Resepi Tradisional, Moden & Terkini

Koleksi 10 Resepi Masakan Dan Minuman Menggunakan Teh Yang Sedap Tapi Sempoi

Air teh merupakan antara minuman kegemaran rakyat malaysia. Anda boleh minumnya kosong, dengan susu atau kegemaran rakyat Malaysia, teh tarik.Tahukah anda, banyak hidangan lazat yang boleh dibuat daripada teh kemudian dijual di pasaran dengan harga yang berpatutan. Namun, hidangan tersebut boleh dibuat sendiri di rumah dengan kebersihan yang lebih terjamin dan tidak perlu keluarkan duit yang banyak. 

Mari kita lihat, hidangan apa yang boleh dibuat daripada teh dan bahan bahan yang diperlukan untuk menghasilkanny dalam koleksi yang kita kongsikan kalibini!

1) Kek Lapis Teh Tarik

Kek Lapis Teh Tarik semestinya hidangan yang jarang kita dengar. Namun, kek ini mempunyai rasa yang unik dan perlu dicuba oleh surirumah. Resepi ini telah dikongsikan oleh Marlyssa Pariss dan mendapat banyak perkongsian serta komen positif di media sosial, berikut adalah bahan-bahan yang diperlukan.

kek lapis teh tarik 2
Imej via Facebook

Bahan – bahan:

  • 16 oz mentega
  • 10 biji telur
  • 2 gelas tepung hongkong
  • 1 gelas gula halus
  • 5 sudu makan susu manis
  • 1 sudu makan ovelatte
  • 1 sudu teh baking powder
  • 50g tepung susu
  • 50g coffee mate
  • 5 bungkus teh tarik paket
  • 800 ml air panas
  • 8 sudu teh serbuk lipton
  • Nota: Bancuh teh serbuk dengan air panas dan jadikan sebanyak 400 ml air teh pekat. Biarkan sejuk.

Cara – cara memasak:

  • Pukul telur dengan gula sampai putih dan pekat. Ketepikan.
  • Di dalam bekas lain, pukul mentega, ovelatte dan susu sampai putih.
  • Apabila sudah putih, masukkan bancuhan telur tadi. Gaul rata.
  • Kemudian masukkan tepung, baking powder, coffee mate, tepung susu dan serbuk teh paket. Gaul rata.
  • Masukkan air teh. Gaul rata dan sebati.
  • Nota: Jika suka boleh dibahagia dan diwarnakan mengikut citarasa masing – masing.
  • Bakar secara berlapis – lapis.

2) Resepi Teh Masala

Teh Masala, minuman teh berempah yang sesuai di minum bila-bila masa. Sangat berkesan untuk membuang angin badan,dan menghangatkan badan.Mari kita lihat bahan bahan yang diperlukan dan resepinya untuk membuat hidangan ini.

Bahan-bahan

  • Serbuk teh 3 sudu
  • Bahan tumbuk
  • Sedikit kayu manis 
  • Bunga cengkih
  • Halia 
  • Buah pelaga

Kaedah

  • Rebus kan semua bahan tumbuk hingga mendidih dan mengeluarkan aroma yang menarik.
  • Kemudian baru masukkan serbuk teh mengikut kepekatan yang diingini.

Penyediaan teh Masala 

  • Tuang air rebusan teh didalam bekas yang diingini.
  • Kemudian tambah susu pekat sedikit dan selebihnya tambahkan susu cair.
  • Siap!

3) Resepi 3 Layer Tea

3 Layer Tea merupakan minuman yang popular dan banyak dijual di Malaysia. Nama minuman ini 3 Layer Tea kerana air teh ini menampakkan 3 lapisan iaitu gula melaka, susu cair dan air teh. Mari kita lihat cara membuatnya.

Bahan-bahan

  • 2 uncang teh
  • 3 keping gula melaka
  • 1/2 tin susu cair F&N
  • Sedikit air
  • Ais

Kaedah 

  • Bancuh teh uncang dengan air panas dan biarkan seketika.
  • Cairkan gula melaka dalam periuk dengan sedikit air. Kacau hingga gula melaka hancur.
  • Masukkan air gula melaka ke dalam gelas dan sejukkan seketika.
  • Masukkan ais ke atas lapisan gula melaka.
  • Kemudian masukkan susu cair F&N dengan perlahan-lahan.
  • Masukkan air teh dengan perlahan-lahan.
  • Siap untuk diminum.

4) Resepi Air Teh laici 

Teh laici merupakan minuman yang mengandungi teh dan laici. Hasil gabungan ini telah menghasilkan rasa yang sedap dan amat serasi. Namun ramai masih tidak tahu kewujudan teh ini dan cara membuatnya. Mari kita lihat resepinya.

Bahan-bahan

  • 1 tin laici
  • 1 capsul The Queen Arissto/1 sudu teh wangi
  • 3 sudu gula
  • Ais secukupnya.

Kaedah

  • Mula-mula sediakan teh dan tambah gula mengikut citarasa anda.
  • Kemudian tambahkan teh kedalam hekas yang anda inginkan.
  • Masukkan jus laici.
  • Kacau sebati kemudian masukkan isi laici pula.
  • Akhir sekali tambah ais secukupnya.
  • Siap.

5) Resepi Teh Tarik

Teh tarik merupakan air teh yang popular dikalangan kita. Minuman ini banyak dijual di kedai mamak, kedai kopi dan kafe. Minuman ini juga amat sedap dan kerana itulah ia menjadi pilihan utama rakyat malaysia. Jom kita lihat cara membuatnya.

Bahan-bahan

  • 3 keping uncang teh tarik
  • Air panas yang sedang mendidih
  • Susu pekat manis
  • Secubit garam

Kaedah

  • Rendam uncang teh sehingga berwarna hitam (Jika kurang tambah lagi uncang)
  • Masukkan susu manis didalam kole pilihan anda.
  • Masukkan air teh, secubit garam dan kacau.
  • Tarik berulang kali hingga terhasilnya buih
  • Tuang dalam gelas yang sesuai.
  • Siap!

6) Resepi Air Layer Tea

Layer tea merupakan air teh yang sedap dan banyak dijual di kedai boba dan kafe. Namun ianya amat mudah untuk dihasilkan dengan menggunakan resepi yang ringkas dan mudah. Jom kita lihat resepinya.

Bahan-bahan

  • 400 ml air
  • 2 tsp serbuk teh
  • 2 sudu teh gula
  • 400 ml Susu full cream

Kaedah

  • Mula-mula masak susu bersama gula sehingga separuh mengelegak. Ketepikan 
  • Kemudian didihkan air bersama serbuk teh.
  • Tarik susu sehingga berbuih tinggi.
  • Tuang susu didalam gelas tinggi sehingga ⅓ saiz gelas.
  • Masukkan air teh menggunakan sudu secara perlahan-lahan.
  • Siap!

7) Resepi Air Teh Tarik Madu

Teh tarik madu, teh tarik yang popular dan banyak dijual di kedai teh tarik terutama di Pantai Timur Nama lain teh ini ialah teh beng, ia mempunyai rasa yang lazat dan berhasil membuat sesiapa sahaja yang meminumnya ketagih rasanya yang unik ini. Jom kita lihat cara menghasilkannya.

Bahan bahan

  • 3 sudu besar serbuk teh wangi atau teh timbang
  • 3 sudu besar susu pekat manis
  • 2 sudu besar susu cair
  • 1 sudu besar madu asli
  • air panas secukupnya
  • Ketulan ais jika inginkan dingin
  • Rendam serbuk teh dalam air panas hingga kembang selama 10 minit
  • Kemudian tapis air dalam gelas
  • Masukkan susu pekat manis, susu cair dan madu asli
  • Kacau teh hingga sebati
  • Tuang dalam kole dan mulakan proses menarik teh dengan kole.
  • Tarik panjang-panjang supaya menghasilkan buih yang banyak
  • Kemudian tuangkan dalam gelas
  • Letakkan ketulan ais untuk rasa yang lebih dingin

8) Resepi Ice Lemon Tea

Air teh limau merupakan air teh yang popular dan ia banyak dibekalkan oleh syarikat besar seperti Heaven and Earth dan F&N dan banyak juga dijual dikedai mamak dan restoran. Rasanya yang sedap masam manis menjadi kegemaran ramai. Cara untuk menyediakannya juga amat mudah dan ringkas. Jom kita lihat cara membuatnya.

Bahan-bahan

  • 1 uncang tea
  • Air panas secukupnya
  • Gula secukupnya
  • 1 biji lemon ambil jusnya
  • 1 biji lagi di hiris
  • Ais secukupnya

Kaedah

  • Sediakan air tea seperti biasa
  • Perahkan jus lemon
  • Letakkan hirisan lemon dan kiub ais
  • Sedia di nikmati

9) Resepi Milk Tea Boba

Minuman teh susu boba ini amat popular di Malaysia dan di seluruh dunia dengan harga yang mahal dan ada kalanya murah. Ramai tidak tahu bahawa minuman ini juga boleh dibuat sendiri di rumah. Faedahnya kita tidak perlu mengeluarkan duit yang banyak untuk dibelanjakan bagi membeli air ini. Mari kita lihat kaedahnya.

Bahan-bahan:

  • Boba atau tapioca pearl (sis beli kat bakeri, balik rebuih ikut instruction)
  • Fresh milk
  • Air teh pekat ( rendam teh dan sejukkan)
  • Air gula merah 

Kaedah

  • Rebus bijian boba sehingga timbul, kemudian basuh dibawah air paip.
  • Toskan dan gaul dengan air gula merah, ketepikan.
  • Untuk sediakan milk tea boba, mula-mula tambahkan boba yang telah digaul dengan air gula merah.
  • Kemudian curah air gula merah sekeliling gelas.
  • Masukkan air batu sehingga penuh.
  • Masukkan susu segar hingga ¾ tinggi gelas.
  • Akhir sekali masukkan air teh sehingga memenuhi gelas.
  • Siap untuk dinikmati!

10) Resepi Teh Halia

Resepi terakhir dalamkoleksi ini merupakan teh yang digemari dan hanya dapat didapati dikedai mamak sahaja. Bagaimanapun bagi anda yang ingin mencubanya sendiri, berikut adalah bahan-bahan yang dperlukan.

Bahan-bahan:

Bahan-bahan

  • Serbuk teh (anggaran utk minum 2 cawan)
  • Susu pekat (anggaran manis)
  • Susu cair ( anggaran lemak) 
  • Pati halia (anggaran 1 inci, tumbuk bagi pecah dan rebuskan)

Kaedah

  • Rebus teh hingga mendidih, ketepikan.
  • Tambahkan susu manis dan air teh mengikut tahap kepekatan kita inginkan.
  • Kemudian tambahkan susu cair jika ia kurang lemak
  • Tarik air teh sehingga berbuih
  • Akhir sekali masukkan pati halia
  • Siap!

Air teh selalunya diminum semasa waktu petang dilengkapi dengan roti bakar dan kuih muih yang dijual dikedai tepi jalan. Saya berharap agar koleksi ini dapat memberi ilham kepada anda untuk membuat air teh yang sedap untuk dihidangkan kepada ahli keluarga tercinta dan menikmati waktu berharga bersama mereka. Saya juga berharap agar anda dapat menghasilkan air yang sedap sedap belaka dan menggembirakan hati semua orang. Selamat mencuba.

Resepi – resepi lain yang menarik

Terima kasih kerana berkunjung ke laman kami. Selain daripada koleksi ini, ada pelbagai variasi koleksi yang anda boleh cuba. Jangan lupa juga untuk kongsikan koleksi ini bersama rakan anda ya.

About Our Content Creators

Lorem ipsum dolor sit amet, consectetur adipiscing elit. Integer semper commodo tristique. Donec in dolor a odio semper convallis et ac ex. Aenean at elit non arcu tincidunt laoreet.

We may earn a commission if you click on the links within this article. Learn more.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

More…!