RESEPI KETAM TELUR MASIN
.
*BAHAN – BAHANNYA 🙂
10 – 11 ketam saiz kecil (kalau besar mungkin 4 ekor dah cukup dan kerat 2 setiap 1 ekor)
Sedikit kunyit serbuk
1/4 camca teh garam
3 biji kuning telur masin yang telah direbus, lecek hancur
1/2 biji putih telur masin yang telah direbus, lecek hancur
3 ulas bawang putih, cincang halus
4 biji cili padi hijau, hiris
4 biji cili padi merah, hiris
2 tangkai daun kari, dilurut
1/4 cawan susu sejat
1/4 camca teh serbuk lada hitam
3 camca besar mentega
.
*CARA MEMBUATNYA 🙂
Ketam dibuang kulit kerasnya, cuci bersih dan toskan. Kemudian gaul dengan serbuk kunyit dan garam hingga rata.
Panaskan minyak dan goreng terendam hingga garing, angkat dan toskan.
Keluarkan minyak dari kuali, tinggalkan sedikit, anggaran 1 camca teh.
Masukkan mentega dan biar mentega cair. Tumis daun kari hingga harum, masukkan bawang putih dan cili padi merah/hijau tadi. Kacau rata dan masak hingga layu.
Masukkan kuning dan putih telur masin, serbuk lada hitam, kacau rata dan tuang susu sejat. Masak hingga berbuih dan masukkan ketam goreng, gaul rata dan kecilkan api. Masak hingga kering, rasa dan jika ok boleh matikan api. Hidangkan segera….Selamat mencuba!!



SHARE
Previous articleKek Tiramisu
Next articleNasi Goreng Kari

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here