Resepi Tradisional, Moden & Terkini

Resepi Kerepek Cheese (Kudapan Kegemaran Ramai)

author name

Kudapan yang bikin ketagih satu ini memang sukar untuk dielakkan. Kerepek cheese ialah kudapan yang melekat dengan rakyat Malaysia. Tidak kira umur, memang gemar kudap-kudap kerepek cheese. Tipu jika anda tidak suka kerepek cheese bukan?

Kerepek cheese pula tersedia pelbagai jenis dan rasa. Tidak hanya rasa original cheese namun ada pedas, manis, masin dan lain-lain. Makan sedikit-sedikit tidak sedar sudah habis dua balang.

Kerepek cheese kudapan yang sesuai untuk berbagai-bagai acara majlis. Bahkan kerepek cheese sesuai untuk dihidang pada hari raya. Gerenti tetamu akan berlama-lama di rumah anda.

Kali ini kami akan kongsi kumpulan resepi kerepek cheese daripada laman Facebook. Kesemua resepi disahkan memang sedap dan lazat, rugi jika anda tidak mencubanya. Mari kita lihat resepinya.

Resepi Kerepek Popia Cheese Pedas

Imej via Facebook

Teringin buat oleh-oleh untuk hari raya? Boleh buat kerepek popia cheese pedas buat makan bila-bila masa pun sedap. Resepi dikongsikan oleh Maisarah Humaira’ di laman Facebook.

Bahan-bahan :
  • Sebungkus kulit popia,
  • 8 sudu besar serbuk keju,
  • 2 sudu besar serbuk cili,
  • 4 sudu besar gula.
Cara-cara :
  1. Gunting kulit popia bentuk segi empat kecil-kecil sehingga habis sebungkus.
  2. Goreng kulit popia dengan api sederhana sehingga garing, kacau rata supaya tidak hangus, angkat dan toskan.
  3. Kisarkan serbuk keju, serbuk cili dan gula.
  4. Apabila kulit popia yang digoreng tadi sudah sejuk, masukkan ke dalam balang.
  5. Kemudian masukkan serbuk yang sudah dikisar tadi ke dalam balang berisi kulit popia dan goncang dengan lembut sehingga serbuk keju rata sepenuhnya.
  6. Sedia untuk dimakan.

Resepi Kerepek Cheese Masin Manis

Imej via Facebook

Resepi kali ini hanya menggunakan 3 bahan sahaja. Rasa kerepek ini masin-masin manis keju dan gula. Rangup kulit popia goreng menambah kelazatan makan kudapan ini. Resepi kerepek popia cheese masin manis ala Fifi Ja yang berkongsi di laman Facebook.

Bahan-bahan :
  • Kulit popia (dipotong kecil-kecil),
  • Serbuk cheese,
  • Gula halus (secukup rasa).
Cara-cara :
  1. Goreng kulit popia (ketepikan).
  2. Di dalam bekas lain masukkan serbuk cheese dan gula kemudian gaul sebati.
  3. Kemudian masukkan kulit popia tadi ke dalam bekas cheese dan gaul. Siap.

Resepi Kerepek Popia Cheese Pedas Ketagih

Imej via Facebook

Resepi seterusnya ialah resepi paling ringkas buat kerepek popia cheese. Resepi dikongsikan oleh Ain Kamarudin di laman Facebook. Rasa kudapan ini pedas-pedas masin manis bikin ketagih. Boleh buat kudap sambil tengok TV.

Bahan-bahan :
  • Kulit popia,
  • Chili powder,
  • Cheese powder,
  • Gula.
Cara-cara :
  1. Goreng kulit popia (ketepikan).
  2. Di dalam bekas lain masukkan serbuk cheese, serbuk cili dan gula kemudian gaul sebati.
  3. Kemudian masukkan kulit popia tadi ke dalam bekas cheese dan gaul.
  4. Siap.

Resepi Kerepek Kentang Cheese

Imej via Facebook

Resepi seterusnya amat simple kerana menggunakan serbuk cheese. Mudah dibuat senang dimakan. Boleh habis 2 balang. Resepi dikongsikan oleh Norhamidah Abdul Hamid di laman Facebook.

Bahan-bahan :
  • Kentang,
  • 2 sudu besar cuka makan,
  • Minyak,
  • 500 ml air,
  • Garam,
  • Serbuk cheese.
Cara-cara :
  1. Koyak kulit kentang.
  2. Guna pisau kupas kulit untuk hiris kentang halus.
  3. Rebus air bersama 2 sudu cuka makan, bila sudah menggelegak masukkan kentang, biarkan selama 3 minit (Tips untuk kentang kekal rangup dan tidak lembik bila digoreng).
  4. Basuh dan toskan kentang, biarkan kentang kering seketika.
  5. Panaskan Minyak dan pastikan minyak betul-betul panas baru goreng kentang yang sudah ditoskan airnya.
  6. Goreng sehingga warna bertukar kuning keemasan and gelap sedikit.
  7. Tapis dengan tisu dapur, biarkan tisu serap minyak.
  8. Masukkan kentang ke dalan bekas tertutup, tabur garam sedikit dan serbuk cheese.
  9. Tutup Bekas and goncang bekas. Siap.

Resepi Kerepek Labu Cheese

Imej via Facebook

Resepi kudapan untuk anak-anak dan keluarga, kadang ada anak-anak yang tidak suka makan labu bila buat sayur. Jadi dibuatlah kerepek labu cheese, tidak sampai 1 jam tinggal separuh, pandang lagi sekali licin sudah. Resepi daripada Nor Zahidah Kamal di laman Facebook letak garam sahaja untuk bagi rasa ori labu, kalau yang ori rasa macam kerepek kentang.

Bahan-bahan :
  • Labu disagat,
  • *2 sb Serbuk cheese supering,
  • *1sb serbuk lada,
  • *1 ½ sudu gula.
Cara-cara :
  1. Kopek labu biarkan hijau sedikit-sedikit, basuh dan toskan.
  2. Sagat nipis-nipis, setelah itu jemur bagi kering seketika.
  3. Panaskan minyak, pastikan minyak betul-betul panas baru masukkan labu yang telah disagat dan dikeringkan tadi, guna api sedang.
  4. Goreng hingga betul-betul karing, angkat dan toskan.
  5. Blender semua bahan yang bertanda *, dan boleh ditaburkan atas kerepek labu tadi. Siap.

Resepi Kerepek Wonder Cheese

Imej via Facebook

Bagi yang ingin cuba bisnes buat kerepek cheese, Abam Jul berkongsi cara buat popia cheese a.k.a wonder cheese lazat. Sebabnya walau bahan sama tapi skill lain-lain. Kalau ada serbuk yang berketul jangan risau. Jika guna cara ini cheese jadi kurang masin.

Bahan-bahan :
  • Kulit popia/pascuba 15-20 keping,
  • Serbuk cheese oren 5 sudu makan,
  • Gula 3 sudu makan,
  • Serbuk lada 1 sudu makan.
Cara-cara :
  1. Mula-mula potong kulit popia ikut ukuran yang anda suka, koyak-koyak lagi cantik.
  2. Kemudian gorengkan dengan api yang sederhana dan angkat bila keperangan.
  3. Sediakan bahan gaul iaitu 3 sudu gula dan 3 sudu serbuk cheese. Blend halus gula bersama serbuk cheese bagi sebati.
  4. Kemudian ambil pengayak tepung, ayak serbuk blend tadi atas popia. Kemudian lambung perlahan popia bagi bersalut dengan bahan tadi.
  5. Ambil lagi 2 sudu serbuk cheese tadi dan sesudu serbuk lada. Tabur guna pengayak tepung. Untuk ratakan dan untuk dapatkan tekstur halus.
  6. Gaul rata dan lambung sedikit. Siap.

Resepi Kerepek Cili Cheese Laksa

Imej via Facebook

Kudapan yang tidak pernah bosan. Kerepek cheese laksa. Yang ini perisa cili cheese kegemaran anak-anak. Rasa macam Twisties. Eka Zahra gaulkan serbuk cheese dengan serbuk cili. Kalau suka perisa kari boleh tukar serbuk cili dengan serbuk kari. Ada juga yang gaulkan dengan serbuk rencah nasi goreng adabi. Mesti sedap bukan?

Bahan-bahan :
  • Laksa kering patah-patahkan,
  • Serbuk cheese gaulkan dengan serbuk cili,
  • Minyak goreng.
Cara-cara :
  1. Panaskan minyak yang banyak hingga betul-betul panas supaya laksa kembang masa digoreng.
  2. Goreng laksa dan toskan.
  3. Masukkan dalam balang dan taburkan serbuk cili cheese.
  4. Tutup balang dan guncangkan hingga keropok tersalut serbuk cili cheese. Siap.

Resepi Kerepek Popiah Cheese Supering

Imej via Facebook

Popia cheese supering crispy didatangkan daripada أختي اراني di laman Facebook. amat sesuai dijadikan kudapan depan TV. Jom cuba resepinya.

Bahan-bahan :
  • Kulit popia 1 paket (gunting ikut kreativiti anda),
  • 10 sudu gula halus (gula aising),
  • 200g serbuk cheese supering,
  • 6 sudu besar serbuk cili.
Cara-cara :
  1. Gunting kulit Popia, jemur sekejap dan goreng kekuningan.
  2. Kisarkan serbuk cheese supering, serbuk cili dan gula.
  3. Gaulkan bahan yang dikisar dengan kulit popia yang sudah digoreng tadi.
  4. Sedia untuk dimakan.

Resepi Kerepek Stick Nasi Cheese

Imej via Facebook

Sesiapa ada baki nasi semalam boleh cuba buat kerepek Stick Nasi Cheese. Baru merasa sedikit masa buka puasa tadi, balang terus kosong saking sedapnya. Eka Zahra kembali berkongsi resepi di laman Facebook.

Bahan-bahan :
  • Semangkuk nasi,
  • 1 sudu makan marjerin,
  • 250 gr tepung gandum,
  • 1 biji telur,
  • Garam dan penyedap rasa,
  • Daun bawang hiris halus.
Cara-cara :
  1. Campur semua bahan jadi satu hingga menjadi doh yang tidak lekat di tangan. (Kalau masih lekat boleh tambah tepung gandum).
  2. Tabur tepung atas tempat mencanai.
  3. Canai doh guna rolling pin atau botol nipis-nipis lalu potong-potong memanjang.
  4. Goreng guna api sederhana cenderung kecil hingga kerepek berwarna coklat perang, angkat dan toskan.
  5. Gaulkan dengan serbuk cheese. Siap.

Resepi Kerepek Tiram Cheese

Imej via Facebook

Kerepek tiram cheese kudapan lazat untuk keluarga. Selain itu boleh dijadikan kudapan untuk hari raya. Memang seronok dapat makan kerepek ini. Masa membuatnya 1 jam, masa menghabiskan 15 minit. Resepi dikongsikan oleh Hana Hana di laman Facebook.

Bahan-bahan :
  • 2 cawan tepung gandum,
  • 3 sudu minyak masak,
  • sedikit air.
Cara-cara :
  1. Uli tepung, minyak masak dan air.
  2. Bahagikan doh beberapa bahagian.
  3. Canaikan doh menjadi nipis dan sapukan bancuhan tepung ubi kayu yang bercampur minyak.
  4. Kemudian gulung.
  5. Potong mengikut saiz kesukaan.
  6. Kemudian lenyek nipis.
  7. Buat sampai habis sambil tabur sedikit tepung supaya tidak melekat.
  8. Goreng dalam minyak yang panas barulah lapisan akan terbuka.
  9. Bahan untuk salutan. Serbuk cili, serbuk kari, gula aising, serbuk oat dan serbuk cheese.
    Boleh juga disalut dengan perisa BBQ mahupun secara tradisi menggunakan gula aising.

Resepi Menarik Lain

Selain resepi kerepek cheese, kami juga menulis resepi menarik lain. Jemput baca dan mencubanya. Jangan lupa Like dan Share resepinya. Terima kasih telah datang ke laman web kami.

About Our Content Creators

Lorem ipsum dolor sit amet, consectetur adipiscing elit. Integer semper commodo tristique. Donec in dolor a odio semper convallis et ac ex. Aenean at elit non arcu tincidunt laoreet.

We may earn a commission if you click on the links within this article. Learn more.