Resepi Tradisional, Moden & Terkini

Resepi Salted Egg Crab (Terliur Weh)

author name

📄

Salted Egg, Salted Egg. Sekarang, semua juadah dicampurkan bersama salted egg ataupun, telur masin. Ianya memberikan rasa yang amat unik dan lazat. Rasa masin dan lemak pasti membuat semua yang merasainya jatuh hati akan juadah salted egg.

Hari ini, kami bawakan kepada anda juadah salted egg crab. Kini, anda juga boleh sediakan sendiri di rumah. Bolehlah anda hidangkan kepada keluarga dan tetamu anda!

Resepi ini dikongsikan oleh Nurbazlyn Husna dan mendapat banyak perkongsian di media sosial tau! Jom tengok!

Resepi Salted Egg Crab

Salted-Egg-crab
image via Facebook

Bahan – bahan:

  • Ketam 1 kg
  • Tepung segera bestari
  • Bawang putih 6 biji – Potong kecik2
  • Telur masin (telur kuning) 3 biji
  • Telur masin (putih) 1 biji
  • Daun kari 20 helai
  • Susu cair 1/2 tin
  • Cili padi 10 biji

Cara – cara memasak:

  1. Gaul ketam dengan tepung bestari dan goreng sekejap sampai kekuningan ke kemudian angkat dan ketepikan.

Sos Salted Egg:

  1. Masukkan butter
  2. Selepas butter cair, masukkan bawang putih, daun kari dan cili api – kacau.
  3. Letakkan telur masin kuning dan kacau sampai berbuih.
  4. Kemudian masukkan pula susu cair kacau sebati sampai telur kuning hancur.
  5. Masukkan telur masin putih kacau sebati barulah letak ketam yang dah digoreng tadi.
  6. Siap!

Resepi – resepi lain yang menarik:

Menarik kan resepi ini? Anda mahukan resepi lain? Di sini kami sertakan beberapa buah resepi yang boleh anda cuba. Jangan lupa untuk kongsikan resepi ini bersama yang tersayang ya!

About Our Content Creators

Lorem ipsum dolor sit amet, consectetur adipiscing elit. Integer semper commodo tristique. Donec in dolor a odio semper convallis et ac ex. Aenean at elit non arcu tincidunt laoreet.

We may earn a commission if you click on the links within this article. Learn more.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *