Kek Puding Karamel Coklat Cheese

Kek Puding Caramel Chocolate Cheese

Karamel
5 sudu besar gula pasir, jadikan karamel, tuang ke dalam loyang, ketepikan.

Bahan Kek Chocolate
250gm chocolate sponge mix
4 biji telur A
60ml air
60ml minyak sayur
1 sudu besar coklat emulco

Loyang : Bundt Pan 10in, oles sedikit minyak

Penyediaan :
Satukan sponge mix, telur dan air, whisk hingga rata. Putar dengan kelajuan tinggi hingga kembang dan gebu, perlahankan mixer, masukkan coklat emulco. Putar hingga bergaul rata.
Akhir sekali masukkan minyak sayur dan putar sebati.
Tuang dan ratakan ke dalam loyang berisi karamel. Ketepikan.

Nota : Kek boleh menggunakan sebarang resipi dari kek sponge.

Bahan Puding Cheese
250gm cream cheese, lembutkan dahulu
1 tin susu pekat manis
1 tin susu sejat
5 biji telur A
1 sudu teh esen vanila

Penyediaan :
Dalam mangkuk, putar cream cheese hingga licin. Masukkan susu pekat manis, putar sebati.
Masukkan telur satu demi satu dan putar hingga rata.
Masukkan esen vanila dan akhir sekali susu sejat. Putar sebentar hingga rata.
Masukkan ke dalam jug kecil, menggunakan belakang sudu, tuang perlahan-perlahan adunan puding ke atas adunan kek, tuang sama rata di semua bahagian. Adunan puding akan turun ke bawah.
Panaskan oven pada suhu 160C. Masukkan air panas ke dalam loyang yang lebih besar.
Letak loyang berisi kek dan bakar secara double boil di rak bawah dengan api bawah sahaja selama 40 minit.
Kemudian tukar api atas dan bawah dan bakar selama 15 minit lagi. Cucuk bahagian kek, jika penyucuk keluar licin, kek telah masak.
Simpan kek di dalam peti sejuk selama 4 jam atau lebih sehingga puding set.
Untuk mengeluarkan kek dari loyang, rendam sebentar loyang di dalam air panas, kemudian terbalikkan perlahan-lahan ke atas pingan.

Kek Puding Caramel Chocolate Cheese

Kredit resepi ini kepada kak wan via resepicitarasawan

Total
0
Shares
Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *