Resepi Tradisional, Moden & Terkini

Koleksi 10 Resepi Masak Merah Meriah Sedap Tak Terperi

author name

Masak merah merupakan sejenis masakan yang popular terdapat dinegara kita. Secara asasnya masak merah adalah sejenis masakan yang mengguna cili yang dikisar bersama bawang merah,bawang putih dan halia. Kemudian ianya ditumis sehingga naik minyak sebelum ditambah dengan beberapa bahan seperti santan, susu cair, tomato dan juga beberapa bahan yang memberi aroma menyelerakan.

Lazimnya bahan yang digunakan didalam masak merah ini ialah ayam yang digoreng dahulu. Namun ada juga beberapa bahan yang sesuai dan sering digunakan didalam masakan masak merah ini. Antaranya ialah daging,udang,ikan malah telur juga sesuai dijadikan bahan utama didalam masakan masak merah ini.

Dalam perkongsian koleksi kali ini kami telah kumpulkan sepuluh resepi masak merah yang pelbagai dan menggunakan beberapa jenis lauk selain ayam. Jom kita lihat apakah sepuluh resepi tersebut.

1) Resepi Ayam Masak Merah Madu

Resepi ayam masak merah madu ini dikongsikan oleh Nur Asmuni Ghazaly dan merupakan satu menu yang popular dikedai mamak. Biasanya ia dinikmati bersama nasi briyani atau nasi tomato. Hidangkan bersama papadom dan juga acar untuk mendapat suasana seperti dikedai mamak. Baiklah berikut adalah bahan-bahan yang diperlukan.

Bahan – bahan:

  • Serai 3-4 batang
  • Cili Merah 3 batang (dibuang biji)
  • Halia seinci
  • Bawang Putih 1 labu kecil (5-6 ulas)
  • Bawang Merah Kecil (4 biji)
  • Bawang Besar (2 labu saiz sederhana)
  • Cili Boh (anggaran 5 sudu besar)
  • Bawang Besar Holand (1 labu)
  • Sedikit kunyit hidup (pilihan)
  • 3 sekawan
    Kulit kayu manis/bunga lawang/buah pelaga
  • Sos Tomato (anggaran 4 sudu besar)
  • Sos Cili (anggaran 4 sudu besar)
  • Sos Tiram ( anggaran 3 sudu besar)
  • Air (untuk kuah)
  • Madu (anggaran 2 sudu besar)
  • Ayam setengah ekor
    Ayam dipotong kecil, digaul dengan garam & kunyit kemudian di goreng setengah masak
  • Daun pandan sehelai (potong 3-4 bahagian)
  • Daun sup (pilihan)

Cara – cara memasak:

  1. Tumis 3 sekawan, bahan kisar dan bahan tumbuk sehingga naik bau.
  2. Masukkan cili boh.
  3. Tumis dengan api sederhana sehingga pecah minyak.
  4. Masukkan kesemua sos dan tambah air untuk lebih berkuah.
  5. Tunggu sehingga menggelegak.
  6. Masukkan ayam yang telah digoreng tadi bersama daun pandan dan madu.
  7. Masak dan biarkan pecah minyak sekali lagi.
    Nota: Jika ingin cantik berkilat, letakkan sedikit gula batu.
  8. Akhir sekali, perasakan dengan garam dan taburkan daun sup.
  9. Siap!

2) Resepi Ayam Masak Merah Perak

Resepi ini merupakan salah satu resepi yang digunakan terutama sebagai hidangan didalam majlis dan kenduri kendara. Masak merah amat sesuai dihidangkan didalam pelbagai majlis kerana keenakkannya dan boleh diplebagaikan. Berikut adalah bahan-bahan yang diperlukan.

Bahan utama 

  • ½ ekor ayam (perap dengan garam dan kunyit)

Bahan kisar

  • 10tangkai cili kering*
  • 1sdu makan jintan manis*
  • 3sdu makan kacang tanah*
  • 2bji buah keras*
  • 1inchi belacan*
  • 2 bunga lawang*
  • 2cengkih*
  • 1/4btg kayu manis*
  • 1bji cili hidup
  • 5bji bwg merah
  • Sangai bahan bertanda* dan kisar halus dgn sikit air bersama cili hidup dan bawang merah dan tambahkan 4 sudu besar sos tomato.

Bahan tumis

  • 2bji bawang merah dimayang
  • 3 ulas bawang putih dimayang
  • 3 inci halia dimayang
  • 1 kulit kayu manis
  • 1 bunga lawang
  • 3 cengkih
  • ⅓ cawan santan pekat

Kaedah

  • Tumis semua bahan tumis hingga wangi. 
  • Masukkan bahan kisar tadi bersama sos tomato dan tumis hingga garing. Masukkn ayam goreng dan tambah sedikit air masak sebentar. 
  • Akhir sekali masukkan santan pekat dan perasa dengan garam dan gula.

3) Resepi Daging Masak Merah Thai

Resepi ini telah dikongsikan oleh Farahziana Jarahim dan mendapat banyak perkongsian serta likes di Facebook beliau. Daging masak merah ini biasa didapati digerai atau restoran masakan Thailand. Daging masak merah menggunakan daging bahagian lembut yang dimasak bersama sos masak merah ini. Rasanya amat sedap dan patut dicuba, berikut adalah bahan yang diperlukan.

Bahan – bahan:

  • 3-4 ulas bawang putih
  • Bawang besar
  • Lada besar
  • Cili kisar
  • Sos cili
  • Sos tomato
  • Sos tiram
  • Perasa
  • Garam
  • Gula

Cara – cara memasak:

  1. Rebuskan daging dahulu.
  2. Apabila sudah masak, sejukkan sebentar.
  3. Ketukkan bawang putih.
  4. Panaskan minyak dan goreng daging sekejap.
  5. Dengan minyak yang sama, tumiskan bawang putih yang telah diketuk tadi. Masukkan cili kisar dalam 2 sudu besar.
  6. Apabila sudah garing, masukkan sos cili, sos tiram dan sos tomato.
  7. Masukkan air rebusan daging didalam 3 – 4 sudu.
  8. Letakkan perasa, garam dan gula.
  9. Letakkan lada besar dan bawang besar.
  10. Kacau sebentar dan siap!

4) Resepi Udang Masak Merah

Resepi berikut adalah perkongsian daripada ‎Nooraini Ramly‎ di laman Facebook menggunakan udang sebagai bahan utamanya. Oleh kerana sos masak merah ini mempunyai rasa yang sedikit masam, pedas dan manis jadi ia amat sesuai digunakan bersama udang. Berikut adalah bahan-bahan yang diperlukan.

Bahan-bahan :

  • Udang basah,
  • Bawang merah 2 ulas*,
  • Bawang putih 2 ulas*,
  • Halis sedikit (1 hiris)*,
  • Kunyit hidup sedikit (1 hiris)*,
  • Cili boh @ cili kering,
  • Sos tiram 1 sudu,
  • Sos tomato 1 sudu,
  • Sos cili 1 sudu.

Cara-cara :

  1. Mula-mula bersihkan dan kopek kulit udang. Tidak kopek tidak mengapa mengikut selera.
  2. Semua bahan bertanda *ditumbuk atau diblend.
  3. Panaskan minyak, tumis bahan bertanda *.
  4. Jika bahan tumis sudah kering sedikit, masukkan cili kering, sos tiram, sos tomato dan sos cili. Jangan letak sos banyak-banyak nanti tidak sedap.
  5. Tumis sampai pecah minyak gunakan api perlahankan, kalau kuat nanti terhangit, sambal jadi pahit.
  6. Jika sudah garing, masukkan air sedikit.
  7. Agak-agak sudah pekat, masukkan garam, penyedap rasa sedikit untuk menstabilkan rasa.
  8. Untuk cantikkan sambal, titikkan kicap sedikit supaya Nampak gelap sedikit.
  9. Seterusnya masukkan udang.
  10. Jika udang sudah masak, tutup api. Hias dengan hirisan bawang

5) Resepi Ayam Masak Merah Mudah

Resepi seterusnya ia cara paling mudah untuk menyediakan ayam masak merah, paling enak dinikmati bersama papadom dan nasi hujan panas. Bagi anda yang ingin mencuba, berikut adalag vaganb yang diperlukan.

Bahan-bahan

  • Ayam segar ½ ekor
  • Serbuk .kunyit
  • Garam

Bahan-bahan kisar

  • Cili kering 1 mangkuk kecil (gunting dan rebus)
  • Bawang besar ½ labu
  • Bawang putih 2 ulas
  • Halia ½ inci

Bahan-bahan perisa

  • Bawang besar 1 labu dihiris-hiris bulat.
  • Cili Sos 2-3 sudu makan
  • Susu cair ½ tin
  • Garam dan serbuk perasa secukupnya

Kaedah

  • Pertama kisarkan cili kering bersama bahan-bahan kisar lain.Ketepikan
  • Perasakan ayam dengan garam dan kunyit secukupnya.
  • Goreng ayam tetapi jangan terlalu garing. Ketepikan.
  • Kurangkan minyak dan tinggalkan dalam anggaran 2-3 sudu minyak tersebut.
  • Tumiskan bahan-bahan kisar tadi,tunggu sehingga cili naik minyak.
  • Apabila minyak telah naik, tambahkan garam, serbuk perasa dan sedikit gula jika mahu. Kacau biar rata.
  • Kemudian masukkan pula bawang besar yang telah dihiris tadi.
  • Masukkan sekali ayam yang telah digoreng tadi juga. Gaul, tambah air jika perlu
  • Apabila semua telah mesra tambahkan susu cair.
  • Gaul agar semua mesra. Tutup api.
  • Ada yang taburkan kacang pes jika mahu,tetapi saya tidak pernah tambah kacang kerana anak-anak tidak mengemarinya.

6) Resepi Ayam Masak Merah Serai

Resepi berikut ini menggunakan serai didalam masakannya, lazimnya didalam masak merah tidak menggunakan serai. Namun begitu didalam resepi ini serai ditambah untuk menaikkan aromanya. Ternyata ianya amat sedap! Berikut adalah bahan yang diperlukan.

Bahan-bahan

  • 3/4 Ayam
  • 6 Biji Bawang Kecil
  • 4 ulas bawang putih
  • 3 batang serai (dititik)
  • 1 helai daun pandan (pilihan)
  • Segenggam cili kering

Kaedah

  • Goreng ayam yang telah diperap dengan kunyit dan garam. Jangan terlalu masak untuk elakkan keras bila dihidang
  • Tumis bawang kecil, bawang putih yang telah dikisar sampai wangi
  • Masukkan lada kering yang telah dikisar hingga pecah minyak
  • Masukkan air asam jawa (secukup rasa)
  • Masukkan garam secukup rasa
  • Masukkan serai yang telah dititik
  • Masukkan ayam yang telah digoreng

7) Resepi Ayam Masak Merah Santan

Resepi seterusnya menggunakan santan pula didalam masakan masak merahnya. Kebiasaannya susu cair yang digunakan namun sebenarnya penggunaan santan juga amat sedap dan menarik. Berikut adalah bahan-bahan yang diperlukan.

Bahan-bahan

  • 1 ekor ayam
  • 1 tin kecil tomato puri
  • 1 cawan santan pekat
  • 1 tin kecil kacang peas (pilihan)

Bahan-bahan tumis

  • ½ biji bawang besar (dipotong nipis)
  • 2 ulas bawang putih
  • 2 batang kulit kayu manis
  • 3 kuntum bunga lawang
  • 5 biji cengkih

Bahan-bahan kisar

  • 20 biji cili kering (dipotong, direbus dan dikisar halus)
  • 2 biji bawang besar
  • 4 ulas bawang putih
  • 2 batang serai
  • 1 cm halia
  • 2 cm lengkuas
  • Kisar semua bahan-bahan.

Kaedah penyediaan

  • Gaulkan ayam dengan kunyit dan goreng agak masak.
  • Tumis bawang besar dan bawang putih sehingga layu.
  • Masukkan kulit kayu manis, bunga lawang, cengkih dan goreng sekejap.
  • Masukkan bahan-bahan kisar dan gaul rata.
  • Masukkan tomato puri. Masak sehingga pecah minyak dan biarkan sedikit kering.
  • Masukkan ayam, santan pekat dan gaul rata.
  • Masukkan gula dan serbuk secukup rasa. Biarkan mendidih.
  • Perlahankan api sebentar dan biarkan kuah ayam sampai berminyak baru tutup api.
  • Masukkan kacang peas hijau sebagai hiasan.
  • Siap dan sedia dihidangkan

 8) Resepi Ayam Masak Merah

Resepi berikut merupkan salah satu cara paling banyak digunakan didalam masakan masak merah ini. Ianya amat ringkas namun sedap dan bahan yang digunakan juga amat mudah ditemui terutama dinegara kita. Berikut adalah cara-caranya untuk menyediakan ayam masak merah ini.

Bahan bahan

  • 1 ekor ayam – lumur garam + kunyit & goreng separuh masak.
  • 2 kuntum bunga lawang
  • 1 batang kulit kayu manis
  • 2 sudu besar sos cili
  • 60 ml santan
  • 250 ml air
  • 3 biji tomato – belah 4
  • Garam dan gula secukup rasa
  • Minyak utk menumis

Bahan kisar 

  • 4 biji bawang besar
  • 5 ulas bawang merah
  • 5 ulas bawang putih
  • 2 cm halia
  • 1 senduk besar cili kisar

Bahan hiris

  • 3 biji bawang besar 
  • 5 ulas bawang putih
  • 2 cm halia 
  • 1 sudu besar sos cili/tomato

Kaedah 

  • Panaskan minyak dalam kuali dan tumis bahan hirisan sampai layu. Kemudian masukkan bahan kisar dan gaul rata.
  • Lepas tu masukkan cili kering yang dikisar dan sos cili. Tumis sampai pecah minyak.
  • Bila dah pecah minyak, masukkan ayam yang digoreng separuh masak tadi. Jika digoreng garing, ayam akan menjadi liat. Dikacau rata dan biarkan seketika.
  • Kemudian masukkan air mengikut banyak mana kuah yang disukai dan sos cili.
  • Masukkan santan untuk memekatkan kuah mengikut yang disukai.
  • Masukkan buah tomato dan garam. Masak sehingga pecah minyak. Taburkan sedikit gula, jika suka. Bila rasa dah sebati, dan warnapun dah cantik, bolehlah ditutup api.
  • Jika suka, boleh masukkan kacang peas, sebelum ditutup api dan sedia untuk dihidangkan bersama nasi minyak, nasi briyani atau nasi tomato.

 9) Resepi Ikan Masak Merah

Resepi seterusnya ialah masak merah menggunakan ikan, oleh kerana sambal masak merah ini sangat versatile maka ianya juga amat sesuai digunakan bersama ikan. Pilihlah ikan saiz besar kerana ianya lebih sedap, berikut adalah cara-cara untuk menyediakan masak merah ikan ini.

Bahan-bahan

  • 5 ekor ikan saiz sederhana
  • 3 biji bawang merah
  • 2 ulas bawang putih
  • 2 inci halia
  • cili kisar [ikut suka hati jika mahu pedas]
  • sos cili kimball
  • air asam jawa
  • garam
  • gula

Kaedah

  • Goreng ikan terlebih dahulu.
  • Kisar bawang merah, bawang putih, halia dan cili dan tumiskan hingga naik bau.
  • Masukkan sedikit air dan sos cili kimball. Masukkan juga air asam jawa, garam dan gula hingga cukup rasa.
  • Masukkan bawang yang dipotong2 dan tomato untuk hiasan.
  • Masukkan ikan yang telah digoreng dan kacau dan angkat.
  • Taburkan daun sup yang dipotong panjang2 sebagai hiasan.
  • Sedia dihidang.

10) Resepi Masak Merah Telur

Resepi terakhir didalam koleksi kali ini ialah telur masak merah. Selain dari ayam,daging,udang ataupun ikan telur juga sesuai digabungkan bersama masak merah ini. Bagi anda yang ingin mencuba resepi ini berikut adalah bahan-bahan yang diperlukan.

Bahan-bahan

  • 5 biji telur goreng
  • 1 biji bawang merah besar | dikisar
  • 1 biji bawang merah besar | dihiris bulat
  • 1″ halia dikisar
  • 2 ulas bawang putih | dikisar
  • 11 biji cili kering | dikisar
  • 2 sudu makan sos cili
  • 1 sudu makan sos tomato
  • 1 kulit kayu manis
  • 5 biji buah pelaga
  • 3 bunga lawang
  • Sedikit air asam jawa
  • Garam dan gula secukup rasa
  • Minyak untuk menggoreng

Kaedah

  • Goreng telur dan ketepikan.
  • Gunakan sedikit minyak tadi dan tumis bahan kisar dan rempah tumis sehingga garing dan wangi.
  • Masukkan sos cili, sos tomato dan kacau sehingga naik minyak.
  • Masukkan air asam jawa dan rasakan dengan garam dan gula secukup rasa.
  • Masukkan telur yang digoreng tadi dan kacau sebati.
  • Masukan bawang besar yang dihiris bulat dan juga buah tomato yang dipotong baji.
  • Siap!

Itulah dia sepuluh resepi masak merah yang boleh anda cuba, ia merupakan antara resepi yang paling popular dan kerap dihidangkan. Masak merah biasanya dinikmati bersama nasi minyak, nasi briyani, nasi tomato ataupun nasi hujan panas. Namun ia juga sedap dimakan bersama nasi putih.

Sedikit petua bila menyediakan ayam masak merah ialah pastikan ayam digoreng tidak terlalu garing kerana ia lebih sedap apabila dicampur dengan sos masak merah. Manakala bagi makanan laut memadai goreng seperti biasa. Baiklah diharap anda akan mencuba resepi-resepi didalam koleksi kali ini dan jangan lupa untuk kongsikan koleksi kami ini agar dapat dimanafaatkan orang lain juga. Terima kasih!

Resepi – resepi lain yang menarik

Terima kasih kerana berkunjung ke laman kami. Selain daripada koleksi ini, ada pelbagai variasi koleksi yang anda boleh cuba. Jangan lupa juga untuk kongsikan koleksi ini bersama rakan anda ya.

About Our Content Creators

Lorem ipsum dolor sit amet, consectetur adipiscing elit. Integer semper commodo tristique. Donec in dolor a odio semper convallis et ac ex. Aenean at elit non arcu tincidunt laoreet.

We may earn a commission if you click on the links within this article. Learn more.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *