Koleksi 10 Resepi Masakan Kukus Paling Digemari Dan Mudah

Teknik mengukus banyak digunakan oleh orang yang mengamalkan gaya hidup sihat kerana ia adalah teknik masakan yangmudah. Mengukus adalah satu proses memasak yang menggunakan wap dari air yang mengewap dalam ruangan tertentu atau haba untuk memasak. Air dipanaskan bagi kemudian ia diperangkap didalam bekas pengukus untuk memasak makanan dengan wapnya.

Berbeza dengan merebus, mengukus akan menyebabkan makanan tidak kehilangan khasiat di dalamnya dan keenakan semula jadinya lebih dapat dirasai malah ia juga tidak perlu menggunakan minyak antara makanan yang sesuai untuk dikukus ialah ikan, ayam dan sayur-sayuran.

Baiklah, jom kita intai apakah 10 resepi yang telah dihimpunkan didalam koleksi kali ini.

1. Resepi Nasi Kukus Ayam Berempah

Resepi pertama adalah resepi nasi kukus ayam berempah. Hidangan ini semestinya ramai penggemarnya. Nasi yang dikukus dan dihidang bersama ayam berempah sentiasa mendapat permintaan.Resepi ini dikongsikan oleh Azizah Daud dan mendapat banyak perkongsian di media sosial. Berikut adalah bahan-bahan yang diperlukan.

nasi kukus 1
Imej via Facebook

Bahan – bahan:

Rempah ayam:

  • 1 sudu besar ketumbar
  • 1 sudu besar jintan putih
  • 1 sudu besar jintan manis
  • (Digoreng sangai dan kisar)
  • Sedikit serbuk kunyit
  • 3 ulas bawang putih
  • 2inci halia
  • 5batang serai
  • 2 sudu besar madu atau gula
  • 1 sudu besar serbuk kari
  • Garam, gula, serbuk perasa jika suka
  • Daun kari
  • Kuah kari
  • Ayam

Bahan untuk tumis

  • 4 serangkai (bunga cengkih bunga lawang buah pelaga kulit kayu manis)
  • 1sudu teh rempah halba campur

Bahan untuk dihiris mayang

  • 1 biji bawang merah besar
  • 4 ulas bawang putih
  • 1 cm halia
  • 4 sudu besar rempah kari

Sambal belacan:

  • 40 biji cili padi*
  • 8 biji cili merah besar*

Bahan bertanda * dikisar dengan air masak

  • 3 sudu besar cili kering kisar
  • 4 biji bawang merah kecil#
  • 3 ulas bawang putih#
  • 1 inci belacan#
  • Bahan bertanda # dibakar atas api
  • 1 biji mangga muda cincang
  • 1 biji tomato buang biji potong
  • 10 biji limau kasturi (ambik jusnya sahaja)
  • Kulit limau mayang
  • 2 biji limau nipis ambil airnya

Cara – cara memasak:

Ayam goreng berempah:

  • Kisar atau tumbuk halia, serai dan bawang putih.
  • Di dalam mangkuk besar, masukkan ayam dan kesemua bahan di atas.
  • Gaul rata.
  • Perap selama 1 jam.
  • Goreng di dalam minyak yang banyak.
  • Bolak balikan ayam dan apabila sudah hampir masak, masukkan daun kari.
  • Ambil ayam bersama rempah – rempahnya sekali.

Kuah kari:

  • Panaskan kuali dan tumiskan 4 serangkai dan halba campur.
  • Masukkan bahan yang telah dimayang.
  • Apabila sudah garing, masukkan rempah kari yang dicampur bersama air dan kacau rata sehingga naik bau dan pecah minyak.
  • Masukkan ayam dan kacau rata.
  • Masukkan air sebanyak mana yang anda inginkan untuk kuah.
  • Tunggu sehingga mendidih dan masak pecah minyak.
  • Masukkan garam, gula dan air asam jawa secukup rasa.
  • Masukkan daun kari jika anda ingin.
  • Siap!

