 sudu teh

Rencah

  • 5 batang kacang buncis (potong bulat)
  • ½ batang lobak merah (potong dadu)

Kaedah

  • Tumbuk bahan cili kering dengan garam dan serbuk perasa hingga lumat. Ketepikan.
  • Sekarang tumbuk pula bahan-bahan tumbuk yang lain.
  • Tumiskan cili kering yang telah ditumbuk lumat, kemudian masukkan bahan tumbuk lain.
  • Masukkan bahan rencah, pecahkan telur. Sebelum telur masak, masukkan nasi pula.
  • Goreng dengan api yang besar. Masukkan kicap manis jika anda suka.
  • Goreng lama dan kacau selalu, ini untuk memastikan nasi tadi benar-benar garing, ini juga tips agar nasi goreng lebih sedap dan lambat basi.

15 )Resepi Nasi Ayam Hainan

Seterusnya resepi yang dikongsikan ini adalah resepi nasi ayam Hainan. Biasa nya nasi ayam Hainan ini boleh didapati di restoran makanan segera iaitu Chicken Rice Shop. Jadi bagi anda yang ingin mencuba nya sendiri berikut adalah diperlukan.

Bahan-bahan

  • Beras 2 cawan (bersih dan toskan)
  • Lemak-lemak ayam 2 sudu besar
  • Bawang merah 2 ulas (dihiris)
  • Bawang putih 2 ulas (dihiris)
  • Daun pandan 2 helai (disimpulkan)
  • Halia ½ inci
  • Kicap cair 1 sudu besar
  • Minyak bijan 1 sudu besar
  • Air rebusan ayam 3 ½ cawan

Kaedah

  • Dalam periuk nasi yang telah dipanaskan masukkan sesudu minhak masak dan tumis lemak-lemak ayam. Tunggu sebentar hingga lemak ayam sedikit garing. Alihkan.
  • Tumiskan pula bawang merah, halia dan bawang putih yang telah dihiris, kacau agar semua bahan digoreng rata. 
  • Tambahkan daun pandan yang telah disimpulkan. Tambah garam secukup rasa.
  • Kacau rata.
  • Masukkan beras yang telah dibasuh tadi. Gaul rata.
  • Sekarang masukkan air rebusan ayam sebanyak 3 ½ cawan.
  • Kacau agar ia sebati.
  • Tekan on dan tunggu hingga nasi seperti biasa.
  • Apabila telah masak, kacau nasi dengan garfu agar ia tidak melekat-lekat.
  • Siap.

16 )Resepi  Nasi Hujan Panas Guna Noxxa

Seterusnya resepi yang dikongsikan ini ialah resepi nasi hujan panas. Bagaimanapun nasi ini dimasak menggunakan periuk tekanan tinggi Noxxa. Manakala bahan-bahannya pula amat mudah dan boleh dimasak dengan cepat. Bagi anda yang ingin mencuba berikut adalah bahan-bahan yang diperlukan.

Bahan utama

  • Beras 3 cawan kecil
  • Air 4 cawan (saiz sama dengan cawan sukat beras)

Bahan-bahan tumis

  • 1 batang kulit kayu manis
  • 1 kuntum bunga lawang
  • 2 kuntum bunga cengkih
  • 2 biji buah pelaga
  • 1 sudu makan minyak sapi

 Bahan-bahan kisar

  • ½ labu bawang besar
  • 2 ulas bawang putih
  • ½ inci halia

Bahan-bahan perisa

  • Daun pandan 2 helai (disimpulkan)
  • Susu cair 1 cawan (saiz sama dengan cawan sukat beras)
  • Pewarna kuning,hijau dan pink

Kaedah

  • Pertama basuhkan beras,tus dan asingkan.
  • Panaskan periuk noxxa dengan mode ‘stir fry’
  • Cairkan minyak sapi,tumiskan bahan-bahan tumisan dahulu.
  • Selepas naik bau,tambah bahan-bahan kisar pula.
  • Apabila mula masak,tambahkan daun pandan.
  • Masukkan beras yang telah dicuci tadi. Masukkan air dan susu cair.
  • Tekan high pressure 6 minit,jangan lupa kunci penutup seperti biasa.
  • Apabila nasi telah masak, buat beberapa lubang dalam nasi dan titiskan 3 pewarna, kuning, hijau . Biarkan sebentar dan kemudian kacau dengan senduk supaya nasi mesra dan bewarna-warni .
  • Siap. Boleh dihidang dengan ayam masak merah dan acar timun.

17) Resepi Nasi Ayam Panggang

nasi-ayam-panggang
image via Facebook

Resepi ini dikongsikan oleh Nur Haziqah dan banyak perkongsian telah diperoleh di media sosial. Resepi ini agak berlainan kerana ayamnya dipanggang terlebih dahulu. Jika anda ingin mencubanya sendiri berikut adalah bahan-bahan yang diperlukan

Bahan – bahan:

Pes:

  • 15 ulas bawang putih
  • 4 inch halia

Stok Ayam:

  • 2 liter air
  • 1/2 kg ayam
  • 1/2 biji bawang holland
  • daun bawang
  • 1 sb paste
  • 1 sb garam
  • 1 sb gula

Sos perapan ayam dan ayam panggang:

  • 4 sb brown sugar
  • 5 sb madu
  • 1/2 cawan kicap manis
  • 1/4 cawan sos tiram
  • 1 sk chinese five spice powder
  • 1 sk serbuk lada hitam
  • 1 sk garam
  • 1 sk paste
  • 1 sk minyak bijan

Nasi:

  • beras yang sudah dibasuh
  • stok ayam
  • 2 sk paste
  • 1 sb marjerin
  • gula
  • garam
  • daun pandan

Sos cili:

  • 5 biji cili padi
  • 5 biji cili besar
  • 1/2 biji tomato
  • 1 cawan stok ayam
  • 2 sk paste
  • 1 sb cuka
  • garam
  • gula

Kicap:

  • 1/2 cawan kicap manis
  • 1/2 cawan stok ayam
  • 1 sk paste
  • 1 sb tepung jagung

Sup:

  • 4 cawan stok ayam
  • 1/2 pc kiub ayam
  • 1 sk paste
  • garam
  • gula

Cara – cara memasak:

Pes

  • Kisarkan bawang putih dan halia menggunakan blender kering sehingga halus.
  • Ketepikan.

Stok Ayam:

  • Masukkan air dalam periuk.
  • Masukkan ayam, paste, bawang holland, daun bawang, gula dan garam.
  • Renehkan selama 20 minit atau sehingga ayam masak.
  • Keluarkan buih-buih putih jika ada guna penapis.
  • Setelah ayam masak pindahkan ayam ke dalam air berisi ais selama 2 minit.
  • Keluarkan ayam dan keringkan dengan tisu dapur.
  • Ketepikan stok ayam dan ayam tadi.
  • Sos perapan ayam dan ayam pangang:
  • Gaul semua bahan-bahan sampai sebati.
  • Sapukan pada ayam.
  • Perap ayam selama 30 min.
  • Masukkan ayam dalam oven dan bakar pada suhu 200°c selama 15 minit.
  • Kemudian keluarkan ayam dan sapukan lagi sos perapan.
  • Bakar lagi selama 5 minit.

Nasi:

  • Masukkan semua bahan, gaul sebati dan masak macam masak nasi biasa.

Sos cili:

  • Kisarkan semua bahan.
  • Masak sehingga mendidih.

Kicap:

  • Satukan semua bahan dan masak sampai mendidih.

Sup:

  • Satukan semua bahan dan masak sampai mendidih

18) Resepi Nasi Kak Wok

nasi kak wok
image via Facebook

Berikut adalah resepi nasi kak wok, ianya amat popular dijual di gerai-gerai di jalanan. Ia digemari ramai dan bagi anda yang ingin mencuba sendiri resepi ini boleh perkongsian oleh Keroroyz Royz dimana ia mendapat banyak perkongsian di media sosial. Berikut adalah bahan yang diperlukan.

Bahan – bahan:

Gulai Ayam:

  • 4 biji bawang bombay
  • 5 ulas bawang putih
  • 1 1/2 inci halia
  • 3 sudu makan rempah kari daging
  • 1 sudu makan rempah kerutub
  • Kacang panjang secukupnya – potong
  • Terung – potong kecil
  • Leher, kaki, kepak dan paha yam – potong kecil
  • Santan ( jangan pekat sangat)- ikut jumlah ayam yang diguna.
  • Garam dan kiub pati ayam secukup rasa
  • 1 kerek manisan / gula melaka
  • 2-3 keping asam gelugur

Ayam Goreng Harum:

  • 1 ekor ayam – potong kecil
  • 2 sudu teh garam
  • 2 inci kunyit hidup – tumbuk lumat
  • 1 sudu teh serbuk kunyit
  • 1 sudu teh serbuk cili
  • 3 tangkai daun kari

Sambal Belacan Ala Kak Wok:

  • 4 biji cili kering – direbus
  • Cili padi – jumlah ikut pedas yang dikehendaki
  • 2 inci belacan
  • 1 biji bawang besar – dibakar
  • 1 labu bawang putih – dibakar
  • Gula, garam dan perasa secukupnya
  • Air asam jawa- anggaran 1/2 mangkuk
  • Limau kasturi secukupnya

Cara – cara memasak:

Gulai Ayam:

  • Kisar bawang merah, bawang putih dan halia hingga lumat dan tumis hingga wangi.
  • Satukan rempah kari dan kerutub. Bancuh dengan sedikit air hingga jadi pes. Kemudian gaul pada ayam dan perap seketika.
  • Seterusnya masukkan ayam ke dalam periuk berisi bahan tumis tadi. Masak hingga empuk.
  • Masukkan santan dan masak hingga mendidih serta kuah menjadi sedikit pekat.
  • Tambahkan terung, kacang panjang dan asam gelugur ( jika suka).
  • Perasakan dengan garam, manisan serta kiub pati ayam dengan secukupnya. Kacau hingga sebati rasa. Angkat.

Ayam Goreng Harum:

  • Basuh bersih ayam dan lumurkan dengan bahan-bahan lain. Perap seketika.
  • Panaskan minyak masak dan goreng sampai sederhana garing.
  • Angkat dan toskan minyaknya

Sambal Belacan Ala Kak Wok:

  • Satukan semua bahan dalam pengisar dan kisar hingga hancur. Jangan terlalu halus nanti tidak sedap.
  • Tuang kisaran cili ke dalam bekas dan masukkan perahan limau kasturi hingga capai tahap masam yang sedap dengan citarasa.
  • Kulit limau kasturi yang dibuang. Hiris halus dan masukkan ke dalam sambal. Gaul rata.
  • Sedia untuk dinikmati bersama nasi, ayam dan gulai.

19) Resepi Nasi Goreng Kampung

nasi goreng kampung
Imej via Facebook

Resepi dikongsikan oleh Fyza Hamdan‎ di laman Facebook ini adalah resepi nasi goreng kampung, menu ini amat popular terutamanya di gerai masakan Thailand. Namun jika anda ingin membuatnya sendiri bahan-bahan yang amat mudah ditemui dan cara membuat juga amat ringkas.

Bahan-bahan :

  • Bawang merah kecil 4 biji,
  • Bawang putih 2 biji,
  • Cili api hijau 8-10 biji (ikut tahap kepedasan),
  • Belacan sedikit,
  • Ikan bilis segenggam.

Kaedah 

  • Tumbuk semua bahan di atas.
  • Jika sudah ditumbuk, tumis semua bahan dengan minyak yang panas.
  • Bila sudah agak garing, bubuh sedikit sos ikan dan sos tiram. Kacau sebati.
  • Masukkan nasi dan perasa. Kacau.
  • Bila sudah sebati baru masukkan ikan bilis dan kangkung.
  • Siap.

20) Resepi Nasi Air Kelate

nasi air
Imej via Facebook

Nasi air makanan yang sihat lagi menyihatkan. Jika sakit tekak, demam, tidak ada selera makan, nasi air boleh membantu anda mengatasinya. Sila cuba sendiri resepi nasi air Kelantan yang dikongsikan oleh Nor Darwina Che Ismail‎‎ di laman Facebook. Berikut adalah bahan yang diperlukan.

Bahan Sup Ayam :

  • Ayam separuh,
  • Bawang putih 2 ulas,
  • Bawang merah 3 ulas,
  • Halia (sebesar ibu jari dihiris nipis),

Cara-cara :

  • Bahan di atas ditumis sekali dengan sup bunjut.
  • Tumis sampai masak baru masukkan ayam dan air .
  • Masukkan garam, ajinomoto, gula sedikit, kiub sup ayam.
  • Bila sudah masak, angkat ayam ke dalam bekas lain .
  • Carik ayam kecil-kecil.

Bahan Nasi Air :

  • Basuh beras sehingga bersih.
  • Goreng hingga kering air.
  • Blender beras hingga hancur.
  • Masak dalam periuk, periuk elektrik pun boleh. Pastikan air lebih 2 kali ganda dari masak nasi biasa. Tapi kena sentiasa kacau beras 3 minit sekali.
  • Kacau sampai bubur nasi masak. Kalau ingin guna beras nasi air terus pun boleh. Kalau guna bihun, mee kuning atau kuey teow pun boleh.

Sambal Tambahan :

  • Lada, cuka, garam, gula, air sedikit (blender semua). Atau,
  • Potong lada kecil-kecil, masukkan cuka dan kicap manis. Atau,
  • Lada jeruk, hanya potong lada besar rendam dengan cuka. Atau,
  • Serbuk lada kering boleh beli dekat kedai.

Lauk :

  • 1. Goreng ikan bilis sampai garing. Atau,
  • Ayam carik tadi. Atau,
  • Daging atau perut lembu.

Sayur :

  • Tauge. Kubis. Kangkung.
  • Daun sup, daun ketumbar, daun bawang , limau nipis dan bawang goreng .
  • Kalau ingin letak kacang goreng yang sudah ditumbuk hancur pun boleh.
  • Goreng bawang putih guna minyak banyak. Goreng sampai garing.
  • Angkat sekali dengan minyak.

21) Resepi Nasi Dagang Terengganu 

nasi dagang
Imej via Facebook

Jika anda ingin menyediakan nasi dagang terengganu, sila baca resepi yang kami tuliskan di bawah ini. Dikongsikan oleh Nor Khomariah Norrohman‎ Facebook. Anda boleh sediakan sendiri nasi dagang ini dirumah, berikut adalah bahan-bahan yang diperlukan.

Bahan-bahan untuk Nasi :

  • 4 cawan beras Jati,
  • 1 cawan beras pulut, kalau pkai beras siam atau beras wangi tidak perlu tambah beras pulut.
  • 3 cawan santan cair ditambah sedikit gula dan garam,
  • 1-1½ cawan santan pekat ditambah sedikit garam,
  • 1 sudu halba,
  • 2 ulas bawang merah,
  • ½ inci halia.

Cara-Cara Kukus Nasi :

  • Beras dicampur dengan beras pulut direndam selama 8 jam atau semalaman (kalau tidak sempat 2-4 jam pun OK).
  • Kukus beras dan pulut tadi selama 20 minit.
  • Angkat dan kaup semua nasi ke dalam bekas yang agak besar dan digaulkan dengan separuh santan cair sehingga rata. Biar seketika hingga semua santan meresap. Masukkan lagi santan sehingga meresap. Elok habiskan semua santan cair. Biar sekejap.
  • Kukus semula selama 20 minit lagi.
  • Sementara itu hiris bawang dan halia halus-halus. Masukkan di atas nasi dalam kukusan dan juga buah halba.
  • Angkat nasi untuk kali kedua dan arunkan dengan santan pekat hingga rata. Tidak perlu habiskan jika nasi nampak sudah elok lembutnya.
  • Boleh dihidangkan.

Cara Kukus Ikan Aya@Tongkol :

  • 1 ekor ikan aya@tongkol,
  • 3 keping asam keping,
  • Sedikit garam,
  • Air secukupnya.

Cara-cara :

  • Bersihkan ikan aya dan potong.
  • Masukkan dalam periuk dan masukkan asam keping, garam dan air.
  • Air hendaklah melebihi paras ikan.
  • Masak dengan api sederhana sehingga air tinggal lebih kurang ¼.
  • Lagi lama ikan dimasak lagi sedap, isi ikan pun lebih pejal.

Bahan-bahan Kuah :

  • 4 sudu besar cili dimesin,
  • 7 biji bawang merah*,
  • 3 ulas bawang putih*,
  • 1inci halia*,
  • 1inci lengkuas*,
  • 1inci kunyit hidup* ( * diblend ).
  • 3 sudu besar rempah gulai nasi dagang. Boleh guna rempah cap bunga ros kalau tidak ada rempah khas untuk gulai nasi dagang,
  • 2/3 cawan santan fresh/pekat,
  • 4 cawan air,
  • Air asam jawa,
  • Sedikit belacan (optional),
  • Nisan/gula Melaka,
  • Garam,
  • Sedikit gula,
  • 7-9 biji cili padi,
  • Minyak.

Bahan Tumis :

  • 1 batang kulit kayu manis,
  • 5 kuntum bunga cengkih,
  • 3 biji buah pelaga,
  • 1 kuntum bunga lawang.

Cara-cara :

  • Panaskan minyak dalam periuk dan masukkan bahan penumis. Biarkan hingga wangi.
  • Masukkan cili yang telah dimesin. Goreng hingga cili menjadi garing.
  • Masukkan bahan-bahan yang diblend. Masak hingga sedikit kering.
  • Masukkan rempah gulai.
  • Masukkan ½ cawan air dan masak lagi hingga garing dan pecah minyak.
  • Masukkan lebihan air dan masak hingga mendidih.
  • Masukkan santan dan renihkan hingga kuah mendidih sambil sesekali mengacau.
  • Masukkan air rebusan ikan, jus asam jawa, belacan, nisan/gula melaka, garam dan gula. Masak hingga kuah sedikit pekat.
  • Masukkan ikan yang sudah dimasak tadi. Renih lagi kuah hingga kepekatan yang disukai.
  • Sekiranya kuah terlalu pekat dan tidak pecah minyak bolehlah ditambah air panas dan masak semula hingga keluar minyak.
  • Masukkan cili padi dan masak lagi sekejap dan baru padamkan api.

22) Resepi Nasi Goreng Kari

nasi goreng kari
Imej via Facebook

Resepi berikut ialah resepi nasi goreng kari, di mana ia menggunakan serbuk kari babas. Bahan-bahan yang lain ialah bahan yang biasa ditemui dalam nasi goreng. Jika anda ingin mencari kelainan pada nasi goreng cubalah resepi ini. Resepi ini ialah hasil perkongsian dari Senyumlinda Shah, bahan-bahan yang diperlukan ialah,

Bahan-bahan :

  • Ikan bilis,
  • Bawang merah,
  • Daun kari,
  • Telur 1 biji,
  • Serbuk kari babas,
  • Garam.

Cara-cara :

  • Mula mula goreng ikan bilis. Angkat.
  • Terus tumis bawang merah sedikit dan daun kari sampai wangi.
  • Pecahkan telur.
  • Masukkan nasi putih dan serbuk kari babas. Agak-agak ya serbuknya.
  • Masukkan garam secukup rasa dan gaul sehingga sebati.
  • Kemudian letak ikan bilis yang digoreng tadi. Siap.

23) Resepi Nasi Goreng Sardin

Seterusnya resepi nasi goreng ini adalah salah satu dari inovasi nasi goreng yang selalu menjadi pilihan orang kita sebagai sarapan pagi ataupun makan malam. Nasi goreng sardin ini sangat mudah di sediakan malah bahannya juga mudah ditemui, berikut adalah bahan-bahan yang diperlukan

Bahan-bahan

  • 2-3 cawan nasi putih

Bahan-bahan tumbuk

  • Bawang besar ½ biji
  • Bawang putih 2 ulas
  • Cili api segenggam/2 sudu besar cili kisar
  • 1 sudu teh garam dan sedikit serbuk perasa.

Bahan Rencah

  • Kacang panjang dipotong kecil 1 mangkuk kecil
  • Lobak merah dipotong dadu 1 mangkuk kecil
  • Isi ikan sardin dalam tin (tin kecil)
  • 1 biji telur

Kaedah

  • Panaskan minyak dalam kuali.
  • Tumis bahan tumbuk hingga kekuningan dan naik bau.
  • Masukkan isi sardin dan kacau agar sebati.
  • Masukkan sayur pula.
  • Akhir sekali masukkan telur dan biarkan tanpa dikacau.
  • Segera masukkan nasi dan kacau serta gaul sebati.
  • Tambah kicap jika suka.
  • Tutup api dan sedia untuk dihidangkan.
  • Siap!

24) Resepi Nasi Goreng Pattaya

Resepi seterusnya ialah resepi nasi goreng Pattaya. Nasi goreng Pattaya ini ialah nasi goreng yang dibungkus dengan telur dadar. Biasanya ianya dijual di gerai masakan panas seperti masakan Thailand. Jika anda ingin mencubanya berikut adalah bahan-bahan yang diperlukan.

Bahan untuk nasi goreng:

  • 2 cawan nasi putih
  • 3 sudu besar minyak masak
  • 5 ekor udang, buang kulit
  • sedikit isi ayam, potong kiub
  • 1 biji bawang merah, hiris nipis
  • 2 ulas bawang putih, hiris nipis
  • 4-5 biji cili padi, ketuk hingga pecah
  • sedikit sayur campur
  • 1/2 ketul kiub ayam
  • serbuk lada sulah
  • sedikit kicap cair
  • timun, untuk hiasan
  • tomato, untuk hiasan

Bahan untuk salutan atau telur dadar:

  • 2 biji telur ayam
  • secubit garam

Cara Penyediaan:

  • Panaskan minyak dalam kuali. Tumis bawang merah dan bawang putih hingga kekuningan dan naik bau.
  • Masukkan isi ayam dan goreng sehingga separuh masak.

25) Resepi Nasi Lemak Ayam Berempah

Resepi yang terakhir di dalam koleksi nasi kali ini, ialah resepi nasi lemak ayam berempah. Nasi lemak sangat popular di negara kita,ianya dimakan sama ada sebagai sarapan ataupun sebagai makan malam. Paling sedap nasi lemak apabila ia digabungkan dengan ayam berempah,berikut adalah bahan yang diperlukan.

Nasi Lemak

Bahan-bahannya

  • 4 cawan beras biasa – dibasuhkan dan ditoskan
  • 2 cawan santan + 4 cawan air 
  • 2 helai daun pandan – disiat dan disimpul
  • 1 inci halia – ditumbuk hingga pecah 
  • Minyak masak 1 sudu besar
  • Garam dan gula secukup rasa

Kaedah 

  • Beras dibasuh bersih dan ditoskan.
  • Gaul dengan garam,gula dan minyak masak. Ketepikan sebentar. 
  • Campurkan 2 cawan santan bersama air 4 cawan.
  • Masakkan nasi menggunakan rice cooker seperti biasa.
  • Selepas nasi masak, karih menggunakan senduk agar santan dan bahan-bahan sebati dan wangi.

Ayam Berempah 

Bahan-bahan

Bahan Kisar

  • Halia
  • Lengkuas
  • Serai
  • Lada kering anggaran 5 batang (gunting dan rendam)
  • 1biji telur

Bahan kering

  • 2 sudu besar tepung jagung
  • 2 sudu besar rempah kari
  • 1 sudu besar serbuk ketumbar
  • 1 sudu besar serbuk jintan halus
  • 1 sudu besar serbuk jintan kasar 
  • 1 sudu besar  garam halus
  • Daun kari 2 pelepah
  • Kelapa parut
  • 1 ekor ayam saiz sederhana (potong 16)

Kaedah

  • Bersihkan ayam dan tos.
  • Perapkan ayam dengan semua bahan iaitu bahan kering dan bahan kisar.
  • Goreng menggunakan minyak yang banyak.
  • Goreng sehingga masak dan garing.
  • Angkat dan toskan minyak.
  • Sedia untuk dihidangkan.

Dan itulah dia 25 resepi berasaskan nasi yang dihimpunkan di dalam koleksi kali ini. Diharap koleksi ini boleh menjadi sumber rujukan untuk anda mencuba sendiri pelbagai jenis resepi nasi ini di rumah anda sebagai hidangan untuk keluarga. Jangan lupa untuk kongsikan koleksi ini agar ia dapat dimanafaatkan oleh orang lain. Selamat mencuba!

Give a Comment