Resepi Tradisional, Moden & Terkini

Koleksi 10 Resepi Masakan Dan Minuman Menggunakan Butter

Koleksi kali ini akan menghimpunkan kepada anda 10 resepi masakan dan minuman yang berasaskan mentega. Mentega atau butter adalah satu produk tenusu yang diperbuat dari susu atau krim. Ianya mengandungi lemak yang diproses dari kedua sumber tadi.Pure butter merupakan salah satu sumber lemak sihat yang diperlukan didalam badan kita. Ia boleh meningkat kandungan HDL didalam badan kita sekaligus menurunkan kadar LDL. Jika LDL kita tinggi paras kolesterol akan meningkat dan boleh membuat kepada penyakit darah tinggi.

 Sebenarnya selain dari kek dan biskut ada pelbagai jenis masakan dan minuman yang boleh dibuat dengan butter, jom kita tengok resepi-resepi berikut.

1. Resepi Butterbear Harry Potter 

Resepi ini merupakan salah satu minuman terkenal didalam filem Harry Potter. Ianya diperbuat dari butter dan juga sos butterscotch. Ianya dibuat begitu kerana ia adalah hidangan kanak-kanak yang sememangnya tidak boleh minum beer, baiklah berikut adalah bahan-bahan yang diperlukan.

Bahan Sos butterscotch 

  • 125 g mentega
  • ½ cawan gula perang
  • 1 tsp esen vanilla
  • Krim putar 

Kaedah

  • Panaskan gula sehingga cair.
  • Masukkan krim dan butter.
  • Kacau sebati dan biarkan sehingga gula semua larut.
  • Biarkan sehingga sos menjadi pekat.

Bahan lain

  • Ice cream soda
  • Ais krim perisa vanilla
  • Krim putar

Penyediaan butterbear.

  • Masukkan sos butterscotch dalam gelas pilihan anda.
  • Masukkan krim putar
  • Tambahkan aiskrim soda sehingga memenuhi gelas
  • Siap.

2. Resepi Nasi Goreng Ayam Burttermilk

Seterusnya resepi yang menganyang butter ayam dan nasi goreng yang anda harus cuba. Sesuai bagi mereka yang tidak makan pedas, berikut adalah bahan yanh diperlukan.

Bahan Nasi Goreng 

  • 3 cawan nasi sejuk
  • ½ ulas bawang besar
  • 2 ulas bawang putih
  • 1 mangkuk kecil sayur campur beku
  • 1 biji telur 
  • Garam dan serbuk perasa secukupnya 

Kaedah 

  • Mula-mula ramas nasi sehingga ia menjadi berderai.
  • Kemudian panaskan kuali dan tambah minyak masak anggaran 3 sudu besar.
  • Tumiskan bawang merah dan bawang putih.
  • Tambahkan garam dan serbuk perasa secukupnya.
  • Masukkan sayur campur
  • Kemudian pecahkan telur dan biar ia seketika
  • Masukkan nasi dan kacau pantas menggunakan api yang besar.
  • Siap dan asingkan sebentar.

Bahan Buttermilk Chicken

  • 2 keping ayam bahagian dada (hiris)
  • 3 sudu besar tepung bestari
  • Gaulkan isi ayam dengan tepung dan goreng, ketepikan.

Bahan-bahan sos buttermilk

  • 1 ulas bawang putih ( tumbuk pecah)
  • 5 ulas cili api (hiris)
  • ½ susu cair
  • Sedikit air tepung jagung (jika ingin pekat)

Kaedah

  • Mula-mula tumis bawang putih kemudian masukkan cili api. 
  • Apabila ia telah naik bau masukkan susu cair. 
  • Tambahkan garam dan sedikit gula. 
  • Akhir sekali masukkan sedikit air tepung jagung. 
  • Siap!

Penyediaan nasi goreng buttermilk.

  • Ambil dalam semangkuk nasi goreng dan telangkupkan diatas pinggan.
  • Kemudian tambahkan sedikit buttermilk chicken yang telah siap.
  • Siap!

3. Resepi Udang Goreng Butter Tanpa Susu

Resepi seterusnya ialah resepi udang goreng butter. Hidangan ini amat sesuai untuk dibuat semasa menyambut sambutan kecil kecilan seperti majlis hari jadi dan majlis ulang tahun perkahwinan. Mari kita lihat cara untuk membuat hidangan ini.

Bahan-bahan

  • 300 gram udang besar
  • 2 ulas bawang putih
  • 5 biji cili padi (diketuk)
  • 1 tangkai daun kari
  • 3/4 sudu butter
  • 1 biji telur (dipukul)
  • Garam dan perasa jika perlu

Kaedah

  • Panaskan butter dalam kuali. 
  • Tumiskan bawang putih dan cili serta daun kari hingga naik bau
  • Masukkan udang daun gaul rata sehingga udang setengah masak.
  • Kemudian masukkan telur dan biarkan telur sedikit masak dan gaul rata.
  • Perasakan dan angkat. 
  • Siap.

4. Resepi Chicken Buttermilk

Resepi kali ini dikongsikan oleh MrsMoon MJ dan mendapat banyak shares di Facebook,merupakan salah satu masakan ayam yang popular sejak akhir-akhir ini. Ianya dibuat menggunakan isi ayam yang digoreng tepung dan juga sos buttermilk yang sedap. Berikut adalah bahan-bahan yang diperlukan.

Resepi Chicken Buttermilk
Image via Facebook

Bahan – bahan:

  • Isi ayam (potong kecil)
  • Tepung serbaguna
  • Telur

Bahan-bahan buttermilk:

  • Separuh blok butter
  • 8 ulas bawang putih – cincang
  • 6-7 tangkai cili padi – hiris halus
  • 1 -2 tangkai daun kari
  • 200 ml susu cair
  • 1/2 sudu besar tepung jagung (boleh ganti dengan egg salted powder/telur masin) dibancuh dgn sedikit air
  • Secubit garam
  • Secubit gula

Cara – cara memasak:

  • Salut ayam dengan telur dan tepung serbaguna. Gaul rata. Goreng hingga masak. Tos dan ketepikan.
  • Panaskan kuali. Cairkan butter.
  • Masukkan bawang putih, cili padi dan daun kari sampai naik bau.
  • Selepas itu, masukkan susu cair.
  • Masukkan tepung jagung. Kemudian masukkan ayam yang dah digoreng, dan perasakan dengan garam dan gula.
  • Siap!

5. Resepi Udang Buttermilk

Seterusnya satu lagi resepi buttermilk yang amat digemari namun agak mahal harganya jika dibeli.Resepi ini dikongsikan oleh Azira Abu Bakar dan mendapat banyak perkongsian di media sosial, boleh anda cuba untuk hidangan keluarga anda.

udang-buttermilk
Image via Facebook

Bahan – bahan:

  • 1 kilo udang buang kepala dan ekor
  • 1/2 tin susu cair
  • 5 ulas bawang putih, hiris halus
  • 1/2 biji bawang besar biasa potong dadu
  • 2 sudu besar mentega
  • 2 sudu minyak masak biasa
  • 3 tangkai daun kari
  • 5 biji cili padi
  • 1 sudu teh serbuk kari
  • Sedikit garam
  • Sedikit gula jika suka

Bahan untuk tepung salutan udang:

  • Tepung beras
  • Tepung bestari
  • Sedikit serbuk kunyit

Cara – cara memasak:

  • Gaul rata udang bersama tepung bestari, tepung beras dan sedikit kunyit.
  • Goreng hingga masak.
  • Angkat dan ketepikan.

Cara – cara untuk udang buttermilk:

  • Dalam kuali, panaskan butter dan minyak sehingga cair.
  • Tumis bawang putih, cili dan daun kari sehingga naik bau.
  • Masukkan serbuk kari. Kacau rata
  • Masukkan susu cair dan bawang besar. Kacau rata.
  • Kemudian masukkan udang yang digoreng tadi.
  • Masak sehingga kuah sedikit pekat. Perasakan dengan garam dan gula

6. Resepi Ketam Butter Telur Asin

Seterusnya resepi yang ramai yang anggap sukar. Namun sebenarnya resepi yang dikongsikan oleh Rozaidi Rozali di laman Facebook beliau ini amat mudah dan ringkas. Sesuatu yang boleh anda cuba sendiri.

ketam buter telur asin
Imej via Facebook

Bahan-bahan :

  • Telur asin direbus, diambil kuningnya sahaja dan lenyekkan.
  • Ketam digoreng dengan tepung jagung yang dibancuh dan ketepikan.
  • Cili api (10 biji) didadu,
  • Bawang putih 4 ulas didadu,
  • Bawang besar 1 biji didadu,
  • Daun kari 3 tangkai,
  • Susu cair ikut suka kalau ingin kuah banyak bubuh banyak,
  • Butter.

Cara-cara :

  • Tumis butter 3 sudu tambahkan sedikit minyak.
  • Masukkan daun kari dan bawang putih.
  • Jika sudah kuning, masukkan bawang besar.
  • Kemudian masukkan telur asin tadi (tidak perlu letak garam sebab butter sudah masin).
  • Tunggu sampai berbuih tinggi baru boleh masukkan ketam dan gaul.
  • Kemudian masukkan susu cair.
  • Tutup api. Siap.

7. Resepi Buttercream

Seterusnya resepi yang akan kongsikan ini ialah tentang cara untuk buat buttercream. Buttercream digunakan untuk disapukan di atas kek atau sebagai inti kek ini sebenarnya amat mudah disediakan. Mudah dan sedap, berikut adalah bahan-bahan yang diperlukan.

Bahan-bahan

  • 250g butter (apa-apa jenis sahaja)
  • 300g shortening (krimwell juga boleh)
  • 300g susu manis (boleh dianggar manisnya mengikut selera)

Kaedah

  • Putar butter dan shortening dahulu agar ia sebati.
  • Kemudian perlahan masukkan susu manis dan putar lagi hingga warnaya lebih pucat dan saiznya makin bertambah menjadi gebu.
  • Sedia untuk digunakan.

8. Resepi Bulletproff Coffee

Salah satu resepi minuman yang menggunakan butter ialah resepi seterusnya. Bulletproff Coffee merupakan sejenis minuman yang menggunakan pure butter dan krim. Minuman ini diamal oleh pengamal diet Keto yang biasanya diguna oleh orang yang mempunyai diabetis dan obesiti.

Bahan-bahan

  • Espresso double shoot / Nescafe/Essenso  gold 1 sk(bancuh dgn suku cawan air panas)
  • 2 sudu besar whip cream
  • 1 sudu besar unsalted pure butter ( sejuk)
  • 1 sudu kecil virgin coconut oil (VCO)

Kaedah

  • Campurkan whip cream,butter dan vco dalam periuk kecil. Panaskan hingga berasap,jangan biarkan ia mengelegak. Kemudian bancuh guna milk frother atau gunakan blender.
  • Akhir sekali masukkan bancuhan krim ini kedalam espresso . Hiasi dengan taburan koko.

Boleh dinikmati semasa intermittent fasting.

9. Resepi Kek Butter Klasik 

Kek butter seterusnya ini merupakan resepi kek klasik yang mempunyai rasa yang lebih moist. Bahannya tidak banyak berbeza namun begitu caranya ada sikit kelainan yang anda harus cuba sendiri.

Bahan-bahan

  • 250g marjerin/butter 
  • 230 g gula halus/caster
  • 5 biji telur gred B
  • ½ sudu teh esen vanila
  • 230 tepung gandum
  • ½ sudu teh serbuk penaik
  • 50g susu

Kaedah 

  • Mula-mula panaskan oven pada susu 160-170 celcius.
  • Kemudian griskan dan lapik dgn kertas loyang empat segi saiz 7” atau bulat sais 8”.
  • Seterusnya pukul butter sebentar.
  • Masukkan gula dan terus pukul hingga adunan pucat.
  • Kemudian masukkan telur sebiji, terus pukul sehingga ia gebu.
  • Kemudian masukkan telur yg kedua, pukul lagi dan pastikan ia gebu.
  • Tambah telur yang ketiga dan sama, pastikan ia gebu.
  • Terus tambahkan telur yang keempat dan pastikan ia sebati..
  • Berhenti sebentar dan masukkan 1 sudu besar tepung gandum. 
  • Pukul sebati adunan, apabila telah sebati baru masukkan telur yang kelima.
  • Pukul lagi adunan sehingga ia menjadi gebu.
  • Berhenti sebentar dan masukkan baki tepung yang telah diayak bersama serbuk penaik.
  • Pukul lagi hingga sebati dan gebu.
  • Kemudian masukkan susu pula.
  • Perlahan-lahan pukul dan pastikan adunan gebu.
  • Akhir sekali masukkkan esen vanila, dan terus pukul hingga semua bahan sebati.
  • Bakar pada suhu 160 selama 60 minit.
  • Apabila telah cukup masa, cucuk kek dengan lidi untuk memastikan ia masak betul.
  • Keluarkan dari oven dan tunggu sekurang-kurangnya 10 minit baru keluarkan dari loyang.
  • Siap!

10. Resepi Kek Butter Durian

Resepi terakhir didalam koleksi kali ini merupakan resepi kek butter yang menggunakan durian. Sudah tentu ia memberi kelainan dan sesuai bagi peminat durian.  Resepi yang dikongsikan oleh Wan Raudzah Wan Ismail dan mendapat banyak shares di Facebook wajarlah anda cuba sendiri, berikut adalah bahan-bahan yang diperlukan.

kek-durian
Imej via Facebook

Bahan – bahan:

  • 125 gram mentega
  • 1 cawan gula
  • 3 biji telur gred A
  • 1/2 @ 3/4 cawan isi durian
  • 2 sudu makan susu pekat manis
  • 3 sudu makan serbuk badam
  • 1 1/2 cawan tepung gandum*
  • 1 sudu teh baking powder*
  • 1/2 sudu teh baking soda*
  • 1 sudu teh esen vanilla
  • 1/2 sudu teh pewarna kuning
  • 1/2 cawan sour cream
  • Nota: Bahan – bahan (*) diayak.

Cara – cara memasak:

  • Panaskan ketuhar pada suhu 160C terlebih dahulu.
  • Pukul mentega dan gula hingga kembang dan gebu.
  • Masukkan telur sebiji demi sebiji sambil dipukul sebati.
  • Masukkan isi durian, badam dan susu. Kacau sebati dan masukkan esen vanilla dan pewarna kuning.
  • Akhir sekali masukkan tepung gandum selang seli bersama sour cream.
  • Masukkan kedalam loyang bersaiz 7×7 inci yang telah disapu mentega dan dilapik baking paper.
  • Bakar selama 45 minit atau sehingga masak.

Itulah ia 10 resepi masakan dan minuman yang menggunakan butter yang boleh anda cuba sendiri. Cubalah gunakan ‘pure butter’ kerana ia lebih sihat dan sedap. Ada banyak lagi cara masakan yang sesuai dengan butter yang boleh anda cuba. Diharap koleksi dapat memberi anda inspirasi dan idea untuk masak minggu ini. Selamat mencuba!

Resepi – resepi lain yang menarik

Terima kasih kerana berkunjung ke laman kami. Selain daripada koleksi ini, ada pelbagai variasi koleksi yang anda boleh cuba. Jangan lupa juga untuk kongsikan koleksi ini bersama rakan anda ya.

About Our Content Creators

Lorem ipsum dolor sit amet, consectetur adipiscing elit. Integer semper commodo tristique. Donec in dolor a odio semper convallis et ac ex. Aenean at elit non arcu tincidunt laoreet.

We may earn a commission if you click on the links within this article. Learn more.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

More…!