Resepi Tradisional, Moden & Terkini

Resepi Kerabu Maggi Siam Viral (Sedap Mengancam!)

author name

📄

Kerabu Maggi Siam ini merupakan hidangan yang pernah menjadi popular. Dek kerana kepopularannya, ianya sering dijual di pasar malam dan dibazar. Ianya menggunakan mi segera khas daripada Thailand yang memberikan rasa tomyam yang asli!

Kerabu Maggi siam ini mudah untuk disediakan. Ianya merupakan gabungan pelbagai makanan laut dan mi segera tersebut. Makanan laut dan sayuran juga dicelur dan dimasak terlebih dahulu sebelum digabungkan bersama.

Resepi ini dikongsikan oleh Ariana Sofia Ahmad dan mendapat banyak perkongsian di media sosial. Jom kita lihat!

Resepi Kerabu Maggi Siam Viral

kerabu-maggi-siam-viral
image via Facebook

Bahan – bahan:

  • Maggi thai 2 bungkus
  • 3 ekor sotong sederhana dipotong kecik
  • 8 ekor udang dibuang kulit
  • 6 batang isi ketam dipotong 2@3
  • 1 batang sosej dipotong nipis (pilihan)
  • 1biji @ 2 sudu besar air perahan limau nipis
  • 2 sudu besar cuka makan
  • 2 sudu besar sos cili thai ( sos manis thai)
  • 1/2 sk ajinomoto
  • 1/2 sudu besar gula
  • 1 biji tomato dipotong dadu
  • 2 tangkai daun ketumbar di hiris halus(sedikit sahaja)
  • 1 biji bawang merah dipotong dadu
  • 4 biji cili padi dipotong kecik
  • 1/2 batang lobak merah diparut halus
  • Kobis ungu di hiris nipis
  • Sos ikan 2 sudu besar

Cara – cara memasak:

  1. Mula-mula rebuskan maggi 1-2minit ataupun sehingga lembutDah masak angkat dan toskan.
  2. Rebus segala lauk pauk sotong, udang, isi ketam dan sosej. Boleh jugak tukar kepada ayam kalau tak makan seafood.
  3. Dah masak kena toskan jugak. Masukkan dalam bekas maggi tadi.Masukkan bawang, cili api, daun ketumbar, lobak, kobis, tomato ke dalam bekas.
  4. Perahkan air limau nipis ke dalam bekas.
  5. Masukkan cuka makan. Boleh kurangkan kalau taknak masam.
  6. Masukkan sos ikan.
  7. Masukkan sos cili thai.
  8. Masukkan ajinomoto dan gula. Boleh rasa dulu sebelum tambah gula. Manis ikut kesesuaian masing -masing.
  9. Akhir sekali masukkan semua rencah yang ada dalam maggi.
  10. Sekarang gaul semua bahan bagi rata atau sebati.
  11. Dah siap letakkan dalam bekas. Dan tabur sedikit daun ketumbar atas maggi.

Resepi – resepi lain yang menarik:

Menarik kan resepi ini? Anda mahukan resepi lain? Di sini kami sertakan beberapa buah resepi yang boleh anda cuba. Jangan lupa untuk kongsikan resepi ini bersama yang tersayang ya!

About Our Content Creators

Lorem ipsum dolor sit amet, consectetur adipiscing elit. Integer semper commodo tristique. Donec in dolor a odio semper convallis et ac ex. Aenean at elit non arcu tincidunt laoreet.

We may earn a commission if you click on the links within this article. Learn more.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *