Resepi Tradisional, Moden & Terkini

Resepi Ketam Goreng Bercili (Rangup-Rangup Pedas Lazat)

author name

📄

Siapa kata ketam hanya boleh dimasak sup atau butter sahaja. Nyatanya, ketam sedap dimasak goreng bercili.

Sedap rasa hidangan ini apabila termakan isi ketam lembut yang terkeluar. Rangup-rangup kulit ketam terasa makin sedap diratah apabila digaul dengan cili.

Ketam goreng bercili menjadi menu lauk yang menarik terutama bagi sesiapa yang menyukai lauk seafood tanpa kuah namun pedas dan enak.

Kalau tidak ada idea masak apa hari ini, boleh cuba masak ketam bercili. Jika tidak ada ketam, boleh ganti dengan udang atau seafood lain. Sila cubakan resepi ketam goreng bercili yang amat lazat dikongsikan oleh Nurshuhada Kamaruzzaman di laman Facebook.

Resepi Ketam Bercili

ketam bercili
Imej via Facebook

Bahan-bahan :

  • Ketam digaul dengan garam, kunyit dan goreng sekejap,
  • *Bawang merah,
  • *Bawang putih,
  • *Halia,
  • Cili kisar,
  • Sos tomato,
  • Telur,
  • Daun bawang dan daun sup.

Cara-cara :

  1. Tumis bahan * sampai naik bau, kemudian masukkan cili kisar dan masak sampai pecah minyak.
  2. Tambah sos tomato, garam dan gula.
  3. Masukkan air untuk kuah, masukkan ketam.
  4. Masukkan telur dan kacau laju-laju.
  5. Tabur daun bawang dan daun sup.
  6. Siap.

Resepi Menarik Lain

Selain resepi ketam bercili, kami juga menulis resepi lain yang mendapat perkongsian ramai. Sila baca dan cubakan. Jangan lupa like dan share resepi ini ya. Terima kasih telah berkunjung ke laman web kami.

About Our Content Creators

Lorem ipsum dolor sit amet, consectetur adipiscing elit. Integer semper commodo tristique. Donec in dolor a odio semper convallis et ac ex. Aenean at elit non arcu tincidunt laoreet.

We may earn a commission if you click on the links within this article. Learn more.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *