Resepi Tradisional, Moden & Terkini

Koleksi 10 Resepi Drop Cookies Paling Sempoi Senang Giler

Koleksi yang kita kongsikan kali ini ialah kategori biskut yang biasanya menjadi pilihan menjelang hari perayaan seperti hari raya. Drop cookies adalah satu istilah atau nama panggilan bagi biskut yang dibuat menggunakan teknik sudu sahaja. Seperti yang kita ketahui ada pelbagai teknik yang digunakan untuk menghasilkan biskut yang sedap. Selain daripada menggunakan bahan yang betul untuk menyediakan biskut atau cookies, salah satu perkara yang penting ialah membentuk biskut menjadi bentuk yang menarik.

Drop cookies lazimnya mempunyai bentuk bulat apabila ia mula kembang ketika dibakar. Ianya mempunyai dua jenis, pertama jenis rangup manakala satu lagi jenis ‘chewy’ seperti lemau tapi sangat sedap kerana ia mempunyai banyak inti coklat. Perkongsian kali ini bagaimana pun akan membawa kepada anda untuk drop cookies jenis rangup yang amat mudah untuk disediakan, anda pasti akan suka rasanya. Berikut adalah 10 resepi drop cookies yang anda boleh cuba sendiri.

1 )Resepi Black And White Sesame Cookies

Resepi ini merupakan salah satu jenis biskut yang menggunakan bijan dan amat mudah untuk disediakan. Ia mempunyai asa yang rangup ditepi dan lembut dibahagian tengah. Bagi anda yang ingin mencuba nya sendiri berikut adalah bahan-bahan yang diperlukan yang boleh anda dapati di kedai yang berdekatan.

Bahan-bahan

A

  • 200g butter
  • 50g shortening
  • 2 biji kuning telur
  • 200g gula halus
  • 50g gula perang

B

  • 250 tepung gandum
  • 1 tsp baking powder
  • 1 tsp emplex
  • Secubit garam (jika guna butter unsalted)

Hiasan/Inti

  • 100g bijan hitam
  • 100g bijan putih
  • 100g biji kuaci labu, hijau dan putih
  • 3 tbsp serbuk almond

Kaedah

  • Mula-mula cairkan butter dan shortening kemudian sejukkan sebentar.
  • Masukkan gula dan kacau agar gula larut.
  • Kemudian masukkan kuning telur.
  • Sediakan bahan B didalam bekas lain.
  • Kemudian masukkan bahan A ke bahan B
  • Kacau perlahan hingga menjadi doh
  • Tambahkan separuh dari bijan-bijan
  • Masukkan pula serbuk badam.
  • Akhir sekali masukkan biji-biji kuaci campuran.
  • Rehatkan doh sebaik-baiknya 12 jam sebelum dibakar.
  • Bulat-bulatkan doh sebesar biji guli sebelum dibakar.
  • Jarakkan setiap doh kerana cookies akan menjadi lebar.
  • Letakkan kuaci sebagai hiasan sebelum bakar
  • Bakar selama 20 minit pada suhu 160c
  • Sejukkan sebelum disimpan
  • Siap!

2) Resepi Almond Choc Chip Cookies

Biskut ini merupakan antara biskut yang paling digemari kerana ia menggunakan serbuk kacang Badam. Ia digunakan untuk memberi rasa yang lebih rapuh,rangup dan berlemak. Bagi anda yang ingin mencubanya berikut adalah bahan-bahan yang diperlukan.

Bahan-bahan

A

  • 200g butter
  • 50g shortening
  • 2 biji kuning telur
  • 200g gula halus
  • 50g gula perang

B

  • 250 tepung gandum
  • 1 tsp baking powder
  • 1 tsp emplex
  • Secubit garam (jika guna butter unsalted)

Hiasan/Inti

  • 1 pek coklat cip (100g atau lebih)
  • 3 tbsp serbuk koko 
  • 100 g kacang badam (bakar dahulu)
  • 100g serbuk badam

Kaedah

  • Mula-mula cairkan butter dan shortening kemudian sejukkan sebentar.
  • Masukkan gula dan kacau agar gula larut.
  • Kemudian masukkan kuning telur.
  • Sediakan bahan B didalam bekas lain.
  • Kemudian masukkan bahan A ke bahan B
  • Kacau perlahan hingga menjadi doh
  • Tambahkan serbuk koko dan gaul hingga rata
  • Kemudian masukkan serbuk kacang badam dan gaul rata
  • Tambahkan pula separuh dari kacang badam dan chocolate chip
  • Rehatkan doh sebaik-baiknya 12 jam sebelum dibakar.
  • Bulat-bulatkan doh sebesar biji guli sebelum dibakar.
  • Jarakkan setiap doh kerana cookies akan menjadi lebar.
  • Letakkan kacang badam sebagai hiasan sebelum bakar
  • Bakar selama 20 minit pada suhu 160c
  • Sejukkan sebelum disimpan
  • Siap!

3) Resepi Coffee Walnut Choc Chip Cookies

Bagi peminat kopi biskut ini amat sesuai, kerana ia amat mudah untuk disediakan dan juga menggunakan voice kopi yang dibuat sendiri. Berikut adalah bahan-bahan yang diperlukan yang boleh anda dapatkan di kedai bekalan barangan bakeri.

Bahan-bahan

A

  • 200g butter
  • 50g shortening
  • 2 biji kuning telur
  • 200g gula halus
  • 50g gula perang

B

  • 250 tepung gandum
  • 1 tsp baking powder
  • 1 tsp emplex
  • Secubit garam (jika guna butter unsalted)
  • Pes kopi
  • 1 sachet / 1 tsp serbuk nescafe
  • 1 tsp air panas
  • 1 tsp emulco mocha (pilihan)
  • ** bancuh menjadi pes
  • 1 pek coklat cip (100g atau lebih)
  • 3-4 tbsp serbuk koko/koko hitam 
  • 250 g dark chocolate (potong dadu)
  • 100g walnut (bakar dahulu)

Kaedah

  • Mula-mula cairkan butter dan shortening kemudian sejukkan sebentar.
  • Masukkan gula dan kacau agar gula larut.
  • Kemudian masukkan kuning telur.
  • Sediakan bahan B didalam bekas lain.
  • Kemudian masukkan bahan A ke bahan B
  • Kacau perlahan hingga menjadi doh
  • Tambahkan serbuk koko dan gaul hingga rata
  • Kemudian baru tambahkan dark chocolate yang dipotong dadu dan separuh dari chocolate chip.
  • Masukkan pula separuh dari walnut 
  • Rehatkan doh sebaik-baiknya 12 jam sebelum dibakar.
  • Bulat-bulatkan doh sebesar biji guli sebelum dibakar.
  • Jarakkan setiap doh kerana cookies akan menjadi lebar.
  • Letakkan walnut sebagai hiasan sebelum bakar
  • Bakar selama 20 minit pada suhu 160c
  • Sejukkan sebelum disimpan
  • Siap!

4) Resepi S’Mores Chocolate Chip Cookies

Biskut ini menggunakan marshmallowsebagai bahan utamanya. Ia memberi satu rasa yang menarik pada setiap gigitannya kita. Jika anda ingin mencubanya berikut adalah bahan-bahan yang diperlukan.

Bahan-bahan

A

  • 200g butter
  • 50g shortening
  • 2 biji kuning telur
  • 200g gula halus
  • 50g gula perang

B

  • 250 tepung gandum
  • 1 tsp baking powder
  • 1 tsp emplex
  • Secubit garam (jika guna butter unsalted)

Hiasan/Inti

  • 1 peket marshmallow (kecil)
  • 1 peket biskut tawar (patah-patahkan)
  • 2 tbsp serbuk koko 
  • 250 g white chocolate (potong dadu)

Kaedah

  • Mula-mula cairkan butter dan shortening kemudian sejukkan sebentar.
  • Masukkan gula dan kacau agar gula larut.
  • Kemudian masukkan kuning telur.
  • Sediakan bahan B didalam bekas lain.
  • Kemudian masukkan bahan A ke bahan B
  • Kacau perlahan hingga menjadi doh
  • Tambahkan serbuk koko dan gaul hingga rata
  • Kemudian baru tambahkan white chocolate yang dipotong dadu dan separuh dari marshmallow dan kesemua biskut.
  • Rehatkan doh sebaik-baiknya 12 jam sebelum dibakar.
  • Bulat-bulatkan doh sebesar biji guli sebelum dibakar.
  • Jarakkan setiap doh kerana cookies akan menjadi lebar.
  • Letakkan marshmallow sebagai hiasan sebelum bakar
  • Bakar selama 20 minit pada suhu 160c
  • Sejukkan sebelum disimpan
  • Siap!

5) Double Choc Chip Cookies

Ini adalah satu lagi biskut yang menjadi kegemaran ramai. Dia menggunakan dua atau tiga jenis coklat sebagai bahan utama dalam biskut ini. Berikut adalah bahan-bahan yang diperlukan yang boleh anda dapati di kedai memberkan barangan bateri.

Bahan-bahan

A

  • 200g butter
  • 50g shortening
  • 2 biji kuning telur
  • 200g gula halus
  • 50g gula perang

B

  • 250 tepung gandum
  • 1 tsp baking powder
  • 1 tsp emplex
  • Secubit garam (jika guna butter unsalted)

Hiasan/Inti

  • 1 peket (300g) duo coklat chip
  • 4 tbsp serbuk koko 
  • 100g dark chocolate (potong dadu)
  • 100g milk chocolate
  • 100g white chocolate

Kaedah

  • Mula-mula cairkan butter dan shortening kemudian sejukkan sebentar.
  • Masukkan gula dan kacau agar gula larut.
  • Kemudian masukkan kuning telur.
  • Sediakan bahan B didalam bekas lain.
  • Kemudian masukkan bahan A ke bahan B
  • Kacau perlahan hingga menjadi doh
  • Tambahkan serbuk koko dan gaul hingga rata
  • Kemudian baru tambahkan dark,milk dan white chocolate yang dipotong dadu dan separuh dari chocolate chip.
  • Rehatkan doh sebaik-baiknya 12 jam sebelum dibakar.
  • Bulat-bulatkan doh sebesar biji guli sebelum dibakar.
  • Jarakkan setiap doh kerana cookies akan menjadi lebar.
  • Letakkan chocolate cip sebagai hiasan sebelum bakar
  • Bakar selama 20 minit pada suhu 160c
  • Sejukkan sebelum disimpan
  • Siap!

6) Resepi Bittersweet Dark Chocolate Drop Cookies

Jika anda tidak gemar kepada biskut yang terlalu manis, biskut ini amat sesuai bagi anda. Ia menggunakan chocolate chip yang mempunyai rasa pahit manis. Amat mudah untuk disediakan, berikut adalah bahan-bahan yang diperlukan.

Bahan-bahan

A

  • 200g butter
  • 50g shortening
  • 2 biji kuning telur
  • 200g gula halus
  • 50g gula perang

B

  • 250 tepung gandum
  • 1 tsp baking powder
  • 1 tsp emplex
  • Secubit garam (jika guna butter unsalted)

Hiasan/Inti

  • 1 peket (300g) coklat cip bittersweet 
  • 2 tbsp serbuk koko 
  • 2 tbsp serbuk koko hitam (pilihan)
  • 250 g dark chocolate (potong dadu)

Kaedah

  • Mula-mula cairkan butter dan shortening kemudian sejukkan sebentar.
  • Masukkan gula dan kacau agar gula larut.
  • Kemudian masukkan kuning telur.
  • Sediakan bahan B didalam bekas lain.
  • Kemudian masukkan bahan A ke bahan B
  • Kacau perlahan hingga menjadi doh
  • Tambahkan serbuk koko dan gaul hingga rata
  • Kemudian baru tambahkan dark chocolate yang dipotong dadu dan separuh dari chocolate chip.
  • Rehatkan doh sebaik-baiknya 12 jam sebelum dibakar.
  • Bulat-bulatkan doh sebesar biji guli sebelum dibakar.
  • Jarakkan setiap doh kerana cookies akan kembang.
  • Letakkan chocolate cip sebagai hiasan sebelum bakar
  • Bakar selama 20 minit pada suhu 160c
  • Sejukkan sebelum disimpan
  • Siap!

7) Resepi Biskut Coklat Cip 

Ini merupakan satu lagi biskut chocolate chip yang sangat digemari. Ia mempunyai rasa yang sangat rapuh dan rangup dan anda dapat merasai chocolate chip dalam setiap gigitannya. Berikut adalah bahan-bahan yang diperlukan yang boleh anda dapati di kedai yang memberkan barangan bakeri.

Bahan-bahan

A

  • 125 g butter
  • 35 g shortening
  • 50g gula castor
  • 150g brown sugar

B

  • 1 biji telur
  • ½ esen vanila

C

  • 250g tepung gandum
  • ½ sudu teh garam
  • ¾ soda bikabornat
  • Ayak dahulu

D

  • 150g coklat cip
  • 50g badam hancur (almond nib)
  • 50g badam kisar (ground almond)
  • Bakar semua jenis kacang dahulu

Kaedah

  • Panaskan oven pada suhu 160c sekurang-kurangnya 10minit.
  • Dengan guna spatula atau senduk kayu,gaulkan butter dan gula sehingga berwarna putih/pucat.
  • Masukkan telur dan gaul sebati. Tambah esen vanila
  • Akhir sekali masukkan bahan-bahan C
  • Gaul rata semua bahan agar sebati dan mesra.
  • Tambahkan bahan-bahan D.
  • Dengan menggunakan sudu,letakkan sesudu adunan untuk sekeping biskut.
  • Bakar selama 20 min pada suhu 160c..

8) Resepi Chocolate Chip Cookies

Ibu sila cuba resepi cookies cip coklat yang dikongsikan oleh Nuryaty Mayuki di laman Facebook. Ianya merupakan biskut yang menggunakan bahan-bahan ringkas tetapi mempunyai rasa biskut yang rapu dengannya. Berikut adalah bahan-bahan yang diperlukan.

chocolate chips cookies
Imej via Facebook

Bahan-bahan :

  • 250 gram mentega,
  • 70 gram gula halus,
  • 80 gram gula perang,
  • ½ sk esen vanilla,
  • 1 biji telur,
  • 1 biji kuning telur,
  • 60 gram kacang badam/walnut (dipanggang sebentar),
  • 40 gram oat,
  • 250 gram cip coklat.

Bahan Ayak :

  • 300 gram tepung,
  • 10 gram serbuk koko,
  • ½ sudu kecil serbuk penaik,
  • ½ sudu kecil serbuk soda,
  • 50 gram susu tepung.

Cara Menyediakan :

  • Pukul mentega, gula, gula perang dan vanilla hingga sebati.
  • Masukkan telur dan kuning telur, pukul lagi hingga sebati.
  • Masukkan campuran tepung perlahan-lahan sambil dipukul.
  • Campurkan kekacang, oat dan cip coklat ke dalam adunan. Gaulkan hingga sebati dan rata.
  • Sudukan atau letakkan sedikit adunan di atas dulang yang dilengser.
  • Bakar di dalam ketuhar yang telah dipanaskan pada suhu 170°C selama 20 minit.

9) Resepi Biskut Red Velvet

Red Velvet bukan sahaja sesuai dijadikan kek tetapi melalui usaha kreatif tukang masak ia juga boleh dapati dalam bentuk biskut. Ia mempunyai rasa yang menarik juga dan bagi anda yang ingin mencuba berikut adalah bahan-bahan yang diperlukan.

Bahan-bahan

A

  • 125g butter
  • 1 sudu besar minyak sapi
  • ½ cawan gula castor

B

  • 1 biji kuning telur
  • ½ sudu teh esen vanila
  • ½ pewarna merah
  • ½ pewarna pink

C

  • 1 cawan tepung gandum
  • ½ cawan tepung beras
  • 1 sudu besar serbuk koko

D

  • 40g almond nib
  • 40 g coklat cip

Kaedah

  • Panaskan oven pada suhu 160c sekurang-kurangnya 10minit.
  • Dengan guna spatula atau senduk kayu,gaulkan butter dan gula sehingga berwarna putih/pucat.
  • Masukkan  bahan B dan gaul sebati. Tambah esen vanila
  • Akhir sekali masukkan bahan-bahan C
  • Gaul rata semua bahan agar sebati dan mesra.
  • Tambahkan bahan-bahan D.
  • Dengan menggunakan sudu,letakkan sesudu adunan untuk sekeping biskut.
  • Bakar selama 20 min pada suhu 160c.

10) Resepi Biskut Nestum Madu

Resepi ini telah dikongsikan oleh Makcik Ratu dan mendapat banyak komen positif di Facebook beliau. Ianya dibuat menggunakan chocolate chip dan serbuk nestum sebagai bahan utamnya. Mempunyai rasa yang sangat digemari berikut adalah bahan-bahan yang diperlukan.

biskut-nestum
Image via Facebook

Bahan – bahan:

  • 1 cawan butter
  • 1 3/4 cawan brown sugar atau 1 1/2 cawan gula
  • 1 sdb esen
  • 1 biji telur
  • 1 cawan minyak jagung
  • 4 cawan tepung Red Rose (tepung biskut)
  • 1/2 cawan tepung jagung
  • 1 sdk soda bikarbonate
  • 1 cawan nestum
  • 1 cawan coklat chip
  • Almond nibs

Cara – cara memasak:

  • Gaulkan butter bersama gula dan esen vanilla sehingga sebati dan gula hancur.
  • Masukkan telur dan pukul lagi sehingga sebati.
  • Masukkan minyak jagung.
  • Masukkan tepung biskut, tepung jagung dan soda bikarbonate yang diayak terlebih dahulu.
  • Masukkan nestum madu dan gaulkan kesemuanya.
  • Masukkan 1 cawan chocolate chips bersama almond nibs.
  • Gaul sehingga sebati dan cubit menggunakan tangan.
  • Oleskan loyang dengan sedikit butter supaya tidak melekat.
  • Bakar mengikut kepada ketuhar masing – masing.

Itulah dia 10 resepi drop cookies yang sangat mudah untuk disediakan. Kebanyakan resipi di dalam ini menghasilkan tekstur cookies yang rangup. Ianya sangat sesuai dengan citarasa orang kita. Manakala bahan-bahan yang digunakan juga amat mudah ditemui dan ia juga tahan lama. Diharap anda akan kongsikan koleksi ini dan jadikanlah ia sebagai bahan rujukan kegemaran anda. Selamat mencuba!

Resepi – resepi lain yang menarik

Terima kasih kerana berkunjung ke laman kami. Selain daripada koleksi ini, ada pelbagai variasi koleksi yang anda boleh cuba. Jangan lupa juga untuk kongsikan koleksi ini bersama rakan anda ya.

About Our Content Creators

Lorem ipsum dolor sit amet, consectetur adipiscing elit. Integer semper commodo tristique. Donec in dolor a odio semper convallis et ac ex. Aenean at elit non arcu tincidunt laoreet.

We may earn a commission if you click on the links within this article. Learn more.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *