Resepi Tradisional, Moden & Terkini

Resepi Kerabu Pucuk Paku Tauge (Pilihan sihat)

author name

📄

Resepi kali ini merupakan resepi menu sampingan makan tengahari atau makan malam. Kerabu adalah sejenis makanan mentah yang diperbuat dari ulam-ulaman atau sayur-sayuran yang dicelur sahaja. Selain dari itu iajuga mempunyai tambahan sayur-sayuran lain seperti cili hidup, cili merah dan seumpamanya. Kesemua bahan ini bertujuan untuk menaikkan rasanya.

Tidak dikenal pasti asal-usuk kerabu ini, namun menu ini adalah makanan yang lebih masak. Kerana ia tidak dimasak menyebabkan segala zat, mineral yang terdapat didalam sayur itu masih banyak lagi.

Kali ini Madam akan bawakan kerabu yang menjadi kegemaran ramai, mari lihat bahan-bahan yang diperlukan didalam resepi ini.

 

Resepi Kerabu Tauge Pucuk Paku (Pilihan Sihat)

 

Bahan-bahan

  • Pucuk Paku seikat
  • Tauge 50 sen
  • Bawang Merah (Hiris sebahagian/Tumbuk sebahagian)
  • Cili Merah (Hiris sebahagian/Tumbuk sebahagian)
  • Cili Padi
  • Belacan Bakar
  • Udang kering 1 sudu besar
  • Jus dari 2 biji limau kasturi 
  • Kerisik 2 sudu besar
  • Garam & Gula Secukup Rasa

.

Kaedah

  • Tumbuk bawang, belacan dan ikan bilis hingga lumat.
  • Hiris bawang dan cili merah dengan nipis.
  • Celur pucuk paku dan tauge dan selepas itu terus celup didalam air batu agar sayur lebih rangup.
  • Campur kesemuanya dan gaul sebati.
  • Tambah kerisik dan perasakan secukupnya.
  • Siap.

Kerabu ini sangat sesuai sebagai menu ketika anda sedang berdiet. Madam sendiri selalu buat kerabu ketika berusaha menurunkan berat badan dulu. Kerabu sebenarnya sangat mudah dilakukan,boleh dikatakan apa sahaja sayur mentah boleh dijadikan kerabu. Anda hanya perlu tambah asam, bawang,cili dan santan ataupun kerisik.

Jadi jangan lupa untuk mencuba resepi mudah dan sihat ini. Keluarga anda pasti suka pada rasanya.

Resepi – resepi lain yang menarik:

Menarik kan resepi ini? Anda mahukan resepi lain? Di sini kami sertakan beberapa buah resepi yang boleh anda cuba. Jangan lupa untuk kongsikan resepi ini bersama yang tersayang ya!

About Our Content Creators

Lorem ipsum dolor sit amet, consectetur adipiscing elit. Integer semper commodo tristique. Donec in dolor a odio semper convallis et ac ex. Aenean at elit non arcu tincidunt laoreet.

We may earn a commission if you click on the links within this article. Learn more.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *