Koleksi 10 Resepi Menggunakan Roti Putih Yang Paling Sempoi

Roti putih menrupakan salah satu makanan yang paling mudah ditemui bukan sahaja dinegara ini namun boleh dikatakan hampir satu dunia mengemarinya. Roti putih atau ada yang memanggil dengan nama roti sandwich juga sebenar amat versatile. Ia juga sering diubah menjadi pelbagai jenis masakan lain. 

Kali ini kita akan kongsikan 10 resepi yang menggunakan roti putih sebagai bahan utamanya. Jom lihat resepi-resepi yang boleh anda cuba.

1 Resepi Puding Roti Cheese

Puding roti adalah sejenis pencuci mulut yang dibuat menggunakan roti putih yang diracik-racik kemudian direndam dengan susu. Puding roti cheese bagaimanapun dimakan bersama sos kastad cheese yang amat sedap. Resepi ini telah dikongsikan oleh Norislinah Mahfar dan mendapat banyak perkongsian di laman Facebook milik beliau jom lihat bahan-bahan yang diperlukan.

puding-roti-cheese
image via Facebook

Bahan – bahan:

Puding Roti:

  • 10 keping roti gardenia ( potong empat segi )
  • 1 tin susu cair
  • 3 biji telur
  • 1 sk esen vanila
  • 5 sb gula
  • Buah campur kering rendam air panas kejap (optional)
  • Coklat cip secukupnya

Kastard Cheese

  • 1 tin susu cair
  • 1tin air
  • 3 sb tepung kastard
  • 4 sb gula pasir
  • 1 keping cheese slices

Cara – cara memasak:

Puding Roti:

  • Kisarkan kesemua bahan kecuali roti , buah kering & coklat cip
  • Sapu butter setiap keping roti dan loyang.
  • Susun roti dalam loyang dan curah bahan kisaran tadi. Tekan – tekan roti bagi semua meresap rehatkan selama 5 minit.
  • Taburkan buah2 kering tadi & coklat cip.
  • Bakar hingga garing suhu 170°c selama 35 minit atau kukus 30 minit.
  • Sos Kastard Cheese
  • Bancuh tepung kastard dlm air + susu cair kacau rata.
  • Kemudian campur kesemua bahan masak ats api perlahan.
  • Kacau sehingga agak – agak sedikit pekat.
  • Koyakkan cheese slices kacau hingga cheese cair. Siap!

2 Resepi Roti Cheese Bakar

Resepi ini amat ringkas dan biasanya dihidang diwaktu sarapan pagi. Ia menggunakan roti putih yang diisi dengan cheese mozarella sebelum dibakar. Hasilnya roti ini menjadi lebih sedap bersama cheese yang cair hingga boleh ditarik-tarik.Resepi roti cheese bakar ini telah dikongsikan oleh Nurbazlyn Husna di laman sosial Facebook miliknya. Anda haruslah mencuba sendiri resepi mudah ini.

image via Facebook

Bahan – bahan:

  • Roti
  • Cheese mozarella
  • Marjerin

Cara penyediaannya:

  • Sapu planta dipermukaan roti. Kemudian letakkan di dalam pan menggunakan api sederhana. Kemudian letak cheese mozarella atas roti.
  • Letakkan sekeping lagi roti di atas cheese.
  • Mampatkan dan bula roti sudah garing dan cheese di dalam sudah cair bolehlah diangkat.
  • Potong dan makan masa panas-panas.
  • Siap!

3 Resepi Puding Roti

Lazimnya puding roti dimakan bersama sos, namun berbeza dengan resepi ini kerana ia agak istimewa. Resepi ini tidak memerlukan sebatang sos, namun hasilnya amat sedap. Anda boleh mencubanya sendiri, berikut adalah bahan-bahan yang diperlukan.

Bahan-bahan

A

  • 13 kpg roti putih (gunting/potong kecil)
  • Kismis atau kekacang (pilihan)

B

  • 1 cawan gula pasir
  • 5 biji telur 

C

  • 2 tin susu cair (atau 1 liter susu full cream)
  • 1 ½ cawan air
  • 1 sudu teh esen vanilla

D

  • 4 sudu besar butter/marjerin yang dicairkan

Kaedah

  • Mula-mula bancuhkan bahan B,kacau agar gula larut.
  • Kemudian tambahkan bahan-bahan C satu persatu, kacau sebati.
  • Selepas itu masukkan roti yang telah dipotong kecil tadi. 
  • Akhir sekali masukkan butter yang telah dicairkan, gaul hingga rata.
  • Biarkan roti terendam sekurang-kurangnya 40 minit.
  • Selepas 40 minit, panaskan oven pada suhu 170c selama 10 minit.
  • Tuangkan adunan puding ini kedalam loyang  empat segi bersaiz 9”x9” .
  • Bakar selama 40 minit, dan letakkan air panas didalam mangkuk kecil dan bakar sama. Ini adalah untuk memastikan puding roti kita lebih lembap.
  • Apabila telah cukup masa, bolehlah dikeluarkan puding dari oven.
  • Sejukkan sebentar sebelum dinikmati.

4 Resepi Pizza Roti 

Jika kebiasaanya penyediaan piza memerlukan doh roti sebagai dasarnya. Namun berbeza dengan resepi ringkas apabila anda juga boleh menggunakan roti putih sebagai dasar piza, berikut adalah bahan-bahannya.

Bahan-bahan

  • Roti putih
  • Keju cheddar
  • Keju mozarella @ keju topping piza
  • Sosej – rebus separuh masak
  • Bawang holland
  • Bawang putih
  • Marjerin
  • Sos pasta @ sos tomato

Kaedah 

  • Gris loyang dengan marjerin kemudian susun roti sandwic dalam dulang. Renjis air sedikit supaya roti menjadi lembut.
  • Sapu sos tomato @ pasta pada roti dengan secukupnya.
  • Kemudian susun kepingan keju cheddar.
  • Satukan kesemua bahan-bahan lain ( kecuali keju mozarella )dalam mangkuk dan gaul rata. Sudukan ke atas roti dengan secukupnya.
  • Kemudian susun kepingan keju cheddar.
  • Satukan kesemua bahan-bahan lain ( kecuali keju mozarella )dalam mangkuk dan gaul rata. Sudukan ke atas roti dengan secukupnya.
  • Setelah keju cair, keluarkan dan sedia dinikmati bersama sos cili.
  • Siap.

5 Roti Bakar Ala Perancis 

Recipe ini adalah resipi sarapan pagi yang berasal daripada negara Perancis. Roti ini mempunyai rasa yang menarik kerana ia menggunakan bahan seperti Matu dan serbuk kayu manis. Berikut adalah bahan-bahan yang diperlukan

Bahan-bahan

  • 4 keping roti putih
  • 80ml (1/2 cawan) susu penuh krim
  • 2 biji telur, dipukul
  • 15ml (1 sudu makan) minyak sayuran
  • 5ml (1 sudu teh) madu – optional
  • 2g (1/4 sudu teh) serbuk kayu manis – optional
  • Garam secukup rasa

Kaedah

  • Pukul telur sehingga putih menggunakan garfu.
  • Masukkan susu penuh krim, garam, madu, serbuk kayu manis dan kacau sehingga sebati.
  • Celupkan sekeping roti menggunakan garfu ke dalam adunan satu per satu. Celupkan sehingga roti sebati dengan adunan tetapi tidak terlalu lama agar roti tidak lembik dan hancur.
  • Goreng roti dengan sedikit minyak sayuran di atas kuali kecil dengan api sederhana dalam 2-3 minit pada setiap bahagian sehingga emas keperangan.
  • Tekan roti di atas kuali dengan sudip untuk mendapatkan roti rangup ala Perancis tetapi pastikan tidak hangus.

6 Resepi Roti Titab

Menu ini amat mudah ditemui dikopitiam. Roti titab adalah roti putih jenis tebal yang dibakar kemudian disapu dengan butter dan ditambah kaya dibahagian sudut roti dan akhir sekali diletakkan telur suku masak dibahagian tengahnya. Ia memberi satu rasa yang berbeza meskipun ia menggunakan bahan yang biasa sahaja. Anda haruslah mencubanya sendiri menggunakan bahan-bahan berikut.

Bahan-bahan

  • Roti putih (cari yang tebal)
  • Mentega (atau marjerin)
  • Telur sebiji (rebus separuh masak)
  • Kaya

Kaedah

  • Sediakan periuk berisi air dan biarkan sehingga mendidih dan rendamkan hingga tenggelama telur ayam selama 10 minit.
  • Sapukan mentega pada kedua-dua belah roti dan bakar di atas kuali dan bakar sehingga ianya garing.
  • Kemudian pecahkan telur di tengah-tengah roti yang telah disapu mentega.
  • Letakkan setengah sudu teh kaya di 4 penjuru roti.
  • Siap.

7 Resepi Bengkang Roti

Bengkang roti boleh dikatakan antara pencuci mulut paling awal dibuat menggunakan roti putih. Caranya juga amat mudah dan bahan yang digunakan juga adalah murah dan boleh didapati dikedai berdekatan.. Berikut adalah bahan yang diperlukan.

Resepi Bengkang Roti
image via Facebook

Bahan – bahan:

  • Roti
  • Biskut-biskut 4 segi
  • 1 telur ayam (dikacau)
  • Susu tepung / setengah kotak kecil susu full cream
  • Santan
  • Garam dan gula

Cara – cara memasak:

  • Rendam roti dan biskut. Apabila sudah kembang, toskan. Simpan air rendaman roti.
  • Lenyekkan roti tidak kisah kasar atau halus.
  • Masukkan telur ayam, susu dan sedikit santan. Jika tekstur agak kering, masukkan air rendaman roti. Pastikan air tidak terlalu banyak. Tekstur roti perlu moist sahaja.
  • Masukkan garam dan gula secukup rasa.
  • Sapukan sedikit majerin/butter pada loyang. Jangan terlalu banyak nanti bengkang terlalu berminyak.
  • Bakar 180°C selama 30-40 minit.
  • Cucuk menggunakan lidi untuk tengok melekat atau tidak. Jika sudah masak, tekstur tidak akan melekat.
  • Siap!

8 Resepi Roti Sardin Roll

Resepi ini antara saya secara peribadi paling suka buat terutama sebagai hidangan minum petang. Sardin roll ini juga boleh dibuat awal dan dibeku supaya boleh digoreng bila masa kita ingin hidangkan ia. Berikut adalah bahan yang diperlukan.

Bahan-bahan

  • Roti
  • Sardin tin
  • Cili kisar 1 sudu besar
  • Bawang besar (potong dadu)
  • Cili Merah (hiris nipis)
  • Kentang goreng (pilihan)
  • Sedikit garam
  • Perahan limau nipis/kasturi
  • Sedikit tepung(bancuh dengan sedikit air)

Kaedah Inti

  • Panaskan minyak. 
  • Tumiskan bawang dan cili yang telah disediakan tadi.
  • Tumiskan isi sardin yang telah dihancurkan.masukkan sardin bersama sosnya.
  • Masukkan garam dan gula secukup rasa.
  • Penyediaan Sardine Roll
  • Mula-mula leperkan roti menggunakan pin roll.
  • Isikan inti sardin tetapi jangan penuh sangat.
  • Golong roti dan kemudian gam hujungnya menggunakan tepung yang telah dibancuh tadi.
  • Habiskan semua roti dan sedia untuk goreng.
  • Dengan minyak yang banyak dan panasa, goreng roti tadi.
  • Alih apabila ia telah perang.
  • Tidak perlu lama kerana ia mudah rentung.
  • Tos sebelum dihidangkan.
  • Siap!

9 Resepi Roti Sosej Cheese 

Resepi ini suatu masa dahulu pernah di popular oleh penyanyi terkenal Amy Mastura semasa membuat iklan untuk satu jenama roti suatu masa dahulu. Tapi ia telah diubah suai sedikit dengan penambahan telur. Bagaimanapun bagai anda yang ingin mencuba berikut adalah bahan-bahan yang diperlukan.

Bahan-bahan

  • 1 bungkus roti (pilihan Garenia atau apa sahaja jenama)
  • Sosej
  • Cheese
  • 2 biji telur atau lebih jika nak buat banyak

Kaedah 

  • Mula-mula sediakan 2 keping roti.
  • Letakkan cheese di atas roti
  • Belah sosej menjadi 2 belah.
  • Kemudian letakkan sosej yang di atas cheese. 
  • Tutup semula roti yang lagi satu diatasnya.
  • Grill didalam kuali yang telah digriss dengan mentega.
  • Apabila kedua belah bahagian telah cukup masak, bolehlah keluarkan ia dan potong serong.
  • Siap untuk dihidangkan.

10 Resepi Sandwich Tuna Mayonis

Tidak lengkap rasanya koleksi ini jika tidak ditambah resepi sandwich ini. Sandwich tuna mayonis ini amat mudah untuk disediakan. Terutama jika ingin bercuti atau ketika mengadakan majlis high-tea di pejabat mahupun dirumah. Berikut adalah bahan-bahannya 

Bahan utama

2 buku roti (apa-apa jenama)

Bahan-bahan inti

  • 1 tin tuna in water 
  • 1 tin tuna pedas
  • 1 biji bawang holland (potong dadu)
  • 7 biji cili api merah ( hiris nipis-nipis)
  • Tomato sebiji (buang isi dan potong dadu)
  • 2 biji limau kasturi (ambil jusnya)
  • 3 sudu besar mayonis (anggar jangan terlalu cair intinya)

Bahan-bahan lain

  • Butter dan mayonis (sebagai sapuan)
  • Salad
  • Tomato

Kaedah

  • Mula-mula bersihkan sayur-sayuran dan toskan. Ketepikan.
  • Kemudian sapu butter pada roti, selang selikan dengan mayonis.
  • Keluarkan isi ikan tuna dan lenyekkan guna garfu atau apa-apa alat yang sesuai.
  • Tambahkan mayonis dan gaul agar ia sebati.
  • Taburkan bahan-bahan yang telah dipotong dadu dan dihiris tadi.
  • Masukkan asam limau dan garam secukup rasa, perasakan.
  • Akhir sekali masukkan mayonis, sedikit demi sedikit agar ia tidak terlalu basah.
  • Siap, ketepikan.

Cara-cara membuat sandwich.

  • Sediakan kepingan pertama, letakkan satu sudu inti sandwich, letakkan hirisan tomato, tutup dengan kepingan roti kedua. 
  • Sapukan mayonis dibahagian belakang roti tersebut, dan letakkan satu sudu lagi inti sandwich.
  • Kemudian letakkan sehelai daun salad diatasnya.
  • Tutup dengan kepingan roti ketiga.
  • Atur kemas dan mula mengerat roti kepada 2 bahagian menggunakan pisau roti yang jenis bergerigi.
  • Letakkan didalam kertas ‘paper cup’ jika suka, jika tidak pun tidak mengapa.
  • Ulang sehingga habis.
  • Siap.

Itulah dia 10 resepi menggunakan roti putih yang boleh anda cuba telah dapat dikumpulkan dalam koleksi kali ini. Sebenarnya ada banyak lagi resepi menggunakan roti putih yang boleh ditemui. Ini kerana roti putih adalah antara makanan yang paling mudah ditemui dan harganya juga amat murah malah mengenyangkab. Diharap anda akan mencuba resepi-resepi didalam ini dan jadikan ia sebagai rujukan anda ya. Jangan lupa share kan koleksi ini agar ia menjadi manfaat kepada orang lain.

Resepi – resepi lain yang menarik

Terima kasih kerana berkunjung ke laman kami. Selain daripada resepi ini, ada pelbagai variasi resepi yang anda boleh cuba. Jangan lupa juga untuk kongsikan resepi ini bersama rakan anda ya.

Give a Comment