kek-pisang-mini

Koleksi 10 Resepi Pisang Yang Sangat Senang Berbaloi Nak Try

Pisang bukan sahaja menjadi buah kegemaran rakyat malaysia tetapi juga seluruh negara dan sentiasa menjadi pilihan utama. Mikronutrisi yang terdapat didalam buah pisang memanaafkan ramai pengamalnya. Rasanya yang semula jadinya manis membuatkan ramai orang jatuh cinta dengan pisang.Terutama bila diamal sebagai sarapan pagi atau sebagai pencuci mulut ia sentiasa mendapat permintaan.

Koleksi kali ini akan kongsikan kepada anda hidangan berasaskan pisang yang boleh kita sajikan kepada ahli keluarga dan para tetamu. Mari kita kita lihat apa yang kita boleh hasilkan dengan buah pisang ini.

1) Resepi Apam Pisang Tanpa Telur

Apam pisang, kuih yang banyaknya dijual di gerai kecil dan kedai di tepi jalan dengan harga yang amat berpatutan. Namun ianya juga boleh kita cuba sendiri rumah. Resepi ini dikongsikan oleh Raffizah Redzwan dan ramai yang telah shares dan likes di Facebook beliau,berikut adalah bahan-bahan diperlukan

apam pisang tanpa telur
Imej via Facebook

Bahan – bahan:

  • 2 cawan pisang lenyek
  • 2 cawan tepung gandum
  • 2 sudu soda bikarbonat
  • 1 cawan minyak
  • 1 cawan gula

Langkah – langkah penyediaan:

  • Campurkan kesemua bahan.
  • Gaulkan bahan sehingga sebati.
  • Guna acuan kukus selama 10 minit, jika guna loyang kukus selama 40 minit.
  • Siap

2) Resepi Pengat Pisang Tanduk Sagu 

Pengat pisang merupakan pencuci mulut yang ramai orang gemari. Pencuci mulut ini juga selalunya dihidangkan kepada tetamu oleh orang-orang di kampung. Anda tidak perlu lagi risau kerana resepi ini akan membantu anda membuatnya sendiri di rumah. Mari kita lihat cara menghasilkannya. 

pengat-pisang
Imej via Resepi

Bahan- Bahan

  • 1 biji pisang tanduk
  • 3 sudu besar  sagu biji- cuci dan rendamkan dlm 3 minit
  • 1 cawan air
  • 1 cawan santan pekat
  • 1 ketul gula merah
  • 2 sudu gula pasir
  • 2 helai daun pandan- di simpulkan

Cara-Cara

  • 1. Hiriskan pisang yang telah dikupas.
  • 2. Masukkan air ke dalam periuk.
  • 3. Masukkan gula melaka dan biar ianya mencair.
  • 4. Masukkan sagu dan garam.
  • 5. Masukkan gula
  • 6. Masukkan santan dan tunggu mendidih.
  • 7. Masukkan pisang.
  • Apabila semua bahan telah sebati, tutup api
  • Siap

3) Resepi Kek Pisang Chocolate Chip

Kek pisang chocolate chip ialah kek pisang biasa dan ditambah bahan kegemaran ramai iaitu cip coklat. Hasil gabungan dua bahan ini telah menghasilkan rasa yang sedap dan mampu menaikkan selera sesiapa sahaja yang memakannya. Mari kita lihat cara membuatnya.

Bahannya:

  • 1 3/4 Cawan Tepung gandum
  • 1/2 Cawan gula putih
  • 1/2 Cawan brown sugar
  • 1 sudu kecil esen vanila
  • 1/2 sudu kecil garam
  • 3/4 cawan minyak masak
  • 1 cawan coklat chip
  • 1 biji telur
  • 1 1/2 sudu kecil baking soda
  • 3 biji pisang di haluskan/lenyek.

Kaedah

  • Campur telur dan kedua jenis gula , kacau sekitar 1 menit.
  • Kemudian masukkan pisang dan kacau rata
  • Tambah tepung,garam, baking soda dan esen vanila dan kaup balik. 
  • Masukkan minyak dan kacau sebati.
  • Akhir sekali baru masukkan coklat chip dan gaul rata.
  • Bakar pada suhu 160c selama 30-40minit/ 325F
  • Selama 25-30 minit .

4 ) Resepi Pisang Goreng Coklat Cheese

Pisang goreng amat popular di Malaysia dan sentiasa menjadi pilihan utama rakyat sebagai hidangan minum petang. Namun, mengikut perubahan masa, pisang goreng kini ditambah dengan coklat dan cheese dan telah menarik minat orang ramai kerana rasanya yang unik.

Bahan-bahan sadur pisang

  • 1 cawan tepung gandum
  • 3 cawan tepung beras
  • Secubit garam
  • 1 sudu teh serbuk kunyit
  • 1 sudu besar air kapur
  • Air secukupnya (agar bancuhan tidak terlalu pekat atau cair)
  • Pisang nipah atau pisang abu (buang kulit dan belah 3)
  • Coklat parut
  • Susu manis
  • Cheese parut

Kaedah

  • Mula-mula bancuh semua bahan saduran pisang dahulu.
  • Panaskan minyak yang banyak dalam kuali
  • Kemudian celup pisang didalam bancuhan yang telah disediakan.
  • Goreng pisang dan alih apabila telah cukup garing
  • Toskan minyak dan letak didalam bekas yang sesuai.
  • Taburkan susu manis mengikut jumlah yang anda suka.
  • Kemudian parut coklat dan juga cheese
  • Sedia untuk dihidangkan.
  • Siap!

5) Resepi Kek Pisang Mini

Kek pisang mini sama juga seperti kek pisang biasa. Tetapi kerana saiz yang lebih kecil ini telah memberi kelebihan seperti lebih sesuai untuk majlis majlis kecil dan untuk berkelah. Mari kita lihat cara menghasilkannya. Resepi ini telah dikongsikan oleh Nor Ashikin Saerah dan mendapat 1.9 k perkongsian di Facebook beliau.

kek-pisang-mini
Imej via Facebook

Bahan – bahan:

  • Untuk : 4 bekas aluminium saiz 175mm x 95mm x 48mm
  • 1 cawan pisang yang telah dilecek (3½ biji pisang abu)
  • 1 sdb jus lemon/ limau nipis/ limau kasturi
  • 4 biji telur (A)
  • 1 cawan minyak jagung
  • 3/4 cawan gula kastor
  • Sedikit emulko pisang/ vanila
  • Secubit garam
  • 1½ cawan tepung gandum
  • 1 sdt soda bikarbonat
  • 1 sdt serbuk penaik (baking powder)

Cara – cara penyediaan:

  • Panaskan oven pada suhu 170°C/ api atas & bawah.
  • Gris nipis bekas aluminum. Ketepikan.
  • Ayak tepung gandum, soda bikarbonat & serbuk penaik. Ketepikan.
  • Campurkan jus lemon ke dalam pisang lenyek. Gaul sekata. Ketepikan.
  • Kisar telur, minyak jagung, gula kastor, emulko vanila & garam selama 6 minit.
  • Kaup adunan dengan spatula sekali-sekala.
  • Masukkan pisang lenyek ke dalam pengisar. Kisar seketika (½ minit).
  • Masukkan bahan kisar ke dalam tepung yang telah diayak sedikit demi sedikit sambil digaul. Pastikan adunan bercampur rata.
  • Bahagikan adunan sama banyak ke dalam setiap bekas (200g+/ bekas).
  • Bakar selama 35-45 minit/ sehingga masak. Setelah kek masak, sejukkan pada suhu bilik.
  • Nota:
  • Untuk hiasan, letakkan pisang yang dihiris nipis supaya tidak tenggelam di dalam adunan kek.
  • Cucuk dengan lidi pada bahagian tengah kek untuk memeriksa jika kek telah masak sepenuhnya. Jika lidi bersih & tiada adunan yang melekat, bermakna kek telah masak & bolehlah dikeluarkan dari oven.

6)Resepi Muffin Pisang

Mungkin ramai sudah mencuba muffin coklat, muffin vanilla dan sebagainya. Jadi, resepi kali ini adalah tentang muffin pisang yang mempunyai rasa yang lebih unik. Muffin ini sesuai dijadikan hidangan minum petang. Jom kita lihat resepinya.

Bahan-bahan kering

  • 2 cawan tepung gandum
  • 2 sudu besar susu tepung(pilihan)
  • ½ sudu kecil soda bikabornat
  • 1 sudu kecil serbuk penaik

Bahan-bahan basah

  • 1 cawan pisang yang telah dikisar
  • ¼ cawan susu segar atau susu cair
  • 2 biji telur gred B
  • 1 cawan gula pasir ( boleh ubah untuk suaikan rasa manisnya)
  • 1 cawan minyak masak
  • ½ sudu kecil garam
  • ½ esen pisang ( pilihan)

Kaedah

  • Panaskan oven pada suhu 200c sekurang-kurangnya 10 minit.
  • Gaulkan bahan-bahan basah agar sebati atau kalau hendak cepat,boleh kisar terus.
  • Masukkan bahan-bahan kering sedikit demi sedikit sambil dikacau agar sebati.
  • Masukkan kedalam bekas muffin, penuhkan hingga tiga suku memenuhi bekas tersebut.
  • Taburkan kacang badamyang telah dibakar dahulu.
  • Bakar selama 15 minit sahaja.Biiarkan sehingga muffin merekah.
  • Sejukkan dan sedia dinikmati.

7) Resepi Apam Pisang Gebu

Ramai yang jual apam pisang di pasar malam atau gerai makanan ringan. Tapi, jika buat sendiri gerenti lebih berbaloi dan yakin dengan kebersihan bukan? Jom cubakan resepi apam pisang daripada AtiQah AZiz di laman Facebook,berikut adalah bahan-bahan yang diperlukan.

apam pisang
Imej via Facebook

Bahan-bahan :

  • 1 ½ cawan tepung gandum,
  • 1 cawan gula,
  • 1 cawan minyak masak,
  • 1 cawan pisang emas yang dilenyek,
  • 1 sudu besar susu manis,
  • 1 biji telur,
  • 1 sudu kecik baking powder,
  • 1 sudu kecik soda bicarbonate.

Cara-cara :

  • (Adunan basah): Blend telur dan gula sampai kembang selama 1 minit.
  • Kemudian masukkan minyak masak, pisang dan esen pisang/esen vanila. Pukul sampai sebati lebih kurang ½ minit.
  • (Adunan kering): Ayak tepung, baking powder, soda bicarbonat.
  • Jika kedua-dua bahan suda siap, campur adunan basah dan kering. Kacau sebati.
  • Masukkan adunan dalam acuan sebanyak ¾. Guna acuan apapun boleh.
  • Terus kukus selama 30 minit. Pastikan penutup periuk dialas dengan kain untuk mengelakkan air masuk ke dalam adunan.
  • Apabila sudah 30 minit, tutup api dan buka penutup periuk.
  • Biarkan selama 1-2 minit baru angkat apam dari periuk.
  • Biarkan sejuk sedikit baru keluarkan dari acuan.

8) Resepi Cekodok Pisang Rangup Lembut

Selain untuk menu kudapan petang, cekodok juga selalu dijual di pasar pagi sebagai hidangan sarapan. Juga, anda boleh buat cekodok untuk bekal sarapan yang tersayang. Resepi cekodok pisang dari Norlela Abdul Lahak di laman Facebook ini telah mendapat banyak like dan share, berikut adalah bahan-bahan yang diperlukan.

Bahan-bahan :

  • 500 gram tepung gandum,
  • 7 biji pisang (ikut suka),
  • 1 ½ cawan gula (ikut suka),
  • 2 sudu kecil soda,
  • 2 sudu kecil garam,
  • 3 cawan air.

Cara-cara :

  • Masukkan soda dalam tepung. Kacau sebati.
  • Blend gula, pisang dengan garam dan air.
  • Kemudian masukkan bahan-bahan kisar tadi dalam tepung. Gaul sebati.
  • Panaskan minyak, pastikan minyak betul-betul panas.
  • Jemput dengan tangan sewaktu menggoreng. Barulah cokodok jadi bulat dan kembung.
  • Nota :
  • Pastikan jangan lupa masukkan soda dan minyak betul-betul panas.

9) Resepi Kek Pisang Kukus Sukatan Cawan

Seterusnya resepi hasil perkongsian Zuhaidar Mohd Sofi yang dilaman Ferkongsi di pelancong beli kek pisang kukus di Malaysia untukacebook beliau. Kek pisang yang dikukus dan lembut diluar dan sangat sedap.berbaloi untuk anda cuba, berikut adalah bahan yang diperlukan.

kek pisang kukus
Imej via Facebook

Bahan-bahan :

  • 2 cawan tepung gandum,
  • 1 sudu kecil baking powder,
  • 2 sudu kecil soda bikarbonat.
  • Ayak semua bahan di atas.

Bahan Blender :

  • *Minyak masak,
  • *1 cawan gula (kalau suka manis),
  • *3 biji telur gred A,
  • *1 sudu kecil esen vanilla,
  • 5-7 biji pisang emas masak ranum (dilenyek guna garfu, ini tips bagi kek nampak urat pisang).
  • Blender bahan yang bertanda * sampai sebati.

Cara-cara :

  • Masukkan semua bahan kisar ke dalam tepung yang di ayak tadi, kacau-kacau guna senduk.
  • Kemudian masukkan pisang yang dilenyek tadi. Kacau sampai sebati.
  • Masukkan ke dalam yang telah disapu sedikit minyak.
  • Kukus kek. Juga boleh dibakar pada suhu 160°C selama 45 minit ikut oven masing-masing.
  • Siap.

10) Resepi Jantung Pisang Masak Lemak Cili Api Ayam

Untuk resepi dalam koleksi ini kita kongsikan resepi unik dan menarik jantung pisang masak lemak cili api ayam yang dikongsikan oleh Zuraidah Ismail di laman Facebook. Sejenis masakan kampung yang ringkas,berikut adalah bahan-bahan yang diperlukan.

Bahan-bahan :

  • Jantung pisang,
  • Ayam,
  • Bawang besar/bawang merah,
  • Cili api,
  • Kunyit serbuk/kunyit hidup,
  • Daun kunyit dihiris,
  • Serai,
  • 3 ketul asam keping,
  • Garam,
  • Santan 1 kotak.

Cara-cara :

  • Jantung pisang direbus dulu.
  • Blend bawang merah, cili api dan kunyit. Kemudian tumis.
  • Terus masukkan asam keping.
  • Masukkan garam.
  • Bila sudah naik bau masukkan serai.
  • Kemudian masukkan ayam. Gaul rata.
  • Masukkan santan. Tambahkan sedikit air.
  • Jika ayam sudah masak, masukkan jantung pisang yang sudah direbus tadi.

Makanan makanan berasaskan pisang mempunyai permintaan yang tinggi di Malaysia. Diharap agar ia dapat membantu anda mencubanya sendiri dan jadikan ia bahan rujukan masakan anda .Resepi resepi yang dihimpunkan juga amat senang dibuat dan bahan bahan yang diperlukan juga ringkas. Jangan lupakan kongsikan koleksi ini agar ia juga dapat dicuba rakan-rakan lain. Selamat mencuba!

Resepi – resepi lain yang menarik

Terima kasih kerana berkunjung ke laman kami. Selain daripada koleksi ini, ada pelbagai variasi koleksi yang anda boleh cuba. Jangan lupa juga untuk kongsikan koleksi ini bersama rakan anda ya.

Total
0
Shares
Previous Article

Koleksi 10 Resepi Kopi Kaw Punya Sure Mantap

Next Article

Resepi Kek Victorian Sandwich Yang Gojes Dan Viral