Resepi Tradisional, Moden & Terkini

Resepi Koci Kelantan (Sedap dan Manis!)

author name

📄

Kuih Koci adalah sejenis kuih yang diperbuat daripada pulut dan isi kelapa. Ianya dibalut bersama daun pisang dan dikukus. Kuih koci juga terdapat beberapa jenis tau. Hari ini, kami bawakan kepada anda resepi koci Kelantan.

Apa beza kuih koci Kelantan berbanding kuih koci yang lain? Kuih koci Kelantan mempunyai variasi warna yang amat vibrant dan cantik! Inilah salah satu tarikan yang hanya didapati pada kuih koci Kelantan.

Resepi koci Kelantan ini dikongsikan oleh Haryati Yatie dan telah mendapat banyak share serta komen positif.

Resepi Koci Kelantan

koci-kelantan
image via Facebook

Bahan – bahan:

Inti:

  • 3 cawan kacang hijau (rendam dulu dlm 4 jam)
  • 1 cawan gula melaka hancur
  • 1 cawan gula
  • 1 cawan santan
  • Secubit garam

Uli tepung:

  • 4 cawan tepung pulut
  • 1 cawan santan
  • 1/2 cawan air
  • Secubit garam
  • Pewarna ikut suka nak warna apa

Cara – cara memasak:

Inti:

  1. Rebus kacang hijau yang telah direndam tadi sehingga empuk dan kembang.
  2. Biarkan air kacang tersebut kering sedikit kemudian masukkan santan, gula, gula melaka, garam dan kacau dan lenyekkan kacang sehingga hancur.
  3. Setelah sejuk keras, bulat – bulatkan adunan itu.

Uli tepung:

  1. Campurkan kesemua bahan dan uli. (Santan dan air dimasukkan sedikit – sedikit dahulu takut adunan lembik) Kalau keras, tambahakan air atau santan.
  2. Kemudian, ambil secubit adunan dan masukkan inti bulat.
  3. Sapukan sedikit minyak pada daun pisang kemudian bungkus.
  4. Kukus selama 10 ke 15 minit.
  5. Siap!

Resepi – resepi lain yang boleh dicuba:

Ada pelbagai lagi resepi lain yang anda boleh cuba dan menambah idea masakan anda! Jangan lupa untuk tekan butang share dan kongsikan resepi ini!

About Our Content Creators

Lorem ipsum dolor sit amet, consectetur adipiscing elit. Integer semper commodo tristique. Donec in dolor a odio semper convallis et ac ex. Aenean at elit non arcu tincidunt laoreet.

We may earn a commission if you click on the links within this article. Learn more.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *