Koleksi 25 Resepi Masakan Ringkas Dan Cepat

Zaman sekarang manusia makin sibuk dnegan pekerjaan dan urusan seharian. Namun keperluan fitrah manusia itu perlu juga dipenuhi, contohnya makan.meskipun sibuk seharian,masih juga kita perlu mencari resepi yang ringkas yang cepat disediakan. Malah bukan itu sahaja, kita juga perlukan masakan yang sedap dan berkhasiat juga, kerana itulah kami mengambil insiatif menghimpunkan 25 resepi yang ringkas yang anda boleh cuba.
Berikut adalah 25 himpunan masakan ringkas yang boleh anda cuba sendiri.

1)Resepi Ikan Keli Berlada 

Ikan keli berlada, sungguhpun ikan biasanya sedikit renyah merana perlu disianh,namun begitu anda boelh beli dipasar dimana penjual akan menyiang ikan untuk anda. Oleh itu pasti lebih mudah untuk anda mencuba resepi berikut.

Bahan-bahan

  • 2 ekor ikan keli, saiz sederhana

Bahan kisar

  • 6 biji cili merah
  • 10 biji cili api
  • 6 biji bawang merah kecil
  • 2 ulas bawang putih

Kaedah 

  • Mula-mula ikan keli disiang, kemudian kerat pada beberapa bahagian. 
  • Cuci, toskan dan gaul dengan 1 camca besar tepung gandum. Perap 10 minit kemudian bilas. Gaulkan pulak dengan sedikit jus limau atau air asam jawa hingga rata dan perap sekejap. 
  • Cuci kembali, toskan dan masukkan serbuk kunyit dan garam. 
  • Gaul rata dan goreng hingga ikan masak. Angkat dan ketepikan.
  • Panaskan 3 camca besar minyak dalam kuali, tumis bahan-bahan kisar hingga harum
  • Masukkan garsm,serbuk perasa dan gula secukup rasa.
  • Akhir sekali masukkan ikan keli goreng. 
  • Gaul hingga rata dan tutup api.
  • Siap dan bolehlah hid

2) Resepi Kari Kepala Ikan 

Sibuk sangat berkerja tetapi sekali sekala tentu ingin menjamu masakan yang lazat juga untuk keluarga. Cubalah resepi kari kepala ikan ini, masakan ini amat ringkas dan bahannya pula amat mudah ditemui. Guna ikan saiz besar seperti ikan merah,jenahak atau tenggiri. Semasa beli jangan lupa pesan penjual agar membelah 2 kepala ikan agar mudah anda masak nanti. Berikut adalah bahan yang diperlukan.

Bahan utama

  • 1-2 ketul kepala ikan tenggiri

Bahan untuk dikisar

  • 3 ulas bawang merah
  • 3 ulas bawan putih
  • 1 inci halia.
  • 1/4 biji bawang besar

Bahan untuk di tumis

  • 3 sudu besar minyak masak
  • 1 sudu kecil halba campur
  • Sedikit daun kari

Bahan-bahan lain 

  • 2 cawan santan cair
  • 1 cawan santan pekat
  • 1 paket rempah gulai ikan
  • 1 sudu besar serbuk cili
  • 1 biji tomato di potong 4
  • 5 batang bendi
  • garam dan gula secukup rasa

Kaedah 

  • Bancuhkan serbuk kari dan serbuk cili menjadi pes yang pekat.
  • Panaskan minyak dalam periuk, tumisan bahan kisar,daun kari dan halba campur hingga naik bau.
  • Tumis pula pes serbuk kari dan cili, tumis sehingga pecah minyak, kemudian masukkan ikan, tutup selama 3 minit di atas api sederhana.
  • Masukkan 2 cawan santan cair, biarkan sehingga mendidih, kemudian masukkan satu cawan santan pekat, garam dan gula secukup rasa.
  • Akhir sekali masukkan tomato dan bendi selama 2-3 minit atau hingga sedikit layu.
  • Siap dan sedia dihidangkan.

3) Resepi Sayur Kobis Cina 

Resepi berikut adalah resepi sayur yang digoreng secara ringkas. Sayur sememangnya memerlukan teknik memasak yang ringkas sahaja. Ini kerana dapat memelihara khasiat dan zat yang terdapat padanya. Penting bagi anda untuk mencari sayur yang segar kerana itulah rahsia keenakkannya. Berikut adalah bahan yang diperlukan.

Bahan utama

  • Kobis cina sebelah saiz sederhana.
  • Jagung kecil 3 batang
  • ½ batang lobak merah

Bahan tumbuk

  • 1 batang cili merah
  • 1 sudu besar ikan bilis
  • 2 biji bawang merah 
  • 2 ulas bawang putih

Kaedah

  • Mula-mula bersihkan sayur-sayuran dan siang mengikut kebiasaanatau saiz yang anda suka.
  • Tumiskan bahan-bahan tumis sehingga naik bau, masukkan garam,serbuk perasa dan sedikit gula jika anda suka.
  • Masukkan sayur lobak merah dahulu diikuti jagung dan akhir sekali kobis cina.
  • Masukkan sedikit air jika ia terlalu pekat, tambah air jika anda suka berkuah.
  • Siap.

4) Resepi Kari Sardin 

Yang ringkas tidak semesti tidak sedap, biasanya masakan yang ringkaslah yang sedap. Ini kerana ia dimakan ketika lapar, perut bila lapar masa apapun sedap bukan? Tetapi bagi sardin,masak apapun sedap kerana ia bukan sahaja ringkas ,mudah tetapi juga sangat cepat untuk disediakan. Sesuai untuk anda yang ingin sesuatu yang cepat, berikut adalah bahan yang diperlukan.

Bahan-bahan

  • 1 tin sardin besar (digoreng kosong dahulu)
  • Air asam jawa anggaran 1 mangkuk kecil
  • 2 sudu besar rempah kari ikan
  • 1 sudu besar serbuk lada/lada kering kisar
  • Garam
  • Gula
  • Minyak untuk menumis

Bahan-bahan tumis

  • 1 sudu besar halba campur
  • Daun kari 2 tangkai
  • 4 biiji bawang merah dihiris
  • 3 ulas bawang putih dihiris
  • Sedikit halia dihiris

Kaedah

  • Mula-mula tumis semua bahan-bahan tumis.
  • Kemudian tumis pula rempah kari dan serbuk lada.
  • Tambahkan air asam jawa  sikit demi sedikit 
  • Kemudian masukkan sardin dan tambahkan garam,serbuk perasa dan sedikit gula jika anda suka.
  • Biar mengelegak sebelum tutup api.

5) Resepi Ayam Panggang Lada Hitam 

Ini adalah lagi satu resepi masakan ringkas, sangat ringkas anda hanya perlu masukkan ia kedalam oven sambil membersihkan diri sepulangnya dari tempat kerja. Anda cuma perlu menyediakan bahan perapan sebelum ketempat kerja sahaja. Ayam panggang lada hitam ini amat sedap dan sihat,anda harus mencubanya, berikut adalah bahan yang diperlukan.

Bahan-bahan

  • ½ ekor ayam saiz kecil
  • ½ labu bawang putih – parut
  • 2 inci halia – parut
  • 1 sudu besar lada hitam – tumbuk kasar
  • 2 sudu besar kicap manis/pekat
  • 1 sudu besar sos tiram
  • 2 sudu besar madu
  • Garam
  • Minyak masak

Kaedah 

  • Mula-mula gaul ayam dgn halia,bawang putih, kicap, lada hitam, sos tiram, madu, dan sedikit garam.
  • Masukkan dalam mangkuk tahan panas/loyang. Perap sekurang2nya 2-3jam atau semalaman.
  • Panaskan oven 180C. Curahkan minyak zaitun/butter  ke atas ayam dan bakar selama 1 jam atau sehingga ayam masak. Setiap 20 min jiruskan jus ayam yang keluar ke atas ayam supaya permukaan atas tidak terlalu kering.
  • Siap

6) Resepi Ayam Masak Lada Hitam

Satu lagi resepi yang ringkas dan cepat untuk disediakan. Ayam masak lada hitam tanpa cili api juga seusai untuk orang yang sedang berpantang kerana halia dan lada hitam ini akan membantu memanaskan badan, berikut adalah bahan yang diperlukan.

Bahan-Bahan

  • 400 gram ayam – potong kecil
  • 1 sudu besar lada hitam – tumbuk
  • 5 tangkai cili api
  • ½ lada benggala hijau (pilihan)
  • 1/2 inci halia – mayang halus
  • 2 sudu besar kicap
  • 2 sudu besar minyak
  • 1 sudu besar sos tiram
  • gula dan garam secukupnya
  • 1 labu bawang besar – hiris
  • 2 ulas bawang putih – cincang
  • 1 – 2 sudu besar serbuk kunyit – untuk perap ayam

Kaedah

  • Mula-mula perap ayam selama lebih kurang 5 minit dengan serbuk kunyit dan garam, ketepikan sekejap.
  • Sementara itu dalam bekas lain campurkan kicap, lada hitam, sos tiram, gula, dan garam, kemudian bancuh hingga rata.
  • Panaskan minyak dalam kuali kemudian goreng ayam hingga kekuningan, lepas itu masukkan bawang putih bersama halia, dan cili kering. masak selama beberapa minit.
  • Akhir sekali, masukkan sos yang sudah dibancuh tadi dan apabila terlalu pekat boleh tambahkan air dan masak selama lebih kurang 2 minit menggunakan api sederhana. angkat dan hidangkan.

7) Resepi Ayam Dried Chili

Untuk resepi versi ringkas sebaiknya isi ayam dibersihkan dan dipotong kecil agar anda dapat menjimatkan masa untuk memasak. Contohnya resepi ayam dried chili ini amat ringkas dan ia hanya mengambil masa 10 minit untuk menyediakan ia,berikut adalah bahan yang diperlukan.

Bahan-bahan

  • ½ kg ayam (bersihkan dan potong kecil-kecil)
  • Gaul dengan sos tiram dn tepung jagung,perap 15 minit
  • Goreng jgn garing..agak2 separuh msk sbb nk juicy

Bahan A

  • 3 biji bwg putih
  • Halia besar ibu jari (Tumbuk bahan keduanya)
  • 10 btg cili kering (Gunting dan buang bijinya)

Bahan B

  • 3 sudu sos cili
  • 2 sudu kicap
  • 2 sudu sos tiram
  • (Satukan semua dlm bekas)

Bahan C

  • 2 biji bawang besar
  • 10 batang cili api

Kaedah

  • Perapkan ayam bersama sos tiram dan tepung jagung secukupnya, biarkan seketika.
  • Goreng ayam hingga masak dan garing.
  • Kemudian kurangkan minyak gorengan ayam tadi dan tumiskan bahan A iaitu bawang putih dan halia yg telah ditumbuk tunggu naik bau, baru masukkan cili kering pula.
  • Selepas itu masukkan bahan B iaitu pelbagai jenis sos yang telah disatukan didalam satu bekas. Kacau sehingga ia sebati.
  • Kemudian masukkan ayam yang telah digoreng tadi.
  • Gaul agar ia rata, akhir sekali masukkan bahan C.
  • Tutup kuali sebentar agar bawang mulai layu.
  • Siap.

 8) Resepi Ayam Masak Kurma

Jika ingin sesuatu yang berkuah tetapi perlukan persediaan ringkas, resepi ini adalah pilihan terbaik. Ayam masak kurma sebenarnya amat mudah untuk disediakan. Sekiranya anda ingin sesuatu yang kebih ringkas, singkirkan rempah tumis. Ini kerana bahan paling penting ialah rempah kurma,santan dan ayam sahaja, berikut adalah bahan yang diperlukan.

Bahan-Bahan

  • 1 kg ayam
  • 4 sudu besar rempah kurma ayam
  • Rempah tumis (kulit kayu manis, buah pelaga, bunga lawang)
  • 2 cawan santan pekat
  • 2 biji tomato (dipotong 4)
  • 2 biji kentang
  • 1 biji lobak merah (pilihan)
  • sedikir air asam jawa

Bahan untuk dikisar

  • 5 ulas bawang putih
  • 5 ulas bawan merah
  • 2 cm halia

Kaedah

  • Panaskan minyak
  • Masukkan bahan kisar, rempah tumis dan rempah kurma ayam, kacau sehingga pecah minyak
  • Masukkan ayam kacau sebati dan biar masak seketika
  • Masukkan kentang dan lobak merah serta sedikit asam jawa
  • Apabila kentang & lobak merah sudah empuk, masukan santan
  • Kacau sebati dan biarkan mendidih
  • Masukkan tomato, garam & gula secukup rasa

9) Resepi Nasi Goreng Bakibaki 

Seterusnya resepi nasi goreng bakibaki, resepi ringkas paling mudah. Resepi ini sangat membantu mengisi perut yang lapar dan mengelakkan pembaziran. Nasi goreng memerlukan teknik yang betul ketika menggoreng demi menghasilkan nasi goreng yang sedap, yang penting perut kenyang! Berikut adalah bahan yang diperlukan.

Bahan-bahan

  • 10 ulas cili api
  • 1 biji bawang merah saiz sederhana
  • 1 ulas bawang putih saiz sederhana
  • 1/2 sudu teh belacan (jika suka)
  • 1/2 genggam ikan bilis yang dibasuh cuci bersih
  • Semangkuk kecil lauk semalam berserta isinya
  • Sayur pilihan ( ikut citarasa)
  • Sedikit garam gula serbuk perasa
  • Kicap
  • Nasi sejuk anggaran 3-4 cawan 

Kaedah

  • Mula-mula tumbuk ikan bilis,cili api,bawang merah dan bawang putih.
  • Tumbuk separuh lumat.
  • Racikkan isi ikan atau ayam atau apa sahaja lauk semalam.
  • Potong kecil atau dadukan sayur,ketepikan.
  • Dengan anggaran minyak ½ senduk didalam kuali, panaskan dan sedia untuk menumis bahan yang telah ditumbuk tadi.
  • Tumiskan sehingga sedikit garing, masukkan garam dan gaul sebati.
  • Kemudian pecahkan telur dan masukkan baki lauk semalam.
  • Selepas itu apabila sedikit garing, masukkan sayur.
  • Gaul hingga sebati dan masukkan nasi pula.
  • Dengan api yang besar goreng nasi dan gaul laju-laju agar nasi benar-benar serasi dan masak dengan sempurna.
  • Kemudian dengan api yang kecil, goreng dan gaul agar tahan lebih lama.

10) Resepi Cendawan Goreng 

Satu lagi resepi ringkas untuk sayur, cendawan goreng. Setiap kali memasak sayur anda seharusnya memasak ia dengan ringkas sahaja. Hanya dengan cara ini rasanya lebih sedap dan zatnya dapat dipelihara,berikut adalah bahan yang diperlukan.

Bahan-bahan

  • 1 paket cendawan tiram 
  • 1 peket cendawan enoki (kecil)
  • 1 peket cendawan enoki (besar)
  • 2 ulas bawang putih (diketuk)
  • ½ inci halia
  • Sedikit ikan bilis
  • 3-4 biji lada hitam (diketuk)
  • Air secukupnya
  • Sedikit garam
  • Sedikit minyak (untuk menumis)
  • Serbuk perasa secukupnya

Kaedah

  • Tumbuk bawang putih dan ikan bilis.
  • Panaskan minyak, kemudian tumis bahan yang tekah ditumbuk tadi.
  • Masukkan garam dan serbuk perasa secukupnya.
  • Masukkan sedikit air jika perlu.
  • Sejurus itu masukkan cendawan dan goreng hingga ia masak.
  • Akhir sekali taburkan lada hitam yang telah ditumbuk.
  • Siap untuk dihidangkan.

11) Resepi Garden Salad 

Ringkas,sedap,murah dan mudah disediakan. Menu garden salad walaupun begitu agak mahal dijual direstoran. Boleh jadi kerana sayur salad yang berkualiti sedikit mahal berbanding sayur kampung biasa. Sesuai bagi anda yang sedang berdiet, berikut adalah bahan yang diperlukan.

Bahan-bahan

  • ½ jambak salad iceberg, romaine atau mak tam
  •  4-6 biji tomato ceri berwarna merah dan oren
  • ½ timun jepun
  •  ½ biji hirisan bawang holland
  • ½ biji sayur lobak merah
  • ½ biji lada benggala hijau 

Salad dressing 

  • Thousand Island jenama Kew Pie

Kaedah

  • Bersihkan semua sayur-sayuran.
  • Hiris sayur salad jika ia terlalu besar.
  • Hiris timun dan lobak merah.
  • Hiris bulat bawang holland.
  • Hiris dadu lada benggala
  • Campurkan semua bahan dan tuang sos thousand island.
  • Sediakan dihidangkan.

12) Resepi Ayam Masak Garam

Masakan ringkas seterusnya ialah ayam masak garam. Walaupun namanya begitu sebenarnya ia tidaklah masin. Masakan ini amat sedap, sesuai bagi anda yang gemar masakan baru tetapi ringkas, yang paling penting ia juga cepat disediakan , berikut adalah bahan yang diperlukan.

Bahan-bahan

  • ½ kg ayam (bersihkan dan potong kecil)

Bahan hiris 

  • 1 sudu besar halba campur 
  • 1 sudu teh jintan kasar

Bahan tumis

  • Bawang putih 5 ulas
  • Bawang besar 1 ulas
  • Cili kering 10 batang 
  • Tomato 1 biji
  • Serbuk kunyit 
  • Garam dan serbuk perasa secukup rasa
  • Daun kari 2 pelepah atau segenggam

Kaedah 

  • Mula-mula bersihkan ayam dan perasakan dengan sedikit garam.
  • Hiris semua bahan tumis iaitu bawang putih, bawang besar dan tomato. Manakala cili kering hanya sekadar gunting dibelah untuk dibuang bijinya.
  • Tumiskan halba campur bersama jintan kasar hingga naik bau.
  • Selepas itu tumiskan semua bahan hiris kecuali daun kari.
  • Masukkan serbuk kunyit dan garam serta serbuk perasa. Ini dibuat supaya bawang dan bahan tumis lain mesra dan sebati.
  • Masukkan ayam, masak sehingga ia masak. Masukkan sedikit jika perlu.
  • Atau tutup dengan penutup agar ayam mengeluarkan airnya sendiri.
  • Akhir sekali masukkan daun kari, masak hingga masakan menjadi kering.
  • Siap.

13) Resepi Sawi Goreng Ringkas 

Antara masakan ringkas yang paling mudah dan berkhasiat untuk disediakan ialah sayur. Sawi goreng ringkas ini amat ringkas ia hanya menggunakan tiga bahan sahaja. Carilah sawi yang pendek dan kurus batangnya kerana ia lebih manis dan sedap untuk digoreng, berikut adalah bahan yang diperlukan

Bahan-bahan

  • 1 ikat sawi
  • 2 ulas bawang putih
  • 1 biji cili merah (pilihan)
  • 1sudu besar sos tiram
  • Sedikit minyak untuk menumis
  • Garam dan serbuk perasa secukupnya 

Kaedah

  • Panaskan minyak di dalam kuali.
  • Tumis bawang putih dan cili merah.
  • Tambah sedikit air jika perlu.
  • Masukkan sos tiram dan sedikit garam
  • Kacau sebati, kemudian masukkan sayur sawi yang telah dibasuh dan dipotong.
  • Tutup api apabila sayur telah mula masak.
  • Siap

14) Resepi Ikan Kembung Goreng Kicap 

Jika anda peminat ikan anda patut cuba resepi ringkas ini. Ikan kembung goreng kicap, adalah masakan ringkas yang menggunakan ikan kembung. Sekalipun bahannya tertera agak banyak namun pembuatanya agak ringkas sebenarnya dan ia tidak mengambil masa yang kama untuk disediakan,berikut adalah bahan yang diperlukan.

Bahan utama

  • 4 ekor ikan kembong saiz besar

Bahan-bahan

  • 1/2 inci halia, diketuk
  • 3 ulas bawang putih, diketuk
  • 1 biji bawang besar, dihiris bulat dan leraikan
  • 1 biji cili merah, dihiris serong
  • 1 biji cili hijau, dihiris serong
  • 1/4 camca teh cuka makan
  • 5 camca besar kicap lemak manis
  • 1 camca teh kicap pekat
  • 1 camca besar sos tiram
  • 1/3 camca serbuk lada sulah
  • 1 batang kayu manis
  • 1 kuntum bunga lawang
  • 1/3 cawan air
  • Hirisan daun bawang, untuk hiasan

Kaedah

  • Ikan kembong disiang, cuci bersih dan kelar sedikit. 
  • Lumur dengan sedikit serbuk kunyit dan garam (anggaran 1 camca teh serbuk kunyit dan 1/2 camca teh garam) hingga rata. 
  • Kemudian goreng hingga masak, ketepikan.
  • Panaskan 3 camca besar minyak dalam kuali, tumis kayu manis, bunga lawang, halia dan bawang putih hingga harum. Masukkan sos tiram dan kacau rata. Tuang air, masukkan kicap pekat, kicap lemak manis dan cuka makan. Kacau dan biar mendidih.
  • Masukkan bawang besar dan ikan. Kacau perlahan dan tambah hirisan cili merah, cili hijau dan serbuk lada sulah. 
  • Siap untuk dihidangkan.

15) Resepi Kangkung Goreng Taucu 

Satu lagi masakan ringkas yang anda boleh cuba, ini juga adalah masakan kampung. Kangkung goreng taucu, sedap dan mudah untuk disediakan, ia juga baik untuk kesihatan anda. Tahukah anda tubuh kita memerlukan memenuhi separuh pinggan anda dengan sayur? Bagi memastikan anda mendapat zat yang diperlukan, berikut adalah bahan yang diperlukan.

Bahan utama 

  • Seikat sayur kangkung

Bahan-bahan lain

A

  • 3 biji bawang merah
  • 2 ulas bawang putih
  • 2 biji cili api

B

  • 2 sudu besar taucu
  • 1 sudu besar sos tiram

Kaedah

  • Bersihkan dan potong sayur kangkung, ingat untuk membelah batangnya agar semua kotoran dapat dibersihkan.
  • Tumbuk kasar bahan A.
  • Panaskan minyak dan tumiskan bahan-bahan yang telah ditumbuk.
  • Masukkan taucu dan sedikit sos tiram, tambah garam jika perlu.
  • Masukkan sayur kangkung dan sedikit air jika ia terlalu kering.
  • Tutup sebentar agar kangkung masak, tidak perlu lama sekadar ia masak sahaja.
  • Siap dan bolehlah dihidangkan ketika ia masih panas.

16) Resepi Sardin Tin Masak Paprik

Ini adalah satu lagi juadah ringkas yang amat sedap. Bagi anda pengemar sardin tentu sekali sekala buntu idea untuk masak sardin. Resepi sardin tin paprik ini amat sedap, malah lebih sedap dari paprik ayam. Berikut adalah bahan yang diperlukan bagi menyediakan masakan ini.

Bahan utama

  • Sardin tin besar 1

Bahan hiris dan tumis

  • 1 biji bawang besar 
  • 2 ulas bawang putih
  • ½ inci halia
  • Segenggam cili api
  • 1 batang serai
  • 5 helai daun limau purut
  • Asam jawa secukup rasa bancuh dengan sedikit air

Kaedah

  • Buka sardin tin, sedia untuk digunakan.
  • Hiris semua bahan dan ketuk pecah serai.
  • Tumiskan semua bahan yang telah dihiris bersama serai yang telah ditumbuk
  • Masukkan air asam jawa dan biarkan hingga mengelegak.
  • Kemudian masukkan ikan sardin bersama sosnya.
  • Tambahkan garam dan sedikit serbuk perasa jika perlu.
  • Siap.

17) Resepi Sambal Ikan Bilis Kering 

Satu lagi resepi ringkas yang anda pasti suka, kerana ia bukan sahaja ringkas ia juga tahan lama jika dibotolkan. Resepi ini juga sesuai bagi orang bujang kerana boleh dibuat lebih dan disimpan dibuat bekal ketika hujung bulan. Resepi ini memerlukan gula yang agak banyak jadi sebaiknya guna cili kering yang pedas agar rasanya seimbang.

Bahan-bahan

  • Cili kering (segenggam)
  • Bawang merah 5 ulas /bawang besar sebiji saiz kecil 
  • Ikan bilis segenggam (kopek dan goreng garing)

Kaedah

  • Mula-mula rebus gunting dan rebus cili kering,kemudian toskan ia dan goreng separuh masak.
  • Kemudian kisar bawang menggunakan pengisar kering.
  • Selepas itu kisar cili yang telah digoreng tadi.
  • Tumiskan bawang yang telah dikisar kering tadi selepas itu tumiskan pula cili kering kacau hingga sambal ini menjadi garing, pastikan ia tidak hangit 
  • Masukkan garam,serbuk perasa dan gula secukup rasa.
  • Apabila telah garing, sejukkan seketika sebelum memasukkan ikan bilis.
  • Gaul ratakan bilis dan siman didalam bekas kedap udara agar ia tahan lebih lama.

18) Resepi Ayam Goreng Kari

Masakan ringkas dan sedap yang sesuai bagi anda peminat masakan berasaskan kari. Ayam goreng kari ini bukanlah seperti masakan kuah kari yang biasa kita temui. Masakan ini amat ringkas dan senang untuk disediakan, berikut adalah bahan yang diperlukan.

Bahan utama

  • ½ ekor ayam saiz sederhana (potong sederhana besar,perasakan dengan garam dan kunyit))
  • 3 biji kentang dipotong baji

Bahan kisar (A)

  • 3 ulas bawang putih
  • 5 bawang merah
  • ½ inci halia
  • 10 biji cili padi

Bahan hiris dan tumis (B)

  • 2 batang serai (tumbuk pecah)
  • 1 pelepah daun kari (atau segenggam daun kari kering)
  • 1 biji bawang holland/bawang besar 

Bahan C

  • 3 sudu besar rempah kari daging + 1 sudu besar kari ikan 
  • (Tambahkan sedikit air agar ia menjadi pes)

Kaedah

  • Mula-mula goreng ayam tetapi jangan terlalu garing, sekadar masak sahaja.
  • Kemudian goreng kentang sehingga ia garing dan empuk.
  • Ketepikan kedua ini.
  • Tumiskan bahan-bahan B sehingga ia naik bau.
  • Kemudian tumiskan bahan A pula dan goreng sehingga semua bahan layu dan berbau wangi.
  • Selepas itu masukkan bahan C dan masak sehingga rempah naik minyak, tambahkan garam,serbuk perasa dan gula secukup rasa.
  • Tambahkan sedikit air jika ia terlalu garing.
  • Masukkan ayam dan kentang, gaul sehingga semua bahan serasi dan Biarkan seketika agar semua bahan rempah meresapi ayam goreng dan kentang tadi.
  • Siap, sedia dihidangkan bersama nasi panas.

19) Resepi Kailan Ikan Masin 

Resepi ringkas ini istimewa kerana ia sedap seperti yang dijual dikedai. Sayur kailan pula mempunyai khasiat yang baik bagi tubuh badan anda. Resepi ini juga sesuai bagi anda yang ingin berdiet, berikut adalah bahan yang diperlukan.

Bahan-bahan

  • 5 pokok kailan ( dipotong berasingan bekas daun dan batangnya. Batang dipotong serong)
  • 2 keping isi ikan tenggiri masin atau jeruk
  • 2 ulas bawang putih ( diketuk dan dicincang)
  • 1 labu bawang besar dihiris.
  • 3 biji cili padi di tumbuk kasar @ 3 biji cili hidup ditumbuk kasar
  • sedikit minyak masak
  • sedikit air (jika perlukan sedikit kuah)
  • sedikit serbuk ‘Cukup Rasa’ jika suka

Kaedah

  • Mula-mula panaskan minyak dan tumis bawang putih hingga harum.Masukkan isi ikan tenggiri/gelama jeruk dan goreng hingga masak isinya. Tekan2kan hingga hancur isi ikan tersebut dengan senduk dan buang tulangnya.
  • Masukkan cili,garam dan serbuk perasa secukupnya.
  • Kacau rata dan jangan sampai cili hangit.
  • Segera masukkan batang kailan. Kacau sebentar hingga 1/2 masak baru masukkan daun kailan.
  •  Kacau sebentar hingga masak sepenuhnya dan hidangkan.

20) Resepi Churros 

Berikut adalah salah satu resepi pastri yang ringkas. Pastri ini tidak perlu dibakar hanya ia perlu digoreng menggunakan minyak yang banyak. Namun pembuatannya mirip cream puff hanya bezanya cream puff dibakar. Churros sedap dimakan bersama gula halus.

Bahan-bahan

  • Air 2 1/2 cwn
  • Butter 2 sudu besar
  • Gula 2 sudu besar
  • Secubit garam
  • Tepung gandum 2 cawan 
  • Telur 2 biji
  • Esen vanila 1 sudu teh

Kaedah

  • Mula-mula tambahkan air, butter, garam dan gula didalam kuali hingga mengelegak.
  • Kecilkan api dan masukkan tepung dan kacau segera hingga ia menjadi gumpalan doh.
  • Pastikan bahagian bawah kuali mempunyai satu lapisan nipis.
  • Tutup api dan alihkan kedalam mangkuk mesin pengadun.
  • Tunggu sejuk sebentar kemudian nyalakan mesin pada kelajuan yang rendah.
  • Pecahkan telur didalam mangkuk berasingan.
  • Pukul kedua biji telur agar ia sebati.
  • Masukkan telur kedalam mesin pengadun yang telah dinyalakan tadi sedikit demi sedikit.
  • Pukul telur dengan adunan doh tadi hingga ia sebati dan menjadi berlipat-lipat.

Untuk penyediaan churros

  • Masukkan adunan kedalam beg piping.
  • Tambahkan minyak didalam kuali dan nyalakan api.
  • Tunggu minyak panas dan taipkan adunan yang telah diketak didalam beg piping tadi.
  • Paip pendek-pendek sahaja,gunting jika ia terlalu panjang.
  • Angkat dan churros sedia dinikmati bersama coklat ganache atau taburan gula sahaja juga sedap.
  • Siap.

21) Resepi Sambal Telur Ikan Bilis

Resepi sambal telur selalu menjadi pilihan bagi mereka yang ingin sesuatu yang ringkas tetapi sedap. Telur mata ini dihidang bersama sambal ikan bilis. Satu idea menarik untuk makan malam anda, berikut adalah bahan yang diperlukan.

Bahan-Bahan

  • 2 biji telur, digoreng mata kerbau
  • 1 genggam ikan bilis yang telah digoreng garing.
  • 1 pokok daun bawang (pilihan)
  • Daun salad secukupnya (pilihan)

Bahan Sambal Tumis 

  • 1 keping asam keping
  • Garam dan gula secukup rasa

Bahan kisar

  • 1 biji bawang besar
  • 3/4 inci belacan
  • Segenggam cili kering yang telah digunting,rebus dan basuh.

Kaedah Untuk Sambal Tumis

  • Mula-mula tumiskan bahan kisar tambahkan asam keping dan terus masak sehingga cili naik minyak.
  • Kemudian masukkan garam,gula dan sedikit air agar ia tidak terlalu kering.
  • Tutup api.

Penyediaan sambal telur ikan bilis.

  • Susun daun salad, kemudian letakkan telur yang telan digoreng, tuangkan sambal tumis dan ratakan ia.
  • Akhir sekali taburkan ikan bilis yang telah digoreng garing.
  • Sedia dihidangkan ketika ia masih panas.

22) Resepi Kek Marble Kampung

Mencari resepi ringkas tidak terhad pada lauk lauk sahaja. Kek juga boleh dikategori sebagai masakan ringkas. Kek marble kampung ini mempunyai bahan yang amat ringkas, hanya anda memerlukan cara yang betul untuk membuatnya agar kek tidak bantat. Berikut adalah bahan yang diperlukan.

Bahan kering

  • 3 cawan tepung gandum 
  • 2 sudu teh serbuk penaik

Bahan-bahan basah

  • 1 1/2cwn gula pasir
  • 1 1/2cwn majerin/planta
  • 6 biji telor 
  • 1sudu esen vanila.
  • ¼ cawan susu cair/segar

Untuk marble.

  • 1 sudu besar serbuk koko.

Kaedah

  • Panaskan oven pada suhu 160c sekurang-kurangnya 10 minit.
  • Sediakan loyang saiz 8”.
  • Mula-mula pukulkan gula bersama marjerin/planta hingga putih/pucat
  • Masukkan telur satu persatu, pastikan ia sebati sebelum menambah telur yang lain.
  • Akhir sekali masukkan susu dan tepung secara berselang seli.
  • Apabila semua bahan telah sebati. Ambil sedikit adunan dan campurkan dengan 1 sudu besar serbuk koko.
  • Masukkan adunan vanila kedalam loyang dahulu dan kemudian masukkan adunan coklat dan tompok-tompokkan keatas adunan kek vanila tadi.
  • Dengan menggunakan lidi corak-corakkan kek seperti marble.
  • Bakar selama 40 minit sehingga kek masak, uji dengan lidi untuk memastikan kek masak dengan betul.
  • Sejukkan kek diatas redai sebelum dihidangkan

23) Resepi Ayam Percik Tumis 

Satu lagi masakan ringkas yang anda boleh cuba. Masakan ini popular di pantai timur, namun begitu anda juga boleh mencuba resepi ini. Ini kerana ia agak mudah untuk disediakan. Bahan-bahannya juga senang dicari dikedai atau dipasaraya, berikut adalah bahan yang diperlukan.

Bahan utama

  • Ayam saiz kecil dipotong 4, bersih dan kelarkan ia, ketepikan.

Bahan-bahan kisar

  • Sebiji bawang besar
  • 2 ulas bawang putih
  • 2 batang serai  
  • 2 sudu cili kisar 
  • 1 cawan santan pekat
  • Garam,gula merah dan serbuk perasa secukup rasa.

Bahan lain

  • 1 batang serai yang ditumbuk pecah.
  • 1 keping asam keping saiz kecil

Kaedah

  • Bersihkan ayam dan perasakan dengan garam dan kunyit, gril didalam pemanggang ajaib hingga masak,ketepikan.
  • Sementara itu panaskan sedikit minyak tumiskan bahan yang telah dikisar tadi.
  • Tunggu sehingga naik bau, dan masukkan santan,asam keping,serai,garam, gula dan serbuk perasa.
  • Tunggu sehingga kuah menjadi pekat dan naik minyak.
  • Akhir sekali masukkan ayam yang telah digrill tadi. 
  • Biarkan seketika sehingga ayam meresapi kuah percik tadi.
  • Siap untuk dihidangkan .

24) Resepi Ayam Rendang Melimpah 

Rendang sekali pun bahannya agak banyak tetapi pembuatannya agak ringkas. Ia amat mudah untuk disediakan, kerana anda perlu kisar semua bahan dan meletakkan semua bahan dalam kuali, buka api dan biarkan sehingga ia pekat dan naik minyak dari santannya. Tetapi sudah tentulah anda perlu mengacaunya sekali sekala agar rendang tidak hangit,berikut adalah bahan yang diperlukan.

Bahan utama

  • Seekor ayam saiz sederhana (potong kecil dan bersihkan)

Bahan-bahan kisar

  • 2 biji bawang besar
  • 3 biji bawang putih
  • 1 inci halia
  • 2 batang serai
  • 1 inci kunyit hidup/serbuk

Bahan-bahan lain

  • 1 senduk cili kering yang telah dikisar 
  • 1 keping asam keping
  • 2 batang serai ditumbuk hingga pecah
  • 1 ½ mangkuk santan pekat
  • 5 sudu kerisik (pilihan)
  • 2 helai daun kunyit (hiris halus)

Kaedah

  • Mula-mula potong kecil bahan-bahan yang hendak dikisar.
  • Kisar semua bahan hingga benar-benar lumat.
  • Masukkan ia kedalam kuali yang hendak digunakan.
  • Masukkan bahan-bahan lain kecuali ayam.
  • Masakkan ia hingga mengelegak baru masukkan ayam.
  • Masak hingga ia naik minyak, masukkan garam, serbuk perasa dan gula sedikit bagi menaikkan rasanya.
  • Akhir sekali taburkan hirisan daun kunyit untuk aroma yang lebih enak.

25) Resepi Ayam  Masak Kicap

Resepi yang terakhir bagi koleksi masakan ringkas kali ini iaalah masakan kegemaran Madam sekeluarga. Masakan paling mudah, paling cepat dan paling sedap. Masakan ini hanya memerlukan semua bahan dimasak sekali didalam kuali dan biarkan sehingga ia masak dan pekat mengikut kepekatan yang anda inginkan. Berikut adalah bahan yang diperlukan.

Bahan utama 

  • 1/2 ekor ayam dipotong kecil (perasakan dengan garam sedikit)

Bahan hiris 

  • 1 ulas bawang besar
  • 3 ulas bawang putih 
  • 2 inci halia 
  • 10 batang cili api (buang tangkai sahaja)
  • sedikit garam

Bahan perasa

  • Kicap manis mengikut gelap yang diinginkan
  • 3 sudu sos tiram
  • Sedikit minyak untuk menumis

Kaedah

  • Gaulkan semua bahan iaitu ayam, bahan hiris dan bahan perasa dalam satu bekas. Biarkan seketika.
  • Kemudian panaskan kuali dengan sedikit minyak masak.
  • Tumiskan semua bahan yang telah diperap tadi.
  • Lalu masak ia sehingga ayam masak.
  • Tambah air jika anda suka ia berkuah.
  • Siap.

Begitulah 25 resepi ringkas yang anda boleh cuba, resepi-resepi ini kebanyakkannya telah dicuba dan ternyata menjadi. Bagi anda yang masih baru belajar masak atau memang suka masakan yang ringkas untuk makan dua atau tiga orang bolehlah mencuba resepi kami ini. Diharap anda sudi untuk like dan share agar ilmu ini akan dimanafaatkan orang lain. Selamat mencuba!

Give a Comment