Resepi Tradisional, Moden & Terkini

Koleksi 10 Resepi Bakar Lauk Pauk Sesuai Pelbagai Acara

Koleksi kali ini akan membawa kepada 10 resepi lauk pauk yang disediakan menggunakan teknik bakar. Ada pelbagai jenis masakan lauk yang lazimnya dijadikan hidangan diwaktu makan utama. Lazimnya masakan ini dinikmati dengan nasi panas, sos pencicah dan juga ulam-ulaman ataupun salad. Membakar adalah satu teknik masak menggunakan api dan bara, biasanya ia dijadikan pilihan bagi mereka yang mengamalkan diet sihat. Ini kerana ia tidak menggunakan minyak yang banyak namun perlulah dinikmati segera bagi mengelakkan rasanya menjadi tidak sedap.

Baiklah berikut adalah 10 resepi yang berjaya kami kumpulkan dimana kesemua resepi ini telah dicuba sendiri dan amat sedap. Moga ia memberi anda idea untuk masak hari ini.

1. Resepi Ikan Bakar Rempah

Resepi ini dikongsikan oleh Siti Aisyah Husin dan mendapat lebih kurang 28 ribu perkongsian di media sosial. Ianya merupakan antara menu yang paling digemari terutama jika berkunjung ke restoran yang menjual ikan bakar. Ianya disediakan dengan cara meletakkan pes sambal diatasnya, jadi ia amat sesuai dimakan bersama nasi dan ulam-ulaman. Berikut adalah bahan-bahan dan cara-cara yang diperlukan.

  • 1 – 1.5 kg ikan merah atau ikan kerapu
  • 3 inci halia
  • 3 inci lengkuas
  • 12 biji bawang merah
  • 1 setengah bawang holland
  • 4 batang serai besar
  • 2 sudu kecil udang kering
  • 3 biji cili merah besar
  • 4 helai daun limau purut
  • 6-10 cili kering
  • Kisar semua bahan
  • 5 sudu cili kisar
  • 2 keping asam keping
  • 1 sudu kecil gula melaka
  • Gula putih
  • Garam
  • Penambah perisa (Knorr)
  • Sedikit minyak

Cara – cara memasak:

  • Pes:
  • Panaskan minyak, tumis semua bahan kisar tadi sampai naik aroma yang wangi. Pastikan warna tu dah jadi sedikit kekuningan.
  • Kemudian, masukkan asam keping dan cili kisar dalam itu. Gunakan api sederhana je untuk beberapa minit, tumis sampai pecah minyak.
  • Kemudian, masukkan gula melaka dan serbuk perasa. Tunggu sehingga pecah minyak sekali lagi, akhirnya pes sudah siap. 
  • Siang ikan dan basuh betul – betul.
  • Sediakan daun pisang besar dan lebar. Takut ada pes yang mengalir keluar lepas bakar. Letakkan ikan atas daun pisang dan lumurkan pes tadi atas ikan.
  • Kalau boleh lumur dalam perut sekali sampai rata. Bagi rasa pes tu masuk dalam isi ikan sekali.
  • Bakar atas kuali atau pemanggang dalam 30 minit. Sambil – sambil itu, cuba la selak sikit takut terlebih masak. Apabila isi ikan dah bertukar warna putih maka ianya siap untuk dihidang.

2. Resepi Cencaru Bakar Sumbat

Resepi berikut ini telah dikongsikan oleh Raja Amanina dan mendapat banyak perkongsian di media sosial. Cencaru bakar sumbat, ianya ialah ikan cencaru yang disumbat dengan sambal sebelum dibakar. Ianya amat popular terutama dikalangan peminat ikan cencaru, dimana ikan ini mempunyai isi yang tebal dan tulang yang kasar. Berikut adalah bahan-bahan yang diperlukan.

Bahan – bahan:

  • 6 ekor ikan cencaru (kunyit garamkan)
  • 2 genggam cili kering direbus
  • 3 biji cili merah
  • Sedikit cili padi
  • 2 biji tomato
  • 2 biji bawang besar
  • 4 ulas bawang merah
  • 4 ulas bawang putih
  • 1 inci halia
  • 2 inci belacan
  • 3 helai daun limau purut carik carikkan
  • 1 biji bawang besar dihiris
  • 1 biji tomato hiris
  • Sedikit daun bawang
  • Gula garam secukup rasa

Cara – cara memasak:

  • Kisar cili kering bersama bawang besar, bawang merah, bawang putih, halia, belacan & tomato. (Pastikan tidak halus sangat)
  • Panaskan minyak dan tumis bahan kisar bersama daun limau purut hingga pecah minyak dan perasakan menggunakan gula dan garam.
  • Masukkan bawang hiris, tomato & daun bawang.
  • Sumbat sambal bahagian belakang ikan cencaru.
  • Bakar atau goreng mengikut citarasa anda.

3. Resepi Ikan Bakar Portugis

Seterusnya ialah resepi ikan bakar portugis yang amat popular di negeri Melaka. Ikannya dibakar bersama pes yang mempunyai rasa seperti asam pedas. Ianya amat sedap dan berikut adalah bahan-bahan yang diperlukan.

Bahan-bahan:

  • 1 ekor ikan pelaling(atau apa-apa jenis ikan )– kelar
  • 5 helai daun limau purut – hiris halus
  • 1 sk penuh garam
  • 1 sb penuh gula
  • Aluminium foil/daun pisang

Bahan di tumis:

  • 3 sb cili kering kisar
  • 2 biji buah keras
  • 6 biji bawang merah
  • 2 ulas bawang putih
  • 2 batang serai
  • 2 hiris lengkuas
  • Garam
  • Gula

Kaedah 

  • Kisar semua bahan-bahan tumis diatas dan masak semua bahan2 tumis seperti memasak sambal.
  • Masak hingga pecah minyak
  • Perasakan dengan garam dan gula secukup rasa.
  • Ketepikan 
  • Lumurkan ikan dengan garam dan serbuk kunyit.
  • Masukkan ikan kedalam aluminium foil.
  • Tuangkan sambal yang telah ditumiskan tadi.
  • Taburkan daun limau purut.
  • Bakar ikan didalam kuali ajaib atau oven.
  • Selepas ½  jam membakar, keluarkan sebentar.
  • Taburkan dengan hirisan sayur bendi (pilihan)
  • Sambung bakar untuk lagi 10 minit.
  • Siap!

4. Resepi Sosej Bakar Madu

Resepi berikut amat sesuai dijadikan pilihan terutama didalam majlis BBQ, ini kerana sosej sentiasa menjadi kegemaran ramai terutama kanak-kanak. Ianya amat mudah disediakan malah rasanya juga amat sedap. Berikut adalah bahan-bahan dan cara-cara yang diperlukan yang boleh anda dapati dikedai berdekatan.

Bahan-bahan

  • 1 bungkus sosej 

Bahan-bahan Perapan

  • 6 sudu makan kicap manis
  • 2 sudu makan kicap masin
  • 2 sudu makan sos cili
  • 2 sudu makan sos tomato
  • 2 sudu makan madu
  • Secubit lada hiitam

Kaedah

  • Satukan semua bahan perapan ke dalam mangkuk.
  • Masukkan sosej ke dalam bahan perapan tadi dan perap seketika. Boleh bakar terus jika suka (boleh bakar menggunakan kuali ajaib atau apa saja.
  • Masukkan 3 sudu makan mentega ke dalam kuali sebelum sosej dibakar.
  • Bakar dengan api perlahan sehingga masak.
  • Bila sosej sudah masak curahkan baki sos tadi.
  • Terbalikkan perlahan-lahan supaya sosej tak patah.
  • Siap untuk dihidang 

5. Resepi Daging Bakar Perap

Berikut ialah resepi daging bakar yang lazimnya didapati direstoran sahaja, namun sebenarnya ia tidaklah susah jika ingin dihidangkan dirumah anda sendiri. Malah ianya sebenarnya lebih menguntungkan dan sangat jimat. Baiklah berikut adalah bahan-bahan dan cara-cara yang diperlukan untuk menghasilkan daging bakar ini.

Bahan-bahan perapan

  • 300g daging lembut (anggaran)
  • Sos tiram
  • Garam
  • Kicap manis
  • Serbuk lada hitam

Kaedah

  • Perap semua bahan selama 30minit hingga 1 jam.
  • Bakar didalam oven selama 30 minit.
  • Atau bakar/grill sehingga masak.
  • (sukatan bahan lain dianggar mengikut saiz daging)

Sos pencicah

Bahan-bahan

  • Sos ikan
  • Serbuk cili Thai 
  • 1 biji jus asam limau nipis 
  • 1 sudu gula
  • 10 ulas cili api hiris 
  • Bawang besar hiris
  • Daun ketumbar

Kaedah

  • Campurkan semua bahan dan rasa masin dan manisnya baru tambahkan air asam limau sedikit demi sedikit mengikut citarasa anda.
  • Siap!

6. Resepi Nasi Kambing Bakar

Seterusnya ialah resepi nasi kambing bakar, dimana ianya mulai popular disebuah restoran dan mulai menjadi viral. Rasanya amat sedap dan cara membuatnya juga amat mudah dan ringkas, amat berbaloi untuk anda cuba. Berikut adalah bahan-bahan yang diperlukan yang boleh anda dapati dipasaraya berdekatan.

