Resepi Tradisional, Moden & Terkini

Resepi Kerabu Telur Masin ( Lain Macam)

Resepi kali ini merupakan sebuah resepi yang sesuai sebagai menu sampingan diwaktu makan tengahari atau makan malam. Kerabu adalah sejenis menu yang lazimnya dibuat dari bahan-bahan yang mentah. Kerabu terdiri dari sayur-sayuran dan bahan wajibnya biasanya bawang merah, cili api, ikan bilis dan beberapa bahan lain. 

Resepi kerabu telur masin yang Madam bawakan kali ini menggunakan telir masin yang direbus terlebih dahulu. Kemudian bahan-bahan lain ditambah seperti bawang merah, cili api, tomato dan daun limau purut. Daun ini ditambah kerana ia mempunyai aroma yang sangat kuat. Jadi mari lihat bahan-bahan dan cara yang digunakan untuk membuat kerabu telur masin ini

Resepi Kerabu Telur Masin ( Lain Macam)
Bahan utama

  • Telur masin siap di rebus

Bahan-bahan air asam

  • Daun limau purut di mayang halus
  • Cili padi di potong bulat
  • Tomato di potong dadu
  • Bawang merah di potong dadu
  • Air asam jawa secukupnya
  • Garam
  • Gula
  • (Sukatan bahan ialah mengikut anggaran anda)

Kaedah

  • Gaul semua bahan-bahan air asam, biar secukup rasa dan sebati

Cara Penyediaan

  • Telur masin di belah 4
  • Di susun di dalam bekas
  • Masukkan kuah air asam secukupnya
  • Siap untuk dihidangkan

Kerabu ini mempunyai rasa yang sangat kuat. Ia sangat sesuai untuk dimakan bersama nai dan lauk lain. Kami sekeluarga sangat suka makan ia bersama lauk kari atau lemak cili api. Untuk mendapat rasa pedas yang anda suka, anda juga boleh menganggarkan sendiri sukatan cili yang anda inginkan.

Oleh itu jangan lupa mencuba resepi kerabu ini dan rasai sendiri keunikkan masakan ini, selamat mencuba.

Resepi – resepi lain yang menarik

Menarik kan resepi ini? Anda mahukan resepi lain? Di sini kami sertakan beberapa buah resepi yang boleh anda cuba. Jangan lupa untuk kongsikan resepi ini bersama yang tersayang ya!

About Our Content Creators

Lorem ipsum dolor sit amet, consectetur adipiscing elit. Integer semper commodo tristique. Donec in dolor a odio semper convallis et ac ex. Aenean at elit non arcu tincidunt laoreet.

We may earn a commission if you click on the links within this article. Learn more.

More…!