Keropok Pasta

keropok pasta.

sy terjumpa resepi kat fb , try buat & menjadi.

so sapa2 nak buat kuih siput tp tak rajin boleh try buat kopok pasta ni. senang sgt2. cenggini haa kaedahnya :

bhn2 : pasta (sy guna spiral brand kimball) , daun kari, bhn perisa : sy guna garam, serbuk kari & serbuk secukup rasa (nak guna lada sulah & serbuk cheese pun boleh) & minyak utk menggoreng,

1) rebus pasta separuh masak. tambah sedikit minyak spya tak melekat, tambah garam & serbuk secukup rasa. klu rajin bole ganti atau tambah dgn garlic.

2) angkat & toskan

3) sangai pasta tadi di atas kuali spya betul2 kering. sy guna magic pan. klau rajin boleh jemur sehari dulu. sy tak brp rajin bab tu ?
4) panaskan minyak hingga betul2 panas. goreng pasta sedikit demi sedikit. masukkan serbuk perasa & daun kari. sentiasa kacau hingga garing & warna keperangan.

5) angkat & toskan. masukkan serbuk kari & serbuk perasa. shake shake uolzzz

6) dah siap. tunggu sejuk baru simpan dlm bekas kedap udara.

7) jaga2 ye puan salmah, anak2 mmg suka sgt kunyah kopok nih. silap2 mmg tak sempat raya dah licingg.. dah kena buat lagi. tapi takpelah.. senang je nak buat nye kan. ?
selamat beramal.moga amalan kita diterima Allah swt.

✌ selamat hari raya in advance

credit : Hayati Chanique Awanie‎ #mahn

Total
0
Shares
Previous Article

Lemang Tanpa Buluh

Next Article

Agar Agar Kelapa Muda