Koleksi 10 Resepi Masakan Menggunakan Keju Yang Paling Orang Suka

Cheese atau dalam bahasa Malaysia keju adalah makanan yang diperbuat dari susu. Ianya tinggi kalsium dan lemak. Lemak yang dimaksudkan ialah lemak sihat dan elok untuk kesihatan. Ada pelbagai jenis cheese yang boleh didapati dipasaran. Namun yang paling popular terutama dikalangan orang kita ialah mozarella, cream cheese,cheedar atau parmesan. 

Kali ini kita akan kongsikan kepada anda 10 resepi yang dihasilkan menggunakan cheese yang paling popular dan digemari ramai.

1 Resepi Makaroni Bakar Cheese

Resepi ini dikongsikan oleh Adinie Syahadinie dan banyak mendapat likes di sosial media. Makaroni adalah salah satu pasta yang paling kerap digunakan dalam masakan selain dari spagetti. Makaroni bakar cheese ini juga antara yang digemari  kerana ia sedap dan mudah untuk disediakan. Bagi anda yang ingin mencubanya, berikut adalah bahan-bahan yang diperlukan.

makaroni-bakar-cheese
image via Facebook

Bahan – bahan:

  • Makaroni (rebus)
  • Meatball
  • Lada benggala
  • Bawang holland (potong dadu)
  • Tomato (potong dadu)
  • Sos pasta prego (tin biru)
  • Cheese slice 2 keping
  • Perencah berlada hitam maggi
  • Butter 2 sudu mkn
  • Susu cair 1/2 tin

Cara – cara memasak:

  • Rebuskan makaroni dan toskan.
  • Gorengkan meatball sekejap.
  • Cairkan butter dalam kuali dan tumis bawang holand yang potong dadu hingga naik bau dan masukkan lada benggala, tomato masak sekejap dan masukkan perencah berlada hitam setengah paket kacau rata, masukkan sedikit air.
  • Masukkan sos pasta prego, susu cair dan meatball kacau biar sebati.
  • Akhir sekali, masukkan cheese slice 2 keping kacau biar pekat dan tutup api.
  • Tuang semua dalam loyang.
  • Susun cheese atas sekali pastu picit nancos cheesy dan bakar pada suhu 180C, selama 15 minit.

2 Resepi Cheese Corn Dog

Resepi ini pernah menjadi viral kerana ia apabila dimakan akan nampaklah tekstur cheese mozarela yang boleh ditarik-tarik. Cheese corn dog ini sangat sedap dan berbaloi-baloi untuk dicuba, berikut adalah bahan yang diperlukan.

Bahan-bahan

  • Mozzarella cheese blok 200g
  • Hot dog cheese 10 batang
  • Mozzarella slice
  • 2 cawan Serbuk roti (Breadcrumb)
  • Lidi sate (anggaran 20 batang)

Bahan salutan tepung

  • Tepung gandum 1 ½ cawan
  • Gula 2 sudu kecil
  • Garam 1 sudu kecil
  • Serbuk penaik 2 sudu kecil 
  • Telur 1 biji
  • Susu full cream 200ml (anggaran lebih kurang untuk bancuhan pekat ) 
  • Tepung gandum anggaran 2 sudu besar atau hingga mencukupi .

Kaedah 

  • Mula-mula celur hotdog didalam air panas. Keluarkan dan potong dua,ketepikan.
  • Kemudian potong blok mozzarella kepada 20 bahagian yang sama panjang.
  • Cucuk hotdog dengan lidi, kemudian cucuk pula cheese dibahagian atasnya.
  • Bekukan didalam petiais sekurang-kurangnya 1 jam, supaya cheese beku.
  • Adunan salutan tepung
  • Mula-mula gaul tepung bersama gula,garam dan serbuk penaik.
  • Tambahkan telur, kacau dan kemudian tambahkan susu sedikit demi sedikit agar adunan ini menjadi pekat. Adunan perlu pekat untuk mengelakkan keju cair ketika digoreng.
  • Masukkan bancuhan ini didalam gelas tinggi untuk memudahkan penyaduran.

Cara penyediaan cheese corn dog.

  • Keluarkan corn dog yand disediakan tadi dari peti ais beku.
  • Masukkan ia kedalam bancuhan tepung yang di letak didalam gelas tinggi. 
  • Celup ia dengan tepung gandum sehingga rata.
  • Kemudian baru celup sambil buat pusingan agar corn dog mendapat saduran yang sempurna.
  • Akhir sekali celup didalam serbuk roti hingga ia disadur menyeluruh.
  • Goreng dengan minyak yang sederhana panas, anggaran masa 3-4 minit sahaja.
  • Perlu dinikmati panas-panas agar mendapat tesktur cheese tarik.

3 Resepi Chicken Cheese Ball

Sama seperti cheese corn dog, cuma bezanya ia mengguna kentang dan ayam dibahagian luarnya. Apabila digigit akan terserlah lah cheese mozarella yang amat sedap. Anda boleh mencuba sendiri resepi ini kerana ia amat mudah.

Bahan-Bahan

  • 1 ketul ayam bahagian dada (potong dan kisar)
  • 200g Cheese Mozarella (potong dadu kepada 20 bahagian dan bekukan semalaman)
  • 4 biji kentang (direbus empuk)
  • 5 sudi besar tepung gandum
  • Garam,gula dan serbuk lada sulah secukup rasa.

Bahan salutan

  • 300g Bread Crumb (Serbuk Roti)
  • Telur 2 biji ( pukul sebati)

Kaedah

  • Toskan dan lenyek kentang sehingga hancur.
  • Campur kentang lenyek tersebut bersama-sama ayam yang dikisar tadi.
  • Campurkan tepung gandum dengan garam dan serbuk lada hitam. Masukkan tepung sikit-sikit sehinggalah adunan boleh dibentuk.
  • Bentukkan adunan tadi menjadi bebola doh sebesar bola ping pong ( guna tepung ditangan untuk membentuk doh menjadi bulat)
  • Leperkan bebola untuk disumbatkan cheese,tutup dan bentukkan kembali kepada bulat.
  • Gaul didalam telur kemudian salut dengan bread crumb, ulang 2 kali untuk setiap bebola.
  • Goreng cheese ball anda dengan suhu api dapur yang sederhana untuk mengelakkan hangus hitam.
  • Siap untuk dihidangkan ketika panas.

4 Resepi Udang Bakar Cheese

Biasanya jika ke restoran mahal Manhattan Fishmarket ada dihidangkan udang bakar cheese. Masakan ini alat sesuai bagi peminat seafood dan keju. Berikut adalah bahan yang diperlukan.

Bahan-bahan

  • Beberapa ekor udang – yang telah dibersihkan dan kalau boleh saiz besar
  • Sedikit mentega
  • Keju mozzarella
  • Sedikit garam
  • Sedikit serbuk lada sulah – lada hitam pun boleh

Kaedah

  • Mula-mula sekali, udang yang telah dibersihkan tu, belah bahagian belakangnya.
  • Pada masa yang sama, campurkan keju mozzarella, mentega, garam dan lada sulah dalam satu bekas.
  • Setelah itu, letakkan bahan campuran tersebut pada belahan udang dan dibahagian kaki udang.
  • Kemudian bolehlah susun atas pemanggang dan bakar untuk 10-12 minit atau sehingga masak.
  • Siap

5 Resepi Roti Sosej Cheese 

Resepi ini juga menarik dan sesuai bagi anda peminat cheese. Jika anda inginkan sesuatu yang ringkas, mewah dan sedap anda bolehlah mencuba resepi ini.

Berikut adalah bahan-bahan diperlukan.

Bahan-bahan

  • 1 bungkus roti (pilihan Garenia atau apa sahaja jenama)
  • Sosej
  • Cheese
  • 2 biji telur atau lebih jika nak buat banyak

Kaedah 

  • Mula-mula sediakan 2 keping roti.
  • Letakkan cheese di atas roti
  • Belah sosej menjadi 2 belah.
  • Kemudian letakkan sosej yang di atas cheese. 
  • Tutup semula roti yang lagi satu diatasnya.
  • Grill didalam kuali yang telah digriss dengan mentega.
  • Apabila kedua belah bahagian telah cukup masak, bolehlah keluarkan ia dan potong serong.
  • Siap untuk dihidangkan.

6 Resepi Tuna Cheese Roll

Recipe ini sama seperti resipi saja Nurul. Tetapi di dalam Intinya ada tambahan cheese yang memberi rasa yang jauh lebih sedap. Bagi anda yang ingin mencuba sendiri berikut adalah bahan-bahannya

Bahan-bahan 

  • 10 keping roti putih 

Inti

  • Spicy Tuna Mayonnaise (apa-apa jenama)
  • ½ labu bawang (potong dadu)
  • 3 ulas cili api merah (hiris nipis)
  • 1-2 sudu besar mayonis
  • 1 biji limau kasturi ( ambil sedikit jusnya)
  • Cheese slice (potong memanjang)
  • Sedikit putih telur

Kaedah

  • Mula-mula kukus sebentar roti putih dan nipiskan menggunakan gelas atau botol. Ketepikan.
  • Sementara itu untuk inti, gaul semua bahan dan tambah garam jika perlu.
  • Ambil sekeping roti dan isi dengan inti kemudian tambah cheess yang telah dipotong memanjang tadi.
  • Gulung roti dan letakkan sedikit putih telur dibahagian hujungnya, ini supaya gulungan tidak terbuka.
  • Goreng dengan api sederhana besar dan toskan selepas goreng.
  • Siap.

7 Resepi Popiah Cendawan Cheese

Resepi popia ini pernah viral satu masa dahulu. Di dalamnya adalah inti ayam dan juga sos cabonara. Kemudian ia ditambah dengan cheese cheddar. Resepi amat sesuai dijadikan sebagai menu pembuka selera ataupun sebagai hidangan minum petang. Resepi ini dikongsikan oleh Siti Mariam dan banyak perkongsian, tanda suka serta komen positif telah didapati di Facebook. Bagi anda yang ingin mencuba berikut adalah bahan-bahan yang diperlukan

Bahan – bahan:

  • 1 tin cendawan butang (potong dadu)
  • 2 batang lobak (potong dadu)
  • 1 biji bawang holland (potong dadu)
  • 3 batang sosej (hiris kecil)
  • 3 keping burger ayam
  • 1 tin cream of mushroom prego (tin biru)
  • 3 keping chedar cheesedale
  • Sedikit susu fullcream
  • Sedikit butter

Cara – cara memasak:

  • Panaskan 1 sudu kecil butter, masukkan bawang holland, tumis sekejap je.
  • Masukkan daging burger, kacau bagi hancur dan tidak berketul, masukkan sosej, lobak dan cendawan.
  • Kacau sebentar kemudian masukkan sos cream of mushroom prego, kacau sebati, kalau pekat sangat, letakkan susu full cream.
  • Jangan banyak sangat. Agak – agak, perasakan dengan sedikit serbuk lada hitam, gula sikit dan garam.
  • Agak – agak dah sebati, masukkan cheese keping tadi. Gaul sampai cheese cair. Siap.
  • Sejukkan dahula tau baru boleh menggulung. Selamat mencuba.

8 Resepi Tuna Cheese Roll

Seperti Recipe sebelum ini-ini juga adalah salah satu cara untuk menikmati cheese bersama roti dan tunda. Cara untuk menyediakan nya juga amat mudah malah anda juga boleh ibu sejuk beku kan makanan ini sebagai persiapan untuk hidangan minum petang bila-bila masa anda perlukan dia. Berikut adalah bahan-bahan yang diperlukan

Bahan-bahan 

  • 10 keping roti putih 

Inti

  • Spicy Tuna Mayonnaise (apa-apa jenama)
  • ½ labu bawang (potong dadu)
  • 3 ulas cili api merah (hiris nipis)
  • 1-2 sudu besar mayonis
  • 1 biji limau kasturi ( ambil sedikit jusnya)
  • Cheese slice (potong memanjang)
  • Sedikit putih telur

Kaedah

  • Mula-mula kukus sebentar roti putih dan nipiskan menggunakan gelas atau botol. Ketepikan.
  • Sementara itu untuk inti, gaul semua bahan dan tambah garam jika perlu.
  • Ambil sekeping roti dan isi dengan inti kemudian tambah cheess yang telah dipotong memanjang tadi.
  • Gulung roti dan letakkan sedikit putih telur dibahagian hujungnya, ini supaya gulungan tidak terbuka.
  • Goreng dengan api sederhana besar dan toskan selepas goreng.
  • Siap.

9 Resepi Macaroni Cheese

Satu lagi hidangan mudah menggunakan cheese dan juga pasta. Resipi ini sangat ringkas you boleh disediakan oleh sesiapa sahaja termasuk lah anak-anak muda terutamanya pelajar yang duduk di asrama. Kerana ia boleh disediakan di dalam periuk nasi juga. Berikut adalah bahan-bahan yang diperlukan

Bahan-bahan

  • 1 bungkus makaroni (rebus empuk)
  • 4 keping  slice cheese (mozzarella atau cheddar)
  • ½ kotak susu full cream
  • 1 ulas bawang putih cincang
  • 1 sudu teh lada hitam yang ditumbuk
  • 1 sudu besar butter
  • 3 batang sosej yang dihiris
  • Mozzarella parut (pilihan)
  • Garam dan serbuk perasa secukupnya.

Kaedah 

  • Mula-mula panaskan kuali dan masukkan butter.
  • Apabila butter telah cair, tumiskan bawang putih.
  • Kemudian tumiskan sisej yang telah dihiriskan.
  • Kemudian tuangkan susu full cream dan masukkan garam dan serbuk perasa.
  • Kemudian masukkan makaroni yang telah direbus tadi dan gaul rata
  • Masukkan pula kepingan cheese, saya guna cheddar cheese.
  • Gaul rata dan tambahkan lada hitam yang telah ditumbuk tadi.
  • Akhir sekali, sejurus sebelum dihidang tambahkan parutan cheese mozzarella.
  • Siap!

10 Resepi Roti Cream Cheese Garlic

Resipi ini adalah sebuah resipi yang dibawa daripada negara Korea. Di antara bahan yang digunakan ialah Perancis bersama. Bawang putih. Ia mempunyai rasa yang menarik dan sedikit berbeza berbanding anda haruslah mencubanya sendiri berikut adalah bahan-bahan yang diperlukan.

Bahan A

  • 1kg tepung gandum
  • 100g gula pasir
  • 11 g yis
  • 20g susu tepung
  • Garam 2 sudu teh
  • 1 sudu teh bread improver (pilihan)
  • 1 sudu teh bread softner (pilihan)
  • 2 biji telur (apa-apa gred)

Bahan B

  • 100g butter/marjerin
  • 440 ml air 

Kaedah 

  • Mula-mula campurkan semua bahan A.
  • Masukkan ke dalam mangkuk pengadun.
  • Selepas itu dengan menggunakan pemukul ‘hook’ hidupkan mesin pengadun, dan biarkan sehingga semua bahan sebati.
  • Perlahan lahan tuangkan air ke dalam adunan itu sehingga doh menjadi bulat.
  • Kemudian masukkan pula majerin/mentega  ke dalam adunan tersebut. 
  • Teruskan menguli sehingga adunan menjadi elastik.
  • Keluarkan doh dan uli sedikit.
  • Masukkan semula kedalam mangkuk adunan dan biarkan doh berehat sehingga menjadi besar sekali ganda saiznya. Biasanya masa diperlukan ialah 60 minit.
  • Kemudian keluarkan doh dan bahagikan ia menjadi doh kecil. 
  • Beratnya ialah dalam 300g setiap satu.
  • Susun didalam loyang yg telah digris dengan minyak saiz 8”.
  • Biarkan doh berehat lagi 30 min.
  • Kemudian sapukan dengan bancuhan telur dan sedikit air.
  • Bakar pada suhu 180c selama 20-25 minit.
  • Keluarkan roti dari loyang sejurus ia masak dan sapukan dengan mentega agar ia berkilat.
  • Sejukkan dan ketepikan.

Inti Cream Cheese

  • 200 g cream cheese
  • 30 g gula
  • 50 g krim putar

Kaedah

  • Pukul cheese sehingga kembut sepenuhnya.
  • Kemudian masukkan gula dan pukul lagi.
  • Akhir sekali masukkan krim putar
  • Ketepikan

Sos bawang putih (garlic sauce)

  • 150 g butter cair
  • 1 sudu besar bawang putih cincang 
  • 2 sudu besar susu
  • 2 sudu besar susu manis 
  • 1 biji telur
  • ¼ sudu teh garam
  • Daun parsli cincang (pilihan)

Kaedah

  • Campurkan semua bahan.
  • Ketepikan
  • Kaedah penyediaan roti cream cheese garlic
  • Ambil roti yang telah siap dibakar. 
  • Kemudian potong belah roti tersebut kepada lapan bahagian. 
  • Masukkan inti cream cheese kedalam beg piping dan paipkan dicelah belahan roti tadi
  • Selepas itu celupkan roti tersebut ke dalam bancuhan sos bawang putih.
  • Pastikan sempurna celupan agar tiada kawasan roti yang tidak dicelup.
  • Bakar pada suhu 180c selama 10 minit sahaja.
  • Sejukkan diatas besi redai sebelum dihidang.
  • Siap!

Itulah dia 10 resipi masakan yang menggunakan cheese. Untuk pengetahuan anda koleksi ini adalah mengumpulkan 10 resipi masakan sorry menggunakan cheese. Sebenarnya ada banyak lagi masakan atau resipi yang menggunakan cheese terdapat dalam tempoh ini. Anda boleh mencubanya dan jangan lupa kongsikan koleksi ini agar dapat memberi manafaat kepada orang lain juga. Selamat mencuba

Resepi – resepi lain yang menarik

Terima kasih kerana berkunjung ke laman kami. Selain daripada resepi ini, ada pelbagai variasi resepi yang anda boleh cuba. Jangan lupa juga untuk kongsikan resepi ini bersama rakan anda ya.

Give a Comment