Resepi Tradisional, Moden & Terkini

Koleksi 10 Resepi Chicken Wing Paling Sempoi Sedap Giler

Kepak ayam merupakan salah satu bahagian daging ayam yang paling digemari. Ianya banyak digunakan sebagai menu hidangan pembuka selera atau dijadikan menu sampingan. Teknik yang selalu digunakan untuk kepak ayam ialah goreng deep try ataupun dibakar.

Bahan yang paling kerap digunakan ialah madu,kicap,serbuk cili, lemon, telur masin malah air coca cola juga boleh dimasak bersama kepak ayam. Oleh kerana daging ayam tidak mempunyai banyak isi yang keras dan ianya mempunyai bahagian kulit ia amat digemari.

Koleksi kali ini akan kongsikan kepada anda 10 resepi kepak ayam yang paling sedap dan popular yang boleh anda cuba sendiri. Jom lihat senarai resepi-resepi tersebut

1) Resepi Salted Egg Chicken Wing

Salted egg atau telur masin adalah antara bahan yang mulai popular kebelakangan ini. Ianya banyak diguna didalam pelbagai jenis makanan termasuk kepak ayam. Ada rasa yang masin berlemak ia amat sedap, jom try resepi berikut.

Bahan-bahan Ayam

  • 5 ketul kepak ayam
  • 1 mangkuk kecil tepung bestari 

Kaedah

  • Potong ayam kepada 2 bahagian.
  • Perap kepak ayam dengan 3 sudu serbuk tepung bestari. Ketepikan sebentar.
  • Sementara itu panaskan minyak .
  • Gaul kepak ayam dengan tepung bestari dan goreng tenggelam dengan minyak panas.
  • Ketepikan

Bahan-bahan Kuah

  • 4 ulas bawang putih (cincang)
  • 3 tangkai daun kari 
  • 100 gram mentega
  • 150 ml susu cair
  • 3 sudu besar serbuk telur masin
  • 7 ulas cili api dihiris

Kaedah

  • Panaskan butter dan tumis bawang putih.
  • Masukkan cili api,daun kari dan susu cair.
  • Apabila telah pekat masukkan serbuk telur masin.
  • Kacau rata dan gaul dengan kepak ayam
  • Siap!

2) Resepi  Honey Garlic Chicken Wing

Kepak ayam seterusnya juga amat sedap dan boleh dicuba kerana ianya amat ringkas untuk diaediakan. Jika anda ingin mencubanya berikut adalah bahan yang diperlukan.

Bahan utama 

  • 10 – 12 kepak ayam (dipotong drummet)
  • 1 biji telur
  • 2 sudu besar tepung jagung
  • 4 sudu besar tepung gandum
  • 1/2 sudu teh garam 
  • 1 sudu besar serbuk cili
  • 1 sudu teh lada hitam

Bahan Sos

  • 7 sudu kicap manis
  • 8 ulas bawang putih (ditumbuk halus)
  • 4 sudu madu
  • 7 sudu sos cili
  • 5 sudu sos tomato

Kaedah

  • Perap kepak ayam bersama tepung jagung, tepung gandum, garam, serbuk cili, dan lada hitam.
  • Bakar kepak ayam pada suhu 180c selama 30 minit
  • Didihkan kicap manis, bawang putih, madu, sos cili, dan sos tomato.
  • Salut ayam goreng bersama sos
  • Siap

3) Resepi Korean Chicken Wing

Seterusnya ialah kepak ayam menjadi viral dari masakan Korea. Ianya mempunyai rasa yang pedas yang telah menjadi trend mari bagi masakan Korea yang mulai popular dinegara kita. Berikut adalah bahan-bahan yang diperlukan.

Bahan utama

  • ½ kilo kepak ayam
  • 3 ulas bawang putin dan ½ inci halia (tumbuk lumat dan perap dengan ayam)

Kaedah

  • Goreng kepak ayam dengan tepung bestari dan ketepikan

Bahan-bahan sos korea

  • 3 biji bawang putih (tumbuk halus)
  • 3 sudu cili powder (bancuh dgn setengah cawan air)
  • 2 sudu sos korea
  • 1 1/2 sudu cuka
  • 1 sudu gula perang 
  • 1 1/2 sudu madu
  • Garam secukup rasa

Kaedah

  • Tumis bawang putih sampai garing dan masukkan pes cili.
  • Apabila ia telah naik minyak, masukkan sos.
  • Kacau sebentar kemudian masukkan cuka,gula perang, madu dan sedikit garam.
  • Tunggu sejuk sebentar baru masukkan kepak ayam yang telah digoreng.
  • Hiaskan dengan bijan yang telah disangai.
  • Siap!

4) Resepi Spicy Chicken Wings

Resepi ini telah dikongsikan oleh Makcik Ratu di laman sosial Facebook miliknya dan telah mendapat reaksi positif dari warga netizen Facebook Ianya mempunyai rasa yang pedas-pedas dan juga amat sedap, berikut adalah bahan yang diperlukan.

Spicy-Chicken-Wings
image via Facebook

Bahan – bahannya:

  • 11 ketul ayam bahagian wing

Tumbuk halus:

  • 10 ulas garlic
  • 2 ruas jari halia

Sos:

  • 4 sdb sos cili
  • 4 sdb sos cili pedas Life/ extra hot
  • 4 sdb sos tiram
  • 4 sdb kicap manis
  • 1 sdb black pepper yg berbiji halus dlm botol
  • 2 sdb sweet paprika/serbuk cili
  • 4 sdb honey
  • 1 sdb serbuk secukup rasa Maggi

Cara – cara penyediaanya:

  • Potong-potong ayam dan basuh kemudian toskan kering.
  • Gaul semua bahan sehingga sebati.
  • Panaskan minyak dalam kuali. Api perlahan dan jaga api supaya ayam tidak hangit,
  • Masukkan ayam yang diperap tadi, tutup kuali dengan tudung supaya ayam mudah masak.
  • Ketika ini ayam akan mengeluarkan air,biarkan ianya mengering sendiri.
  • Sekali sekala buka tudung dan kacau perlahan.
  • Ayam sudah masak elok jika ianya menjadi sticky melekit.
  • Boleh tutup api dan siap.

5) Resepi Crunchy Chicken Drummet Ala Ayamas

Kepak ayam berikut adalah hasil inspirasi dari Ayamas yang amat sedap dan sering menjadi minat ramai orang terutama kanak-kanak. Sesuai bagi semua lapisan usia, berikut adalah bahan yang diperlukan.

Bahan utama

  • Kepak ayam sekilo dipotong dua.

Bahan-bahan perapan

  • Serbuk pasti sedap
  • Gula1 sudu makan
  • Serbuk cili 2 sudu makan
  • Serbuk kari daging 2sudu makan
  • Serbuk bawang 1 sudu teh
  • Serbuk bawang putih 1 sudu teh
  • Serbuk halia satu sudu teh
  • Garam secukup rasa
  • Sedikit serbuk kunyit

Tepung salutan

  • ½ cup tepung beras
  • ½ cup tepung gandum
  • 1tsp baking soda
  • 1 tsp baking powder
  • Serbuk cili
  • Serbuk lada putih
  • Serbuk lada hitam ( ikut suka)
  • Telur 2 biji (dipukul² manja)

Kaedah

  • Perap ayam selama setengah jam. Kemudian masukkan ayam dlm bancuhan telur Kemudian gaul dgn tepung biarkan lagi 20min.
  • Setengah jam sebelum menggoreng salut ayam dengann tepung semula.Kalau telur ada lebih celup dgn telur dulu then salut ngan tepung
  • Jumlah keseluruhan proses ini ialah 2 kali sahaja.Gorengkan tenggelam dlm minyak sederhana panas. Api jangan terlalu panas, supaya ayam tidak mentah didalam.

6) Honey Blackpepper Chicken Wing 

Resepi seterusnya amat sesuai dimakan bersama nasi kerana ia dimasak n bersama sos lada hitam dan juga madu. Bahan-bahan yang diperlukan juga amat mudah seperti berikut

Bahan-bahan 

  • 12 ketul kepak ayam
  • *gaul dengan garam dan serbuk perasa

Bahan kering

  • 4 tbsp tepung beras
  • 2 tbsp tepung gandum
  • 1 tsp garam 
  • 1 tbsp serbuk cili/paprika
  • 1 tsp baking powder
  • ½  tsp ajinomoto 

Bahan sos

  • 1/3 cawan sos BBQ
  • 1 tbsp serbuk lada hitam
  • 4 ulas bawang putih (ditumbuk)
  • 1-2 tbsp kicap pekat
  • garam secukupnya
  • minyak masak

Kaedah

  • Bersihkan kepak ayam.
  • Gaul dengan garam dan serbuk lada Sulah.
  • Kemudian tambah dengan 2 sudu bahan kering yang telah dicampur.
  • Perap sebentar 
  • Sediakan minyak penuh dan panaskan
  • Sebelum goreng ayam, gaul dengan baki bahan kering dulu.
  • Toskan selepas goreng.

Sediakan sos

  • Tambahkan sedikit minyak dalam kuali
  • Masukkan semua sos dan tunggu ia pekat.
  • Gaulkan kepak ayam yang telah digoreng tadi.
  • Paling sedap dihidang ketika panas.
  • Siap!

7) Resepi Buffalo Chicken Wing

Resepi seterusnya merupakan resepi yang ditiru dari kepak ayam yang sangat popular dari Amerika Syarikat. Ianya mempunyai rasa yang pedas dan manis dan biasanya dicicah dengan Blue Cheese. Namun begitu resepi ini telah diolah mengikut selera orang kita.

Bahan utama 

  • 12 ketul kepak ayam
  • *gaul dengan garam dan serbuk perasa

Bahan kering

  • 4 tbsp tepung beras
  • 2 tbsp tepung gandum
  • 1 tsp garam 
  • 1 tbsp serbuk cili/paprika
  • 1 tsp baking powder
  • ½  tsp ajinomoto 

Bahan Sos 

  • 4 sudu besar sos korea 
  • 2 sudu besar sos tomato
  • 2 tap serbuk paprika 
  • Secubit garam
  • 1/4 sudu teh gula pasir
  • 3 ulas bawang putih di tumbuk halus
  • 1 sudu besar butter

Kaedah 

  • Panaskan butter dan tumiskan bawang putih
  • Bawang putih naik bau masukkan sos cili,sos Korea, serbuk paprika dan sos tomato.
  • Biarkan berbuih sedikit
  • Masukkan garam dan gula
  • Kacau sebentar dan masukkan ayam tadi
  • Tutup api dan gaulkan sos seluruh ayam

Kaedah

  • Bersihkan kepak ayam.
  • Gaul dengan garam dan serbuk lada Sulah.
  • Kemudian tambah dengan 2 sudu bahan kering yabg telah dicampur.
  • Perap sebentar 
  • Sediakan minyak penuh dan panaskan
  • Sebelum goreng ayam, gaul dengan baki bahan kering dulu.
  • Toskan selepas goreng.
  • Gaul dengan sos dan makan ketika masih panas 

8) Resepi Garlic Chicken Wing

Resepi seterusnya ini amat mudah diaediakan, ia juga menggunakan bahan yang paling minima. Namun begitu rasanya tidak kurang sedapnya jom lihat bahan-bahan yang diperlukan.

Bahan-bahan 

  • 12 ketul kepak ayam
  • *gaul dengan garam dan serbuk perasa

Bahan kering

  • 4 tbsp tepung beras
  • 2 tbsp tepung gandum
  • 1 tsp garam 
  • 1 tbsp serbuk cili/paprika
  • 1 tsp baking powder
  • ½  tsp ajinomoto 

Bahan lain

  • 3 ulas bawang putih ( cincang halus)
  • 2 tbsp minyak panas

Kaedah

  • Bersihkan kepak ayam.
  • Gaul dengan garam dan serbuk lada Sulah.
  • Kemudian tambah dengan 2 sudu bahan kering yabg telah dicampur.
  • Perap sebentar 
  • Sediakan minyak penuh dan panaskan
  • Sebelum goreng ayam, gaul dengan baki bahan kering dulu.
  • Toskan selepas goreng.
  • Gaul dengan bawang putih yang telah digaul bersama minyak panas.
  • Siap! 

9) Honey Lemon Chicken Wing

Masakan seterusnya ini amat popular di restoran makanan Cina, namun begitu ianya amat mudah untuk disediakan dirumah anda sendiri. Berikut adalah bahan-bahan yang diperlukan.

Bahan utama 

  • 12 ketul kepak ayam
  • *gaul dengan garam dan serbuk perasa

Bahan kering

  • 4 tbsp tepung beras
  • 2 tbsp tepung gandum
  • 1 tsp garam 
  • 1 tbsp serbuk cili/paprika
  • 1 tsp baking powder
  • ½  tsp ajinomoto 

Bahan Sos

  • 1 sudu minyak
  • 1 cawan stok ayam
  • 1/4 cawan jus lemon
  • 2 sudu gula
  • 2 keping lemon
  • Bancuhan tepung (tepung jagung + air)

Kaedah 

  • Bersihkan kepak ayam.
  • Gaul dengan garam dan serbuk lada Sulah.
  • Kemudian tambah dengan 2 sudu bahan kering yabg telah dicampur.
  • Perap sebentar 
  • Sediakan minyak penuh dan panaskan
  • Sebelum goreng ayam, gaul dengan baki bahan kering dulu.
  • Toskan selepas goreng.

Sediakan sos

  • Tambahkan sedikit minyak dalam kuali
  • Tumiskan bawang putih dan juga hirisan lemon.
  • Kemudian masukkan ayam dan stok ayam
  • Masukkan sedikit jus lemon dan juga madu
  • Biarkan semua bahan pekat dan sebati baru tutup api
  • Siap!

10) Resepi Coca Cola Chicken Wing

Resepi yang terakhir dapat kita kongsikan dalam koleksi ini ialah kepak ayam yang juga popular di restoran Cina. Namun begitu sebenarnya ia tidaklah susah disediakan, malah anda boleh menikmatinya tanpa rasa was was. Berikut adalah bahan-bahan yang diperlukan.

Bahan-bahan

  • 4 ketul ayam kepak (gaul dengan garam dan serbuk sulah)
  • 1 tin coca cola
  • Kicap manis secukup rasa
  • 1/2 sudu makan gula
  • 1 sudu makan minyak masak
  • 1 ulas bawang putih (ditumbuk kasar)

Kaedah

  • Panaskan 1 sudu minyak.
  • Tumiskan bawang putih
  • Masukkan  kepak dan goreng sehingga masak.
  • Kemudian masukkan kicap,garam dan sedikit gula.
  • Tambahkan 1 tin air Coca Cola
  • Masukkan sedikit kicap manis dan tambahkan garam agar ada rasa sedikit masin.
  • Tutup dan masak sehingga air kering dan menjadi pekat.
  • Siap!

Itulah dia 10 resepi menggunakan kepak ayam yang sangat mudah dan boleh anda cuba sendiri. Kebanyakan resepi resepi ini telah dicuba sendiri oleh saya. Jadi mohon jadikan koleksi ini sebagai bahan rujukan masakan anda terutama yang berasaskan kepak ayam. Jangan lupa kongsikan koleksi ini agar dapat dimanafaat orang lain . Terima kasih, selamat mencuba!

Resepi – resepi lain yang menarik

Terima kasih kerana berkunjung ke laman kami. Selain daripada koleksi ini, ada pelbagai variasi koleksi yang anda boleh cuba. Jangan lupa juga untuk kongsikan koleksi ini bersama rakan anda ya.

About Our Content Creators

Lorem ipsum dolor sit amet, consectetur adipiscing elit. Integer semper commodo tristique. Donec in dolor a odio semper convallis et ac ex. Aenean at elit non arcu tincidunt laoreet.

We may earn a commission if you click on the links within this article. Learn more.

More…!