Sambal belacan:

  • Kisar kasar kesemua bahan bertanda (*) bersama air masak tapis.
  • Air tapisan jangan dibuang dan masukkan cili kering kisar, kacau rata.
  • Bahan bertanda (#) dibakar di atas api sebentar sehingga naik bau, terbakar kulit.
  • Kopek kulitnya, tumbukkan bahan – bahan tersebut dan campurkan bersama garam, gula dan serbuk perasa.
  • Masukkan perahan asam limau dan limau kasturi. Gaul dan tuangkan ke dalam bekas cili tadi.
  • Masukkan tomato dan mangga muda, kacau rata.
  • Akhir sekali, masukkan kulit limau kasturi yang telah dimayang dalam 5 biji.
  • Kacau rata. Siap!

2. Resepi Cupcake Coklat Kukus

Resepi seterusnya ialah resepi cupcake coklat kukus. Resepi ini menggunakan bahan yang tidak terlalu rumit. Cara yang digunakan juga amat mudah. Oleh sebab itu, ramai orang orang yang mencubanya sendiri di rumah.Resepi ini dikongsikan oleh Azidawati Yusof dan mendapat banyak perkongsian di media sosial. Mari kita lihat!

kek cawan coklat kukus
Imej via Facebook

Bahan – bahan:

Bahan kering (diayak):

  • 2 cawan tepung gandum (boleh juga 1 cawan tepung gandum + 1 cawan tepung superfine)
  • 1 cawan serbuk koko
  • 1 sudu teh baking soda
  • 1 sudu teh baking powder

Bahan basah:

  • 1 cawan gula
  • 200ml minyak masak
  • 200ml air kotak coklat
  • 3 biji telur
  • Sedikit esen vanila

Bahan topping:

  • 2 bar coklat Beryls
  • 200ml whipping cream
  • Sedikit air kotak coklat

Cara – cara memasak:

Cupcake:

  • Satukan bahan basah dan gaulkan di dalam mixer atau menggunakan whisk.
  • Masukkan bahan kering sedikit demi sedikit dan kacau sebati.
  • Masukkan ke dalam acuan cupcake dan kukus selama 15 min. Siap!

Topping:

  • Kacau topping menggunakan kaedah double boil.
  • Tunggu topping likat dan tuang ke atas kek. Hiaskan dengan colour rice.

3. Resepi Nasi Ayam Hainan Kukus

Resepi seterusnya ialah resepi ayam hainan kukus. Pasti ramai yang masih tidak tahu cara untuk menghasilkan resepi ini. Hidangan ini terdapat di restoran Chicken Rice Shop. Resepi ini telah dikongsikan oleh Nairulhizam Yunus II dan mendapat banyak likes dan shares di Facebook. Mari kita lihat resepi ini!

nasi ayam hainan
Imej via Facebook

Bahan – bahan:

Stok Ayam:

  • Ayam
  • Bawang Besar
  • Bawang Putih – lebihkan
  • Halia Tua – lebihkan
  • Lobak Merah
  • Tomato
  • Celery Stick
  • *Garam – optional

Nasi:

  • Beras yang dicuci bersih
  • Stok / broth ayam yang dimasak awal tadi
  • *Garam – optional
  • Ayam
  • Isi Ayam
  • Bawang Besar
  • Bawang Putih
  • Halia Tua
  • Akar Daun Ketumbar
  • Daun Ketumbar

Garnishing:

  • Hirisan Timun
  • Hirisan Tomato

Cara – cara memasak:

Stok ayam:

  • Reneh semua bahan dengan ayam dengan air sekadar cukup menutup permukaan ayam.
  • Tak perlu tambah minyak sebab nanti dalam proses renehkan stok lemak ayam akan terbit.
  • Reneh sampai ayam betul-betul masak.

Nasi:

  • Masak nasi sama macam masak nasi biasa. Sukatan stok pun ikut sukatan yang biasa anda guna.

Ayam:

  • Susun isi ayam dalam loyang pengukus.
  • Letakkan hirisan bawang, halian dan akar ketumbar.
  • Akhir sekali letakkan lapisan daun ketumbar di atas.
  • Proses ini untuk pastikan jus dari bahan-bahan tersebut meliputi ayam dan meresap masuk dalam ayam.
  • Kukus sampai ayam masak.
  • Masa hidang curahkan jus yang terhasil dari kukusan ayam tu atas ayam yang dah masak. Ini akan buat rasa ayam tu lagi sedap.

4. Resepi Kek Karamel Pelangi Kukus

Seterusnya resepi kek karamel pelangi kukus. Selain daripada ayam atau ikan,kek juga sering dimasakan menggunakan teknik mengukus. Resepi ini telah dikongsikan oleh Tok Ma dan mendapat banyak komen positif di laman Facebook milik beliau, apakata kita lihat bahan-bahan yang diperlukan.

kek karamel pelangi
Imej via Facebook

Bahan – bahan:

Karamel:

  • 5 sudu besar gula
  • 5 sudu besar air

Puding:

  • 4 biji telur saiz A
  • 4 keping roti
  • 1 cawan susu cair
  • 1 cawan susu pkt
  • 1 cawan air suam
  • 1 sudu besar teh esen vanila

Kek:

  • 3 biji telur saiz A
  • 1 cawan minyak jagung
  • 1 tin susu pekat
  • 1 sudu besar esen vanila
  • 2 cawan tepung gandum naik sendiri
  • Pewarna yang di sukai

Cara – cara memasak:

Karamel:

  • Cairkan gula ke dalam periuk atas api kecil sehingga menjadi karamel dan kacau kemudia masukkan air.
  • Masukkan karamel ke dalam loyang bulat dan ratakan karamel.
  • Ketepikan dan sejukkan.

Puding:

  • Satukan kesemua bahan dan kisar.
  • Tapis dan masuukan di dalam loyang yang berisi karamel.
  • Tutup loyang dengan aluminium foil dan kukus selama 30 minit.

Kek:

  • Satukan telur, minyak, susu pekat dan esen vanilla dalam mangkuk adunan.
  • Pukul sehingga berbuih dan kembang.
  • Masukkan tepung gandum dan pukul sehingga sebati.
  • Bahagikan adunan kepada beberapa bahagia, campurkan dengan pewarna dan kacau.
  • Tuangkan adunan ke dalam loyang puding secara berselang seli.
  • Kukus selama 1 jam.
  • Apabila sudah masak, biarkan kek sejuk selama 30 minit sehingga tepi kek renggang daripada loyang.
  • Sisipkan tepi kek dengan pisau dan terbalikkan perlahan – lahan di atas bekas.
  • Sedap dimakan ketika sejuk!

5. Tauhu Kukus Sos Tiram

Resepi seterusnya ialah resepi tauhu kukus sos tiram. Tauhu kukus sos tiram selalunya dimakan bersama nasi ayam. Resepi ini telah dikongsikan oleh Zura Nafis di laman Facebook beliau. Jom kita lihat!

Bahan – bahan:

  • Tauhu lembut (kukus 5-10minit)
  • Udang kering (cincang halus)
  • 1 sudu makan sos tiram
  • 1 sudu makan tepung jagung (bancuh dengan sedikit air)
  • Sayur yang anda suka (jangan letakkan bayam atau kangkong kerana tidak sesuai)
  • Perasa dan garam
  • 1 sudu kecil lada sulah
  • Bawang merah dan bawang putih

Cara – cara memasak:

  • Tumis bawang dan udang kering bagi garing.
  • Masukkan sos tiram tumis sekejap bagi wangi.
  • Masukkan sayur dan lada putih.
  • Apabila sayur sudah lembut masukkan tepung jagung yang dibancuh tadi.
  • Apabila sudah mendidih boleh la diperasakan.
  • Siap dan tuangkan atas tauhu yang dah dikukus tadi.

6. Resepi Kek Kukus Butter

Resepi seterusnya ialah kek kukus butter yang biasanya dibakar, cara untuk menghasilkannya sebenarnya tidaklah sukar. Teknik ini sesuai bagi mereka yang tidak punya oven untuk membakar kek, mari kita lihat resepinya.

Bahan-bahan 

  • 4 biji telur
  • 125 gm gula castor
  • 1/2 sudu ovallet
  • 1 sudu susu pekat manis
  • 200 gm mentega/butter
  • 190 gm tepung kek
  • 1 sudu teh esen vanila

Kaedah

  • Pukul telur, gula, dan ovallet sampai putih dan pekat.
  • Masukkan tepung sedikit demi sedikit ke dalam
  • adunan tadi.
  • Kacau butter bersama dengan susu pekat manis
  • sehingga lembut
  • Kemudian masukkan butter tadi ke dalam adunan tepung dan gaul sehingga sebati.
  • Masukkan adunan dalam loyang yang telah dilapik dengan kertas minyak dan dikukus 40 minit – 1 jam.
  • Pastikan pengukus telah panas dan penutup dibalut dengan kain agar air tidak menitis diatas adunan kek.

7. Kek Sunquick Moist Kukus

Resepi seterusnya ialah kek sunquick moist kukus, kek ini mempunyai rasa yang amat sedap dan mempunyai peminatnya yang tersendiri. Mari kita lihat bagaimana cara hendak menyediakan kek sunquick moist versi kukus ini yang telah dikongsikan oleh Resepi ini telah dikongsikan oleh Mazaliza Mahayuddin] di laman sosial Facebook. Berikut adalah bahan-bahannya

Image via Facebook

Bahan – bahan:

  • 3 cwn tepung gandum*
  • 1 st baking powder*
  • 1 st soda bikarbonat*
  • 5 biji telur B
  • 2 sb parutan kulit buah sunkist
  • 1/2 cwn sunquick (Perisa Oren)
  • 2/3 cwn gula
  • 2/3 cwn susu pekat manis
  • 1 cwn minyak sayur @ minyak masak
  • 1 cwn air panas
  • Sedikit pewarna kuning
  • P/s: Satukan bahan yang bertanda *.

Cara – cara penyediaannya:

  • Blender telur, gula, sunquick dan susu.
  • Masukkan semua bahan blender ke dalam mangkuk adunan.
  • Masukkan tepung,minyak dan air panas.
  • Masukkan kulit limau sunkist yang telah diparut dan pewarna kuning dan kacau hingga sebati.
  • Kukus selama 1 jam.
  • Siap.

8. Resepi Kek Pandan Cheese Leleh 

Resepi yang seterusnya ini ialah resepi kek pandan cheese leleh. Ia merupakan kek pandan yang dikukus dan dicurahi dengan cheese cair yang amat sedap, berikut adalah bahan-bahannya

Bahan-bahan

A

  • 1 cawan gula caster
  • 3 bji telur
  • 1 sudu besar ovelatte 

B

  • 1/2 cawan minyak masak 
  • 1/2 cawan susu cair 
  • 1 sudu besar emulco pandan 

C

  • 2 cawan tepung gandum
  • 1 sudu teh baking powder 
  • (Ayak)

Kaedah

  • Panaskan pengukus dan sediakan bekas yang sesuai seperti didalam gambar. Anda juga boleh menggunakan loyang saiz 8” bulat, gris dan letakkan kertas minyak.
  • Mula-mula pukul bahan A hingga gebu.
  • Kemudian tambahkan bahan B satu persatu.
  • Akhir sekali kaup balik bahan C yang telah diayak.
  • Apabila telah siap, masukkan kedalam bekas dan kukus selama 20 minit jika anda guna bekas plastik atau kukus 30 minit jika guna loyang 8”.
  • Terbalik kek bersama bekasnya diatas besi redsi sejurus ia siap masak. Terbalikkan dalam masa 10 minit sahaja.
  • Sejukkan sebelum diguna.

Bahan hiasan

  • Parutan cheese chedar.

Resepi Cheese Leleh

Bahan-bahan

  • 250g cream cheese suhu bilik
  • ½ cawan susu pekat ( boleh dianggarkan untuk disesuaikan rasa manisnya)
  • ½ tin susu cair
  • ½ cawan krim putar

Kaedah

  • Pukul cheese bersama susu manis dahulu hingga ia gebu.
  • Kemudian tambahkan susu cair dan pastikan ia sebati, tambahkan whip cream dan pukul hingga ia gebu. Ketepikan.
  • Cara-cara membuat kek pandan cheese leleh.
  • Selepas kek pandan siap dikukus dan disejukkan, tuang cheese leleh diatas nya dan hiasi dengan parutan cheese chedar.
  • Jamulah ia selepas disejukkan selama beberapa jam didalam petiais.

9. Resepi Ayam Kukus

Resepi seterusnya ialah resepi ayam kukus ianya amat mudah untuk dihidangkan. Malah, ia juga hidangan yang sihat dan selamat untuk dimakan oleh semua orang tanpa mengikut umur.Jom kita lihat cara untuk menghasilkannya.

Bahan-bahan 

  • Dua keping ‘chicken thight’
  • Air untuk rebus ayam hingga tenggelam.
  • Daun bawang ½ ikat ( potong panjang)
  • Halia setengah inci (tumbuk pecah)
  • Minyak bijan satu sudu besar. 
  • Garam cecukup rasa.
  • Semangkuk air batu bersama air paip.
  • Minyak bijan 2 sudu besar + 1 sudu teh garam (sebagai gris)

Kaedah

  • Bersihkan ayam, buang lemak dan bulu-buku ayam (jika masih ada). Jangan buang kulit ayam ya. Lumurkan dengan garam dan ketepikan.
  • Apitkan kedua keping ayam tersebut, dicelahnya letakkan daun bawang dan halia yang telah ditumbuk pecah tadi. Ikat kedua keping ayam ini agar rasa dari daun bawang dan halia tadi menyerapi ayam tersebut.
  • Didihkan air didalam periuk yang agak tinggi, apabila air telah mendidih masukkan ayam yang telah diikat tadi. Tambahkan lagi daun bawang, halia dan sesudu besar minyak bijan.
  • Kukus agak lama sehingga ayam masak betul. Lebih kurang 30 minit dengan api yang sederhana. Tambah air panas jika perlu.
  • Apabila ayam telah masak, alih dan segera masukkan kedalam mangkuk berisi air batu tadi. Biarkan selama 1 minit. Ini bertujuan memerangkap jus ayam didalamnya.
  • Alihkan ayam dan beruskan dengan minyak bijan yang telah dicampur garam tadi. Ayam akan nampak lebih lazat dan baunya juga lebih harum.
  • Untuk menghidang anda bolehlah hiris ayam kepada beberapa bahagian dahulu agar mudah untuk dimakan.
  • Siap.

10. Resepi Kek Pisang Kukus

Resepi terakhir dalamkoleksi ini merupakan perkongsian dari  Zuhaidar Mohd Sofi yang berkongsi di laman Facebook. Kek pisang kukus merupakankan yang menjadi kegemaran, menggunakan sukatan cawan jom kita lihat bahan-bahan untuk menghasilkan kek pisang tampak berurat dan cantik ini

kek pisang kukus
Imej via Facebook

Bahan-bahan :

  • 2 cawan tepung gandum,
  • 1 sudu kecil baking powder,
  • 2 sudu kecil soda bikarbonat.

Ayak semua bahan di atas.

Bahan Blender :

  • *Minyak masak,
  • *1 cawan gula (kalau suka manis),
  • *3 biji telur gred A,
  • *1 sudu kecil esen vanilla,
  • 5-7 biji pisang emas masak ranum (dilenyek guna garfu, ini tips bagi kek nampak urat pisang).
  • Blender bahan yang bertanda * sampai sebati.

Cara-cara :

  • Masukkan semua bahan kisar ke dalam tepung yang di ayak tadi, kacau-kacau guna senduk.
  • Kemudian masukkan pisang yang dilenyek tadi. Kacau sampai sebati.
  • Masukkan ke dalam yang telah disapu sedikit minyak.
  • Kukus kek tapi juga boleh dibakar pada suhu 160°C selama 45 minit ikut oven masing-masing.
  • Siap.

Itulah dia 10 resepi menggunakan teknik mengukus yang telah didalam koleksi kali ini. Resepi resepi ini amat mudah untuk digunakan. Dan seperti yang sudah dijelaskan tadi, banyak kebaikan yang dapat diperolehi dengan menggunakan teknik mengukus ini.

Sedikit tips yang hendak kongsikan ialah kita perlu memastikan air yang digunakan untuk mengukus tidak kering, dan sekiranya ia kering, gunakan air panas bagi menggantikannya. Ini kerana kita hendak memastikan suhunya adalah tetap.

Apapun kukus merupakan satu pilihan yang sesuai terutamanya bagi penyediaan kek, diharap anda akan mencuba resepi-resepi didalam koleksi ini. Selamat mencuba!

Resepi – resepi lain yang menarik

Terima kasih kerana berkunjung ke laman kami. Selain daripada koleksi ini, ada pelbagai variasi koleksi yang anda boleh cuba. Jangan lupa juga untuk kongsikan koleksi ini bersama rakan anda ya.

Total
0
Shares
Previous Article

Resepi Sambal Belacan Goreng Sedap Mengancam

Next Article

Koleksi 10 Resepi Air Kopi Itali Gaya Cafe Tapi Dirumah Je