Resepi Tradisional, Moden & Terkini

Koleksi 10 Resepi Kopi Kaw Punya Sure Mantap

Kopi adalah minuman yang dicampurkan dengan air panas yang disedia daripada benih panggang, biasanya dipanggil biji kopi, bagi tumbuhan kopi. Disebabkan kandungan kafeinnya, kopi mempunyai kesan perangsang pada manusia. Hari ini, kopi adalah satu daripada minuman paling disukai di seluruh dunia. 

Koleksi kali ini akan menyenaraikan 10 resepi kopi yang and boleh cuba. Ia dihimpunkan khas untuk penggemar kopi. Terdapat pelbagai jenis air kopi yang anda boleh cuba di rumah dan tidak perlu lagi mencari air kopi yang sedap di kopitiam atau di kedai kopi kerana kini anda mencubanya sendiri di rumah. Lebih menarik kopi juga boleh dibuat biskut mahupun roti, mari kita lihat resepi resepinya.

1) Resepi Kopi Cham

Kopi Cham. Semestinya anda sudah terbiasa dengar nama kopi ini iaitu gabungan kopi dan teh. Kopi cham juga banyak dijual di kedai mamak dan kopitiam. Mari kita lihat cara untuk menghasilkannya.

Bahan-bahan

  • 2 sudu besar kopi 
  • 2 sudu besar serbuk teh
  • 3 cawan air panas
  • 4 sudu besar susu pekat manis

Kaedah

  • Campur kesemua bahan2 di atas ke dalam periuk. 
  • Masak atas api hingga mendidih. Tapiskan air ke dalam teko dan campurkan susu pekat manis. 
  • Sesuaikan rasa dan hidang panas atau sejuk.

2) Resepi Kopi O Dan Kopi C

Kopi O dan Kopi C merupakan kopi kegemaran ramai terutama sekali golongan orang berusia. Untuk membuat kopi O dan kopi C yang sempurna anda memerlukan cara yang betul seperti resepi berikut dimana anda boleh dapatkan bahan-bahannya dikedai berdekatan

Bahan-bahan 

  • 2 sudu besar serbuk kopi (sebarang jenama)
  • 400 ml air panas (untuk dua mug)
  • 6 sudu besar gula

Kaedah 

  • Mula-mula masukkan serbuk kopi didalam jug dan masukkan air panas menggunakan mug yang hendak digunakan.
  • Biarkan seketika sehingga kopi benar-benar kembang.
  • Masukkan gula didalam mug yang menjadi pilihan.
  • Tuang kopi dan kacau hingga ia larut sepenuhnya.
  • Siap sudah kopi O dan bolehlah dihidangkan.

Kopi C

Bahan-bahan 

  • 2 sudu besar serbuk kopi (sebarang jenama)
  • 400 ml air panas (untuk dua mug)
  • 6 sudu besar gula
  • 100 ml susu cair (untuk dua mug)

Kaedah 

  • Mula-mula masukkan serbuk kopi didalam jug dan masukkan air panas menggunakan mug yang hendak digunakan.
  • Biarkan seketika sehingga kopi benar-benar kembang.
  • Masukkan gula didalam mug yang menjadi pilihan.
  • Tuangkan susu cair separuh atau suku didalam mug.
  • Tuang kopi hingga memenuhi mug dan kacau hingga ia larut sepenuhnya.
  • Kopi C telah siap dan bolehlah dihidangkan.

3) Resepi Coffee Walnut Chocolate Chip Cookies

Coffee Walnut Chocolate Chip Cookies, kopi yang banyaknya dijual di kedai kopi dan kopitiam yang cukup popular seperti Starbucks, Oldtown White Coffee dan sebagainya. Mari kita lihat cara melakukannya.

Bahan-bahan

A

  • 200g butter
  • 50g shortening
  • 2 biji kuning telur
  • 200g gula halus
  • 50g gula perang

B

  • 250 tepung gandum
  • 1 tsp baking powder
  • 1 tsp emplex
  • Secubit garam (jika guna butter unsalted)

Pes kopi

  • 1 sachet / 1 tsp serbuk nescafe
  • 1 tsp air panas
  • 1 tsp emulco mocha (pilihan)
  • ** bancuh menjadi pes
  • 1 pek coklat cip (100g atau lebih)
  • 3-4 tbsp serbuk koko/koko hitam 
  • 250 g dark chocolate (potong dadu)
  • 100g walnut (bakar dahulu)

4) Resepi Kopi Dalgona Latte

Kopi Dalgona, kopi yang pernah menjadi viral pada musim PKP yang lalu. Rasanya yang unik, gabungan kopi Nescafe, susu dan beberapa lagi bahan lain. Cara untuk melakukannya amat ringkas dan mudah. Jom kita lihat resepinya.

Bahan-Bahan

  • 1-2 sudu besar Nescafe
  • 1 sudu besar gula putih/perang
  • 1 sudu besar air panas
  • Susu Segar
  • Ais

Kaedah

  • Masukkan Nescafe/Instant coffee dalam mangkuk.
  • Masukkan pula gula.
  • Masukkan sedikit sahaja air panas dalam bancuhan tersebut.
  • Kacau guna garfu sampai kembang atau guna mixer supaya lebih cepat.
  • Selepas itu masukkan ais dalam gelas dan letak susu segar.
  • Kemudian letak bancuhan coffee yang telah dipukul tadi.
  • Siap.

5) Resepi Tiramisu

Kek Tiramisu banyak dijual di kedai kek dan restoran seperti Secret Recipe, Italiannies, Alexis Bistro dan lain lain. Rasa kek yang dicampur dengan kopi dan membuatkan semua penggemar kopi tergoda. Namun, Tiramisu juga boleh boleh dicuba sendiri di rumah. Mari kita lihat cara membuatnya.

Bahan-bahan

  • 12 batang biskut lady finger
  • 1 cawan kopi yang baru dibrew (sejukkan dahulu)

Bahan-bahan cheese custard

A

  • 2 biji kuning telur
  • ½ cawan gula halus

B

  • Mascapone cheese/cream cheese 150 g
  • Esen vanila 1 sudu teh

C

  • 1 cawan krim putar

Kaedah

  • Cari bekas yg sesuai anggaran saiz 6”. Asingkan
  • Masukkan bahan A dalam bekas tahan panas,double boil sambil dikacau dengan hand whisk..
  • Kacau hingga gula larut sepenuhnya. Ketepi dan biarkan ia sejuk.
  • Masukkan cheese didalam mangkuk pengadun dan pukul hingga cheese lembut dan sekata, tambahkan esen vanila dan biarkan semuanya sebati.
  • Tambahkan bahan B ini ke bahan A iaitu custard tadi. Kacau menggunakan hand whisk.
  • Kemudian pukul krim  putar hingga gebu, jangan lebih pukul kerana krim dan minyaknya akan berpisah.
  • Akhir sekali kaup balik bahan C ini dengan bancuhan custard tadi.
  • Untuk menyediakan tiramisu yang sedap,mula-mula celupkan  lady finger kedalam kopi dan susunkan didalam bekas yang dipilih tadi. Ini perlu dilakukan segera kerana biskut lady fingers sangat mudah pecah bila terkena air.
  • Susunkan lady finger hingga memenuhi dasar bekas tadi. Lapiskan dengan separuh dari adunan cheese custard tadi. Taburkan koko. Ulang untuk lapisan kedua.
  • Akhir sekali tabur koko dipermukaan paling atas tadi.
  • Simpan dalam petiais sekurang-kurangnya 12jam.
  • Sedia dinikmati sekarang.

6) Resepi Roti Boi

Roti boi, roti yang popular dan dijual di kedai Rotiboy. Dengan rasanya yang manis dan mempunyai rasa kopi yang rangup diatasnya dan amat digemari oleh kanak kanak sehingga orang tua. Mari kita lihat cara untuk melakukannya.

Bahan A

  • 1 cawan air suam
  • 2 tbsp gula
  • 2 tbsp susu manis
  • 1 pek yis (11g)

Bahan B

  • 3-4 cawan tepung
  • 1 tsp garam
  • 1 tsp bread improver
  • 1 tbsp butter

Inti

  • Butter potong kiub

Topping

  • 50g gula halus
  • 50g butter
  • 1 biji telur 
  • 1 tsp esen vanila 
  • 50g tepung gandum

Pes kopi

  • 1 tsp serbuk nescafe + 1tsp air
  • 1 tsp mocha emulco

Kaedah 

  • Campurkan semua bahan A
  • Kemudian biarkan 10 minit
  • Campurkan bahan B dalam 1 bekas
  • Perlahan masukkan bahan B kedalam bahan A
  • Gaul sebati dan uli sedikit
  • Biarkan ia berehat dalam masa 40-60 minit
  • Bahagikan doh kepada berat 50 g setiap satu
  • Rehatkan lagi 30 minit
  • Isikan semua doh dengan butter telah dipotong kuib
  • Rehatkan doh
  • Sementara itu, pukul bahan untuk topping pula
  • Mula dengan pukul butter dan gula sehingga putih
  • Masukkan telur dan esen vanila
  • Kemudian masukkan tepung gandum dan pukul lagi hingga sebati
  • Akhir sekali masukkan pes kopi dan pukul sebati.
  • Isikan topping didalam beg piping dan paipkan diatas setiap satu bun
  • Bakar bun pada suhu 160c selama 20 minit
  • Siap!

7) Resepi Bulletproff Coffee

Bulletproff Coffee, kopi yang boleh dikatakan agak kuat rasanya dan berhasil membuatkan seseorang lebih bertenaga. Kopi ini juga amat sedap dan anda amat dialu-alukan untuk mencubanya. Mari kita lihat bahan-bahan dan kaedah yang diperlukan.

Bahan-bahan

  • Espresso double shoot / Nescafe/Essenso  gold 1 sk(bancuh dgn suku cawan air panas)
  • 2 sudu besar whip cream
  • 1 sudu besar unsalted pure butter ( sejuk)
  • 1 sudu kecil virgin coconut oil (VCO)

Kaedah

  • Campurkan whip cream,butter dan vco dalam periuk kecil. Panaskan hingga berasap,jangan biarkan ia mengelegak. Kemudian bancuh guna milk frother atau gunakan blender.
  • Akhir sekali masukkan bancuhan krim ini kedalam espresso . Hiasi dengan taburan koko.

8) Resepi Kopi  Vietnam Susu

Kopi vietnam susu dikatakan kopi yang mempunyai rasa sedap yang luar biasa. Mungkin ramai yang masih belum lagi mecubanya. Mari kita lihat cara menghasilkannya yang membuatkan anda tidak akan rugi mencubanya.

Bahan-bahan

  • 2 tsp serbuk kopi Vietnam
  • 200ml air panas mendidih
  • 3 tsp susu manis (ikut citarasa)

Kaedah

  • Letakkan serbuk kopi Vietnam didalam bekasnya.
  • Letakkan susu manis didalam gelas yang sesuai, dan letak bekas kopi Vietnam diatasnya.
  • Tambahkan air panas sedikit dan biarkan 60-90 saatnya
  • Kemudikan tambahkan baki air panas.
  • Tunggu ia habis menitis lebih kurang 5-10 minit.
  • Siap!

9) Resepi Kopi  Vietnam Egg 

Kopi vietnam egg, kopi yang mungkin jarang anda dengar tetapi kopi ini agak popular di seluruh dunia yang membawa rasa daripada negara Vietnam. Mengapakah nama kopi ini kopi vietnam egg? Ini kerana rasa kopi ini dicampurkan dengan kuning telur. Mari kita kihat cara untuk membuat kopi yang unik ini.

Bahan-bahan

  • 1 cawan kopi o Vietnam baru dibrew
  • 2 biji kuning telur
  • 2 tsp gula
  • 1 tbsp susu manis
  • 2 biji kuning telur

Kaedah

  • Brew kopi Vietnam dalam 2 tsp didalam bekas penapisnya.
  • Sementara itu campurkan telur kuning bersama susu manis dan gula dalam satu bekas.
  • Pukul semua bahan hingga kembang
  • Apabila kopi telah habis dibrew, tuang bancuhan telur tadi.
  • Rendam gelas didalam air panas ketika dihidangkan.
  • Siap!

10) Resepi Kopi Peng

Kopi peng ialah gabungan kopi dan susu pekat. Berbeza dengan kopi C yang hanya menggunakan susu cair dan gula, namun begitu rasa sedapnya amat digemari oleh banyak orang kita dan banyak dipesan di kedai mamak dan kedai kopitiam. Mari kita lihat resepinya.

Bahan-Bahan:

  • 250ml air
  • 1 paket kopi kampung atau 2 sudu besar kopi kampung
  • 3 sudu besar susu pekat manis

Cara-Cara:

  • Dalam periuk, didihkan air atas api sederhana besar. Tunggu hingga menggelegak kira-kira 2 minit.
  • Masukkan serbuk kopi. Kalau anda nak rasa kopi yang lebih lemak, masukkan 1/4 sudu besar mentega cair panas dan kacau dengan serbuk kopi hingga sekata. Biar serbuk kopi terseduh selama 1-2 minit. Kalau anda nak kopi anda lebih pekat, masukkan 1/2 sudu besar serbuk kopi lagi. Padamkan api.
  • Masukkan air kopi panas ke dalam cawan.
  • Masukkan susu pekat manis dan kacau. Jika anda puas dengan kepekatan dan rasa manis, masukkan ais dan siap!

Itulah dia koleksi yang menghimpunkan 10 resepi kopi yang boleh anda cuba di rumah. Saya berharap resepi resepi ini boleh memberikan idea baru kepada penggemar kopi di luar sana untuk mencuba resepi baharu. Moga anda dapat menghasilkan kopi di rumah dengan jayanya dan dapat dihidangkan kepada ahli keluarga atau tetamu anda.Jangan lupa kongsikan koleksi ini agar dapat dimanafaat orang lain. Selamat mencuba.

About Our Content Creators

Lorem ipsum dolor sit amet, consectetur adipiscing elit. Integer semper commodo tristique. Donec in dolor a odio semper convallis et ac ex. Aenean at elit non arcu tincidunt laoreet.

We may earn a commission if you click on the links within this article. Learn more.

More…!