Resepi Tradisional, Moden & Terkini

Koleksi 10 Resepi Cucur Yang Sempoi Nak Buat

Koleksi kali ini akan menghimpunkan 10 resepi cucur yang paling mudah disediakan dan sering menjadi pilihan ramai terutama ketika minum petang. Cucur adalah sejenis hidangan yang diperbuat daripada tepung gandum dan air bersama beberapa bahan tambahan lain yang memberi rasa-rasa yang berbeza setiap satunya.

Cucur sentiasa menjadi pilihan kerana bukan sahaja kerana ianya mudah dan cepat untuk disediakan malah ianya juga mengenyangkan. Mari lihat 10 resepi cucur yang telah kami himpunkan ini.

1. Resepi Cucur Oat

Resepi ini merupakan salah satu resepi cucur yang jarang dibuat, ini kerana ia menggunakan oat sebagai bahan utamanya. Namun begitu tahukah anda oat yang dibuat cucur amat sedap dan rangup. Tambahan pula bila ditambah dengan beberapa bahan yang menaikkan selera, berikut adalah bahan yang diperlukan.

  • 1 cawan tepung gandum
  • 2 sudu besar gula
  • 1 sudu kecil baking powder
  • ½ sudu kecil soda bika
  • ½ sudu teh garam
  • ½ cawan rolled oat
  • Daun bawang
  • Cili api merah
  • Air suam secukup 

Kaedah

  • Campurkan semua bahan kering
  • Masukkan air suam dan kacau 
  • Biarkan seketika agar oat lembut
  • Masukkan daun bawang dan cili api yang telah dihiris.
  • Goreng dengan minyak yang banyak dan panas
  • Ulang sehingga habis
  • Siap!

2. Resepi Cucur Ikan Bilis Gebu

Resepi ini merupakan satu percubaan untuk mengubah suai cara menyediakan cucur ikan bilis. Dalam resepi ia menggunakan cuka dan juga susu segar. Oleh itu rasa dan teksturnya sedikit berbeza. Biaklah jika anda mencuba, berikut adalah bahan-bahan yang diperlukan.

  • ¾ cawan susu segar
  • 2 sudu besar cuka makan
  • 2-3 cawan tepung gandum ( all-purpose flour )
  • 2 sudu besar gula 
  • 1 sudu kecil baking powder
  • ½ sudu kecil baking soda
  • ½ sudu kecil garam
  • Ikan bilis segenggam
  • Bawang besar 1 ulas (dihiris mengikut citarasa)
  • Mula-mula campurkan susu dan cuka bersama-sama, biarkan selama 5 minit.
  • Kemudian tambahkan mentega cair dan telur, kacau agar ia sebati.
  • Selepas itu tambahkan semua bahan kering ke dalam mangkuk yang besar. Kacau agar ia sebati, kemudian tambahkan bahan-bahan basah yang telah digaul sebati tadi.
  • Kacau menggunakan tangan hingga semua bahan sebati hingga adunan sebati. Ketepikan seketika.
  • Panaskan kuali dan tambahkan minyak masak secukupnya untuk goreng tenggelam.
  • Dengan menggunakan sudu kecil, tuangkan satu adunan dalam satu masa. Gunakan api yang sederhana, terbalikkan apabila satu bahagian mulai masak.
  • Ulang hingga semua adunan habis digoreng.
  • Siap, boleh dihidangkan bersama sos cili.

3. Resepi Cucur Manis Kembung

Resepi berikut merupakan resepi cucur yang mempunyai rasa yang manis, dan ia juga pernah menjadi viral kerana cara membuatnya sedikit berbeza. Apapun jika anda sedang mencari idea bagi santapa minum petang yang sedap dan mudah mungkin anda boleh mencuba resepi, berikut adalah bahan-bahan yang diperlukan.

  • 1  cawan tepung gandum
  • 1  cawan air panas 
  • ¼ cawan susu pekat manis (Ikut kemanisan)
  • secubit garam
  • Satukan tepung bersama garam dan susu pekat manis
  • Tuangkan air panas sedikit-sedikit, dan kacau dengan senduk atau sudu hingga adunan menjadi pekat dan bergerak perlahan apabila ia diangkat.
  • Biarkan doh sejuk sebentar.
  • Panaskan minyak. Pastikan minyak benar-benar panas dengan api yang sederhana.
  • Basahkan tangan dan ambik secukupnya adunan untuk digoreng, guna kuali kecil agar anda dapat mengoreng satu demi satu cucur.
  • Adunan ini akan kembung apabila digoreng satu persatu.
  • Tos didalam penapis yang dilapik tisu dapur.
  • Siap.

4. Resepi Cucur Jawa

Seterusnya ialah resepi cucur jawa yang dikongsikan oleh Iza Faizah dan mendapat banyak perkongsian di media sosial. Cucur jawa ini memerlukan latihan yang banyak untuk menghasilkannya. Cucur jawa adalah sejenis kuih yang digoreng satu persatu dan adunannya perlu diperap beberapa jam sebelum digoreng, berikut adalah bahan-bahan yang diperlukan.

  • 2 cwn tepung gandum
  • 1 cwn tepung beras
  • 1 1/4 cwn gula
  • Sedikit garam
  • Gula merah
  • Air (tiada sukatan)
  • Campur tepung gandum, garam dan tepung beras.
  • Masukkan air bancuhan gula merah ke dalam adunan sampai dapat adunan cucur jawa. Pastikan ianya tak pekat dan tak cair.
  • Masukkan gula putih.
  • Kacau sebati dan pastikan adunan cukup rasa.
  • Perap adunan dlm 30minit.
  • Sedia dituang.

5. Resepi Cucur Badak Keledek

Resepi cucur badak merupakan salah satu kuih yang amat digemari terutama menjelang bulan Ramadan. Sesuai dijadikan juadah berbuka mahupun juadah minum petang. Cucur badak adalah sedikit berbeza berbanding cucur biasa kerana ia mempunyai inti kelapa parut yang dimasak bersama sambal.Berikut adalah bahan-bahan yang diperlukan

  • 1 Kilogram keledek(dilecek)
  • 2 Cawan tepung gandum
  • 1/2 Biji kelapa parut
  • 10 biji cili kering
  • 3 sudu besar udang kering
  • 8 ulas bawang merah
  • 3 batang serai
  • 1/2 sudu teh ketumbar
  • 1/2 sudu teh jintan manis
  • 1/2 sudu teh jintan putih
  • 1 inci halia
  • 1 inci kunyit
  • Garam secukup rasa

Kaedah 

  • Panaskan minyak dan tumis bahan giling hingga naik baunya,
  • Masukkan kelapa dan sedikit air
  • Bila dah kering angkat dan sejukkan
  • Gaulkan ubi keledek dengan tepung hingga sebati, kemudian bentukkan bulat2
  • isikan intinya dan dibulakan semula
  • Panaskan minyak dan goreng hingga masak.
  • Siap.

6. Resepi Cucur Ikan Bilis

Seterusnya resepi cucur yang oleh Irhana Canella di laman Facebook. Cucur ini paling mudah disediakan dan digemari pelbagai masyarakat dinegara kita ini. Ianya amat mudah disediakan dan amat sesuai dijadikan santapan minum petang, mahupun sarapan pagi. Berikut adalah bahan-bahan yang diperlukan.

  • 2 cawan tepung gandum,
  • Segenggam ikan bilis dicuci dan tumbuk kasar,
  • Secubit garam,
  • Kiub pati ayam separuh,
  • Daun bawang@kucai ikut selera masing-masing,
  • Sebiji bawang besar,
  • 2 cawan air panas (harus betul-betul).
  • Masukkan semua bahan dalam bekas, gaul sebati.
  • Masukkan air panas. Gaul bahan pakai senduk.
  • Uli bulat-bulat dan goreng.
  • Siap.

7. Resepi Cucur Badak Gebu

Seterusnya resepi cucur badak yang dikongsi oleh Normani Mdsaad di laman Facebook. Ianya amat sedap dan popular dikalangan masyarakat tempatan. Cucur badak dibuat menggunakan keledek manis yang digaul bersama tepung. Kemudian ia diisi dengan inti kelapa parut dimana didalam resepi ini ia menggunakan udang kecil yang sememangnya pasti memikat. Berikut adalah bahan yang diperlukan.

  • ½ kilo udang kapas (kecil),
  • 2 biji kelapa parut (tidak terlalu tua),
  • 20-25 biji cili kering,
  • 5 batang serai,
  • 5-6 biji bawang merah,
  • 1 biji bawang besar,
  • Sedikit kunyit hidup,
  • 1 sudu kecil jintan manis,
  • Garam gula serbuk perasa.
  • Mesin semua bahan kecuali udang, bahan perasa dan kelapa parut.
  • Masak sekejap di atas api baru masukkan kelapa yang dimesin sekejap. (Jangan mesin kelapa lama sangat, nanti halus sangat tidak sedap).
  • Kacau dalam 5-10 minit baru masukkan udang. Kacau lagi sampai hampir kering.
  • Tambahkan garam, gula, perasa ikut selera masing-masing ingin pedas atau manis.
  • Kacau sehingga agak kering, angkat dan sejukkan sebentar
  • 1 kg keledek manis,
  • 2-3 cawan tepung gandum ikut kesesuaian,
  • Garam sedikit.
  • Kupas kulit keledek, potong ketul-ketul kecil supaya cepat empuk apabila direbus. Air sama paras dengan keledek jangan banyak sangat nanti lembik. Letakkan secubit garam.
  • Rebus hingga air hampir kering. Angkat.
  • Biar sejuk baru lenyekkan.
  • Tambahkan tepung sedikit-sedikit.
  • Bila sudah siap bulatkan sama saiz.
  • Leperkan, masukkan inti dan bulatkan kembali.
  • Tabur sedikit tepung di atas tray@talam agar adunan yang dibulatkan tadi tidak melekat.

8. Resepi Cucur Kembung Lemak Manis

Seterusnya resepi cucur lemak manis yang dikongsi oleh Bunga Dahlia di laman Facebook. Ianya sangat digemari terutama oleh kanak-kanak kerana rasanya yang lemak-lemak manis. Bahan-bahan yang digunakan didalam resepi ini amat ringkas dan mudah untuk disediakan. Berikut adalah bahan-bahannya yang boleh anda dapati dikedai berdekatan.

  • 1 sudu besar yis,
  • 1 cawan tepung gandum,
  • 2 sudu besar gula,
  • 2 sudu besar susu pekat,
  • Secubit garam dan air secukupnya.
  • Campur semua bahan.
  • Masukkan air sedikit-sedikit.
  • Adunan macam cucur biasa tidak pekat tidak cair sangat.
  • Perap setengah jam hingga satu jam baru boleh digoreng.
  • Siap.

9. Resepi Cucur Keto

Resepi ini merupakan salah satu resepi yang digunakan oleh pengamal diet ketogenik, dimana mereka tidak menggunakan sebarang sumber karbohidrat. Oleh itu resepi yang unik tetapi sedap ini menggunakan serbuk kacang badam sebagai ganti tepunng, berikut adalah bahan-bahan yang diperlukan.

  • 1/2 cawan badam kisar (almond flour)
  • 1/2 sudu teh garam Himalaya 
  • Sebiji telur
  • 3 sudu minyak kelapa dara
  • 1/2 bawang Holland (hiris nipis)
  • Minyak untuk menggoreng
  • Masukkan rempah kari dan garam Himalaya ke dalam almond flour. Kacau sebati.
  • Pecahkan sebiji telur dan kacau rata.
  • Tuangkan 3 sudu minyak dan gaulkan sehingga rata.
  • Masukkan bawang Holland dan kacau.
  • Panaskan minyak. 
  • Dengan api sederhana masukkan sesudu adunan dan goreng.
  • Hidang dengan sos cili.
  • Siap

10. Resepi Cucur Jawa Gula Merah

Resepi terakhir didalam koleksi ini merupakan satu lagi cucur jawa yang sangat sedap dan digemari. Ia diperbuat daripada tepung gandum dan tepung berasa, manakala gula yang digunakan ialah gula merah untuk memberi warna yang lebih cantik. Namun begitu membuat cucur jawa ini tidaklah mudah, namun anda boleh mencuba sendiri resepi ini menggunakan bahan-bahan seperti berikut.

Bahan-bahan

  • 1 cawan tepung gandum
  • 1 cawan tepung beras
  • setengah cawan gula putih
  • setengah cawan air gula merah

Kaedah

  • Mula masakkan setengah cawan gula merah dengan setengah cawan air, tapis dan sejukkan menjadi setengah cawan.
  • Kemudian campurkan tepung beras, tepung gandum, baki gula dan tuang air gula merah tadi.
  • Tambahkan 1 cawan air sedikit demi sedikit sambail kacau kerana adunan tidak boleh terlalu banyak air. Ia seharusnya pekat tetapi kelikatannya cair.
  • Perap adunan semalaman atau sekurang-kurangnya 6 jam.
  • Apabila hendak goreng tambahkan sedikit air jika ia terlalu pekat. 
  • Goreng dengan minyak yang banyak dan panas, namun kecilkan api ketika mengoreng agar ia tidak hangit.
  • Goreng sekeping demi sekeping sehingga habis adunan.
  • Sejukkan sebelum dinikmati.

Itulah dia 10 resepi cucur yang boleh anda cuba, resepi-resepi yang kami himpunkan merupakan resepi yang telah dicuba dan sememangnya menjadi. Walaupun mungkin ada beberapa resepi yang lain dari biasa atau yang memerlukan cara yang berbeza namun ianya amat berbaloi untuk dicuba. Jadi diharap anda akan mencuba sendiri resepi-resepi ini dan kongsikan agar dapat dimanafaatkan orang lain. Selamat mencuba!

Resepi – resepi lain yang menarik

Terima kasih kerana berkunjung ke laman kami. Selain daripada koleksi ini, ada pelbagai variasi koleksi yang anda boleh cuba. Jangan lupa juga untuk kongsikan koleksi ini bersama rakan anda ya.

About Our Content Creators

Lorem ipsum dolor sit amet, consectetur adipiscing elit. Integer semper commodo tristique. Donec in dolor a odio semper convallis et ac ex. Aenean at elit non arcu tincidunt laoreet.

We may earn a commission if you click on the links within this article. Learn more.

More…!