Resepi Tradisional, Moden & Terkini

Resepi Kek Tiramisu (Rasa Mewah dan Lazat)

Kali ini kami akan berkongsikan resepi kek lazat dengan citarasa mewah. Kek tiramisu nama diberi, ialah kek yang diperbuat daripada sponge kek dengan isian tiramisu.

Isian tiramisu pula diperbuat dengan mencampurkan whipping cream, cream cheese dan susu. Sedangkan aroma dan perisa tiramisu ialah berasal daripada nescafe. Tampilan kek ini amatlah menarik dan mewah. Rasanya pula sedap sangat dan lembut dalam mulut. Patu saja ramai yang sukakan kek tiramisu.

Terlebih lagi budak-budak, tidak akan tahan jika menengok kek cantik dan nyaman dihidang. Apatah lagi sekali merasa, gerenti diorang ingin makan lagi. Kek tiramisu sesuai pula dihidangkan untuk sambut perayaan hari jadi atau hari ulang tahun perkahwinan. Kami pastikan hari anda akan berkesan.

Mari ramai-ramai cubakan resepi kek tiramisu ala Norlailanazira Mohd Agos yang kami kongsikan di bawah ini. Cara mudah, senang dan puas. Selamat mencuba.

Resepi Kek Tiramisu

kek tiramisu
Imej via Facebook

Bahan Sponge Cake :

  • 300 gram vanila sponge mix,
  • 300 gram telur (timbang tanpa kulit),
  • 60 gram air,
  • 60 gram minyak sayuran

Cara-cara :

  1. Putar vanilla, telur dan air sampai gebu.
  2. Baru masukkan 60 gram minyak sayuran. Minyak masak pun boleh.
  3. Terus masukkan ke dalam loyang 8/9 inci.
  4. Panaskan oven 10 minit lebih awal. Kemudian bakar selama 40 minit pada suhu 170°C api atas bawah. Jika sudah masak, terbalikkan di atas redai.

Bahan Isian Tiramisu :

  • 250 gram non dairy whipping cream/fresh cream diputar hingga kental,
  • 250 gram creamcheese,
  • 2 sudu besar susu pekat.

Cara-cara :

  1. Satukan semua bahan di atas kemudian putar hingga sebati. (Untuk tutup keseluruhan kek, saya guna 200 gram non dairy whipping cream/fresh cream).

Cara Menyediakan Kek Tiramisu :

  1. Kek yang sudah dibakar.

    kek tiramisu
    Imej via Facebook
  2. Kek dipotong kepada 3 bahagian.

    kek tiramisu
    Imej via Facebook
  3. Ambil cawan purple, letak sesudu nescafe pastu letak air panas separuh cawan. Ini untuk bagi kek ada rasa pahit. Barulah nama dia tiramisu.

    kek tiramisu
    Imej via Facebook
  4. Kemudian ambil isian tiramisu tadi dan ratakan pakai spatula.

    kek tiramisu
    Imej via Facebook
  5. Letakkan lapisan kek yang lain.

    kek tiramisu
    Imej via Facebook
  6. Ratakan fresh cream elok-elok, bersih dan kemas.

    kek tiramisu
    Imej via Facebook
  7. Boleh hias sesuka hati anda. Siap.

Resepi Menarik Lain

Selain resepi kek tiramisu, kami juga menulis resepi lain yang mendapat perkongsian ramai. Sila baca dan cubakan. Jangan lupa like dan share resepi ini ya. Terima kasih telah berkunjung ke laman web kami.

About Our Content Creators

Lorem ipsum dolor sit amet, consectetur adipiscing elit. Integer semper commodo tristique. Donec in dolor a odio semper convallis et ac ex. Aenean at elit non arcu tincidunt laoreet.

We may earn a commission if you click on the links within this article. Learn more.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

More…!