  • 3 ketul kambing
  • 3 tbsp kicap lemak manis
  • 2  tbsp sos tiram
  • 3 tbsp sos lada hitam
  • 3 ulas bawang Putih
  • 1/2 inci halia
  • 1 ketul kiub ayam
  • 1 tsp mix herbs
  • 1/2 tbsp gula
  • Tumbuk atau ketuk kambing. 
  • Tujuannya untuk mendapatkan kambing bakar yang lembut setelah dibakar.
  • Kemudian masukkan kesemua bahan-bahan yang lain dan gaul rata pada kambing. 
  • Boleh tambah atau kurangkan bahan-bahan mengikut selera masing-masing.
  • Perap kambing sekurang-kurangnya 1 jam. Lagi lama perap lagi sedap.
  • Bakar kambing selama 20-30 minit pada suhu 160ºC bergantung kepada oven masing-masing atau sehingga masak. 
  • Pastikan oven telah dipanaskan terlebih dahulu.
  • 4 ulas bawang putih
  • 10-12 Cili Padi
  • Kicap lemak manis
  • Sedikit cuka 
  • Garam
  • Goreng bawang putih dan juga cili padi dengan sedikit minyak sehingga layu.
  • Tumbuk bawang putih dan cili tadi sehingga lumat.
  • Masukkan kicap, cuka dan garam secukup rasa.
  • (Cuka boleh digantikan ngan air limau kasturi ataupun air asam jawa.)
  • Tuang sambal kicap ke atas kambing yang telah dibakar tadi. 
  • Sedia untuk dinikmati.

7. Resepi Sotong Bakar Portugis

Satu lagi resepi bakar portugis yang boleh anda cuba, ianya dikongsikan oleh Atie Jumaat dan mendapat banyak perkongsian di media sosial. Namun didalam resepi berikut bahan yang digunakan ialah sotong. Ia adalah satu lagi jenis bahan yang paling digunakan didalam menu bakar portugis ini, berikut ialah bahan-bahan yang diperlukan. 

  • Sotong besar 5 ekor (potong 4)
  • Minyak bawang putih 4sb
  • Kacang Bendi (hiris)
  • Daun limau purut (hiris halus)
  • Gula perang 1sb
  • Garam
  • Lada merah 7 tangkai
  • Cili padi merah 6 tangkai
  • Bawang besar 2 biji
  • Halia 2 inci
  • Lengkuas 2 inci
  • Kunyit hidup 1 inci
  • Serai 1 batang
  • Tomato 1 biji

(kisar halus semua)

  • Ketuk dan cincang kasar kasar 6 biji bawang putih.
  • Kemudian, panaskan minyak sebanyak 4 sudu besar.
  • Gorengkan bawang sehingga kekuningan.
  • Angkat dan sejukkan bawang bersama minyak.
  • Panaskan minyak, tumiskan bahan kisar sehingga pecah minyak.
  • Masukkan garam, gula dan perasa secukup rasa.
  • Masukkan sotong dan gaul sebati.
  • Masukkan sotong kedalam aluminium foil. Tutup dan bakar kedalam ketuhar selama 15 minit.
  • Koyakkan aluminium foil dan masukkan kacang bendi. Masak sekejap sahaja.
  • Apabila sudah masak, curahkan minyak bawang putih dan taburkan daun limau purut yang telah dihiris.
  • Siap!

8. Resepi Udang Bakar Cheese

Seterusnya ialah resepi udang bakar cheese, resepi ini sebenarnya diinspirasi dari satu menu yang terdapat disebuah restoran seafood yang terkenal. Udang bakar ini dibakar dan dan disediakan bersama cheese memberi rasa yang sangat premium yang boleh anda cuba sendiri. Berikut adalah bahan-bahan yang diperlukan.

  • Beberapa ekor udang – yang telah dibersihkan dan kalau boleh saiz besar
  • Sedikit mentega
  • Keju mozzarella
  • Sedikit garam
  • Sedikit serbuk lada sulah – lada hitam pun boleh
  • Mula-mula sekali, udang yang telah dibersihkan tu, belah bahagian belakangnya.
  • Pada masa yang sama, campurkan keju mozzarella, mentega, garam dan lada sulah dalam satu bekas.
  • Setelah itu, letakkan bahan campuran tersebut pada belahan udang dan dibahagian kaki udang.
  • Kemudian bolehlah susun atas pemanggang dan bakar untuk 10-12 minit atau sehingga masak.
  • Siap

9. Resepi Sotong Bakar Berkuah

Berikut ialah resepi sotong bakar dan amat sesuai dijadikan hidangan didalam acara BBQ. Ianya hasil perkongsian dari Anna El Zehra dan mendapat banyak perkongsian di media sosial. Kebiasaanya sotong saiz XL yang digunakan, namun begitu anda boleh juga menggunakan sotong saiz besar, yang penting sotong putih dan bukannya sotong kering. Resepi ini menarik kerana ia mempunyai kuah yang sedap,baiklah berikut adalah bahan-bahan yang diperlukan.

Bahan – bahan:

  • 1 kg sotong
  • 2 sudu besar sos tiram
  • 2 sudu besar sos cili
  • 3 sudu besar kicap
  • 2 sudu besar madu
  • 1 sudu gula
  • Sedikit garam dan ajinamoto
  • 4 biji bawang merah*
  • 2 ulas bawang putih*
  • 3 biji cili padi*
  • Kacang panjang
  • Lobak
  • 1 biji bawang holland hiris
  • Cili dihiris
  • Kisarkan bahan bertanda (*)

Cara – cara memasak:

  1. Kelar sotong
  2. Masukkan kesemua bahan selain sotong kedalam bekas.
  3. Kacaukan.
  4. Masukkan sotong dan perap selama 1 – 2 jam.
  5. Bakar sotong.
  1. Tumiskan bahan kisar tadi.
  2. Masukkan lobak.
  3. Masukkan bawang holland dan cili yang dihiris.
  4. Masukkan kacang panjang.
  5. Masukkan kuah perapan tadi, kalau warna kurang gelap, tambahkan kicap sedikit.
  6. Tutup api dan curahkan di atas sotong bakar tadi.
  7. Siap!

10. Resepi Daging Bakar Danok

Resepi terakhir didalam koleksi ini ialah satu lagi resepi popular yang mulai viral sejak akhir-akhir ini. Resepi ini dikongsikan oleh Eira Hamzah dan mendapat banyak perkongsian di media sosial. Daging bakar Danok seperti namanya adalah berasal dari Danok, Thailand. Ianya diperbuat dari bahagian daging lembut seperti daging batang pinang dan dimakan bersama sos pencicahnya. Baiklah berikut adalah bahan-bahan yang diperlukan.

  • Sekeping daging (guna bahagian yang lembut)
  • 1 sb sos ikan
  • 1 sb sos tiram
  • 1 sk gula perang
  • 1 sk lada hitam
  • 1 sk minyak
  • 2 sb sos ikan
  • 1 biji limau nipis
  • 1 sk palm sugar @ gula perang
  • 1 sb serbuk cili (chili flakes)
  • 1 sb beras SANGAI – ditumbuk halus
  • 1 biji bwg merah – hiris halus
  • Daun ketumbar – hiris
  • Satukan semua bahan bersama daging dan perap selama 1 jam.
  • Selepas 1 jam, bakar atas kuali dengan api sederhana sehingga masak.
  • Sangai beras jangan sehingga hangit. Tumbuk halus.
  • Campurkan bahan-bahan dalam mangkuk dan sebatikan. Rasa ikut citarasa masing-masing.
  • Perap dengan lemon atau limau nipis. Perak lama sedikit dalam 2 hingga 24 jam. Campurkan lemon atau limau nipis ke dalam potongan daging anda dan biarkan selama 2 jam atau lebih.
  • Perak dengan halia dalam 2 hingga 24 jam. Potong halia banyak sedikit dan perapkan bersama potongan daging.

Itulah 10 resepi yang telah dapat kumpulkan didalam koleksi kali ini, diharap anda akan menjadi koleksi ini sebagai rujukan bagi mencari idea untuk menu masakan anda sebagai hidangan untuk yang tersayang atau sebagai hidangan dalam acara BBQ yang anda boleh cuba. Jangan lupa kongsikan koleksi ini agar memberi sumber ilham terutama bagi mereka yang kebuntuan idea nak masak apa hari ni. Selamat mencuba!

Resepi – resepi lain yang menarik

Terima kasih kerana berkunjung ke laman kami. Selain daripada koleksi ini, ada pelbagai variasi koleksi yang anda boleh cuba. Jangan lupa juga untuk kongsikan koleksi ini bersama rakan anda ya.

About Our Content Creators

Lorem ipsum dolor sit amet, consectetur adipiscing elit. Integer semper commodo tristique. Donec in dolor a odio semper convallis et ac ex. Aenean at elit non arcu tincidunt laoreet.

We may earn a commission if you click on the links within this article. Learn more.

More…!