Resepi Tradisional, Moden & Terkini

Koleksi Resepi Kerabu Mangga Bikin Kecur Air Liur

author name

📄 ,

Resepi kali ini ialah kerabu mangga. Baru baca sahaja dah kecur air liur kan. Rasa masam, masin pedas ini membuat anda tak sabar nak makan. Kerabu ini diperbuat daripada mangga muda yang dihiris nipis dan ditabur dengan udang kering, cili api dan bawang. Memang kecur kan.

Boleh dimakan begitu sahaja atau pun makan bersama nasi. Memang memikat selera betul kan. Kalau rasa nak puas hati kami sarankan anda buat sendiri kerabu mangga, anda boleh letak seberapa banyak bahan yang anda nak. Kami himpunkan koleksi kerabu mangga untuk anda.

Resepi Kerabu Mangga Ala Thai

Resepi ini merupakan kerabu mangga ala Thai yang cukup dengan semua kombinasi rasa. Ditambah pula dengan kacang goreng membuatkan kerabu ini menjadi lebih rangup bila makan. Jom baca resepi yang dikongsikan oleh Asma Nordin di Facebook beliau.

Bahan-bahan

  • Mangga diracik
  • Udang kering disangai & kisar kasar @ ditumbuk
  • Kacang goreng di tumbuk
  • Bawang merah di hiris
  • Serai
  • Cili padi
  • Air limau nipis
  • Daun kesum
  • Bunga kantan
  • Sos sotong@ikan
  • Garam & gula secukup

Cara Penyediaan

  1. Semua bahan diracik @ dihiris @ dimayang halus & di campurkan sekali. Gaul hingga sebati. Sesuaikan rasa ikut citarasa sendiri.
  2. Siap.
  3. Nak sedap lebihkan udang kering.
  4. Nak letak daun ketumbar pun boleh.

Resepi Kerabu Mangga Budu

Sesekali kita mencuba kerabu mangga yang dicampurkan dengan budu pun sedap juga kan. Rasa masin budu itu pasti membuatkan anda jatuh hati dengan kerabu mangga ini. Resepi kerabu mangga budu ini dikongsikan oleh Aqida Hassan.

Bahan-bahan

  • 12 biji mangga epal muda (yang sedang-sedang masak. Senang nak sagat)
  • 5 batang bunga kantan
  • 5 biji bawang besar
  • 10 batang cilipadi biasa, merah+hijau
  • 12 biji limau kasturi
  • Budu Cap Ketereh
  • 2 senduk gula (agak-agak sahaja. Kemanisan mangga juga mempengaruhi)

Cara Penyediaan

  1. Sagat buah biji mangga epal. Hasilnya dapatlah racikkan halus gedik-gedik. Baru sedap nak kunyah.
  2. Masukkan bawang besar (potong melintang bagi panjang), bunga kantan, cilipadi warna warni bagi nampak cantik, dan gula. (Semua kena digunting/dipotong nipis-nipis).
  3. Masukkan air limau yang dah diperah dan dibuang bijinya. Tapi kulit limau jangan buang, gunting halus-halus kulit dia, masuk sekali. Lagi sedap.
  4. Goncang budu, dan masukkan sebotol terus. (Make sure rasa dulu budu tu elok ke tak. Pernah cuba budu jenama lain, tapi tak sesedap cap ketereh. Ada orang suka letak udang kering, taknak letak budu, pon terpulang. Tapi percayalah, letak budu, confirm rasa ketagih nak makan lagi.
  5. Gaullahh semua sampai seia dan sekata. Kalau rasa kurang manis, tambah gula, nak pedas tambah cili padi lagi. Ikut citarasa masing-masing.

Resepi Kerabu Mangga Bersantan

Jika anda inginkan rasa yang sedikit berlemak, apa kata anda cuba resepi kerabu mangga bersantan ini. Rasa santan dicampurkan dengan mangga muda cukup serasi. Resepi kerabu mangga santan ini ditulis oleh Siti Aminah Khalid.

Bahan-bahan

  • 4biji mangga lemak
  • 5 ulas bawang merah
  • Secubit lada hitam
  • 3 ekor ikan selayang rebus
  • 2 sudu makn kerisik
  • 4 biji cili hijau
  • Santan
  • Garam secukup Rasa

Cara Penyediaan

  1. Kupas buah mangga.
  2. Parut buah mangga.
  3. Tumbuk lada hitam+ bawang merah+ ikan rebus4)
  4. Potong cili hijau.
  5. Gaulkan bahan tumbuk bersama mangga yang siap di parut.
  6. Tambahkan santan, kerisik dan garam secukup rasa, siap untuk dihidang. Kerabu mangga bersantan ni sedap di makan ratah atau makan bersama.

Resepi Kerabu Mangga Bunga Kantan

Bunga Kantan memang terkenal dengan keharumannya. Selalu dimasak bersama kuah laksa. Kali ini resepi kerabu mangga ini dicampurkan dengan bunga kantan pasti memberikan anda rasa kelainan pada kerabu ini. Jom baca resepi dari Harzelina Haris.

Bahan-bahan

  • Mangga 3 bj
  • Bunga kntan sekntum
  • Ikan bilis ( goreng) ikut banyak mana suka
  • Kcg tanah 2 cekak (goreng dan tumbuk)
  • Bwg merah kecil 2 bj
  • Cili padi ikut nk pedas
  • Garam/gula
  • Kicap sotong

Cara Penyediaan

  1. Gaul semua bahan dan siap.

Resepi Siakap Kerabu Mangga

Jika nak kan rasa kelaianan dalam hidangan kerabu mangga ini, anda boleh cuba resepi ikan siakap kerabu mangga yang ditulis oleh Azahari Abdullah. Rasa rangup ikan siakap ini dicurahkan pula dengan kerabu mangga cukup sempurna rasa kombinasi ini.

Bahan-bahan

  • Ikan Siakap-Digaul dengan Garam /Kunyit/Tepung Jagung (Digoreng sehingga masak)

Bahan sos

  • Cili Besar 4 Tangkai
  • Cili Padi 3 Tangkai
  • 1 Sudu Sos Ikan
    (Kisar Kering)

Cara Penyediaan

  1. Panaskan Air 100ml.
  2. Masukan bahan kisar.
  3. Masukan 1 1/2 sudu besar gula.
  4. 1 sudu sos ikan.
  5. Garam secukup rasa.
  6. Masukan sedikit air tepung jagung untuk memekatkan.
  7. Simbah ke atas ikan.

Kerabu mangga

  • 1biji Mangga di Raut @ di potong kecil nipis
  • Dikisar kasar / tumbuk
  • 1 Sudu bsar udang kering
  • 1 Sudu besar gula
  • 2 1/2 Sudu besar Sos Ikan
  • Cili Padi 4 tangkai
  • Bawang Putih 4 ulas
  • (Gaulkan bersama Mangga)
  • Taburkan bilis goreng

Resepi Kerabu Mangga Mix

Rugi anda tak cuba resepi kerabu mangga mix ini. Semua rasa ada dalam resepi ini. Rasa masam, rasa manis rasa pahit pasti membuatkan anda jatuh hati dengan resepi kerabu campur ini. Jom baca resepi oleh Ct Barriah Abd Wahab ini.

Bahan-bahan

  • Mangga
  • Betik muda, lobak (sagat halus)
  • Tomato 3,4 biji hiris halus
  • Daun bayam brazil (basuh)
  • Pokok daukok daun ktumbar(hiris halus).
  • Bwg besar 3 biji (hiris halus atau kasar)
  • Cili besar merah@ cili padi (potong kecil)
  • Bawang putih 5,6 ulas ditumbuk dgn 15 tangkai cili padi
  • Tumbuk sekali dengan akar daun ketumbar
  • Bubuh sekli gula 7 sudu mkn
  • Garam 1 sudu stgh mkn
  • Serbuk perasa

Cara Penyediaan

  1. Selepas tumbuk, perahkan limau nipis 2 biji, 3 sudu sos ikan 2 sudu sos thai 2 sudu minyak zaitun.
  2. Gaul sebati dan tuang dalam bekas bahan-bahan yang dah disagat dan dihiris tadi.
  3. Gaulkan sebati dan selamat mencuba.

Resepi Kerabu Mangga Ikan Talang Masin

Apabila rasa masam mangga dicampurkan dengan rasa masin ikan talang pasti membuatkan anda kecur air liur. Bukan setakat itu sahaja, kami yakin anda pasti dah telan air liur kan? Jom ikuti perkongsian resepi dari Noor Anina.

Bahan-bahan

  • Mangga (dihiris)
  • Ikan talang goreng (tumbuk)
  • Bwg besar
  • Bunga kantan
  • Serai
  • Cili padi (dihiris)
  • Perahan limau
  • Satu sudu kecil gula

Cara Penyediaan

  1. Gaul sampai sebati dan siap.

Resepi Kerabu Mangga Belimbing Buluh

Kalau anda ada belimbing buluh di rumah, jom cuba resepi kerabu mangga dengan belimbing buluh. Cukup membuatkan anda tak sabar nak rasa. Dengan rasa masam belimbing dan mangga pasti kecur air liur. Resepi ini ditulis oleh Nikisyaron Nikiysa.

Bahan-bahan

  • Buah mangga
  • Belimbing buluh
  • Tomato
  • Bawang besar
  • Cili padi
  • Tauhu digoreng
  • Garam dan sedikit gula

Cara Penyediaan

  1. Hiris semua dan gaul sekali.
  2. Sedap kalau letak kacang tanah tumbuk dan hirisan serai.

Resepi Kerabu Mangga Telur Belangkas Ala thai

Resepi kerabu mangga ini sedikit unik dan eksotik. Bagi penggemar belangkas pasti anda akan jatuh hati dengan resepi ini. Kerabu mangga yang dicampurkan dengan telur belangkas. Khas peminat belangkas jom baca resepi dari Rozila Ibrahim ini.

Bahan-bahan

  • Belangkas bakar (dah siap bakar potong kulit dia, keluarkan uncang najis aka uncang racun dia, baru keluarkan semua isi dan telur

Bahan kerabu mangga

  • Mangga muda (sagat halus, kalau dapat mangga masam lagi sedap)
  • Cili api merah
  • Cili api hijau
  • Bawang besar
  • Tomato
  • Kacang panjang (hiris halus)
  • Gula
  • Garam
  • Sos ikan
  • Limau nipis

Cara Penyediaan

  1. Dah siap semua masukkan dalam bekas telur dan isi belangkas tadi.
  2. Gaul dan perah limau nipis.
  3. Perasakan dan siap.

Resepi Kerabu Mangga Kedah

Setiap resepi kerabu berbeza mengikut Negeri. Kali ini kami bawakan anda resepi kerabu mangga dari negeri jelapang padi. Apa yang membezakan dengan resepi kerabu yang lain ialah penggunaan air asam jawa bagi membangkitkan lagi rasa masam pada kerabu ini. Banyak lagi bahan yang berbeza dari resepi kerabu yang lain. Resepi kerabu mangga Negeri Kedah ini ditulis oleh NorSuriani Md Saad di Facebook beliau.

Bahan-bahan

  • Buah pelam 2 biji besar
  • Cabai kering 10 tgkai
  • Cabai melaka 5biji
  • Belacan 1 camca
  • Bwg besar 1 labu
  • Halia sikit
  • Kelapa parut
  • Mesin semua dengan bubuh air asam jawa
  • Bila dah lumat bubuh kelapa parut

Bahan kisar

  • Gula
  • Garam
  • Buah pelam
  • Daun selom
  • Isi ikan rebus
  • Kerisik 5 camca

Cara Penyediaan

  1. Gaul kesemua bahan sehingga sebati.
  2. Rasa apa yang kurang atau lebih dan siap.

Resepi Menarik Yang Lain

Banyak lagi resepi menarik yang ada kami kongsikan untuk anda. Terima kasih juga kerana sudi singgah ke laman web kami silakan share ya!

About Our Content Creators

Lorem ipsum dolor sit amet, consectetur adipiscing elit. Integer semper commodo tristique. Donec in dolor a odio semper convallis et ac ex. Aenean at elit non arcu tincidunt laoreet.

We may earn a commission if you click on the links within this article. Learn more.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *