Resepi Tradisional, Moden & Terkini

Koleksi 10 Resepi Bekal Kesekolah Yang Berkhasiat Mudah Untuk Disediakan

author name

Bekal ke sekolah memberikan banyak faedah kepada ibubapa dan penjaga malah kanak kanak juga. Antara kebaikannya ialah dengan membawa bekal sekolah, kanak kanak dapat menjimatkan duit perbelanjaan ke sekolah, menjamin kebersihan dan pada masa yang sama ibu bapa juga dapat menjaga pemakanan anak anak supaya mendapat khasiat yang secukupnya. 

Koleksi kali ini akan membawa kepada anda 10 resepi-resepi yang berkhasiat dan sesuai sebagai bekal anak anda kesekolah. Mari kita lihat resepi yang boleh ibubapa cuba sendiri dirumah.

1) Resepi Roti Bun Manis

Roti bun manis amat sesuai dijadikan bekal ke sekolah kepada anak anak kerana kanak kanak semestinya gemar akan manis manisan. Anda boleh ia lebih awal. Mari kita lihat cara menghasilkannya. Resepi ini dikongsikan oleh Princess Larra Lanna dan mendapat banyak perkongsian di media sosial. Berikut adalah bahan-bahan yang diperlukan.

Resepi-Roti-Bun-Manis
image via Facebook

Bahan – bahan:

  • 150 gram tepung roti
  • 100 gram tepung gandum (guna semua tpg gandum, masuk 1 tsp baking powder)
  • 140 ml susu segar ( kalau takde boleh ganti dengan air suam ataupun bancuhan susu pekat manis)
  • 2 sudu besar gula
  • 2 sudu besar susu tepung
  • 2 sudu besar marjerin atau butter
  • 1/2 sudu kecil garam
  • 1 sudu kecil yis

Cara – cara memasak:

  • Masukkan semua dalam bekas adunan dan uli hingga tak melekat pada tangan. Pastikan doh betul-betul lembut.
  • Tips untuk dapat doh yang lembut, ambil plastic bersih dan letakkkan doh di dalam plastic tu, ramas-ramas beberapa minit, lebih kurang 5 hingga 10 minit, keluarkan dan uli semula dalam bekas adunan, anda akan dapat doh yang lembut.
  • Kemudian, perap doh dan tutup bekas adunan dengan plastic wrap dan biar doh naik dua kali ganda.
  • Selepas itu, tumbuk-tumbukkan doh bagi mengeluarkan angin. bahagi doh pada 10 atau 12 bahagian kecil dah susun atas dulang pembakar.
  • Biarkan naik sekali lagi, spray dengan air dan tabur sedikit permukaan doh dengan gula. Bakar pada suhu 180 darjah selama 20 minit.
  • Untuk mendapatkan permukaan doh yang licin dan tidak kering pastikan permukaan bun tadi ditutup dengan alumunium foil, selepas 10 minit masa dibakar baru buka alumunium foil tu dan biar permukaaannya perang.
  • Apabila baki masa membakar ade lebih kurang 2 minit buka pintu oven dan gris dengan marjerin dan bakar semula hingga selesai.
  • Siap!

2)Resepi Sardin Gulung

Sardin gulung merupakan hidangan yang boleh dimakan semasa sarapan mahupun minum petang. Juga sesuai dijadikan sebagai bekal anak anda kesekolah kerana rasanya yang begitu enak. Resepi ini dikongsikan oleh Zuhaidar Mohd Sofi dan mendapat banyak likes di Facebook. Berikut adalah bahan yang diperlukan.

Bahan – bahan:

Untuk roti:

  • 4 cawan tepung gandum
  • 1 sudu makan tepung beras
  • 2 sudu mkn tepung jagung
  • 2 sudu kecil gula
  • 1 sudu kecil garam
  • (dicampur semua)
  • 1/4 cawan minyak
  • 2 sudu makan marjerin
  • (panaskan sehingga panas sedikit)
  • air (tambah sehingga terbentuk doh)

Untuk inti:

  • 1 tin sardin
  • 1/2 labu bawang besar-dadu
  • 2 biji bawang putih-cincang
  • 2 sudu makan cili giling
  • Gula
  • Garam
  • Perahan limau nipis

Cara – cara menyediakan:

Roti:

  • Tuang minyak panas ke dalam tepung, gaul sampai jadi serbuk.
  • Tambah air sedikit demi sedikit, uli sehingga terbentuk doh.
  • Uli dalam 5 minit. Bulatkan doh.
  • Permukaan doh mungkin tidak licin. (Rehatkan doh 15 minit sebelum guna – wajib)
  • Tutup doh dengan kain lembap. Kemudian apabila nak guna ianya akan menjadi lembut, masa ini uli dalam seminit dua supaya permukaan doh menjadi licin.
  • Buat doh kecil, bulat saiz yang diingini.
  • Buat bentuk bulat bujur seperti buah pear
  • Canaikan.
  • Untuk bahagian yang tirus, nipiskan sedikit. Insyallah apabila gulung nanti tidak perlu letak air ianya akan melekat.

3) Resepi Nasi Goreng Cina

Nasi goreng cina amat sesuai untuk dihidangkan kepada kanak kanak kerana makanan ini tidak terlalu pedas tetapi rasanya amat sedap dan amat mudah dihasilkan.Resepi nasi goreng cina ini telah dikongsikan oleh Emanorsalha Zakaria di laman sosial Facebook miliknya, berikut adalah bahan-bahan yang diperlukan.

nasi goreng cina
Imej via Facebook

Bahan – bahan:

  • 4 cawan nasi putih
  • 3 ulas bwg ros (kecil)*
  • 1 ulas bwg merah besar*
  • 5 ulas bwg putih*
  • 3 biji cili api hijau*
  • Isi ayam
  • Sotong
  • 1 sdk Lada putih
  • Cili merah
  • Carrot
  • Sawi
  • 3 biji telur
  • 1 sudu minyak bijan

Cara penyediaannya:

  • Tumbuk bahan yg bertanda *.
  • Panaskan minyak, goreng telur kacau-kacau. Kemudian, angkat dan asignkan dahulu.
  • Tumis bahan-bahan yang bertanda *. Apabila sudah garing masukkan ayam, sotong, carrot, cili merah, dan lada putih.
  • Masukkan garam, kemudian masukkan nasi dan gaul rata.
  • Kemudian, masukkan sawi dan telur tadi.
  • Sebelum tutup api, tuanfkan minyak bijian dan gaul rata.
  • Sedia dihidang!

4 Resepi Sushi Melayu

Sushi melayu merupakan hidangan yang jarang kita buat tetapi ianya amat senang dibuat dan rasanya amat enak. Resepi sushi melayu yang menarik ini telah dikongsikan oleh Caca Yunus di laman sosial Facebook miliknya dan telah mendapat banyak perkongsian di laman tersebut. Berikut adalah bahan-bahan yang diperlukan.

Imei via Facebook

Bahan – bahan:

  • Telur dadar dipotong memanjang
  • Crab stick (dicelur)
  • Sosej (dicelur)
  • Tuna
  • Lobak (potong memanjang dan dicelur)
  • Timun (potong memanjang)
  • Seaweed
  • Plastik (alas untuk menggulung)

Cara penyediaannya:

  • Alas plastik atas papan memotong.
  • Letak seaweed.
  • Letak nasi dan nipiskan.
  • Letak bahan-bahan dan gulung menggunakan plastik yang disediakan. Gulung kemas-kemas,
  • Apabila sudah siap, bolehlah dipotong dan dimakan dengan sos dan kicap lada.

5)Resepi Mee Kering Goreng

Seterusnya resepi mudah merupakan hidangan yang mudah disediakan kerana ramai orang yang gemarkannya. Sesuai sebagai bekal kesekolah kerana ia ringkas dan juga sedap. Mari kita lihat cara membuatnya.

Bahan A

  • 2 pek mee segera (direbus dan toskan)
  • 10 ekor gm udang saiz besar (buang durinya dibahaian kepala dan ekor)
  • 100 gm sawi (dipotong kecil)
  • 50 gm kubis (dipotong kecil) 
  • 1/2 batang lobak merah (dihiris)
  • 3 sudu makan minyak masak
  • 2 sudu makan kicap
  • 2 sudu makan sos cili
  • Garam secukup rasa

Bahan B (Kisar)

  • 3 sudu cili kering (kisar)
  • 2 ulas bawang putih
  • 3 biji bawang merah

Kaedah

  • Panaskan minyak dan goreng udang dahulu, ketepikan.
  • Kemudian tumis pula bahan yang dikisar. 
  • Goreng sehingga naik bau.
  • Masukkan mee yang telah direbus dan ditos tadi.
  • Tambahkan sos dan kicap.
  • Masukkan garam jika perlu.
  • Kemudian baru masukkan sayur dan udang yang telah digoreng awal tadi.
  • Gaul semua bahan yang sebati.
  • Siap.

6)Resepi Ban Kelapa 

Roti Ban kelapa selalunya boleh didapati di kedai kedai roti dengan harga yang murah dengan rasanya yang sangat unik. Sebenarnya ia tidak susah untuk disediakan malah sesuai sebagai bekal kerana ia boleh disedikan lebih awal. Jom kita lihat resepinya.

Bahan (A)

  • 500 gm tepung roti (tepung gandum pun boleh)
  • 2 sudu teh yis mauripan
  • 1/2 sudu teh bread improver ( di pasar mini pun ada jual)
  • 1/2 sudu teh dough softener (jika suka roti lembut gebu)                             

Bahan (B)

  • 250 ml air suam
  • 1 sudu teh garam
  • 3 sudu besar gula
  • 2 sudu besar butter/mentega
  • 2 sudu besar susu tepung
  • 1 sudu besar minyak masak1 biji telur gred B 

Kaedah Inti Kelapa

  • Campurkan bahan A ke dalam mangkuk adunan dan gaul rata.
  • Campurkan semua bahan B kecuali telur.
  • Kacau hingga gula larut.
  • Masukkan telur yang telah dipukul sedikit ke dalam bahan A.
  • Kemudian masukkan air bancuhan B tadi dan uli untuk jadikan doh yang licin lembut.  
  • Uli dalam 10 minit.
  • Bulatkan doh dan tutup doh dengan kain basah.Tunggu doh naik 2 kali ganda (1 jam)
  • Tumbuk doh buangkan anginnya.
  • Uli semula dan bulatkan sebesar bola golf dan isikan *inti kelapa atau apa saja yang anda suka.
  • Letakkan adunan tadi di atas loyang
  • Ulangi sehingga habis.
  • Bakar dalam oven 180 C selama 15 hingga 20 minit.
  • Bila masak keluarkan dari oven dan sapu butter di atas roti supaya roti tidak kering dan sentiasa lembut

Bahan inti kelapa

  • 1 biji kelapa parut (putih sahaja)
  • 1 cawan gula merah (bancuh bersama 1 cawan air dan tapis)
  • 1/2 cawan gula pasir (ikut citarasa masing-masing)
  • 1 sudu besar tepung gamdum (bancuh dengan  3 sudu besar air)
  • 2 helai daun pandan (koyak dan simpulkan)

Kaedah 

  • Campurkan semua bahan kecuali kelapa dan tepung gandum.
  • Panaskan dalam kuali.  Bila mendidih masukkan kelapa.
  • Bila nampak kelapa dah mask masukkan bancuhan  tepung gandum tadi. Teruskan mengacau sehingga kelapa nampak seperti melekat dan berkilat. Angkat dan sejukkan.

7) Resepi Sandwich Telur

Roti sandwich selalu menjadi pilihan utama ramai terutama sekali kanak kanak sebagai manu sarapan. Ianya amat mengenyangkan dan juga mudah untuk disediakan, anda boleh sediakan lebih awalagar mudah dijadikan bekal kesekolah. Jadi mari kita lihat cara menghasilkannya.

Bahan utama

  • Roti (apa-apa jenama)

Bahan-bahan inti

  • 3 biji telur rebus
  • 3 sudu besar mayonis
  • 1/2 sudu teh garam
  • Timun jepun di dadu
  • Buah tomato buah isi dan potong dadu 
  • 1 sudu teh serbuk lada sulah

Bahan-bahan lain

  • Butter 
  • Mayonis 
  • Salad
  • Tomato (hiris bulat kepada 6-7 kepingan)

Kaedah

  • Mula-mula bersihkan sayur-sayuran dan toskan. Ketepikan.
  • Kemudian sapu butter pada roti, selang selikan dengan mayonis.
  • Kupas kulit telur rebus dan lenyekkan guna garfu atau apa-apa alat yang sesuai.
  • Tambahkan mayonis dan gaul agar ia sebati.
  • Taburkan bahan-bahan yang telah dipotong dadu tadi.
  • Masukkan garam dan serbuk lada sulah, cuba rasa untuk anggarkan rasa masin.
  • Gaul semua  bahan hingga mesra dan sebati.

Cara-cara membuat sandwich.

  • Sediakan kepingan pertama, letakkan satu sudu inti sandwich, letakkan hirisan tomato, tutup dengan kepingan roti kedua. 
  • Sapukan mayonis dibahagian belakang roti tersebut, dan letakkan satu sudu lagi inti sandwich.
  • Kemudian letakkan sehelai daun salad diatasnya.
  • Tutup dengan kepingan roti ketiga.
  • Atur kemas dan mula mengerat roti kepada 2 bahagian menggunakan pisau roti yang jenis bergerigi.
  • Letakkan didalam kertas ‘paper cup’ jika suka, jika tidak pun tidak mengapa.
  • Ulang sehingga habis.
  • Siap.

8 )Resepi Roti Goreng Rangup

Roti goreng rangup ialah hidangan yang amat disarankan kepada ibubapa untuk mencubanya kerana hidangan ini boleh dibuat dengan pelbagai inti mengikut citarasa masing masing dan rasanya amat sedap. Tanpa membuang masa lagi, mari kita lihat resepi roti goreng rangup yang sangat mudah dan lazat ini yang telah dikongsikan oleh NorAfiza Mahmud Khairul di akaun Facebook miliknya.

image via Facebook

Bahan – bahan:

Bancuhan Tepung:

  • Tepung gandum
  • 1 sudu kecil garam
  • 1 sudu kecil gula
  • 2 sudu besar margerin
  • Sedikit pewarna kuning @ serbuk kunyit
  • P/s: Semua bahan dibancuh guna air seperti bancuhan goreng pisang.

Inti:

  • Sardin, nutella, kaya, tuna, sambal bilis (yang anda suka)

Cara penyediaannya:

  • Masukkan inti di dalam roti dan potong roti mengikut bentuk yang anda suka.
  • Panaskan minyak.
  • Celupkan roti di dalam adunan tepung.
  • Goreng sehingga roti berwarna keemasan.
  • Siap!

9)Resepi Nasi Goreng Sardin

Nasi goreng ialah bekal yang paling mudah disediakan oleh ibubapa,terutama resepi berikut. Ia sangat sesuai dijadikan sebagai bekal untuk kesekolah, mari kita lihat cara membuat nasi goreng sardin yang amat ringkas ini.

Bahan-bahan

  • 2 cawan nasi putih

Bahan-bahan tumbuk

  • Bawang besar ½ biji
  • Bawang putih 2 ulas
  • Cili api segenggam/2 sudu besar cili kisar
  • 1 sudu teh garam dan sedikit serbuk perasa.

Bahan Rencah

  • Kacang panjang dipotong kecil 1 mangkuk kecil
  • Lobak merah dipotong dadu 1 mangkuk kecil
  • Isi ikan sardin dalam tin (tin kecil)
  • 1 biji telur

Kaedah

  • Panaskan minyak dalam kuali.
  • Tumis bahan tumbuk hingga kekuningan dan naik bau.
  • Masukkan isi sardin dan kacau agar sebati.
  • Masukkan sayur pula.
  • Akhir sekali masukkan telur dan biarkan tanpa dikacau.
  • Segera masukkan nasi dan kacau serta gaul sebati.
  • Tambah kicap jika suka.
  • Tutup api dan sedia untuk dihidangkan.
  • Siap!

10) Resepi Sandwich Tuna Mayonis

Resepi terakhir dalam koleksi kali ialah resepi sandwich tuna mayonis yang merupakan hidangan yang lazat , berkhasiat dan sesuai dijadikan sebagai bekal anak ke sekolah. Anda boleh sediakan ia lebih awal. Berikut adalah bahan yang diperlukan.

Bahan utama

  • 2 buku roti (apa-apa jenama)

Bahan-bahan inti

  • 1 tin tuna in water 
  • 1 tin tuna pedas
  • 1 biji bawang holland (potong dadu)
  • 7 biji cili api merah ( hiris nipis-nipis)
  • Tomato sebiji (buang isi dan potong dadu)
  • 2 biji limau kasturi (ambil jusnya)
  • 3 sudu besar mayonis (anggar jangan terlalu cair intinya)

Bahan-bahan lain

  • Butter dan mayonis (sebagai sapuan)
  • Salad
  • Tomato

Kaedah

  • Mula-mula bersihkan sayur-sayuran dan toskan. Ketepikan.
  • Kemudian sapu butter pada roti, selang selikan dengan mayonis.
  • Keluarkan isi ikan tuna dan lenyekkan guna garfu atau apa-apa alat yang sesuai.
  • Tambahkan mayonis dan gaul agar ia sebati.
  • Taburkan bahan-bahan yang telah dipotong dadu dan dihiris tadi.
  • Masukkan asam limau dan garam secukup rasa, perasakan.
  • Akhir sekali masukkan mayonis, sedikit demi sedikit agar ia tidak terlalu basah.
  • Siap, ketepikan.

Cara-cara membuat sandwich.

  • Sediakan kepingan pertama, letakkan satu sudu inti sandwich, letakkan hirisan tomato, tutup dengan kepingan roti kedua. 
  • Sapukan mayonis dibahagian belakang roti tersebut, dan letakkan satu sudu lagi inti sandwich.
  • Kemudian letakkan sehelai daun salad diatasnya.
  • Tutup dengan kepingan roti ketiga.
  • Atur kemas dan mula mengerat roti kepada 2 bahagian menggunakan pisau roti yang jenis bergerigi.
  • Letakkan didalam kertas ‘paper cup’ jika suka, jika tidak pun tidak mengapa.
  • Ulang sehingga habis.
  • Siap.

Diharap koleksi resepi bekal ke sekolah ini dapat membantu golongan ibubapa atau suri rumah terutama sekali bagi sesiapa yang masih baru dalam membuat peryediaan kepada anak kecil yang baru bersekolah. Saya berharap agar hidangan yang bakal dihidangkan dapat menaikkan selera anak anak dan makan dengan secukupnya agar mereka dapat memberikan tumpuan yang sepenuhnya dalam pembelajarannya. Selamat mencuba dan jangan lupa kongsikan resepi ini ya!

Resepi – resepi lain yang menarik

Terima kasih kerana berkunjung ke laman kami. Selain daripada koleksi ini, ada pelbagai variasi koleksi yang anda boleh cuba. Jangan lupa juga untuk kongsikan koleksi ini bersama rakan anda ya.

About Our Content Creators

Lorem ipsum dolor sit amet, consectetur adipiscing elit. Integer semper commodo tristique. Donec in dolor a odio semper convallis et ac ex. Aenean at elit non arcu tincidunt laoreet.

We may earn a commission if you click on the links within this article. Learn more.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *