Resepi Tradisional, Moden & Terkini

Resepi Ketam Masak Pedas Ala Thai (Confirm Asyik Teringat!)

Resepi kali ini amatlah sesuai untuk mereka yang menggemari makanan laut. Kami akan kongsikan resepi ketam masak pedas ala thai yang confirm mengiurkan sesiapa sahaja yang merasainya.

Resepi ini sesuai disediakan untuk makan tenghari dan makan malam. Jika anda sediakan lauk ini pastinya semua orang akan tambah nasi! Lagi-lagi kalau kita gunakan ketam yang fresh.

Resepi ini telah dikongsikan oleh Mahfuzah Amin yang telah mendapat 1.7 ribu perkongsian di laman sosial Facebook. Tanpa melengahkan masa, mari kita lihat resepi ini!

Resepi Ketam Masak Pedas Ala Thai

ketam-masak-pedas-ala-thai
image via Facebook

Bahan – bahan:

  • Ketam
  • 1 Batang Serai (dikisar bersama bawang)
  • 10 Keping Daun Limau Purut
  • Daun Ketumbar
  • Cili api
  • Bawang Merah (dikisar)
  • Bawang Putih (dikisar)
  • Halia (dikisar)
  • Asam Keping
  • 2 Sudu Serbuk Kari
  • 3 Sudu Cili Giling
  • 2 Sudu Cili Thai
  • Gula & Garam sedikit

Cara – cara memasak:

  1. Rebuskan ketam.
  2. Air rebusan ketam jangan buang, sebab nak diguna sebagai kuah nanti.
  3. Panaskan minyak.
  4. Masukkan bahan kisar dan serai hingga naik bau.
  5. Masukkan cili giling dan kari hingga pecah minyak, kemudian pes cili Thai.
  6. Dah pecah minyak, masukkan air rebusan ketam mengikut kepada anda sendiri.
  7. Masukkan asam keping, gula dan garam.
  8. Masukkan ketam, daun ketumbar dan daun limau purut.
  9. Apabila sudah mendidih, tutup api dan tutup periuk, biar bau dan rasa masakan tadi sebati

Resepi – resepi lain yang menarik:

Terdapat pelbagai lagi resepi yang anda boleh cuba. Jadi apa tunggu lagi, jom kita cuba! Jangan lupa kongsikan resepi ini bersama yang tersayang!

About Our Content Creators

Lorem ipsum dolor sit amet, consectetur adipiscing elit. Integer semper commodo tristique. Donec in dolor a odio semper convallis et ac ex. Aenean at elit non arcu tincidunt laoreet.

We may earn a commission if you click on the links within this article. Learn more.

More…!