Resepi Tradisional, Moden & Terkini

Koleksi 10 Resepi Menggunakan Coklat Dalam Pelbagai Masakan

Coklat ialah manisan atau pencuci mulut yang sangat digemari oleh semua orang di dunia. Coklat juga dikatakan dapat memberikan kegembiraan kepada sesiapa sahaja yang memakannya. Bukan itu sahaja, coklat juga dapat dijadikan sebagai hadiah atau pemberian pada hari hari istimewa. Terdapat beberapa hidangan yang boleh dibuat dengan coklat.

Dalam koleksi kali ini kita akan membawa kepada anda 10 resepi yang boleh dibuat dengan coklat. Jom lihat resepi-resepi tersebut

1)Resepi Pisang Goreng Coklat Cheese

Pisang goreng coklat cheese ini mempunyai permintaan yang semakin meningkat di pasaran. Hidangan ini selalunya dijual di gerai kecil dan terdapat banyak kereta yang sanggup memberhentikan kenderaannya di tepi jalan demi membeli pisang goreng coklat cheese ini. Jangan risau, sekarang anda boleh menghasikannya di rumah anda sendiri.

Bahan-bahan sadur pisang

  • 1 cawan tepung gandum
  • 3 cawan tepung beras
  • Secubit garam
  • 1 sudu teh serbuk kunyit
  • 1 sudu besar air kapur
  • Air secukupnya (agar bancuhan tidak terlalu pekat atau cair)
  • Pisang nipah atau pisang abu (buang kulit dan belah 3)
  • Coklat parut
  • Susu manis
  • Cheese parut

Kaedah

  • Mula-mula bancuh semua bahan saduran pisang dahulu.
  • Panaskan minyak yang banyak dalam kuali
  • Kemudian celup pisang didalam bancuhan yang telah disediakan.
  • Goreng pisang dan alih apabila telah cukup garing
  • Toskan minyak dan letak didalam bekas yang sesuai.
  • Taburkan susu manis mengikut jumlah yang anda suka.
  • Kemudian parut coklat dan juga cheese
  • Sedia untuk dihidangkan.
  • Siap!

2) Resepi Puding Biskut Jejari Coklat

Puding Biskut Jejari Coklat ialah hidangan yang jarang sekali kita buat. Namun ianya amat mudah disediakan. Resepi ini telah dikongsikan oleh Zura Zul dan mendapat banyak shares di media sosial.

puding-jejari-coklat
Image via Facebook

Bahan – bahan:

  • Biskut jejari (beli dalam rm5.00)
  • 20gm agar-agar bertali
  • 5 cawan air
  • 1 cawan gula
  • 1 tin susu cair. (Sukat 2 cawan)
  • 5 sudu besar tepung kastard.. Bancuh dulu dgn sedikit air
  • 2 sudu besar susu pekat manis
  • 2 sudu besar serbuk koko
  • 1 sudu besar milo
  • Secubit garam
  • Pewarna kuning

Cara – cara memasak:

  • Masak air dengan agar – agar hingga larut. Masukkan gula dan kacau hingga larut gula.
  • Masukkan susu cair dan susu pekat, kacau rata pada api sederhana.
  • Masukkan tepung kastard dengan cepat dan bagi rata. Letakkan sedikit garam dan kacau sekata. Perlahankan api.
  • Basahkan loyang 8×8, susun biskut jejari dalam loyang itu sehingga penuh bahagian bawah loyang.
  • Ambil 3 1/2 cawan agar – agar dalam periuk tadi dan tuang dalam bekas lain. Campurkan serbuk koko dan milo. Kacau – kacau sehingga sebati.
  • Ambil dalam 1 cawan adunan agar – agar coklat tadi. Tuangkan perlahan keatas biskut jejari. Ratakan agar – agar diatas biskut jejari tadi. Biarkan sederhana beku.
  • Susun lagi biskut jejari sehingga penuh loyang. Tuang 1 cawan agar – agar coklat keatas biskut jejari dan ratakan. Biarkan sederhana beku. Ulang sekali lagi untuk satu lagi lapisan.
  • Lebihan adunan agar – agar didalam periuk tadi diletakkan pewarna kuning. Tuang perlahan – lahan di atas puding biskut jejari sehingga habis.
  • Biarkan sejuk.
  • Simpan kedalam peti ais selama 4 ke 5 jam. Keluarkan menggunakan pisau plastik. Telangkupkan atas alas yang rata. Sedia untuk dipotong.
  • Siap!

3) Resepi Muffin Coklat Chip

Muffin coklat chip amat digemari ramai terutamanya golongan kanak kanak. Bahan-bahan dan cara untuk menyediakan ia juga amat mudah, bagi anda yang mencubanya berikut adalah bahan yang diperlukan. Mari kita lihat resepinya.

Bahan kering 

  • 2 cawan tepung gandum
  • 1/2 cawan serbuk koko
  • 1/2 sudu teh double action baking powder
  • 1/2 sudu teh soda bikarbonat
  • Secubit garam
  • 1 cawan gula kastor

Bahan basah 

  • 2 biji telur
  • 1 cawan minyak
  • 3/4 cawan susu kotak dutch lady
  • 1sudu teh esen vanila

Bahan hiasan

  • coklat chip
  • badam

Kaedah

  • Mula-mula panaskan oven pada suhu 160c sekurang-kurangnya selama 10 minit. 
  • Ayak bahan-bahan kering dan kemudian masukkan bahan-bahan satu persatu, kacau menggunakan hand whisk sahaja.
  • Kacau cukup sekadar ia sebati sahaja.
  • Masukkan adunan kedalam acuan muffin dan hiaskan dengan choc cip dan kacang badam.
  • Bakar pada suhu 180c 10 minit pertama kemudian turunkan suhu pada paras 160c dan bakar lagi 10 minit.

4) Resepi Biskut Coklat Cip

Biskut coklat chip selalunya dijual di francais popular seperti Famous Amous, Subway dan sebagainya. Namun ianya juga boleh dibuat sendiri di rumah kerana bahan-bahan yang digunakan amat mudah didapati dan caranya juga amat mudah. Jom lihat bahan-bahan yang diperlukan

Bahan-bahan

A

  • 125 g butter
  • 35 g shortening
  • 50g gula castor
  • 150g brown sugar

B

  • 1 biji telur
  • ½ esen vanila

C

  • 250g tepung gandum
  • ½ sudu teh garam
  • ¾ soda bikabornat
  • Ayak dahulu

D

  • 150 coklat cip
  • 50g badam hancur (almond nib)
  • 50g badam kisar (ground almond)
  • Bakar semua jenis kacang dahulu

Kaedah

  • Panaskan oven pada suhu 160c sekurang-kurangnya 10minit.
  • Dengan guna spatula atau senduk kayu,gaulkan butter dan gula sehingga berwarna putih/pucat.
  • Masukkan telur dan gaul sebati. Tambah esen vanila
  • Akhir sekali masukkan bahan-bahan C
  • Gaul rata semua bahan agar sebati dan mesra.
  • Tambahkan bahan-bahan D.
  • Dengan menggunakan sudu,letakkan sesudu adunan untuk sekeping biskut.
  • Bakar selama 20 min pada suhu 160

5)Resepi Kek Coklat Lava

Kek coklat lava merupakan pencuci mulut yang popular dan banyak dijual secara atas talian. Sayangnya, ramai yang tidak tahu resepi ini juga amat senang disediakan di rumah. Mari kita lihat cara menyediakannya.

Bahan-bahan

A

  • 2 cwn tepung gandum
  • 3/4 cwn serbuk koko
  • 1 sudu teh baking powder
  • 1 sudu teh soda bikabonat

B

  • 1/2 cwn gula kastor
  • 4 biji telur
  • 1 cawan minyak masak
  • ½ susu manis
  • 1 ½ cawan air panas mendidih

Topping 

  • 100g coklat gelap (dark chocolate)
  • 100g krim masakan/susu cair (whipped cream )

Kaedah

  • Panaskan pengukus dan sediakan acuan yang sesuai yang bersaiz 8”.
  • Mula-mula ayakkan bahan-bahan A, kemudian tambahkan bahan B satu persatu dimulai dengan gula dan diakhir dengan air panas mendidih. 
  • Kacau semua bahan sebati sebelum menambahkan bahan lain.
  • Masukkan kedalam acuan yang telah disediakan tadi.
  • Kukus selama 30 minit atau sehingga kek masak.
  • Sementara menunggu kek masak, sediakan topping pula.
  • Cairkan coklat dengan teknik double boil, kemudian masukkan susu cair. 
  • Gaul perlahan-lahan sehingga menjadi sebati.
  • Apabila kek telah masak, tuang choc topping tadi dibahagian tengah.
  • Taburkan koko dibahagian atas sebagai hiasan.
  • Apabila dipotong, coklat akan mengalir keluar seperti lava.
  • Siap.

6) Resepi Mousse Strawberi Coklat

Mousse Strawberi Coklat merupakan pencuci mulut yang banyaknya dijual di kafe kafe popular seperti Secret Recipe. Ianya diperbuat dari bahan-bahan seperti coklat,krim putar dan juga gelatin, mari kita lihat cara membuatnya.

Bahan-bahan

Dasar

  • Kek span coklat yang dipotong mengikut saiz bekas mousse. Atau anda boleh guna biskut digestive juga.

Bahan-bahan mousse strawberi (A)

  • 125g cream cheese
  • 80g gula castor
  • Pukul kedua bahan ini sehingga sebati dan gebu.

Bahan-bahan puri strawberi (B)

  •  150g strawberi segar
  • 2 atau 3 sudu besar gula castor
  • 1 sudu teh jus lemon/limau
  • Masak diatas dapur lebih awal dan sejukkan dahulu sebelum guna.

Bahan-bahan (C)

  • 150g krim putar (pukul sampai pekat)
  • 1 sudu besar gelatin + 30ml air  ( double boil sampai jernih)
  • Campurkan kedua bahan ini dengan mengguna teknik kaup balik..

Kaedah

  • Kaup balik bahan B dengan A,kemudian apabila telah sebati tambahkan bahan C.
  • Gaul ketiga-tiga bahan hingga sebati.
  • Sejukkan didalam petiais selama 30 minit.

Hiasan ganache

  • 150g  coklat gelap jenis butang (button dark chocolate)
  • Susu Cair 70g
  • 1 sudu besar butter

Kaedah

  • Cairkan coklat dengan teknik double boil.
  • Kemudian tambahkan susu cair dan butter.
  • Jika masih ada ketulan butter yang belum cair, double boil semula hingga semua bahagian benar-benar cair.

Kaedah menghias.

  • Mulakan dengan dasar mousse tadi, tambahkan mousse ratakan semuanya dengan cara menghentak ia.
  • Biarkan ia set lebih kurang 30min.
  • Kemudian curah ganache coklat tadi,sebelum meletakkan buah strawberi sebagai hiasan.

7) Resepi Frappucino Oreo Coklat

Frappucino Oreo Coklat selalunya dijual di Kafe Starbuck dan kafe kafe hipster dengan harga yang agak mahal tetapi sebab rasanya yang sedap, harga tidak lagi menjadi masalah. Bagi anda yang teringin menyediakan sendiri mari kita lihat bahan dan cara diperlukan untuk membuatnya.

Bahan-bahan kisar

  • 2 sudu besar sos coklat (resepi disini)
  • 1 gelas air batu
  • 200ml susu full cream
  • 4 keping biskut oreo
  • 1 sudu besar caramel syrup/1 sudu besar gula ( jika suka manis, resepi disini)

Hiasan

  • Krim putar
  • Biskut oreo
  • Chocolate sauce

Kaedah

  • Kisar semua bahan kisar.
  • Hiasi gelas dengan chocolate sauce dahulu.
  • Tuang semua bahan yang telah dikisar. Hiasi dengan krim putar diatas dan chocolate sauce serta oreo.

8) Resepi Sos Coklat

Sos coklat ialah sos yang dijadikan hiasan dan penambah bagi menyempurnakan suatu hidangan seperti susu kocak, ais batu campur dan sebagainya. Sebenarnya ia amat mudah untuk dibuat sendiri, mari kita lihat resepinya.

Bahan-bahan

  • 250g dark chocolate
  • 375 susu cair

Kaedah

  • Cairkan coklat guna kaedah “‘double boil”.
  • Tambahkan susu cair sedikit demi sedikit sambil kacau. Kacau sehingga ia sebati.
  • Boleh disimpan dalam petiais,ia tahan sekurang-kurangnya dua minggu.

9) Resepi Puteri Ayu Coklat Cheese

Rasa puteri ayu cheese memanglah sedikit lebih moden kerana ada cheese, namun bukan berarti rasanya jadi pelik. Malah, ia jadi sangat lazat. Sila tengok resepi yang diberikan oleh Nur Syuhada Yaacob di laman Facebook di bawah.wah.

puteri ayu cheese
Imej via Facebook

Bahan Cheese :

  • 750 gram cream cheese tantura,
  • 2 biji telur,
  • 8 sudu besar gula,
  • 2 sudu besar santan (guna santan kotak),
  • 1 ½ tepung gandum,

Cara-cara :

  • Mix semua guna mixer.
  • Sapu majerin pada acuan.
  • Kukus selama 10 minit.

Bahan Coklat :

  • 2 cawan tepung,
  • 1 ½ cawan gula,
  • 1 cawan santan (baki santan kotak tadi),
  • 2 sudu kecil baking powder,
  • 2 sudu besar ovalette,
  • 3 biji telur,
  • 1 cawan koko.

Cara-cara :

  • Mix gula, santan, telur dan ovalette hingga kembang.
  • Masukkan tepung, baking powder dan koko yang diayak sedikit demi sedikit.
  • Tuang ke atas cream cheese yang sudah dikukus tadi. (Supaya mudah guna piping bag).
  • Kukus semula dalam 15-20 minit.

10) Kek Coklat Moist Kukus Blender

Resepi terakhir dalamkoleksi ini,pastinya kek coklat yang amat mudah untuk disediakan. Resepi kek coklat blender yang dikongsikan oleh Ibu Rabbani‎ di laman Facebook ini adalah resepi mudah untuk sesiapa yang tidak punya mixer, guna blender sahaja. Berikut adalah bahan yang diperlukan.

kek coklat blender
Imej via Facebook

Bahan-bahan Untuk Diblend :

  • 1 cawan susu cair/air biasa,
  • 1 cawan susu pekat,
  • 1 cawan serbuk koko,
  • 1 cawan gula,
  • 1 cawan minyak masak@minyak jagung,
  • 3 biji telur,
  • Secubit garam.

Cara-cara :

  • Blend kesemua bahan ini dalam masa kurang 5 minit.
  • Sementara itu panaskan kukusan hingga mendidih.

Bahan Untuk Diayak :

  • 1 ½ cawan tepung gandum,
  • 1 sudu kecil bikabonat soda,
  • 1 sudu kecil baking powder.

Cara-cara :

  • Satukan kesemua bahan yang diblend tadi bersama bahan yang telah diayak.
  • Kacau rata kesemuanya.
  • Jika sudah rata, tapis adunan untuk elakkan berketul-ketul.
  • Masukkan dalam loyang yang disapu majerin supaya tidak melekat. Kukus lebih kurang 45 hingga 50 minit.
  • Balut tudung pengukus untuk elak air jatuh di atas kek.

Bahan Topping :

  • ½ cawan susu pekat,
  • ½ cawan serbuk koko,
  • 3 sudu susu cair/air biasa,
  • 2 sudu butter@majerin@minyak.

Cara-cara :

  • Masak di atas api (double boil) sampai sebati dan agak pekat.
  • Bila kek sudah sejuk, sudah boleh disiram ke atas kek.
  • Siap!

Itulah dia 10 resepi yang telah dapat kami himpunkan didalam koleksi kali ini. Coklat adalah satu bahan yang digemari dan dikatakan baik dalam menangani emosi yang sedih. Malah ia juga dapat melegakan sakit ‘period pain’ bagisesetengah wanita. Apapun diharap anda akan kongsikan koleksi ini agar ia dapat dijadikan rujukan bagi mereka yang berminat!

Resepi – resepi lain yang menarik

Terima kasih kerana berkunjung ke laman kami. Selain daripada koleksi ini, ada pelbagai variasi koleksi yang anda boleh cuba. Jangan lupa juga untuk kongsikan koleksi ini bersama rakan anda ya.

About Our Content Creators

Lorem ipsum dolor sit amet, consectetur adipiscing elit. Integer semper commodo tristique. Donec in dolor a odio semper convallis et ac ex. Aenean at elit non arcu tincidunt laoreet.

We may earn a commission if you click on the links within this article. Learn more.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *