Resepi Tradisional, Moden & Terkini

Koleksi 10 Resepi Muffin Yang Senang Dan Paling Bajet

Muffin merupakan pencuci mulut yang amat sedap dan amat digemari semua tanpa mengira umur. Muffin mempunyai rasa yang gebu dan tekstur yang lembut. Muffin dan kek cawan tidak mempunyai terlalu banyak perbezaan kecuali tekstur muffin yang lebih padat dan berat manakala tekstur kek cawan lebih ringan dan gebu.

Muffin sesuai dimakan sewaktu minum petang bersama air teh. Terdapat pelbagai perisa muffin yang boleh kita cuba seperti muffin coklat, vanilla, pisang dan lobak merah. Mari kita lihat resepi-resepi muffin tersebut.

1) Resepi Muffin Coklat Chip

Muffin coklat chip, muffin yang amat kita semua gemari terutamanya golongan kanak-kanak. Muffin coklat chip ialah muffin coklat yang diadun sekali bersama cip coklat. Ianya juga amat sedap dimakan bersama air susu segar. Hidangan ini amat mudah disediakan.Mari kita lihat cara untuk menghasilkannya.

Bahan kering 

  • 2 cawan tepung gandum
  • 1/2 cawan serbuk koko
  • 1/2 sudu teh double action baking powder
  • 1/2 sudu teh soda bikarbonat
  • Secubit garam
  • 1 cawan gula kastor

Bahan basah 

  • 2 biji telur
  • 1 cawan minyak
  • 3/4 cawan susu kotak dutch lady
  • 1sudu teh esen vanila

Bahan hiasan

  • coklat chip
  • badam

Kaedah

  • Mula-mula panaskan oven pada suhu 160c sekurang-kurangnya selama 10 minit. 
  • Ayak bahan-bahan kering dan kemudian masukkan bahan-bahan satu persatu, kacau menggunakan hand whisk sahaja.
  • Kacau cukup sekadar ia sebati sahaja.
  • Masukkan adunan kedalam acuan muffin dan hiaskan dengan choc cip dan kacang badam.
  • Bakar pada suhu 180c 10 minit pertama kemudian turunkan suhu pada paras 160c dan bakar lagi 10 minit.

2)Resepi Muffin Pisang

Muffin pisang mempunyai rasa yang hampir sama dengan kek pisang namun teksturnya lebih padat dan berat. Hidangan ini sesuai disediakan bagi menjamu minum petang bersama ahli keluarga. Jom kita lihat resepinya.

Bahan-bahan kering

  • 2 cawan tepung gandum
  • 2 sudu besar susu tepung(pilihan)
  • ½ sudu kecil soda bikabornat
  • 1 sudu kecil serbuk penaik

Bahan-bahan basah

  • 1 cawan pisang yang telah dikisar
  • ¼ cawan susu segar atau susu cair
  • 2 biji telur gred B
  • 1 cawan gula pasir ( boleh ubah untuk suaikan rasa manisnya)
  • 1 cawan minyak masak
  • ½ sudu kecil garam
  • ½ esen pisang ( pilihan)

Kaedah

  • Panaskan oven pada suhu 200c sekurang-kurangnya 10 minit.
  • Gaulkan bahan-bahan basah agar sebati atau kalau hendak cepat,boleh kisar terus.
  • Masukkan bahan-bahan kering sedikit demi sedikit sambil dikacau agar sebati.
  • Masukkan kedalam bekas muffin, penuhkan hingga tiga suku memenuhi bekas tersebut.
  • Taburkan kacang badam yang telah dibakar dahulu.
  • Bakar selama 15 minit sahaja. Biarkan sehingga muffin merekah.
  • Sejukkan dan sedia dinikmati.

3)Resepi Muffin Coklat

Muffin coklat banyaknya dijual di kedai bakeri dan kedai kek. Namun, tahukah anda betapa senangnya untuk menghasilkan muffin coklat yang sedap ini sendiri? Resepi ini dapat membantu anda menghasilkan muffin coklat dan hidangkannya kepada tetamu ianya telah dikongsikan oleh Ummul-alifah Salim dan telah mendapat banyak perkongsian di media sosial.

muffin-coklat
Image via Facebook

Bahan – bahan:

Bahan A:

  • 2 biji telur
  • 1 cawan gula perang (gula halus pun boleh)
  • 100 ml susu segar
  • 120ml minyak jagung
  • 1/2 sk esen vanilla

Bahan B:

  • 190 gm tepung gandum
  • 1 st baking powder double action
  • 1/2sk baking soda
  • 1/2cawan serbuk koko
  • 1/2 cawan choc chips (masuk dlm adunan)
  • 1/2 cawan choc chips (utk tabur di atas)

Cara – cara memasak:

  • Satukan semua bahan A di dalam bekas dan kemudian ayakkan bahan B ke dalam bahan A. Gaul rata.
  • Tuang adunan dalam 3/4 penuh dan taburkan chocolate chips di atasnya.
  • Bakar dalam oven yang telah dipanaskan pada suhu 170C. Bakar selama 20 minit atau sehingga masak.

4) Resepi Muffin Pandan

Muffin pandan mempunyai rasa yang hampir sama dengan kek pandan tetapi teksturnya berbeza. Perasa pandan ialah rasa yang amat popular di Malaysia dan akan sentiasa menjadi pilihan utama rakyat Malaysia. Resepi ini dikongsikan oleh Noramelia Abd Rani dan mendapat banyak perkongsian di media sosial, berikut adalah bahan-bahan yang diperlukan.

muffin-pandan
Image via Facebook

Bahan – bahan masakan:

  • 6 biji telur
  • 2 cawan gula halus
  • 1 sb esen vanilla
  • 1 cawan minyak masak
  • Pandan paste secukupnya
  • Pewarna hijau secukupnya
  • 3 cawan tepung gandum *
  • 2 sudu kecil baking powder *

Cara – cara menyediakan:

  • Bahan (*) diayak bersama didalam bekas lain.
  • Kemudian, buatkan lubang ditengah – tengah tepung tadi, masukkan adunan basah dan kacau sebati.
  • Panaskan oven 190 darjah celsius, 10 min.
  • Masukkan adunan dalam bekas cupcake.
  • Bakar selama 35 min.

5)Resepi Muffin Telur

Muffin telur ini sesuai untuk dihidangkan sebagai sarapan pagi terutama bagi mereka yang mengamal gaya hidup sihat. Hidangan ini mengandungi bahan seperti lada hitam, mozarella cheese dan sedikit sayur. Ianya sedikit berbeza berbanding dengan muffin yang selalu dibuat seperti muffin coklat atau muffin pisang yang penggemarnya selalunya daripada golongan kanak kanak. Mari kita lihat resepi muffin telur yang dikongsi oleh Mak Long di laman Facebook beliau.

muffin telur
Imej via Facebook

Bahan-bahan :

  • 6 biji telur gred B,
  • ½ biji lada benggala hijau dipotong dadu,
  • ½ biji lada benggala merah dipotong dadu,
  • Sedikit bunga kobis,
  • 1 hingga 2 tangkai daun sup dihiris halus,
  • Sedikit garam,
  • Sedikit lada hitam,
  • Sedikit mozarella cheese.

Cara-cara :

  • Mula-mula masukkan telur ke dalam mangkuk. Pukul hingga kembang. Masukkan sedikit garam dan pukul lagi.
  • Kemudian dalam bekas muffin, letak lada benggala hijau dan merah, bunga kubis dan daun sup yang telah dipotong tadi.
  • Bubuhkan sedikit serbuk lada hitam.
  • Seterusnya taburkan mozarella cheese di atas sayur-sayuran tadi.
  • Akhir sekali masukkan telur.

6) Resepi Muffin Oren Blacksesame 

Antara muffin yang popular dan sering dibuat ialah muffin oren. Biasa nya ianya digabung bersama popi seed,namun begitu selain daripada itu anda juga boleh mencuba nya bersama bijan hitam. Berikut adalah resipi dan cara-cara untuk menyediakannya.

Bahan kering

  • 200g tepung gandum
  • 1 sudu teh baking powder
  • ⅛ sudu teh soda bikarbonat 
  • 1 cawan gula halus

Bahan basah

  • ½ cawan minyak/butter cair
  • 1 cawan buttermilk (susu + 1 sudu besar cuka)
  • 1 biji telur
  • 1 sudu teh esen vanila

Hiasan

  • Emulco sunquick 
  • White choc Chip
  • Bijan hitam atau biji popi
  • Badam (pilihan)

Kaedah

  • Campur semua bahan kering dan basah dalam belas berasingan.
  • Kemudian baru campurkan sehingga sebati.
  • Guna spatula atau whisk sahaja.
  • Akhir sekali baru tambahkan bahan hiasan.
  • Masukkan adunan didalam cawan Muffin
  • Bakar 25-30 minit pada suhu 160c
  • Siap

7)Resepi Muffin Double Chocolate Chip

Muffin paling sedap digabungkan bersama chocolate chip. Seperti perkongsian kali ini kita menggunakan dua jenis coklat di dalam resipi ini dan memberi rasa yang lebih menarik, berikut adalah bahan-bahan yang diperlukan.

Bahan kering

  • 200g tepung gandum
  • 1 sudu teh baking powder
  • ⅛ sudu teh soda bikarbonat 
  • 1 cawan gula halus

Bahan basah

  • ½ cawan minyak/butter cair
  • 1 cawan buttermilk (susu + 1 sudu besar cuka)
  • 1 biji telur
  • 1 sudu teh esen vanila

Hiasan

  • Serbuk koko
  • Choc Chip
  • White choc Chip
  • Kacang badam 

Kaedah

  • Campur semua bahan kering dan basah dalam belas berasingan.
  • Kemudian baru campurkan sehingga sebati.
  • Guna spatula atau whisk sahaja.
  • Akhir sekali baru tambahkan bahan hiasan.
  • Masukkan adunan didalam cawan Muffin
  • Bakar 25-30 minit pada suhu 160c
  • Siap!

8) Resepi Muffin Vanila

Seterusnya resipi muffin yang sangat mudah dan paling kerap kita jumpa di kedai. Muffin vanila yang kita kongsikan kali ini menggunakan bahan-bahan dan cara-cara yang sangat mudah yang boleh  anda cuba sendiri, berikut adalah bahan-bahan yang diperlukan

Bahan kering

  • 200g tepung gandum
  • 1 sudu teh baking powder
  • ⅛ sudu teh soda bikarbonat 
  • 1 cawan gula halus

Bahan basah

  • ½ cawan minyak/butter cair
  • 1 cawan buttermilk (susu + 1 sudu besar cuka)
  • 1 biji telur
  • 1 sudu teh esen vanila

Hiasan

  • Esen vanila
  • Kismis
  • Badam dan kacang-kacang campuran.

Kaedah

  • Campur semua bahan kering dan basah dalam belas berasingan.
  • Kemudian baru campurkan sehingga sebati.
  • Guna spatula atau whisk sahaja.
  • Akhir sekali baru tambahkan bahan hiasan.
  • Masukkan adunan didalam cawan Muffin
  • Bakar 25-30 minit pada suhu 160c
  • Siap

9) Resepi Red Velvet Muffin

Seterusnya muffin yang tidak kurang hebatnya dan juga digemari. Menggunakan cara yang sangat mudah dan bahan-bahan yang sangat mudah untuk di cari berikut adalah bahan-bahan dan cara-cara yang diperlukan untuk menyediakan muffin Red Velvet

Bahan kering

  • 200g tepung gandum
  • 1 sudu teh baking powder
  • ⅛ sudu teh soda bikarbonat 
  • 1 cawan gula halus

Bahan basah

  • ½ cawan minyak/butter cair
  • 1 cawan buttermilk (susu + 1 sudu besar cuka)
  • 1 biji telur
  • 1 sudu teh esen vanila

Hiasan

  • Red velvet Emulco
  • White choc Chip
  • Badam

Kaedah

  • Campur semua bahan kering dan basah dalam belas berasingan.
  • Kemudian baru campurkan sehingga sebati.
  • Guna spatula atau whisk sahaja.
  • Akhir sekali baru tambahkan bahan hiasan.
  • Masukkan adunan didalam cawan Muffin
  • Bakar 25-30 minit pada suhu 160c
  • Siap

10) Resepi Muffin Coffee Walnut

Akhir sekali muffin yang sesuai disediakan terutamanya bagi peminat kopi. Iaitu muffin coffee walnut. Ia juga sangat mudah untuk disediakan dan bahan-bahannya juga boleh didapati di kedai-kedai berdekatan. Baiklah berikut adalah cara-cara dan bahan-bahan yang diperlukan untuk menyediakan Muffin ini.

Bahan kering

  • 200g tepung gandum
  • 1 sudu teh baking powder
  • ⅛ sudu teh soda bikarbonat 
  • 1 cawan gula halus

Bahan basah

  • ½ cawan minyak/butter cair
  • 1 cawan buttermilk (susu + 1 sudu besar cuka)
  • 1 biji telur
  • 1 sudu teh esen vanila

Hiasan

  • Serbuk koko
  • Coffee Emulco
  • Walnut
  • Choc Chip 

Kaedah

  • Campur semua bahan kering dan basah dalam belas berasingan.
  • Kemudian baru campurkan sehingga sebati.
  • Guna spatula atau whisk sahaja.
  • Akhir sekali baru tambahkan bahan hiasan.
  • Masukkan adunan didalam cawan Muffin
  • Bakar 25-30 minit pada suhu 160c
  • Siap

Itulah dia 10 resepi muffin yang telah dihimpunkan didalam koleksi kali ini. Kami harap resepi-resepi muffin ini dapat membantu anda untuk mendapatkan idea bagi menghasilkan muffin-muffin yang sedap. Tidak kisahlah apa tujuan anda membuat muffin ini, sama ada untuk dijadikan hidangan minum petang keluarga mahupun untuk menjualnya. Dan juga diharap semua muffin yang bakal dihasilkan itu berjaya.

Dan juga jangan lupa kongsikan koleksi ini agar ia dapat dimanafaatkan orang lain juga.Selamat mencuba!

Resepi – resepi lain yang menarik

Terima kasih kerana berkunjung ke laman kami. Selain daripada koleksi ini, ada pelbagai variasi koleksi yang anda boleh cuba. Jangan lupa juga untuk kongsikan koleksi ini bersama rakan anda ya.

About Our Content Creators

Lorem ipsum dolor sit amet, consectetur adipiscing elit. Integer semper commodo tristique. Donec in dolor a odio semper convallis et ac ex. Aenean at elit non arcu tincidunt laoreet.

We may earn a commission if you click on the links within this article. Learn more.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

More…!