Resepi Tradisional, Moden & Terkini

Koleksi 10 Resepi Air Kopi Itali Gaya Cafe Tapi Dirumah Je

author name

Koleksi kali ini akan mengumpulkan 10 resepi kopi Itali yang mudah untuk anda sediakan di rumah anda.Kopi Itali adalah kopi yang dibuat daripada bijian kopi arabika. Kopi arabika ditanam di negara seperti Brazil. Ianya mempunyai rasa yang lebih manis dan rasa ini juga tidak pahit seperti kopi Robusta.

Walaupun kopi bukanlah berasal dari Itali namun gaya minum kopi yang menarik ini dimulakan oleh orang Itali. Maka bermulalah pelbagai jenis minuman kopi ini seakan satu budaya baru bagi masyarakat kita.

Jadi mari kita lihat apakah 10 resepi atau cara untuk menyediakan kopi Itali ini dirumah anda sendiri.

1. Resepi Kopi Vanila Latte

Resepi ini amat digemari kerana ia mempunyai rasa yang sedap ia ditambah dengan sirap vanila yang wangi dan menarik bila digabung dengan kopi Itali.

Bahan-bahan

  • 30ml sirap vanila
  • 200ml susu segar
  • 1 cawan kecil kopi segar 
  • Ais secukupnya 

Kaedah

  • Mula-mula dalam gelas yang tinggi, tuangkan sirap vanila.
  • Kemudian penuhkan dengan ais dahulu.
  • Selepas itu masukkan susu dalam botol dan goncang sehingga berbuih.
  • Tuang susu didalam gelas tadi.
  • Akhir sekali masukkan kopi yang telah disediakan.
  • Boleh dihiasi dengan krim putar jika suka.
  • Siap!

2. Resepi Asian Dolce Latte

Ini merupakan resepi yang diinspirasikan daripada Asian Dolce Latte Starbuck. Ianya amat sedap dan hampir sedapnya seperti mana direstoran minuman kegemaran ramai ini.

Bahan-bahan

  • 1 gelas kecil kopi espresso 
  • 150 ml susu full cream 
  • 2 sudu besar susu manis
  • Ice secukupnya 
  • Gelas tinggi yang bersesuaian

Kaedah

  • Mula-mula masukkan susu manis didalam gelas tinggi pilihan anda.
  • Kemudian tambahkan ais keparas yang anda inginkan.
  • Masukkan pula susu pilihan anda
  • Akhir sekali tambahkan kopi espresso.
  • Siap, jangan lupa kacau sebati sebelum minum.

3. Resepi Ais Latte

Seterusnya satu lagi minuman kopi amat digemari terutamanya di Mc Cafe. Minuman ini digemari terutama oleh peminat minuman sejuk. Berikut adalah bahan-bahan yang diperlukan.

Bahan-bahan

  • 1 shot espresso atau satu cawan kecil nescafe gold.
  • 200ml susu segar

Kaedah

  • Masukkan ais didalam gelas tinggi.
  • Masukkan susu hingga memenuhi tiga suku gelas tadi.
  • Akhir sekali masukkan espresso

4. Resepi Sos Coklat

Seterusnya adalah resepi bonus bagi mendeko latte. Sos coklat ini boleh dibeli yang dah siap tapi ia sebenarnya amat mudah untuk dibuat sendiri. Selain untuk deko latte anda boleh guna untuk dimakan bersama aiskrim.

Bahan-bahan

  • 250g dark chocolate
  • 375 susu cair

Kaedah

  • Cairkan coklat guna kaedah “‘double boil”.
  • Tambahkan susu cair sedikit demi sedikit sambil kacau. Kacau sehingga ia sebati.
  • Boleh disimpan dalam petiais,ia tahan sekurang-kurangnya dua minggu.

5. Resepi Sos Karamel

Begitu juga resepi seterusnya ini kerana ia amat sesuai digunakan didalam hiasan latte. Malah ia juga boleh digunakan untuk menyediakan Frappuccino yang sangat popular di Starbuck.

Bahan-bahan

  • 1 cawan gula putih
  • 3 sudu besar unsalted pure butter/ butter biasa
  • 1 cawan krim masakan/susu cair
  • 2 sudu kecil vanila esen
  • Secubit garam

Kaedah

  • Letak gula dalam periuk dan buka api kecil. Biarkan hingga gula menjadi perang, perlahan-lahan angkat periuk dan gerakkan supaya gula hangus sepenuhnya. Tutup api segera dan gerakkan periuk hingga semua gula telah cair.
  • Masukkan segera butter,sambil kacau agar semuanya sebati.
  • Masukkan  krim masakan/susu cair dan kacau. AWAS! Ia akan mengelegak dan sangat panas. SILA HATI-HATI.
  • Kacau hingga semua sebati. Tunggu sejuk seketika.
  • Tambah  esen vanilla dan secubit garam. Bolehlah disimpan dalam botol. Tahan 1 bulan jika dalam petiais.

6. Resepi Cappucino

Resepi Cappucino ini amat sesuai bagi mereka yang kurang minum kopi kerana ia menggunakan kopi yang sedikit tetapi susu yang banyak. Berikut adalah bahan-bahan yang diperlukan.

Bahan-bahan

  • 1 kapsul Arissto
  • 200 ml susu segar (dipanaskan sehingga berwap dan tutup api)

Kaedah

  • Mula-mula brewkan kopi dan tuang didalam cawan pilihan anda.
  • Kemudian froth susu sehingga buihnya menjadi tebal
  • Dengan sudu tahan agar buih susu tidak masuk dahulu didalam cawan.
  • Tuang susu dan Kemudian baru tambahkan buihnya yang tebal
  • Akhir sekali masukkan buih dan hiasi dengan sebuk koko.
  • Siap

7. Resepi Macchiato Latte

Sejenis minuman yang mengguna susu yang sedikit dibanding dengan kopi amat sesuai bagi mereka yang suka rasa pahit kopi. Jika anda tidak pernah mencubanya, berikut adalah bahan-bahan yang diperlukan.

Bahan-bahan

  • 1 kapsul Amico Arissto
  • 200ml susu segar
  • 1 gelas bertangkai

Kaedah

  • Mula-mula masukkan susu yabg telah dipanaskan didalam gelas pilihan anda.
  • Froth sehingga berbuih dengan banyak 
  • Brewkan kopi dan tuang kedalam gelas.
  • Siap!

8. Resepi Mocha Macchiato

Seterusnya resepi mocha dimana ia mengabungkan kopi dan juga coklat. Ia dibuat menggunakan susu yang kurang tetapi dipukul sehingga berbuih. Berikut adalah bahan yang diperlukan 

Bahan-bahan

  • 2 sudu besar sos coklat.
  • 200ml susu fresh milk
  • Espresso 1 cup kecil atau 1 sudu teh nescafe gold dibancuh dgn suku gelas air panas.

Kaedah

  • Tambahkan sos coklat kedalam gelas. Yang terbaik gelas tinggi yang mempunyai pemegang. Kerana minuman ini ialah minuman panas.
  • Froth susu guna milk frother hingga susu berbusa 2 kali ganda. Tuang dalam gelas berisi sos coklat tadi. Jangan kacau.
  • Kemudian masukkan espresso perlahan-lahan. Serta merta lapisan akan terbentuk.

9. Resepi Americano

Seterusnya cara untuk menyediakan espresso menjadi secawan Americano. Ia adalah minuman kopi hitam yang dibrew dan kemudian ditambah dengan air panas. Berikut adalah cara-caranya 

Bahan-bahan

  • 1 kapsul kopi Luna Arissto
  • 1 gelas kecil
  • ½ gelas air panas

Kaedah

  • Brewkan 1 kapsul kopi 
  • Tuang kedalam gelas pilihan
  • Kemudian  tambah air sehingga penuh gelas
  • Siap

10. Resepi Affogato

Resepi terakhir didalam koleksi kali ini ialah Affogato. Iaitu aiskrim vanila yang dimakan bersama kopi espresso. Rasanya amat sedap kerana gabungan pahit kopi bersama manis dan lemak aiskrim sangat menarik. Cubalah! Berikut adalah bahan-bahan yang diperlukan .

Bahan-bahan

  • 1 cawan kecil espresso (sejukkan)
  • 2-3 skop aiskrim vanila berkualiti

Hiasan

  • Choc rice atau choc chip

Kaedah

  • Masukkan beberapa skop aiskrim dalam cawan pilihan anda.
  • Kemudian tuang kopi espresso yang telah sejuk.
  • Taburi choc rice jika suka
  • Siap!

Itulah dia 10 resepi atau cara-cara untuk menyediakan kopi Itali dirumah anda sendiri. Khususnya mereka yang mempunyai mesin kopi dirumah. Namun begitu anda boleh juga menggunakan kopi nescafe mahupun essenso. Jika boleh elakkanlah kopi 3 in 1 kerana ia mempunyai kandungan gula yang tinggi.

Apapun diharap anda akan mencuba sendiri dan rasailah kelainannya. Selamat mencuba!

Resepi – resepi lain yang menarik

Terima kasih kerana berkunjung ke laman kami. Selain daripada koleksi ini, ada pelbagai variasi koleksi yang anda boleh cuba. Jangan lupa juga untuk kongsikan koleksi ini bersama rakan anda ya.

About Our Content Creators

Lorem ipsum dolor sit amet, consectetur adipiscing elit. Integer semper commodo tristique. Donec in dolor a odio semper convallis et ac ex. Aenean at elit non arcu tincidunt laoreet.

We may earn a commission if you click on the links within this article. Learn more.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *