Resepi Tradisional, Moden & Terkini

Koleksi 25 Resepi Berasaskan Kicap Mudah Dan Sedap

Kicap ialah penyedap makanan yang boleh dikatakan digemari kebanyakkan orang Malaysia.  Kicap secara asasnya dibuat dari kacang soya atau kacang soya hitam. Kemudian ianya diperap hingga mengeluarkan bau dan rasanya yang tersendiri. Banyak diguna dalam masakan, kicap dibawa ke Tanah Melayu oleh pedagang dari Tanah Besar China.

Kini kicap menjadi antara bahan yang digemari okeh orang kita samada dalam masakan atau dimakan bersama nasi. Bayangkan telur mata yang digire g cukuo sedap hanya dengan curahan kicap lemak manis. Begitu juga dahinh atau ayam atau ikan, digoreng kemudian dimasak kicap. Siapa shajalah yang boleh menolaknya bukan?

Berikut adalah 25 resepi berasaskan kicap menggunakan pelbagai jeni lauk. Ikan,ayam,telur,mee,nasi malah bihun akan dikongsi untuk anda cuba sendiri dirumah anda.

1)Resepi Ayam  Masak Kicap (Ala Stew)

Masakan ini adalah masakan kicap yang Madam paling suka. Resepi inj direka ketika anak-anak masih kecil, yang tidak makan pedas ketika itu. Masakan ini tidak memerlukan ayam digoreng awal. Sebaliknya masakan ini mencampurkan semua bahan sekaligus lalu dimasak sehingga kuah menjadi pekat mengikut selera anda. Mari lihat bahan-bahan yang diperlukan 

Bahan utama 

  • 1/2 ekor ayam dipotong kecil (perasakan dengan garam sedikit)

Bahan hiris 

  • 1 ulas bawang besar
  • 3 ulas bawang putih 
  • 2 inci halia 
  • 10 batang cili api (buang tangkai sahaja)
  • sedikit garam

Bahan perasa

  • Kicap manis mengikut gelap yang diinginkan
  • 3 sudu sos tiram
  • Sedikit minyak untuk menumis

Kaedah

  • Gaulkan semua bahan iaitu ayam, bahan hiris dan bahan perasa dalam satu bekas. Biarkan seketika.
  • Kemudian panaskan kuali dengan sedikit minyak masak.
  • Tumiskan semua bahan yang telah diperap tadi.
  • Lalu masak ia sehingga ayam masak.
  • Tambah air jika anda suka ia berkuah.
  • Siap.

2) Resepi Ayam Masak Lada Hitam

Berikut ialah satu lagi resepi yang mudah dan berasaskan kicap yang amat digemari. Selain dari ayam anda juga boleh menggunakan daging. Guna daging bahgaian batang pinang kerana ia lebih lembut dan boleh dimasak segera. Jika anda ingin tambahkan sayur seperti brokoli pun boleh. Jadi mari lihat bahan-bahan yang diperlukan .

Bahan-Bahan

  • 400 gram ayam – potong kecil
  • 1 sudu besar lada hitam – tumbuk
  • 5 tangkai cili api
  • ½ lada benggala hijau (pilihan)
  • 1/2 inci halia – mayang halus
  • 2 sudu besar kicap
  • 2 sudu besar minyak
  • 1 sudu besar sos tiram
  • gula dan garam secukupnya
  • 1 labu bawang besar – hiris
  • 2 ulas bawang putih – cincang
  • 1 – 2 sudu besar serbuk kunyit – untuk perap ayam

Kaedah

  • Mula-mula perap ayam selama lebih kurang 5 minit dengan serbuk kunyit dan garam, ketepikan sekejap.
  • Sementara itu dalam bekas lain campurkan kicap, lada hitam, sos tiram, gula, dan garam, kemudian bancuh hingga rata.
  • Panaskan minyak dalam kuali kemudian goreng ayam hingga kekuningan, lepas itu masukkan bawang putih bersama halia, dan cili kering. masak selama beberapa minit.
  • Akhir sekali, masukkan sos yang sudah dibancuh tadi dan apabila terlalu pekat boleh tambahkan air dan masak selama lebih kurang 2 minit menggunakan api sederhana. angkat dan hidangkan.

3)Resepi Hati Ayam Masak Hitam

Hati ayam atau organ haiwan biasanya kurang digemari. Namun begitu hati ayam ini mempunyai khasiatnya yang tersendiri,walaupun hati ayam ini tidak sesuai bagi anak kecil yang masih bersekolah kerana dikhuatiri menjadi pelupa. Walaupun tidak bukti saintifik, namun lebih kita yang dewasa sahaja yang memakannya. Resepi yang dikongsikan kali ini boleh menyebabkan anda yang tidak gemar hati ayam boleh jatuh cinta padanya,mari lihat bahan-bahan yang diperlukan.

Bahan utama 

  • 1/2 kg hati ayam
  • Bahan kisar
  • 4 ulas bawang merah 
  • 2 ulas bawang putih (dikisar)
  • 1 mangkuk kecil cili kering (dikisar)
  • Halia ½ inci
  • 1 sudu teh jintan manis

Bahan perasa

  • Asam keping
  • 5 helai daun limau purut
  • Sedikit kicap manis
  • Garam secukup rasa
  • Gula secukup rasa
  • Ajinomoto (jika suka)

Kaedah

  • Tambahkan garam dan kunyit pada hati ayam dan goreng separuh masak, asingkan.
  • Tumis semua bahan-bahan yang telah dikisar sehingga ia naik minyak.
  • Masukkan asam keping.
  • Kemudian masukkan sedikit demi sedikit kicap dan mengikut warna hitam yang amda inginkan,
  • Masukkan pula hati yg telah digoreng.
  • Masukkan garam dan gula secukup rasa.
  • Akhir sekali tambahkan daun limau purut sebagai tarikan aromanya.
  • Siap.

4) Resepi Ikan Kembung Goreng Kicap

Masakan berasaskan kicap kali ini menggunakan ikan kembung. Ikan jika dibeli yang segar amat sedap walaupun digoreng sahaja. Apatah lagi jika ditambah kicap dan bahan-bahan lain seperti bawang,cili dan air asam. Namun begitu yang palinh sedap ialah kicap itu sendiri terutama kicap lemak manis. Berikut ialah bahan-bahan yang diperlukan.

Bahan utama

  • 4 ekor ikan kembong saiz besar
  • Bahan-bahan
  • 1/2 inci halia, diketuk
  • 3 ulas bawang putih, diketuk
  • 1 biji bawang besar, dihiris bulat dan leraikan
  • 1 biji cili merah, dihiris serong
  • 1 biji cili hijau, dihiris serong
  • 1/4 camca teh cuka makan
  • 5 camca besar kicap lemak manis
  • 1 camca teh kicap pekat
  • 1 camca besar sos tiram
  • 1/3 camca serbuk lada sulah
  • 1 batang kayu manis
  • 1 kuntum bunga lawang
  • 1/3 cawan air
  • Hirisan daun bawang, untuk hiasan

Kaedah

  • Ikan kembong disiang, cuci bersih dan kelar sedikit. 
  • Lumur dengan sedikit serbuk kunyit dan garam (anggaran 1 camca teh serbuk kunyit dan 1/2 camca teh garam) hingga rata. 
  • Kemudian goreng hingga masak, ketepikan.
  • Panaskan 3 camca besar minyak dalam kuali, tumis kayu manis, bunga lawang, halia dan bawang putih hingga harum. Masukkan sos tiram dan kacau rata. Tuang air, masukkan kicap pekat, kicap lemak manis dan cuka makan. Kacau dan biar mendidih.
  • Masukkan bawang besar dan ikan. Kacau perlahan dan tambah hirisan cili merah, cili hijau dan serbuk lada sulah. 
  • Siap untuk dihidangkan.

5) Resepi Ayam Bali

Resepi ini merupakan ayam ya g dimasak kicap,namun begitu ia menggunakan beberapa bahan tambahan iaitu rempah. Remoah yang lazimnya diguna didalam gulai menjadikan resepi ini mempunyai rasanya lebih sedap. Ayam digunakan didalam resepi ini namun anda juga boleh menggunakan daging. Berikut ialah bahan-bahan yang diperlukan

Bahan utama

  • 1 ekor ayam potong kecil

Bahan tumis

  • Rempah 4 sekawan
  • 1 biji bawang besar dihiris
  • 2 batang serai dititik
  • 1 helai daun pandan (hiris pendek)
  • 4-5 biji buah keras (ditumbuk lumat)
  • 1 genggam cili kering ( gunting, rebus dan kisar dahulu)

Bahan kisar

  • 5 biji bawang besar
  • 1 labu bawang putih
  • 1 inci halia
  • Bahan perasa
  • 2 sudu besar air asam jawa
  • 2 sudu besar gula merah (gula biasa pun boleh)
  • 4 sudu besar kicap manis (kalau nak gelap lagi pun boleh)
  • Garam secukup rasa
  • 1 sudu besar sos tiram

Kaedah

  • Mula-mula goreng ayam separuh masak, asingkan.
  • Kemudian tumis rempah sekawan dan serai.
  • Masukkan bahan yang telah dikisar dan tumis hingga naik bau.
  • Masukkan cili kering yang telah dikisar, tumis sampai naik minyak.
  • Masukkan buah keras yang ditumbuk lumat dan kacau sebentar.
  • Masukkan air asam jawa, gula merah dan kicap.
  • Masukkan bawang hiris.
  • Masukkan ayam separuh goreng tadi. Kacau serata dan biarkan sebati bersama, biarkan agak-agak kering.
  • Tutup api dan sedia untuk dihidangkan.

6)  Resepi Kicap Pedas Ikan Tenggiri

Resepi berikut merupakan satu lagi menu kegemaran ramai. Resepi ini menggunakan ikan tenggiri sebagai bahan utamanya. Ikan tenggiri yang digunakan didalam resepi ialah tenggiri papan. Ikan ya lebih kecil dari ikan tenggiri ya g biasa,namun isinya lebih sedap dan manis. Bagaimanapun anda boleh guna ikan lain.

Bahan utama

  • 1 ekor ikan tenggiri – lumur garam kunyit dan goreng
  • Bahan hiris dan tumis
  • 1 biji bawang besar
  • 1 tangkai cili merah
  • 4 helai daun limau purut
  • 4 tangkai cili padi
  • 1-2 sudu besar cili kisar
  • Garam
  • Kicap manis

Kaedah

  • Mula-mula gorengkan ikan tenggiri hingga garing,ketepikan.
  • Panaskan minyak dan cili kisar dahulu hingga naik minyak.
  • Kemudian masukkan bahan-bahan yang telah dihiris dahulu dan biarkan sehingga pecah minyak.
  • Masukkan kicap manis hingga mencapai warna hitam yang kita inginkan.
  • Tambahkan sedikit garam jika anda ingin, jika tidak pun tidak mengapa.
  • Masukkan daun limau purut dan ikan yang telah digoreng. Perlahankan api biarkan sehingga ianya sebati.

7) Resepi Ayam Perap Bbq

Resepi kali ini ialah resepi bbq. Walaupun bbq merupakan sejenis menu yang berasal dari barat,namun begitu oleh kerana dinegara kicap amat digemari untuk banyak sebab,contohnya selain dari warnanya ia juga untuk menyedapkan ia. Berikut adalah bahan-bahan yang diperlukan.

Bahan utama

  • ½ kilo kepak ayam

Bahan-bahan perapan

  • 10 ulas bawang merah
  • 5 ulas bawang putih
  • 1 inci halia
  • ½ inci lengkuas
  • 2 batang serai
  • 1 botol sos BBQ (apa-apa jenama)
  • 3 sudu besar madu
  • 1 sudu besar serbuk cili
  • 3 sudu besar mentega/margerin or minyak
  • 1/2 cawan kicap pekat manis (anggaran tidak terlalu banyak)
  • 2 sudu teh serbuk kunyit
  • 1 sudu teh serbuk lada hitam
  • garam secukup rasa

Kaedah

  • Kisar bawang besar, bawang merah, bawang putih, halia, lengkuas & serai
  • Gaul rata bahan kisar dengan semua bahan lain.
  • Tuangkan ke atas ayam dan perap selama 3 jam pada suhu bilik.
  • Grill ayam ini dengan minyak yang sikit sahaja, alihkan agar kedua belah bahagian agar ayam cukup masak.
  • Boleh juga ditabur biji bijan sebagai hiasan.

8) Resepi Ayam Palembang

Resepi berasaskan kicap berikut mempunyai nama yang unik. Ayam masak Palembang, sebenarnya bukanlah resepi dari daerah Palembang. Sebaliknya ia adalah masakan ayam menggunakan kicap dan beberapa bahan lain. Ia sedap,unik dan digemari. Baiklah berikut adalah bahan-bahan yang diperlukan.

Bahan-bahan

  • 1/2 ekor ayam (lumur dengan garam dan serbuk kunyit)

Bahan kisar

  • 5 ulas bawang merah
  • 2 ulas bawang putih
  • 1/2 inci halia 
  • Bahan perasa 
  • 7 sudu besar kicap
  • 4 sudu besar cili giling/kisar
  • Air asam jawa

Bahan lain

  • 2 biji kentang -potong wedges & goreng
  • Sebiji bawang besar – potong bulat
  • 2 biji cili hijau – belah 2
  • 2 sudu besar cili sos
  • 1 biji tomato – potong 4
  • Daun kari
  • 2 batang serai – dititik

Kaedah

  • Goreng ayam dan juga kentang. Ketepikan.
  • Panaskan minyak dalam kuali. 
  • Tumis bahan kisar sehingga naik bau.
  • Kemudian masukkan serai dan daun kari.
  • Kemudian masukkan cili giling/kisar.
  • Masak hingga cili agak garing. 
  • Baru masukkan kicap pekat dan gaul sebati.
  • Selepas itu masukkan sedikit air asam jawa.
  • Kemudian masukkan cili sos dan kacau lagi. 
  • Masukkan bawang besar yang dipotong bulat, lada hijau & tomato. 
  • Akhir sekali baru masuk ayam dan kentang yang dah digoreng. 
  • Gaul sebati untuk menyiapkannya.
  • Siap!

9)Resepi Mee Sizzling

mee-sizzling
image via Facebook

Resepi berikut dikongsikan oleh Rhozisham Abd Rashid dan mendapat lebih 2.6K perkongsian dilaman Facebook. Resepi Ini menggunakan yee mee dan biasanya ditemui di restoran atau foodcourt yang menawarkan makanan didalam hot plate,sebab itu namanya mee sizzling. Ini kerana ia dihidangkan ketika yee mee masih panas dan mengelegak. Oleh kerana otu bagi anda yang mencuba sendiri resepi ini berikut adalah bahan-bahannya.

Resepi Mee Sizzling

Bahan – bahan:

  • 7 ulas bwg putih( mayang )
  • 3 inci halia(mayang)
  • 10 tangkai cili kering ( potong 2-3 buang biji)
  • Lada hitam(tumbuk) anggaran 1 stgh sudu besar selepas d tumbuk
  • Serbuk lada sulah
  • Ayam dipotong kecil

Bahan sos/perasa:

  • Kicap pekat 1-2 senduk
  • Kicap manis 1-2 senduk
  • Kicap masin 1-2 senduk
  • Sos tiram 1 senduk
  • Minyak bijan (2 sudu besar)
  • Cili giling/cili boh (2 sudu besar)

Bahan – bahan lain:

  • Cendawan butang kering ( rendamkan dalam air dahulu)  dipotong 2 atau 4 
  • Air bancuhan tepung jagung
  • Telur ayam (6 biji)
  • Sawi (celur)
  • Garam
  • Gula
  • Yee mee (celur sebentar)

Cara – cara memasak:

  • Mula-mula panaskan minyak, tumiskan bawang putih dan halia.
  • Kemudian apabila ia telah naik bau, masukkan pula cili kering.
  • Masukkan ayam pula, goreng hingga ia masak.
  • Masukkan lada hitam, lada sulah dan minyak bijan.
  • Tumiskan pula cili giling dan tutup periuk seketika.
  • Apabila ayam mula mengeluarkan air, masukkan kicap pekat, kicap manis dan sos tiram. 
  • Biarkan menggelegak sebentar dan masukkan air anggaran 6 – 8 orang makan. 
  • Masukkan cendawan, gula dan garam secukup rasa. 
  • Masukkan bancuhan tepung jagung bersama air kedalam kuah. 
  • Siap!

10) Resepi Ayam Masak Kicap Berempah

image via Facebook

Resepi ini dikongsikan oleh Syuhaida Meltieda GhuLam dan telah mendapat banyak perkongsian di media sosial. Ayam masak  kicap berempah ini menggunakan rempah kari daging juga, oleh itu rasanya tentulah lebih sedap. Oleh kerana ia juga mudah untuk dibuat maka anda harus cuba resepi ini, berikut adalah bahan-bahan yang diperlukan.

Bahan – bahan:

  • Bawang besar*
  • Bawang putih*
  • Halia*
  • Ubi kentang
  • Rempah kari daging
  • Serbuk jintan manis
  • Serbuk cabai
  • Kicap masin & manis
  • Rempah 4 sekawan
  • Daun kari
  • Garam
  • Serbuk perasa
  • Bawang besar potong bulat
  • Cabai hidup (tabur atas)

Cara penyediaannya:

  • Blend bahan yang bertanda *.
  • Tumis bahan rempah 4 sekawan dengan daun kari.
  • Masukkan bahan yang telah diblend, serbuk kari, serbuk jintan manis, serbuk cabai, kicap manis dan kicap masin, masukkan ubi kentang masak sampai pekat dan ubi empuk.
  • Masukkan ayam yang sudah digoreng, garam dan serbuk perasa, tabur bawang besar dan cabai hidup.
  • Siap!

11) Resepi Semur Daging Salai

Resepi berikut adalah lagi satu resepi simpanan keluarga yang Madam ingin kongsikan. Masakan istimewa berasal dari orang Jawa. Bias ya ia menggunkan ayam, tetapi kali ini madam cuba menggunakan daging salai. Cara mudah mensali daging alaf kini ia,ah dengan mengrilnya tanpa minyak didalam magic pan sehingga ia kering dan empuk. Kemudian sejukkan ia sebelum ia dihiris nipis. Mari lihat bahan-bahan yang diperlukan.

Bahan-bahan utama

  • ½ kg daging salai (hiris nipis)
  • 2 biji kentang dipotong baji dan digoreng
  • 1 labu bawang besar dibelah 4

Bahan-bahan kisar

  • 5 senduk cili kering yang dikisar.
  • Bawang merah 5 ulas
  • Bawang putih  3 ulas
  • 1 sudu besar jintan halus
  • 1sudu besar jintan kasar
  • 1 inci belacan

Bahan-bahan B ( Hiris dan Tumis)

  • 2 labu bawang besar  dipotong baji
  • 3 ulas bawang putih (hiris)
  • 1 inci halia (hiris)
  • 1 batang kulit kayu manis
  • 1 kuntum bunga lawang
  • 2 kuntum bunga cengkih
  • 3 biji ketumbar
  • Kicap manis secukup hitam
  • Sekeping asam keping saiz besar.

Kaedah

  • Tumiskan bahan-bahan B sehingga naik bau. Kemudian tumis bahan A hingga naik minyak. tambahkan  asam keping sekeping.Tambahkan kicap secukup hitam. Tambah sedikit air, lebih kurang secawan.
  • Masukkan bawang yang telah dibelah 4. Kemudian masukkan daging salai yang telah dihiris nipis tadi.Gaul rata dengan sambal yang telah masak sebati. Biarkan sehingga semuanya mesra.
  • Akhir sekali tambah sedikit garam, jangan terlalu banyak kerana masakan ini telah ditambah kicap.

12)Resepi Sotong Masak Kicap Berempah

sotong-masak-kicap-berempah
image via Facebook

 Resepi ini dikongsikan oleh Salina Saad dan telah mendapat banyak perkongsian di media sosial. Sotong masak kicap berempah ini salah satu inovasi masakan berasaskan kicap, tetapi bahan utama digunakan kali ini ialah sotong. Bagi anda peminat makanan laut seperti sotong,bolehlah mencuba resepi ini.

Bahan – bahan:

  • Kayu manis
  • Bunga lawang
  • Buah pelaga
  • Bawamg putih (hiris)
  • Halia (hiris panjang)
  • Rempah kari (agak2 je)
  • Cili kisar (dikisar bersama bawang besar+bawang putih+belacan)
  • Nota: Satukan rempah kari dan cili kisar, buatkan seperti pes.
  • Bwg besar (hiris bulat)
  • Cili padi hijau/merah (belah dua)
  • Air asam jawa
  • Air sedikit (utk kuah)
  • Sos cili
  • Sos tomato
  • Sos tiram
  • Kicap
  • Gula
  • Garam (jika perlu)
  • Perasa
  • Sotong (dicuci dan dipotong)
  • Nota: Rendamkan sotong dengan air asam jawa dan garam sebentar.

Langkah – langkah memasak:

  • Tumiskan kayu manis, bunga lawang, buah pelaga, bawang putih dan halia yang dihiris sampai naik bau. Kemudian, masukkan pes rempah kari tadi.
  • Tumiskan sehingga rempah garing dan pecah minyak.
  • Apabila bahan rempah sudah garing, masukkan air asam jawa dan air sedikit.
  • Kemudian, masukkan kesemua sos dan masukkan bersama gula dan perasa. Biarkan kuah mendidih.
  • Apabila kuah sudah mendidih, masukkan sotong tadi dan balik – balikkan supaya sotong masak.
  • Akhir sekali, masukkan bawang hiris bulat dan cili padi. Siap!

13) Resepi Ikan Tenggiri Masak Kicap

ikan-tenggiri-masak-kicap
image via Facebook

Resepi ini dikongsikan oleh Mimi Nomi Nourmi Amir dan mendapat banyak perkongsian di media sosial. Ikan tenggiri yang digunakan didalam resepi kali ini ialah ikan tenggiri saiz besar. Ia juga menggunakan asam jawa dan sos lada hitam,jadi bagi anda pengemar kicap apakata cuba resepi ini,.

Bahan – bahan:

  • 2 labu bawang besar (mayang bulat)
  • 3 ulas bawang putih (ketuk pecah)
  • 2@3 ulas lada besar (racik serong)
  • 10 ulas cili akar (ketuk pecah)
  • Ikan tenggiri (goreng dulu)
  • Sebesar ibu jari halia (ketuk pecah)
  • 1sudu besar black pepper sos
  • 1sudu kecik sos tiram
  • 1sudu kecik asam jawa
  • Kicap 4 sudu besar

Cara – cara memasak:

  • Tumiskan kesemua bahan yang diketuk tadi kedalam minyak lebihan gorengan ikan tadi sehingga wangi.
  • Masukkan bawang, kicap, sos tiram, sos lada hitam, air dan asam jawa.
  • Apabila suda menggelegak, masukkan ikan supaya air resap ke ikan itu.
  • Siap!

13)Resepi Kung Pao Chicken

kung pao chicken
image via Facebook

 Resepi kung pao chicken ini telah dikongsikan oleh Ungku Elaine di laman sosial Facebook miliknya. Resepi ini sebenarnya ialah masakan cina dan ia boleh ditemui direstiran makanan cina halal. Namun bagi anda yang genar mencuba sendiri resepi ini,berikut adalah bahan-bahannya.

Bahan – bahannya:

  • Isi ayam dadu kecil-kecil

Sauce:

  • 2 bawang holland kuning
  • Halia hiris halus
  • 4 bawand putih (diketuk)
  • 6 cili kering (potong-potong dan rendam air dan tos)
  • Daun bawang
  • Cili bangla (potong cube)
  • Cashew nut goreng
  • White pepper

Cara – cara penyediannya:

  • Goreng ayam dengan minyak dan ketepikan.
  • Goreng cashew nut dan cili kering  dan ketepikan.
  • Goreng dan tumis halia, bawang putih, bawang besar dengan sedikit minyak.
  • Masukan sos tiram, kicap manis Tamin, gula dan sedikit garam.
  • Masukan ayam, cili bangla, cashew nut dan kacau sebati. Kemudian, masukkan white pepper.
  • Tabur daun bawang dan siap untuk dihidangkan.
  • p/s: Jika mahu pekatkan kuah boleh tambah tepung jagung.

14) Resepi Ayam Masak Kicap

Resepi ini adalah salah satu resepi yang mengamit kenangan. Ayam masak kicap ini suatu masa dahulu menjadi kegemaran Madam ketika menuntut dikolej dahulu. Ayam masak kicap ini dimasak sehingga kicap itu mengeluarkan karamelnya sendiri. Ia amat sedap,anda harus mencubanya sendiri. Berikut adalah bahan yang diperlukan.

Bahan utama

  • 300g Isi ayam digaul dengan garam dan serbuk kunyit.

Bahan-bahan hiris

  • Bawang besar 1 labu
  • Bawang putih 2 ulas
  • Halia ½ inci
  • Cili api 5 batang
  • Bahan-bahan perasa
  • KIcap manis
  • Kicap masin

Kaedah

  • Sediakan kuali,panaskan minyak dalam satu senduk.
  • Goreng ayam sehingga separuh masak. Jangan terlalu garing.
  • Keluarkan minyak yang berlebihan tetapu ayam itu biarkan dalam kuali yang sama.
  • Tumiskan bahan-bahan hiris sehingga layu.
  • Masukkan kicap manis sedikit kicap masin. Kadarnya perlu agakkan tukang masak ya.

15) Resepi Ayam Masak Kicap Bersantan

Ayam-masak-kicap-bersantan
Image via Facebook

Resepi berikut ialah ayam masak kicap bersantan yang telah dikongsikan oleh Siti Rohayu di laman sosial Facebook miliknya. Masakan ini agak unik kerana ia mempunyai tambahan bahan lain dari kebiasaan masakan kicap iaitu santan. Jika anda ingin sesuatu yang lain,anda bileh menucba resepi berikut.

Bahan – bahan

  • Lada Hitam
  • Jintan
  • Bawang putih
  • Bawang besar
  • Halia
  • Lada kecil
  • Santan 1/2 kotak
  • Kentang (digoreng dahulu)
  • Ayam (digoreng dahulu)
  • Kicap

Cara – cara memasak:

  • Kisarkan kesemua bahan yang bertanda (*). Pastikan ianya tidak terlalu lumat.
  • Tumis bahan yang telahpun dikisar.
  • Masukkan lada kecil yang telah dibelah dua.
  • Masukkan ayam bersama dengan kentang yang telah digoreng tadi.
  • Masukkan santan.
  • Anda juga boleh kalau nak masukkan bawang yang telah dipotong bulat

16) Resepi Ayam Rendang Pulau Pinang

 Ini lagi satu resepi kegemaran kami sekeluarga,meskipun namanya rendang namun masakan ini tidak menggunakan sebarang santan atau kerisik. Ia unik kerana masakan ini tidak berasal dari Penang pun. Namun ia amat sedap, mudah dan boleh disediakan dengan sambil-sambil, sesuai bagi anda yang sibuk.

Bahan A (ditumbuk)

  • Bawang besar saiz sederhana 1 labu.
  • Bawang putih 2 ulas
  • Halia seinci
  • Lada hitam 1 sudu kecil

Bahan B ( Perap)

  • Cili kering 1 periuk kecil digunting , direbus dan dikisar.
  • Cuka 1 sudu besar
  • Kicap manis secukupnya ( ikut hitam)
  • Bahan B (Tumis)
  • Bawang besar 2 biji dibelah empat
  • Bawang putih 2 ulas dihiris nipis
  • Daun kari 2 pelepah disisir
  • Serai 2 btg diketuk

Kaedah

  • Perapkan ayam dengan bahan A dan B , biarkan 30minit.
  • Panaskan kuali, letak minyak 1 senduk. Tunggu minyak panas.
  • Tumis bahan-bahan C hingga naik bau.
  • Kemudian masukkan ayam yg telah diperap tadi
  • Masukkan 1/2 cawan air
  • Renehkan hingga pekat dan pecah minyak, baru tambahkan garam dan sedikit ajinomoto.

17) Resepi Ayam Masak Semur

Resepi ini merupakan satu lagi resepi turun temurun kami. Ayam masak semur inj biasanya dijadikan hidangan sampingan dalam hidangan nasi ambeng,sejenis masakan orang Jawa. nasi amneg merupkan bekal yang dititip dari tuan rumah kepad tetamu yang datang sebgai bekal. Bagi anda yang suka mencuba apakata cuba resepi ini.

Bahan-bahan utama

  • Seekor ayam sederhana dipotong  16 (atau terpulang). Perap dengan garam dan kunyit.
  • Goreng tapi jangan terlalu garing.

Bahan-bahan kisar

  • 5 senduk cili kering yang dikisar.
  • Bawang merah 5 ulas
  • Bawang putih  3 ulas
  • 1 sudu besar jintan halus
  • 1sudu besar jintan kasar
  • 1 inci belacan

Bahan-bahan B ( Hiris dan Tumis)

  • 2 labu bawang besar  dipotong baji
  • 3 ulas bawang putih (hiris)
  • 1 inci halia (hiris)
  • 1 batang kulit kayu manis
  • 1 kuntum bunga lawang
  • 2 kuntum bunga cengkih
  • 3 biji ketumbar
  • Kicap manis secukup hitam
  • Sekeping asam keping saiz besar.

Kaedah

  • Tumiskan bahan-bahan B sehingga naik bau. Kemudian tumis bahan A hingga naik minyak. Tambahkan  asam keping sekeping.Tambahkan kicap secukup hitam. Tambah sedikit air, lebih kurang secawan.
  • Masukkan ayam yang telah digoreng. Gaul rata dengan sambal yang telah masak sebati. Biarkan sehingga semuanya mesra. Bawang besar juga boleh diletak bersama ayam jika suka.
  • Boleh tambah kentang yang dipotong baji dan digoreng terlebih dahulu mengikut citarasa.
  • Akhir sekali tambah sedikit garam, jangan terlalu banyak kerana masakan ini telah ditambah kicap.

18) Resepi Daging Goreng Kaprau

daging kaprau
Imej via Facebook

Resepi daging kaprau ini dikongsikan di laman Facebook oleh Tengku RosElyza Raja Muhammad. Resepi ini menggunakan dahing batang pinang sebgaai bahan utamanya. Ia juga menggunakan bahan-bahan yang sinonim dengan masakan Thailand.jadi bagi anda yang ketandusan idea untuk masak,bolehlah mencuba resepi ini.

Bahan-bahan :

  • Daging batang pinang dihiris nipis,
  • 2 sudu besar pes tomyam,
  • Cili api diketuk ikut kepedasan. (Resipi asal mesti pedas).
  • 2 labu bawang besar (dibelah delapan),
  • 1 sudu besar kicap manis,
  • 1 sudu besar sos cili Thai,
  • Daun selasih.

Cara-cara :

  • Perap daging yang telah dihiris bersama 2 sudu pes tomyam selama ½ jam.
  • Kemudian tumis 1 labu dulu bawang besar yang telah dikerat 8.
  • Terus masukkan cili api yang telah ditumbuk kasar.
  • Setelah agak garing, masukkan hirisan daging yang telah diperap dan goreng hingga daging kecut.
  • Kemudian masukkan kicap manis dan sos cili. Sentiasa goreng.
  • Masukkan daun selasih yang telah dipetik-petik, dicuci dan ditoskan.
  • Kemudian masukkan juga baki 1 labu bawang besar. Setelah bawang besar layu, padamkan api dan hidang.

19)  Resepi Daging Masak Kicap

daging masak kicap
Imej via Facebook

Resepi kali ini dikongsikan dari Iqlima Abu Bakar‎‎ di laman Facebook. Resepi ini ialah yang biasa ia gunakan semasa beliau berniaga. Daging direbus empuk dulu, kemudian ditumis dengan bahan-bahan kisar sehingga bau yang wangi teramat hingga menusuk hidung. Makan daging masak kicap dengan nasi putih dan kuahnya amat sedap. Jadi bagi amda yang ingin mencuba berikut ialah bahan-bahan yang diperlukan.

Bahan-bahan 

  • Daging direbus sehingga empuk,
  • Kicap lemak manis,
  • Kicap pekat,
  • Kicap masin,
  • Sos tiram,
  • Serai (ketuk),
  • Halia (hiris nipis),
  • Bawang Holland (mayang),
  • Bawang merah (blend),
  • Bawang putih (blend),
  • Buah keras (tumbuk),
  • Cili kering (blend),
  • Rempah empat sekawan,
  • Garam,
  • Gula.

Cara-cara :

  • Tumis bahan blend dan tumbuk.
  • Lepas naik bau letak cili blend dan empat sekawan beserta halia dan serai.
  • Kacau lagi letak kicap dan sos tiram.
  • Letak daging dan jika suka boleh letak sedikit air rebusan daging tadi.
  • Bila hampir masak letak bawang Holland, jika suka buleh letak tomato dan lada besar.
  • Sudah angkat boleh taburkan daun sup atau bawang goreng.

20) Resepi Mee Goreng Berkuah

mee-goreng-berkuah
image via Facebook

Resepi ini telah dikongsikan oleh Uwan Nolly Epin dan mendapat banyak komen positif dan likes di media sosial. Resepi berasakan kicap kali ini menggunakan mee sebagai bahan utamanya, jika anda ingin mencari idea hidangan untuk tetamu anda boleh jadi anda boleh mencuba resepi ini.

Bahan – bahan:

  • 1 pek mee kuning 500grm
  • Ayam/daging/udang/sotong (mengikut citarasa )
  • Fish cake/ fish ball secukupnya

Bahan kisar:

  • Cili kering 15 tangkai 
  • 3 ulas bwg putih 
  • 5 ulas bwg merah 

Bahan sos:

  • 3 sudu besar sos tiram
  • 3 sudu besar kicap manis
  • 1 sudu besar kicap pekat
  • 3 sudu besar sos cili
  • Maggi secukup rasa ( sedikit sahaja)
  • air secukupnya
  • 1 sudu besar tepung jagung + sedikit air
  • Sawi secukupnya

Cara – cara memasak:

  • Panaskan minyak
  • Tumis bahan kisar  sampai garing
  • Masukkan bahan rencah seperti ayam/ daging/sotong/udang
  • Masukkan sedikit air,biarkan air mendidih
  • Masukkan segala kicap dan sos
  • Masukkan mee, kacau agar semua bahan sebati
  • Masukkan sayur 
  • Akhir sekali masukkan air bancuhan tepung jagung..
  • Hidangkan ketika ia masih panas

21) Resepi Ayam Dried Chili

Berikut ialah resepi berasaskan kan kicap menggunakan daging ayam dan cili kering. Masakan ini sangat mudah dan cepat untuk disediakan. Penggunaan cili kering dan halia, masakan mirip masakan cina yang biasanya dihidangkan ketika panas. Bagi anda ya g tidak punya banyak masa untuk masak bolehlah mencuba sendiri resepi ini.

Bahan-bahan

  • ½ kg ayam (bersihkan dan potong kecil-kecil)
  • Gaul dengan sos tiram dn tepung jagung,perap 15 minit
  • Goreng jgn garing..agak2 separuh msk sbb nk juicy

Bahan A

  • 3 biji bwg putih
  • Halia besar ibu jari (Tumbuk bahan keduanya)
  • 10 btg cili kering (Gunting dan buang bijinya)

Bahan B

  • 3 sudu sos cili
  • 2 sudu kicap
  • 2 sudu sos tiram
  • (Satukan semua dlm bekas)

Bahan C

  • 2 biji bawang besar
  • 10 batang cili api

Kaedah

  • Perapkan ayam bersama sos tiram dan tepung jagung secukupnya, biarkan seketika.
  • Goreng ayam hingga masak dan garing.
  • Kemudian kurangkan minyak gorengan ayam tadi dan tumiskan bahan A iaitu bawang putih dan halia yg telah ditumbuk tunggu naik bau, baru masukkan cili kering pula.
  • Selepas itu masukkan bahan B iaitu pelbagai jenis sos yang telah disatukan didalam satu bekas. Kacau sehingga ia sebati.
  • Kemudian masukkan ayam yang telah digoreng tadi.
  • Gaul agar ia rata, akhir sekali masukkan bahan C.
  • Tutup kuali sebentar agar bawang mulai layu.
  • Siap.

 22)Resepi Sambal Ayam

sambal-ayam
image via Facebook

 Resepi ini dikongsikan oleh Shakila Abd Latif dan telah mendapat banyak perkongsian di media sosial. Sambal ayam ini menggunakan kicap sebagai bahan tambahannya. Ia ringkas dan mudah untuk dimasak,sesuai bagi anda ya g kehabisan idea untuk masak bagi hidangan sekeluarga. Berikut adalah bahan yang diperlukan.

Bahan – bahan:

  • Seekor ayam lumur dgn garam & kunyit.
  • Goreng separuh masak.
  • 6 batang serai diketuk
  • 3 tangkai daun kari
  • 2 sb kicap manis

Dikisar halus:

  • 1 inci halia
  • 2 biji bawang besar
  • 6 ulas bawang putih
  • 15 tangkai cili kering (direbus)

Cara – cara memasak:

  • Gunakan minyak goreng ayam tadi utk menumis. Kira-kira 2 senduk.
  • Goreng serai sehingga garing, masukkan daun kari.
  • Masukkan bahan kisar & tumis sehingga pecah minyak.
  • Tambahkan kicap manis. Masukkan ayam yg telah digoreng & dikacau rata sehingga sambal menyaluti ayam.
  • Tambahkan garam, gula atau serbuk perasa. Ayam sambal bali siap utk dihidang!

23) Resepi Ayam Black Pepper dan Cendawan

image via Facebook

Resepi ini dikongsikan oleh Watie Muhtar dan telah mendapat banyak perkongsian di media sosial. Masakan amat popular dikenali sebagai masakan cina. Ia menggunakan ayam dan cendawan sebagai bahan utamanya. Dan sudah tentu ia menggunakan kicap dan sedikit sos tiram dan minyak bijan. Bagi anda peminat makanan cina bolehlah mencuba resepi ini. Berikut adalah bahan yang diperlukan.

Bahan – bahan:

  • Ayam separuh (dipotong)
  • 1/2 pack cendawan segar (potong)
  • 4 batang celeri (potong serong)
  • Sayur pilihan
  • 1 inci halia (dihiris nipis)
  • 2 biji bawang besar (potong empat)
  • 5 ulas bawang putih (hiris nipis)
  • 1 sudu teh serbuk lada hitam
  • 1 sudu kecil minyak bijan
  • 2 sudu kecil kicap manis
  • 2 sudu kecil sos tiram
  • 4 sudu besar minyak masak
  • Tepung jagung secukupnya (pekatkan kuah)

Cara penyediaannya:

  • Gaulkan ayam dengan garam,sos tiram dan goreng sampai separuh masak.Kemudian angkat dan ketepikan.
  • Tumiskan bawang putih dan halia sehingga naik bau dengan menggunakan minyak ayam tadi, kemudian masukkan serbuk lada hitam dan kacau sehingga sebati.
  • Kemudian masukkan ayam dan kacau seketika.
  • Selepas itu,masukkan pula cendawan, celeri, sayur, minyak bijan, sos tiram dan kicap manis kemudian kacau sehingga cendawan menjadi sedikit layu.
  • Tuang sedikit air,agak-agak je,kemudian masukkan sedikit pes tepung jagung supaya kuah menjadi pekat.
  • Akhir sekali,perasakan dengan gula dan garam secukupnya.

24)Resepi Sos Kicap 

Tidak adil sekiranya resepi ini tidak dikongsikan didalam koleksi masakan berasaskan kicap ini. Resepi berikut ialah resepi sos kicap, ia boleh digunakan didalam hidangan nasi ayam,tofu kukus atau sebagai sebagai tambahan bahan nasi goreng atau mee goreng. Berikut adalah bahan yang diperlukan dan anda boleh juga menyimpan sos kicap ini untuk kegunaan masa akan datang.

Bahan-bahan

  • 3 sudu besar kicap cair
  • 2 sudu besar sos tiram
  • 1 sudu besar minyak bijan
  • 2 sudu sederhana gula
  • Air ¼ cawan
  • Bancuhan air tepung secukupnya 

Kaedah

  • Campurkan kicap cair, sos tiram, minyak bijan dan gula. Panaskan air dan gaul sebati semua bahan.
  • Seterusnya biarkan bahan-bahan tadi menggelegak. Perlahankan api dan tambahkan bancuhan air tepung jagung tadi. 
  • Masak sehingga kuah ini pekat.
  • Tutupkan api.
  • Siap.

25) Resepi Rendang Hitam

rendang-hitam
image via Facebook

Resepi ini dikongsikan oleh Cik Izah dan mendapat banyak perkongsian di Facebook beliau. Masakan ini sesuai sebagai hudangan waktu makan utama atau untuk kenduri kendara. Ia adalah daging yang dimasak sebagai masakan rendang, jadiia juga sesuai dimasak sebagai hidangan untuk majlis keraian, berikut adalah bahan-bahan yang diperlukan.

Bahan – bahan:

  • 4 sekawan (bunga cengkih, bunga lawang, buah pelaga dan kayu manis)
  • Bawang Merah 15 biji ( saya pakai bawang merah besar )
  • Bawang putih 1 labu
  • Bawang Besar 2 biji
  • Halia Seketuk besar
  • Serai 20 batang ( kuantiti yang banyak lagi sedap )
  • Cili kering ( agak2 jela korang suke pedas letak banyak )
  • Kerisik
  • Santan kepala 2 biji ( saya blander je malas perah )
  • Kicap pekat & cair
  • Daun kunyit
  • Daging (direbus bersama kicap, halia ketuk dan bawang putih ketuk)
  • Bawang merah 10 biji (dimayang)

Bahan kisar:

  • Bawang merah 5 biji @ 3 biji
  • Serai
  • Halia
  • Bawang putih
  • Bawang besar 2 biji
  • Cili kering (dipotong halus, digoreng tanpa minyak, dikisar kering, campurkan bersama minyak selepas itu)

Cara – cara memasak:

  • Panaskan minyak, masukkan 4 sekawan, bawang merah yang dimayang. Tumis sehingga bawang nampak kekuningan dan garing.
  • Masukkan bahan yang dikisar. Tumis sehingga naik bau.
  • Apabila sudah kering sedikit, masukkan santan. Tumis sehingga santan pecah minyak.
  • Masukkan cili kering yang dikisar dan dicampur minyak tadi.
  • Masukkan kicap pekat dan cair sedikit.
  • Masukkan kerisik.
  • Masak sampai rendang betul – betul kering.
  • Akhir sekali, masukkan daging dengan daun kunyit serta garam secukup rasa.

Kebanyakkan resepi yang dikongsikan disini ialah resepi yang menjadi kegemaran ramai orang Malaysia. Kicap dan orang kita sememangnya tidak boleh dipisahkan. Dalam setiap rumah orang kita pasti ada sebotol kicap, jadi tidak hairan boleh ada pelbagai resepi yang boleh diolah menggunakan kicap. Malah bagi sesetengah kuih juga menggunakan kicap seperti kuih kaswi. Begitulah versatilenya kicap ini, dan ada banyak jenama kicap yang anda boleh pilih, jadi selamat mencuba!

About Our Content Creators

Lorem ipsum dolor sit amet, consectetur adipiscing elit. Integer semper commodo tristique. Donec in dolor a odio semper convallis et ac ex. Aenean at elit non arcu tincidunt laoreet.

We may earn a commission if you click on the links within this article. Learn more.

More…!